About HuRuL_AiNi
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu.
Salam penuh kesejahteraan buat semua pembaca.
Seorang sahabat sering berkata “”When People describe themselves, they will either brag too much or be too modest. ” Jadi aku memilih untuk menjawap tag yang diberi oleh Cik Wana untuk bercerita tentang blog ini & diri.
APAKAH NAMA BLOG ANDA SEKARANG & KENAPA ANDA MEMILIHNYA?
Thesis.AntiThesis.SynThesis
Thesis
- a statement or theory that is put forward as a premise to be maintained or proved.
- (in Hegelian philosophy) a proposition forming the first stage in the process of dialectical reasoning.AntiThesis
- a person or thing that is the direct opposite of another. a contrast or opposition between two things.
- a rhetorical or literary device in which an opposition or contrast of ideas is expressed.
- (in Hegelian philosophy) the negation of the thesis as the second stage in the process of dialectical reasoning.SynThesis
- the combination of components to form a connected whole. Often contrasted with analysis.
- (in Hegelian philosophy) the final stage in the process of dialectical reasoning, in which a new idea resolves the conflict between thesis and antithesis.(Source: Concise Oxford Dictionary – 10th Edition)
Asalnya aku tertarik dengan istilah Thesis.AntiThesis.SynThesis dari terjemahan tajuk sebuah lagu Korea: ”O”-Jung.Ban.Hap ["O"-正.反.合. ] nyanyian Dong Bang Shin Ki / TVXQ. Jung.Ban.Hap itu lah bila diterjemah ke inggeris bermaksud Thesis.AntiThesis.SynThesis. Mula-mula aku pun tidak pasti apa maksud anti-thesis & synthesis sehinggalah aku menyemak maksud pada kamus.
Dan melihat pada maksud, aku tertarik pada tagline ini kerana ia merupakan turutan proses pemikiran. Semua perkara bermula dengan satu idea asas, dikembang dan dikaji sebelum terhasil kesimpulan.
APAKAH LINK BLOG ANDA SEKARANG & BAGAIMANA BOLEH TIMBUL IDEA UNTUK MENAMAKAN SEPERTI ITU?
http://hurulaini.net
Hurulaini, bukan nama sebenar. Namun nama itu terpilih kerana maksud yang dibawa oleh nama itu, agar ia mejadi doa padaku.
Bidadari dalam Al-Qur’an di sebut Al-Hurul Ain. Al-Hur secara bahasa merupakan bentuk jamak dari kata haura. ‘Sedangkan, arti haura’ adalah perempuan muda yang cantik, gadis, putih, dan murni (putih kemilau).
Al-’Ain adalah mata yang agak lebar dan hitam. Mata semacam itu adalah mata yang paling cantik yang pernah dilihat manusia.
(Surga kenikmatan Yang Kekal; Mahir Ahmad Ash-Syufi; m.s. 225)
Pertama kali aku melihat perkataan hurul aini, definasi yang diberikan ialah “wanita syurga“. Aku percaya itu cita-cita setiap muslimah. Maka aku terus gunakan nama ini agar ia menjadi doa buatku.
Panggillah aku Hurul Aini atau al-Hurul Ain…semoga ia menjadi doa buatku.

