hantaran

Ceritera 1: Bertunang?…aniyo….

Macam pelik je tajuk, hahaha…apapun, aku rasa I owe an explanation to Geng Otteke especially…hehehe, rasanya tak perlu pun explain…tapi xpe la, saja je nak update blog pasal benda happen around me…hahaha…boleh blah.

Hari tu aku update kat shoutbox aku  ’skarang musim bertunang/kahwin’….something like that la…pastu suka je geng otteke nak kenakan aku…aigooo… Apapun, its not me yang nak bertunang apatah lagi nak kahwin…arasso? As usual la kan, hujung tahun macam ni mula la banyak jemputan kahwin atau bertunang semua kan.

Apapun, walau agak lambat, nak juga wish selamat pengantin baru kepada blogger Azman Ishak yang melansungkan perkahwinan pada Sabtu lepas, 7 November 2009 (tarikh ini terus dikenali sebagai 7eleven…hohoho…kretip betul)….

Pada hari yang sama juga, sebenarnya ada majlis pertunangan abang aku kat Shah Alam (rasanya, area selangor la pendek cerita…haha). Ni la budak bertuah sorang ni, boleh pulak tak pergi abang bertunang, kalau tak boleh buat gathering Geng Otteke kat William last weekend….huhuhu (urghhh, macam lain dah tujuan pergi sana…haha). Actually, masa family aku planning nak pergi ni few months ago, aku ingatkan rombongan bulan 11 ni rombongan merisik atau meminang je, aigoo…apa ko ingat murah sangat ke flight nak pergi ramai-ramai just nak merisik? hilang common sense betul…hahaha. Hari raya lepas baru aku tahu actually majlis pertunangan terus, but it too late…huhuhu. Tapi takpe juga, aku pun dah pokai, cuti tahunan pun dah habis. InsyaAllah, diorang kahwin tahun depan aku pergi la sana (boleh la jumpa GO time ni…hehehe <~urghh..lain sungguh tujuan…haha). Apapun, tahniah untuk abang aku.

Pada hari ahad pulak (8/11/09), petang cenggitu terima SMS dari seorang rakan blogger yang menjemput datang ke majlis pertunangannya esok (13/11/09). Selamat bertunang ye, aku memang tak dapat nak datang sebab majlis ko pun kat seberang laut sana…huhuhu.

Malam ahad tu jugak, dapat juga SMS dari kakak angkat jemput walimah dia 20 haribulan nanti. Perkahwinan yang dinantikan, alhamdulillah. Semoga majlis berjalan lancar. Majlis akad nikah aku tak sure dapat pergi tak sebab hari jumaat, aku mana ada cuti lagi…huhuhu. Tapi majlis bersanding insyaAllah pergi la kot…hehe.

Lepas berSMS ngan kakak ni la aku letak statement kat shoutbox tu….ini la cerita di sebaliknya.

But wait, cerita tak habis lagi. Pagi tadi, jiran depan rumah aku jemput majlis pertunangan anak lelakinya dengan adik angkat aku. Yup, adik angkat aku yang muda lagi tiga tahun dari aku. Diorang dah couple dari zaman sekolah menengah lagi, about 6-7 years ago. Alhamdulillah, kekal sampai sekarang. Ingat lagi aku pernah remind adik angkat aku ni waktu diorang mula couple dulu, jangan serius sangat dalam dua tahun pertama tu. Time tu diorang form 3 kot. Hahaha, serius dowh, aku zaman sekolah dulu bukan caya sangat bebudak bercouple ni, for me bebudak sekolah bercouple sebab tu “budaya” yang ada.

Apapun, majlis-majlis ni buat aku sendiri terfikir juga pasal diri aku ni. Ye la, umur dah 24…adik angkat yang muda few years pun dah nak bertunang. Kengkawan aku yang sama kelas and sama sekolah ngan aku dulu, banyak juga yang dah berkahwin, bertunang malah dah ada anak. Dua orang bestfriend dari zaman sekolah dulu pun dah anak dua dah masing-masing. Cousin-cousin aku yang umur plus minus setahun dua dari aku pun dah beranak pinak. Jiran aku yang dulu sesama naik bas pergi sekolah then kawin lepas tamat tingkatan lima dulu, sekarang anak dah tadika. Me???? Bila lagi???? <~~~owh please don’t ask that question, aku taip ni pun dah terasa beban yang berat….hahaha.

