Apa U-Know Yunho ajar aku tentang blog
Entri ini diinspirasi dari entri aenaz, yang kemudian diikuti oleh chokilala, dan kemudian diikuti oleh menteil. Macam best je buat entri begini. Jom tengok apa pula yang diajar U-know Yunho kepadaku tentang blog:
1. Work hard for what you want to achieve…kejayaan takkan datang bergolek…
Menyertai SM Entertainment ketika berusia 13 tahun, walaupun terpaksa berulang alik dari Gwangju ke Seoul setiap minggu, walaupun kadang-kadang terpaksa tidur di bawah jambatan dan berkerja separuh masa; dia masih teruskan latihan demi mengejar cita-cita. Berlatih menari dan menyanyi berjam-jam sehari. Setelah debut, aktiviti makin padat dengan program promosi, rakaman, temuramah, photo-shoot, persembahan dan konsert. Usaha berterusan teras kejayaan. Latihan berterusan dan penambahbaikan perlu demi menjamin kualiti persembahan. Setiap peluang ialah pelajaran.
Kini ketika dalam tempoh kritikal di mana aktiviti kumpulan dihadkan, mereka terpaksa mengeluarkan album kompilasi tanpa dapat melakukan promosi. Namun kerana hasil usaha yang terbaik bermula dari awal, album Tohoshinki Best Selection 2010 berjaya dijual sebanyak kira-kira 228 542 salinan pada hari pertama jualan pada 17 Februari lalu. Dan dalam masa 7 hari, 413 000 salinan berjaya dijual sekaligus memecahkan rekod 14 tahun carta Oricon.
Begitu juga dengan blogging, kita bermula dari sebuah blog yang kosong. Secara perlahan dan konsisten diisi. Dalam masa yang sama terus menimba ilmu untuk membaiki diri. Blog yang punya entri berkualiti terhasil setelah berjam-jam menulis dengan penuh teliti. Takkan mampu untuk kita hasilkan sebuah blog yang dalam masa seminggu sudah punya flat uniques visitor hingga beratus-ratus sehari. Untuk hasilkan sebuah blog yang punya identiti sendiri, ia perlukan masa dan perlukan usaha dalam membinanya.
Kalau setahun lepas, jika aku offline tiga hari meninggalkan blog tanpa update (apatah lagi membuat sesi menyibuk kat blog orang a.k.a blogwalking), merundum trafik dari sekitar flat 70 uniques per day ke bawah 30 visit sehari. Kerana itu aku cuba fokuskan untuk menghasilkan entri yang sentiasa relevan dan bermanfaat untuk peng-google maklumat. Dan alhamdulillah, sekarang bila masa lebih menuntut untuk fokus kepada kerja, blog yang tiga hari tidak ber-update masih mampu mengekal flat 250 uniques visitors.
2. Some people may recognize you, but to others…you just another nobody.
Tahun 2005, Dong Bang Shin Ki sudah menjadi antara kumpulan paling popular di Korea. Namun apabila dihantar untuk debut di Jepun, mereka bermula semula dari bawah. Di Korea mereka membuat persembahan di atas pentas yang hebat, minggu yang sama mereka terpaksa membuat persembahan di tangga dan pentas kecil kosong di Jepun. Namun mereka tidak patah semangat, malah terus berusaha hingga diiktiraf di Jepun.
Begitu juga dengan blogging. Mungkin di kalangan sebahagian komuniti blogger, mereka mengenali aku dan sudah biasa denganku. Namun bagi komuniti yang lain, banyak lagi yang tidak mengetahui kewujudan hurulaini.net. Bermula dari rasa mengenali, wujudnya rasa menghormati.
3. Sabar dengan kritikan, tak perlu balas benda jahat yang orang buat pada kita
Sewaktu awal kemunculan Dong Bang Shin Ki, mereka sentiasa dikritik dan punya anti-fans yang ramai. Namun ini tidak merendahkan semangat mereka, malah mereka berusaha buktikan kemampuan mereka hingga di tahap yang ada sekarang.
14 Oktober 2006, insiden Yunho meminum air yang ditambah super glue yang diberikan oleh seorang anti-fan. Anti-fan tersebut menyerah diri keesokkan hari dan ditahan polis pada 16 Oktober 2006. Namun kemudian, Yunho sendiri mengugurkan tuduhan terhadap remaja tersebut.