APAKAH ‘METHOD’ PENULISAN DALAM BLOG ANDA?
Bila aku serius, aku akan menulis mengenai perkara serius. Bila otakku sudah tidak betul, aku akan menulis perkara marapu & mengarut. Selepas aku menonton drama jepun atau mendengar lagu yang menarik, itu yang akan aku kongsikan. Jika aku tensen dengan kerja, di sini tempat aku meluah rasa. Dan bila hati tersentuh dengan peringatan Allah, itu yang aku kongsikan.
Blog ini akan menjadi sejarah perjalanan hidupku. To Be Hurul Aini…itu akhir matlamat.
AKU & BLOG…
Mula mencuba-cuba menulis blog sekitar Julai 2005 melalui medium blog friendster. Baru dijenguk blog itu setelah sekian lama ditinggal. Entri pertama bertarikh 14 Julai 2005, hanya lirik lagu Sunnah Berjuang. Sebagai seorang yang begitu baru…kebanyakan entri lebih kepada lirik lagu dan kisah-kisah menarik yang dicopy paste entah dari mana. Kemudian mula menulis entri berciri personal, dijadikan blog sebagai diari. Namun itu tidak lama dan tidak banyak entri yang terhasil.
Penghujung Disember 2007, aku membantu sebuah badan pelajar membuka semula blog mereka dan juga membuka sebuah blog khas untuk salah seorang exco. Aku hanya membantu membina blog secara teknikal, walau ilmu berblog amat sedikit. Waktu itu, untuk blog khas itu aku tersilap bina dengan meletakkan emel aku sendiri sebagai empunya akaun blog. Lalu aku buka lagi sebuah akaun untuk empunya yang sebenar. Dan blog yang dibuka mengguna alamat emel aku terbiar bersarang.
March 2008, aku mula ingin menjadikan blog terbiar itu sebagai blog aku dek kerana terpengaruh dengan promosi rakan-rakan untuk membuka blog. Tapi cuma satu entri yang terhasil. Waktu itu, fokus juga masih diberi pada projek pembinaan blog persatuan pelajar ditambah komitmen sebagai pelajar tahun akhir.
Hanya sekitar Julai 2008, aku mula menulis di blog sendiri. Kebetulan sudah tamat belajar dan kemudian menjadi guru ganti di sebuah sekolah rendah. Perubahan dalam kehidupan memang menarik untuk dikongsi pada dunia. Dan sekitar November 2008, aku mula betul-betul aktif di berblog setelah melawat beberapa blog rakan yang memberi update hampir setiap hari.
Hari ini, 1 Mei 2009, satu lagi sejarah tercipta. Sengaja dipilih hari jumaat untuk dilancar blog dengan domain sendiri, sedang domian sebenarnya sudah dibeli pada 25 April 2009. Aku masih baru dengan WordPress. Tidaklah begitu teruja punya domain sendiri, tapi lebih kepada ingin meneroka ilmu baru. Ditambah faktor ada sahabat yang bersedia membimbing jika aku bertukar domain di saat itu. Maka aku yang memang sungguh tidak faham WP mengambil cabaran ini.
Aku sudah mula meleret-leret…haha..
Sekian saja dari aku, Selamat berblog.
HuRuL_AiNi

EDITED AS OF 2ND MARCH 2010; 4.18PM
Memandangkan akhir-akhir ni aku semakin sibuk dan semakin malas untuk menulis entri bersifat umum (well, its I always end up need to ‘research’ and think a lot when writing one), jadinya kemungkinan hanya entri-entri berkaitan info drama japan/korea dan yang sewaktu dengannya sahaja yang akan dihasilkan. Once in a while I will write general stuff anyway, when I really feel want to write one.
Soredewa minna-san…yoroshiku onegaishimasu (^_^)v










[...] About HuRuL_AiNi [...]
awesome muqaddimah..
insya-Allah, anti dapat jadi hurrul Ain kelak…
ana pun berdoa ke arah itu juga…!!
[Reply]
salam……
hye….
ok hurul aini
nice name..
may Allah bless u
[Reply]
[Reply]
[Reply]
salm berkenalan???
sye nie peminat citer korea……best blog nie ……….
[Reply]
salam, saya baru je nak blajar2 ade blog… & kalau boleh… ape2 yg saya tak faham… saya bleh syer ngan awak kan???
[Reply]
well2
salam
mmg nme sye as stated above..
tbe2 terkezut..me too..like DBSK..and all those korean movies/drama..
btw, gud luck with ur ‘hurul aini’ wannabe
[Reply]
hye there !! saya pun peminat dbsk n j-k dramas,movies,musics…all about japan n korea as well as sarawak..hehehe..tak tau pun ada jugak peminat dbsk cni..all the best on hurulaini.net and do share more psl engineering gak..tq!
[Reply]
i lov ur blog, betul ke dgn blog boleh tambah income, ajarlah.
please…
[Reply]