Salam penuh kesejahteraan buat semua.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Akhirnya, blog hurulaini telah berpindah rumah ke domain & hosting sendiri. Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan blogger yang banyak menyokong blog ini hingga kini meningkat ke tahap mempunyai domain sendiri.

Sebenarnya petukaran ini tidak dirancang. Aku memang sudah lama ingin mengunakan medium wordpress, namun atas ke-lembab-an otak ini menguasai penggunaan wordpress, niat itu dimatikan beberapa kali. Namun, setelah perbincangan dengan seorang rakan, akhirnya aku membuat keputusan drastik membeli domain pada waktu itu juga. Ada dua sebab mengapa aku kuat ingin bertukar ke wordpress. Pertama, wordpress mempunyai sistem komen yang lebih teratur & kemas berbanding blogspot. Kedua, wordpress membenarkan penyusun aturan yang lebih kemas untuk kategori, di mana kita boleh membuat kategori berperingkat ataupun kategori & tag (susah nak explain, korang pepaham je la). Dan setelah diterokai, banyak lagi perkara best mengenai WP.

Dan perkara yang buat aku terus membeli domain ialah kerana ada hamba Allah (dia minta dipanggil insan comel, aku rasa hamba Allah lebih baik..haha) yang sudi tolong aku set up domain & hosting baru ini. Kalau nak harap aku belajar sendiri, dari tahun 2007 sudah aku cuba terokai WP, namun sampai sekarang fail. Aku tidaklah begitu teruja untuk ada domain sendiri, tapi bagi aku ini salah satu ilmu yang perlu diterokai. Jika tidak sekarang, entah bila lagi akan ku cuba perkara ini.

Sebenarnya domain ini telah dibeli sejak hari Sabtu lepas, 25 April 2009. Namun aku sengaja memilih 1 Mei 2009 sebagai hari pelancaran blog ini. Sebab-sebabnya:

1) Sengaja mengambil berkat hari jumaat :)

2) Aku tak mahu april, sebab

 - Banyak blogger lancar blog diorang bulan April, nanti tak best pulak anniversary blog ni…hahaha

 - 1 Mei cuti umum setiap tahun kat Malaysia, ertinya ada cuti umum pada setiap kali anniversary blog ini…haha (prasan special x blh blah)

 - Aku ada tradisi tukar layout setiap bulan, dan pada bulan April aku sudah tukar (aku ingatkan itu yang terakhir). Jadi aku pilih bulan Mei agar tradisi ini nampak bersambung. Sebab ni blog baru, tak mustahil aku akan tukar theme dia slalu, korang jangan pening pulak k…haha

 

Dan disebabkan tarikh perlancaran blog ni agak lama iaitu seminggu & disebabkan aku dah import awal-awal isi blog lama ke sini, maka aku ada sedikit kesukaran untuk berblog seperti biasa di blog lama (Maaf blogspot, aku curang padamu). Kerana itu, aku terbitkan entri sepam countdown demi menjaga trafik blog itu. Ye la, mana gempak kan kalau blog trafik dah hancus, mengada tukar guna domain pulak. Jadi al-kisahnya aku tulis la entri simple-simple kat situ. Tapi lain pula respon yang aku dapat. Boleh pulak ada yang ingat aku nak bertunang, aigoo. Tapi semua point  yang aku nyatakan, tak tipu…semua benar, cuma implimentasi mungkin berbeza. Kerana itu entri ketiga & kedua terakhir, aku buat entri yang aku sendiri tak paham…haha…jadi korang jangan risau kalau korang tak faham (tapi mesti skarang korang dah boleh relate semua entri digimon tu kan..haha, berkesinambungan tu, takdenye aku nak buat entri sia-sia). Harap korang tak marah or merajuk dengan entri-entri tu ye…hehe. Tapi kalau ada gak rasa tertipah tertipu, minta maaf banyak-banyak. Sebenarnya entri kedua & ketiga terakhir tu entri aku minta maaf ngan blogspot sebab aku curang, & minta maaf ngan pembaca sebab buat entri yg mengelirukan.huhu.

Wah, panjang dah aku tulis. Tapi korang pun mungkin rindu ngan entri panjang-panjang aku kan (hahaha, prasan lagi). Tak cukup dengan ini, korang boleh usha page ‘About Hurul_AiNi”, page ala-ala profil aku yang menceritakan sedikit sejarah aku berblog serta rahsia (rahsia ke?) di sebalik nama hurul aini.