Ketika berblog, sentiasa ada sahaja feedback yang buruk diterima. Tipu la kalau kata tu tak merendahkan semangat dan motivasi kita. Namun, jangan terus give-up. Keep on in what you believe and keep on proving that you’re not as bad as what people think.
Kita takkan mampu puaskan hati semua orang. Ada orang kata jadi blogger kena buat itu, kena buat ini. Apa yang nak dibuat kalau kita tak mampu penuhi apa yang orang kehendaki?
Bila ada yang buat onar di blog kita, rasa hati mahu saja diburu sampai ke lubang cacing. Namun apa gunanya selain menyakitkan hati sendiri sedang si pelaku onar ketawa terbahak-bahak melihat kemarahan kita. Biarkan. Biarkan dia dengan kebodohannya. Kita takkan rugi apa pun, mereka lah yang lebih rugi kerana menyakiti hati orang lain.
4. Pertahankan maruah bila perlu
Jadi artis selalu je kena prank. Satu hari, kononnya ada perjumpaan khas dengan peminat dan pada masa itu, kononnya peminat Yunho dituduh mencuri. Kemudian mendapati peminat tersebut tidak bersalah. Yang menuduh kemudian nak buat donno dan nak blah terus, tapi Yunho bertegas supaya mereka meminta maaf.
Berdiam mungkin merupakan pilihan yang baik. Namun ada kalanya kita perlu bersuara mempertahankan kebenaran. If anyone rude to us, its normal to demand for apology. Dalam dunia blogging, walau orang tidak mengenali anda, itu bukan lesen untuk kita bertindak sesuka hati.
5. Jangan hadkan diri kepada sesuatu bidang sahaja. Try something new. Go international
Yunho mula menyertai SME sebagai trainee ketika berusia 13 tahun setelah memenangi pertandingan menari. Beliau menjadi penari latar serta rappers sebelum debut bersama Dong Bang Shin Ki pada December 2003. Setelah bertapak di Korea, mereka cuba memasuki pasaran Jepun pula pada 2005. Menjinakkan diri dalam bidang lakonan dalam siri drama santai sekitar 2006, dan terpilih memegang watak utama dalam drama Heading To The Ground pada 2009. 2010, satu lagi sejarah tercipta apabila dia terpilih menyertai Micheal Jackson’s posthumous concert “This Is It”, konsert yang mulanya dirancang oleh Micheal Jackson sebelum kematiannya.
Terdapat banyak platform untuk berblog seperti blog frienster, blogger (blogspot), wordpress.com, blogdrive, xanga, livejournal dan multiply. Banyak yang memilih untuk mengguna blogspot kerana ianya antara blog percuma terbaik. Namun tidak selamanya kita akan menggunakan blogspot. Mencuba medium blog yang berlainan juga ilmu.
Dengan menggunakan self-host wordpress, aku belajar mengenai asas SEO, trafik, keyword. Kerana payah mencari tema wordpress yang berkenan di hati, ilmu CSS dan HTML didalami. Bila blog diserang virus, barulah tahu pentingnya back-up dan security. Dalam masa yang sama belajar guna WAMP server dan local-host. Dan bila berhosting sendiri, subdomain dan cpanel menjadi bahan eksperimentasi.
Cukupkah hingga begini? Tidak, phpBB belum dipelajari, mungkin nanti nak bina web bentuk forum pula. Drupal dan Joomla hanya pernah didengar, ingin juga meneroka.
Go international? Ya, takkan selamanya mensasarkan target pembaca Malaysia. Bila mana ada entri yang aku rasakan tiada pembaca Malaysia berminat, aku targetkan pembaca antarabangsa. Alhamdulillah, entri Queen Seon Duk from history perspective mendapat sambutan pembaca antarabangsa, malah menjadi medan diskusi sejarah Korea. Terasa bezanya bila entri mendapat perhatian pembaca antarabangsa, walaupun tempat komen mungkin menjadi tempat meroyan para peminat seperti entri Interview Kim Nam Gil ini.
Blog merupakan medan komunikasi. Its how we interact. As how U-Know Yunho and his group members capture fans hearts, that what i want to learns.
Setiap apa yang ingin dikecapi, perlu ada usaha. Yunho mengambil masa lebih 10 tahun untuk sampai ke tahap sekarang. Without strong will, its not something easy to achieved.
