Aku, Contests & Award

Sekarang ni, salah satu trend di dunia blog ialah contest atau pertandingan. Ada macam-macam pertandingan yang dianjurkan blogger-blogger di luar sana, & hadiahnya not bad [ye la, sapa nak bagi duit free dengan buat keja simple sangat kan]. Kali ni aku nak share crita2 pasal contest2 ni, mana tau korang nak join juga :)

Pertandingan pertama yang aku sertai di dunia blog ni ialah contest Duit Free dari Jaws, & alhamdulillah aku dipilih memenangi duit Free RM30 pada minggu ketiga pertandingan hanya dengan menjawap beberapa soalan mudah berbentuk common sense. Pertandingan ini masih berlansung, korang juga boleh sertai di sini.


Pertandingan kedua yang aku sertai ialah Contest Teka Nilai Duit anjuran azizwan. Yang ni aku tak menang, hehe…tapi takpe, redha je…aku join just for fun…kalau menang rezeki la kan. Tapi seronok juga sertai, tak rugi apa pun. hehe. Cuma penat mengira guna rumus kebarangkalian, statistik & fizik je untuk teka…haha. Takde la…anak sapa la tekan kalkulator untuk teka nilai duit tu ye…

Pertandingan ketiga, pertandingan Rate, Comment & Win anjuran Jaws juga. Contest ni masih on going, so sesiapa nak join boleh usha kat sini. Kerja kita simple je, tengok memana video yang ada kat sana, pastu bagi komen bernas korang dalam bahasa inggeris. Broken english a.k.a bahasa inggeris tunggang langgang korang diterima, yang penting idea & relevansi dalam memberi komen. Ada banyak video best-best telah diletak kat sini [kalau nak recommend video pun boleh], tapi yang tak best nye tak banyak lagi yang sertai. Jadi aku galakkan korang join contest ni…bertambah juga saingan aku untuk contest ni, baru syok bagi komen…hehe. ye la, nanti kalau aku menang contest ni lagi korang kata aku ada scandal ngan Jaws pulak…huhu.

Pertandingan keempat yang aku sertai ialah pertandingan Idea Contest anjuran Jaws. Alhamdulillah, sekali lagi aku menang, tempat pertama pula tu…ehehe…gumbira-gumbira…Asal-asal Jaws minta peserta buat entri pasal idea-idea yang best untuk dibuat contest dengan beberapa syarat tambahan, tapi atas permintaan ramai, dia mudahkan contest ni dengan hanya minta peserta tinggalkan idea di bahagian komen blog dia itu la orang kita, yang senang pun di minta mudah lagi…hehe. Duit RM 30 dah selamat aku terima & aku look forward untuk contest2 lain di masa depan.

Pertandingan kelima yang aku sertai ialah pertandingan menulis entri bertemakan ‘buntu’ yang didedikasi kepada JRY sempena birthday dia. Korang boleh baca entri aku tu kat sini. Pertandingan ni pun masih on-going, korang pun sertai la ye. hehe. & doa-doa la aku menang yang ni gak…ehehe.

Ada banyak lagi pertandingan yang dilancarkan oleh blogger-blogger lain seperti Cabaran Video ‘Bang’, Program Sebarkan & Menang, iPod Shuffle bersama Mohd Ismail(dot)net & SubscribeMeContest, tapi aku tak sampai seru lagi nak join…hehe. Takat ni, aku join mana yang simple je…ekeke. Dan mungkin juga sebab hadiah dia fixed & aku sebagai mata duitan lebih suka hadiah berbentuk cash…hehe.

Sudah dua kali aku menang, tapi hadiah kemenangan aku diterima melalui transfer antara bank akaun secara online. Nasib baik sejak dua menjak ni aku menerima beberapa buah award dari beberapa rakan blogger, malah award ceromony tu pun ala-ala grammy award…tak caya? tengok video ni…

kah kah kah…caya la korang…

sebenarnya, ni Tag dari Cik Siti yang mana award ni mesti diterima ala-ala grammy award…hehe. Neway, Thanks Cik Siti :)

awarspz1

Ni pula award dari Cik Yana…thanks :)

badge

Ni pula award bersyarat dari along arman:

award fyfah

Award bersyarat? Yup, syaratnya kena tulis serba sedikit pasal pemberi award ni. Okay, yang bagi award ni cik Along Arman. Blog dia lebih kepada tip-tip atau tutorial teknikal mengenai blog & yang sewaktu dengannya, jadi aku tak dapat nak cerita hikayat dia panjang berjela la k…hehe…

Haha…gumbira-gumbira. Panjang dah aku merapu ni, kepada kengkawan jom kita ramai2 join contest2 yang ada k…hehe

p/s: aku pun rasa nak anjurkan contest juga…hehehe…mengada betul minah ni…hehe

Related Posts with Thumbnails
  • 18 Comments

  • Your email is never shared.
    Required fields are marked *