Malam 22 Disember 2009, penduduk Kuching dikejutkan dengan berita kebakaran besar beberapa lot kedai di Jalan Gambier, Kuching Sarawak. Lot-lot kedai yang dibina sejak zaman sebelum kemerdekaan merupakan antara warisan sejarah bandaraya Kuching.

Menurut Borneo Post, kebakaran bermula kira-kira jam 8.30 malam. Sejumlah 47 anggota BOMBA dari 5 balai BOMBA sekitar Kuching bergegas ke tempat kejadian. Namun, disebabkan faktor tekanan air yang rendah dari sumber berdekatan, pihak BOMBA mengambil masa kira-kira 3 jam untuk memadam kebakaran. Keadaan kedai yang bersebelahan antara satu sama lain dengan ketiadaan fire break menyebabkan api yang pada asalnya bermula dari dua unit kedai fabrik, dengan pantas merebak ke kedai-kedai bersebelahan. Tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan.

Berikut merupakan sebahagian gambar-gambar yang dikongsikan oleh Saudara Roszlan Syah di Facebook beliau; diterbitkan dengan izin:

Ini musibah besar ketiga menimpa penduduk Kuching, selepas banjir besar pada Januari lalu dan kebakaran besar di Kampung Sg. Bedil pada Mac 2009. Semoga mangsa-mangsa tabah menghadapi dugaan ini (kedai-kedai mereka juga terlibat dalam banjir besar awal tahun dulu).

Namun, dari segi kejuruteraan, aku berharap pihak perbandaran atau pihak Jabatan Kerja Raya memulakan pantauan keatas bangunan-bangunan lama dan merancang sistem pencegah kebakaran untuk diaplikasi ke atas bangunan-bangunan lama seperti ini. Kebakaran kali ini merupakan kebakaran kedua bagi rumah-rumah kedai kawasan ini selepas empat rumah kedai hangus terbakar tahun lepas.

Related Posts with Thumbnails
If you like this Post, Let's share to the others
Digg Delicious Stumbleupon Technorati Facebook Twitter


  1. “Malam 22 Disember 2009, penduduk Kuching dikejutkan dengan berita kebakaran besar beberapa lot kedai di Jalan Gambier, Kuching Sarawak. Lot-lot kedai yang dibina sejak zaman sebelum kemerdekaan merupakan antara warisan sejarah bandaraya Kuching.”
    oh sayang nya warisan sejarah..
    lately manyak berlaku kejadian yang tak diduga kan..

    cam kat Kota Baharu ari tu kejadian, kete yang rempuh masuk mall..
    pahtu kat Ganu ni sendiri..dah 2 kali bangunan runtuh..
    satu nya.,.memang dah ketahui ni..stadium Sultan Mizan yang runtuh tahun lepas, dan yang terbaru ni terminal plak runtuh..memang x diduga..
    yang runtuh ni, adakah sebab bahan binaan x berkualiti ke ape..
    im sure u know about all this..
    since u keje sebagai lam bidang ni..

    tp musibah x kira waktu dan tempat..

    *Tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan.
    alhamdulillah x ada yang cedera..

    [Reply]

  2. innalillah..smoga semua tabah :cool:

    [Reply]

© Copyright Reserved To bE HuRuL_AiNi 2009. | Log in
Design by: Yoshz and Code by: Lovely Celebs | Website Hosting | Mizha Clan