Sebenarnyakan, Yunho tak ajar pun….tapi kebetulan je sama..MFEO???hehehe
p/s: yunho-shi, bulan depan duduk praktis kat US, sila belajar English bebetul ye….then, when come the time when our line cross, we can easily communicate eyh…yadda….

CNBLUE
SS501
T-MAX
SUPER JUNIOR

Tuesday, 23 February, 2010 at 23:15
tu YunHo dah elok2 pakai pakai coat tapi tulis pakai pen bulu2 plak, tp bukan atas kertas plak tu… otteoke??
ok2 tu merepek aje…hahah
entri ni best, pandai ko menghubungkaitkan info2 pasal dia dgn ko punye aktiviti blogging…
KimJoon, JungMin, KyuJong, dan YongHwa juga byk bagi inspirasi utk aku blogging..wakakakakaak
tp yerla, aku suke buat blog yang santai2 ringan untuk dibaca.. nak buat entri2 mcm ko, mmg fail sikit, bukan tak boleh..aku tak reti nak olah2 ayat skema ni…tp kalau utk aku membaca aku tak kesah blog tu berunsurkan apa sekalipun…
[Reply]
HurulAini Reply:
February 24th, 2010 at 12:01 am
aku tulis style cemni sebab nak bagi ringkas…kalau cara tak skema, akan panjang berjela-jela penerangan…hahaha…kompem xde yang sanggup baca…LOL
weh, jemput la tulis inspirasi ko (lupa plak aku nak tulis kat hujung entri….hehehe)
[Reply]
Tuesday, 23 February, 2010 at 23:28
omg ..x terpikir plak pasal virus..aigoo..kalu kene, bleh ilang semua ke???
ni cam sama ngan hack ke???aku lagi x paham…aku kene manyak blajo ah…
tu penting kene ada domain sendiri..blog ni kekadang camnilah, kalu nk ape2 kene ada third party..boring2…ahhaa..mende free kan..
mm…aku lepas ni nak usahakan web pkg aku plaklah…cam dah lama terbengkalai…aku asyik update blog PKG je..omai aih..
TQ for the info …very useful..
ko blajo ngan yunho??ooo wow!
[Reply]
HurulAini Reply:
February 24th, 2010 at 12:09 am
kalau kena inject virus bahaya kepada orang yang buka web kita sbb boleh tersebar virus tu….
kena hack tu ada yang take over domain kita…yang penting password kena unik…
hehehe…cayo2 unnie utk majukan web pkg…tu advance tu…pakai joomla kan?hehehe
p/s: toma x ajar unnie ke?slalu je dia bagi ambe petua blogging….hehehe
[Reply]
ashie Reply:
February 24th, 2010 at 12:42 am
ehemmm…Toma…??NOOO…ble masa dier ajar ko ni?bagi private lesson tanpa bagitau kat wife dier, ini sudah lebih ni ..
a’ah hurul..pakai jomla..bayo 5o henget, tp malas nk buat..sebab asyik ngan blog je..aigoss..terbang 50 henget..tsk tsk..
[Reply]
Wednesday, 24 February, 2010 at 10:17
“p/s: yunho-shi, bulan depan duduk praktis kat US, sila belajar English bebetul ye….then, when come the time when our line cross, we can easily communicate eyh…yadda….”
panjang-panjang artikel kali ini.. yes, I’m considering this as an article.. post-script yang di bawah tu juga yang menarik perhatian. especially, when the time comes for our line to cross..uwoahh.. I also like to use that statement
Uwoahh..I love to do this kind of post too! But that’s gonna be a hard work to track back what my BB has posted in his nikki that taught me a lot..
Tapi siyes ke? U-Know is the reason for you to blog? lol. curious jugeeee…
[Reply]
Wednesday, 24 February, 2010 at 14:12
Dari blog dan berblog lah ambe kenal Kang Ji Hwan dgn Tamaki Hiroshi. Tak ternilai harga nya…kekeke
[Reply]
Wednesday, 24 February, 2010 at 15:15
huhu… lagi best dari aku punya la..
ape pun congraz…
bangga ada anak murid macam nie.. hehe…
[Reply]
Sunday, 7 March, 2010 at 15:13
haha..yunho pun tak pernah ajar aku camne nak blogging..
[Reply]
Tuesday, 9 March, 2010 at 0:33
nice, teruja sebentar
[Reply]
Monday, 15 March, 2010 at 20:03
nice entry
[Reply]