Feel free to drop down your comments here. Nak bersembang, berbahas atau gaduh berkaitan topik, silakan…itu gunanya komen berantai di blog ini..haha. Sebut pasal komen, komen-komen anda pada entri-entri lepas akan saya reply sedikit masa lagi, sekarang teramat penat & sibuk sedikit, hehe. Untuk rakan-rakan yang sudah link kan blog lama ke dalam blog list, harap boleh menukar URL blog lama ke URL ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga buat insan comel, Menteil & Topo yang membantu dalam membina blog baru ini. Juga kepada semua pembaca & rakan-rakan blogger yang memberi sokongan kepada blog aku yang takde apa ni (entri sepam digimon pun banyak dapat komen…huhu, terharu).

Akhir kalam, selamat datang semua & teruskan menyokong blog ini. InsyaAllah dengan berblog di domain sendiri, aku harap aku akan menulis dengan gaya penulisan yang lebih baik dengan isi yang lebih ilmiah & bermutu.

Ahlan wa sahlan, selamat berblog.

lillymonarrow_16061_md

 - rosemon2

 

 

 

 

 

 

 

LILYMON BERTUKAR MENJADI ROSEMON

HTTP://HURULAINI.BLOGSPOT.COM BERTUKAR MENJADI HTTP://HURULAINI.NET

Related Posts with Thumbnails

35 Responses to “Ahlan wa Sahlan”

  1. encikizzat says:

    nak rasmikan bole? :cool:

    [Reply]

    menteil Reply:

    cis potong.. hehe..

    (saje nak try thread comment sebenanyer)
    :twisted:

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    waaaaaa tak aci aku tak dijemput
    untuk merasmi kat sini… argh… tensinye~

    sedih sungguh aku dipinggirkan… erk tak pe la..
    aku tak pames pon macam orang lain.. hehehe
    tapi atlease bagi tau la hang dah pindah…
    dah la time siang aku memang tak sempat nak bertweet..
    yapeedaa… tau tau hang dah pindah umah baru.

    ni saje menyampok bawah komen menteil..
    saje dengki kat die.. hahaha~

    lepas ni dah tak mo ade entri entri malas dah..
    sebab dah berdomain ni orang cakap
    macam dah kawin… muahaha… mane boleh
    bagi malas sebagai alasan untuk tak mo masak
    untuk suami… so same la macam berblog dengan
    ade nye domain sendiri… ingat tuh… :!:

    [Reply]

    HurulAini Reply:

    hahaha….blogger lain banyak tau dr tweet aku mlm tadi…aku x suka sepam twitter, jadi promo skali skala je la…hohoho….

    pasal entri malas2 tu, insyaAllah aku buatkan entri2 yg berisi…hoho
    tapi metafora ko pasal perbandingan antara blog & suami mmg best la….hahha

    Mr x7 Reply:

    tahniah..tahniah.. haha..

    (saja reply sbb nak nama aku ada kat atas-atas) :mrgreen:

    [Reply]

    HurulAini Reply:

    tq2…mengada sungguh nak nama kat atas..hoho

    [Reply]

    HurulAini Reply:

    dah rasmi dh pun…haha…sila2…tq2

    [Reply]

    encikizzat Reply:

    gile bangga aku dpt rasmikan blog ni.. hoho =P

    [Reply]

  2. menteil says:

    selamat berumah baru…
    nanti boleh tumpang teduh… :grin:

    [Reply]

    Kill-Vearn Reply:

    testing threaded comment.. menteil jom deting :”>

    [Reply]

    HurulAini Reply:

    TQ2 :oops: hoho….

    [Reply]

  3. hydir says:

    Salam rumah baru
    salam hari pekerja
    salam berblogging
    salam togemon

    muahahaha :D

    [Reply]

    HurulAini Reply:

    tq etemon…hohoho

    [Reply]

  4. Kill-Vearn says:

    salam… tahniah atas kemenangan ko dan akhirnya ko menyertai juga geng kami di wordpress… aku pon pelik entri2 ko yg mcm ape tah tuh.. rupa2nya ingat nak tutup blog tros, rupanya ada blog baru.. tahniah lagi sis… moga dengan berblog di sini ko lebih mantap memberikan input2 yg hebat serta bermakna… kalo ada masalah ape2 leh la tanya aku.. aku akan cuba sket2 bantu ko tentang wordpress ni…

    psstt: nak tanya hosting mana ko beli? domain? bape harga.. bg taw oke…

    [Reply]

    HurulAini Reply:

    TQ..TQ….mmg in process nak blajar pasal WP ni…hohoho…byk lg nak explore…haha

    entri pelik2 kat blog lama sbb nak buat countdown & jaga trafik…haha

    hal domain & hosting, kawan aku yg tolong aturkan…aku tinggal bayar je…haha…betul, siyes..aku cuma take over bila dah siap install WP sume…haha

    [Reply]

  5. paan says:

    jeles gila…org tu dah tukar ke wordpress.dah ada hosting ngan domain sendiri…aku yg masih lum berhijrah lagi..adoi..

