Aku nak komplain…..
A) BLOG
Apa itu blog?
Blog ialah tempat kita mencoret segala apa yang kita suka ikut suka hati kita….dan aku tahu setiap blogger akan buat blog diaorang ikut suka diorang….maka mengikut hukum ikut suka hati kita, aku juga ingin komplain apa yang aku tak suka bila buka blog orang lain….komplain ini ditujukan kepada blog2 yang bermasalah bila aku buka
please take it as ‘komplain membina’
1) sesiapa yang guna cbox….tolong la tuka ke shoutmix atau yang sewaktu dengannya, tidakkah korang perasan setiap kali korang buka blog korang, ada pop-up advertistment yang kluar…..
2) Aku tau, korang nak blog korang nampak cantek…so korang letak ntah brapa banyak widget, pic, application, link & benda ntah apa lagi….memang benda2 ni best…tapi jangan lupa internet connection di Malaysia ni slow giler…maka akan mengambil masa untuk loading blogpage anda….dan kadang-kadang blog korang sama ada akan di re-direct ke megaclick (page utk menyatakan webpage/blog yg kita nak buka itu x dpt di ekses atau x wujud)…ATAU blog anda memang x dapat dibuka ATAU blog anda akan jadi pelik (susunan widget & post berterabur)…..jadi aku tahu ini bukan salah korang, salah talian internet aku yang slow giler….tp kalau anda ingin aku baca blog korang, sila la ubah benda2 yang x perlu…..
TOLONG maklumkan dengan aku kalau korang ada problem loading page ni…aku dah cuba kurangkan benda2 x perlu sebanyak mungkin….tapi x tau la kalau masih lambat….bila aku buka x slow sangat….aku risau juga kalau playlist kat atas tu menslowkan loading page ni….tapi yang tu aku x boleh nak buang….hehehe
DAN TOLONG maklumkan kau juga kalau korang rasa font kat blog ni x clear…kecil sangat, besar sangat…sebab rasa font kat sini kecil sangat…duh….jadi aku akan pakai font yang besar….tapi x tau la kalau kat screen korang ia jadi BESAR sangat….selain itu, warna font ni mencacatkan sungguh….aik, apa ni…aku komplain blog aku sendiri…urm, betul la…memang aku slalu x puas hati dgn blog ni…duh
3) Apabila anda meletakkan lagu ke dalam blog anda & meletakkan setting autoplay pada lagu tersebut, aku amatlah ingin mencadangkan ada letak juga option pause pada playlist tersebut….kerana teramat memekakkan telinga & memeningkan kepala apabila aku buka 2-3 blog & semua blog ada auto-play song, tapi x dpt pause….maka, aku terpaksa menanggalkan headphone aku yang sedang asyik melayan lagu dari playlist aku sendiri….ini juga sebenarnya mempercepatkan lagi kadar aku menutup window blog korang….fikir2kan la….
p/s: i dont mind if all of you pause my playlist everytime you guys opening this page..:)
4) don’t promote your blog elsewhere if you set your blog as private & can be view by those that you invite only….you wasting my bandwidth everytime i opening this type of blog
5) apa beza shoutmix & comment….???
aku letak shoutmix supaya orang yang xde benda nak komen pasal entry aku, tapi nak juga aku tahu yang diaorang ada singgah blog ni…boleh tinggalkan link mereka kat shoutmix….
comment yang di blog aku digelar ‘BuDaK PanDai’ adalah untuk sapa2 nak cakap apa2 yang berkaitan dengan entri aku….
aku rasa ramai blogger x letakkan shoutmix @ Cbox @ yang sewaktu dengannya sebab ade je yang gatal tangan letak komen entri kat shoutmix & chat kat bahagian komen….as a blog reader i advising all of us to respect & understand each ‘basic’ element in others blog….nasib baik benda ni x berlaku kat blog aku lagi, tapi aku rasa malas nak baca kalau ada reader lain menyemak blog org…kesian owner blog…huhu
p/s: saya mengalu-alukan anda meninggalkan komen di blog saya….marilah menjadi budak pandai di blog ini…AMIN….(aku dah masuk mode x betol…hurg…)
B) SLOWMYX
ni ntah kali ke brapa ntah aku nak komplain benda ni….perlukah aku hanya redha bila ada masanya aku lansung tak dapat buka webpage….FB jgn cakap la, slalunya memang akan teramat lambat loading…
adakah kerana menggunakan router instead of modem asal streamyx menyebabkan internet speed berkurang? tapi dulu pernah juga sewaktu menggunakan router & torrent, speed ok je….so apa masalahnya….
kecewa sungguh….selepas beberapa tahun menunggu kawasan perumahanku yang hanya 17km dr pusat bandar mendapat liputan streamyx, tapi akhirnya aku cuma dapat connection yang lebih kurang seperti dail-up dulu….
Ya, aku tahu….kalau kita langgan pekej 1Mb….kita kena bahagi angka itu kepada 8, dan bahagi lagi kepada 20….
1000kbit / 8 = 125 kByte
125 kByte / 20 = 6.25 kByte (20 ialah jumlah maksimum perkongsian speed di sesuatu kawasan)…
jadi secara logik, speed paling rendah yang aku akan dapat ialah 6.25kB/s….
dan kebiasaanya, kalau di rumah, download speed aku ialah 30-45kB/s & upload speed ialah 14-17kB/s…..
tapi kenapa semalam, aku boleh dikatakan x dapat ekses ke mana2 webpage & blog….aku x buka torrent…..tapi loading untuk semua webpage yang aku cuba nak buka memang teramat lambat sehingga aku terpaksa tutup saja semuanya & pergi tidur…..
urm…aku dah tak tahu apa yang aku tulis ni…..
urgh….wakaranai..wakarimasen….
C) LUNCH HOUR
aku rasa semua orang tahu jam 12.30 – 1.30 secara standardnya ialah masa lunch hour…..jadi kenapa masih ada manusia secara begangnya mencuba nasib menelifon ke pejabat orang pada masa ini….please la respect masa rehat orang lain….aku sungguh la x dapat berehat sepuas hati aku bila telifon pejabat mula berbunyi sewaktu lunch hour, atau bila ada saja penghantar surat atau sesiapa saja yang suka sangat datang ke pejabat ni sewaktu lunch hour….tidakkah mereka tahu orang yang mereka cari tengah menikmati makan tengah hari dan tidak akan begitu rajin untuk duduk di office sewaktu lunch hour….so, stop calling or press the door bell during lunch hour…you just disturbing me….
CNBLUE
SS501
T-MAX
SUPER JUNIOR

Friday, 20 February, 2009 at 15:27
Lol! terkena gak ngan komplain ni. Hmm.. Sba2.. hoho. Tp ada betulnya, widget bnyk sngt nyusahkan proses loading..
[Reply]
Friday, 20 February, 2009 at 15:48
hehehe…actually nak edit lagi tadi….tp dh dibaca org xpe la…neway, i usually tunggu few minutes utk load page…so biasanya ok…tapi ada certain yg x okie…tu rasa geram tu…ehehe
[Reply]
Friday, 20 February, 2009 at 22:36
salam..
hehe… harap hurul x sukar untuk buka page ana. hehehe…
[Reply]
Saturday, 21 February, 2009 at 8:23
wslm ratu sulaman….
ur blog is OK…hehe…blog2 yg ana letak kat my bloglist usually mudah dibuka…dont worry, i have patience also…usually i wait 1-2 minutes for the loading
[Reply]