    [Reply]

  6. topo says:

    hohoh aku punya blog pon bday bulan 4 gak rasanya..

    [Reply]

  7. HurulAini says:

    malas pulak nak reply 1,1…haha…TQ sume :smile:

    [Reply]

    menteil Reply:

    haha…. klaka aku baca…
    bukan wajib lor…

    [Reply]

  8. arghhh.. tuan empunya blog sudah mensuspenkan aku.. ingat beliau seyes nk berhenti dr blog. rupa2nya beliau cuma nak pindah rumah saja. hurm..

    apa2 pun, selamat dtng ke WP dan tahniah sbb dah ada domain sendiri.. nice domain tu. i like katanya. hehehe :lol:

    [Reply]

  9. dosz says:

    dah maju huh! anyway congrats dgn blog baru tok, semoga sukses selalu! hehe
    *bila aku mok ada blog aku dirik tok :cry: *

    [Reply]

  10. milimilo says:

    wah..nak jugak ade domain sendiri..tp mane nk cekau duit byr..bljr pon mntk scholar pama..tahniah2..ni yg rase bkobar2 nk join contest khairil nk mng domain milimilo.com..hihi :)

    [Reply]

  11. KampungBoy says:

    Welcome to the club
    mmg cun tarikh yang dipilih
    kalau tukar selalu theme
    takut trafik sesat plak nnt
    Huhuh

    [Reply]

  12. Luffy says:

    nak tanya…

    camana wordpress monitor entri2 baru blog kawan?

    blogspot ada GOOGLE READER.. wordpress??

    [Reply]

    HurulAini Reply:

    aku takat ni masih guna bloglist kat http://hurulainilink.blogspot.com

    kalau x boleh guna RSS FEED…nanti aku pasang FEEDBURNER kat sini…hoho

    [Reply]

    HurulAini Reply:

    ada satu lagi, commentluv…tapi hanya dpt detect kalau kita tinggalkan komen kat blog yg pasang plugin comment luv ni

    [Reply]

    topo Reply:

    jap ape maksud komen ni? blogspot ade google reader?

    [Reply]

    HurulAini Reply:

    kalau sesiapa yg ada google akaun, boleh baca feed guna google reader…biasa user blogspot advance guna ni, aku guna kaedah kuno blogwalking 1-1 blog…hoho..
    aku rasa WP user banyak pakai FEED Burner rasanya :smile:

    [Reply]

    topo Reply:

    huh? apa salahnya kalau baca WP punya blog guna google reader jugak. hoho aku subscribe banyak blog guna google reaader tak kira WP ke blogspot ke..nak tau kalau ada entry baru.. pastu kalau best aku melawat blog tu pastu baca entry tu sampai habis kat situ.. hohohoho

  13. wah :) blog baru seyh. bace tajuk td ingat not blogging terus. huu~
    i’ll link this one ^^

    cik siti penguin’s last blog post..My fate, my future.

    [Reply]

  14. KhairiL's says:

    wahh tahniah sbb dah ada rumah baru
    aku pun nk tukar gk ke WP, tp tggu dulu bln 10 baru nk tukar
    ni semua sbb terpengaruh dari hasutan dari chokilala
    :neutral:

    KhairiL’s’s last blog post..Siapa Nak Join…

    [Reply]

  15. joegrimjow says:

    waaa
    adakah kene follow lagi ni?

    joegrimjow’s last blog post..sticky mode contestku!!!

    [Reply]

  16. senapang says:

    tahniah2…mmg bijak cik hurulaini memiliki domain sendirik..
    pastu pemilihan DOT NET tu mmg la amat bijak..hehe :mrgreen:

    senapang’s last blog post..Mari Bergila-gila tgk TV di MadTV !!!

    [Reply]

    HurulAini Reply:

    salam…
    aku sebenarnya x tau apa specialnya dotnet…org recommend, aku beli je,…hoho..moga boleh diterangkan :grin:

    [Reply]

  17. [...] Untuk tahu sejarah aku berblog, boleh baca di About Hurulaini; Jejak kasih Friendster & Ahlan wa Sahlan. [...]

Leave a Reply