Apapun, jodoh pertemuan ketentuan Tuhan kan. Masa ni, biar la aku bina kerjaya dulu. Bayar hutang dulu <~~ ni je la alasan aku selalu pakai bila pakcik makcik kazen mazen mula tanya ni…hahaha…habis hutang nanti ntah apa lagi alasan aku nak pakai ni….hahaha.

Apapun, kita tutup cerita ni dulu. Actually, aku terfikir something else juga…but next time la taip…hahaha…

p/s: gambar hantaran atas tu hantaran sepupu aku bertunang few months ago, sepupu aku ni pun muda few years dari aku….huhuhu.

Ceritera 2: Lane Marking….aigooo

Ni cerita pasal kerja pulak. Malam ni, aku sempat nak update ni sebab tadi aku balik awal sikit dari biasa….jam 6 petang…awalkah itu?hahaha. Ye la, kalau dah minggu ni lepas Isya’ masih juga kat office, jam 6 ni kira awal la kan…hahaha. Dari minggu lepas lagi sibuk giler sebenarnya, nak sediakan drawing untuk tender document. Pagi tadi aku hantar separuh dari drawing tambahan yang diminta pihak QS, lagi separuh…aku masih nak finalize lagi, maybe hari Isnin depan hantar yang selebihnya. Settle yang ni, nak finalize semua drawing before print untuk tender document. Dah lepas tu nanti baru free sikit kot.

lane-markingCakap pasal lane marking, hari ni tadi aku cuba finalize drawing untuk lane marking. Lane marking yang aku maksudkan ialah garis-garis kuning, putih, anak panah, signboard yang korang selalu nampak kat jalan raya, layout untuk tu la yang aku kena sediakan. Sebagai engineer amatur, takde senior atau civil work specialist kat opis, semua benda pun mula dari kosong. Aku rujuk drawing projek-projek lain serta guideline dari JKR kot, so sepanjang petang tadi cuba nak sediakan plan yang optimum.

Apa yang aku nak cerita sebenarnya, as usual…kalau dah sepetang-petang fikir pasal garis kuning, garis putih, signboard semua….bila aku drive balik benda tu la aku asyik perhati sepanjang drive….hahaha. Ye la, benda cenggini selama ni kita take for-granted je slama ni kan. Tadi baru perhati, kat tepi jalan sebelah median jalan guna garis putih, sebelah luar jalan, guna garis kuning. Kuning dan putih bawa maksud berbeza, aku lupa dah…esok aku check balik apa reti…hehehe.

Kalau jalan yang sloping, ada jalur kuning dan ada perkataan AWAS. Kat selekoh garis tengah tak putus. Ni semua yang aku perati masa drive, haha….senang sikit nak letak dalam plan. Rules lain (just for info).. Signboard berhenti terletak selari dari garis stop yang kat simpang. Kalau kat bulatan, akan ada jalur kuning…ada jarak tertentu antara jalur, sila rujuk panduan JKR ye…hahaha.

Cerita pasal kerja kat blog memang tak best…hahaha. Tapi perhati lane marking masa drive lebih baik dari dulu masa baru mula nak design detail untuk jalan raya, tengah drive aku imagin all those verticle and horizontal alignment…hahaha, benda-benda tak terjangkau akalku tu…haha.

~~~||~~~||~~~

Hahaha…berita AJK Kebajikan GO memang la pasal kehidupan betul..ngeh3…sekali skala entri pasal hidup sekeliling kita sendiri. Apapun, esok still busy day….hahaha, tak habis-habis sibuk.

Soredewa, Ja Ne~

Related Posts with Thumbnails
If you like this Post, Let's share to the others
Digg Delicious Stumbleupon Technorati Facebook Twitter


  1. xXrucciXx

    bile cite pasal kahwin/tunang aku rase macam ‘oh.semakin hari semakin tua’..hahahah :lol:
    kawan2 aku pon ramai da kahwin, yang beranak pinak pun ade..junior2 aku pon ade jugak…bile fikir balik..’aduh, dorang dah kawin aku bila lagi???’ Hahahah…
    aku rasa kalau aku kawin dgn umo bawah 25 ni rase cam tak sesuai, sebab aku ni perangai cam terejal sikit..hahah..muka pun macam budak2…(ke aku nak enjoy zaman puas2 zaman single/muda ni)…lagipun cousin rapat aku yg sebaya dgn ko pun tak kahwin lagi…so, aku tak kisah sgt ah…walaupun dulu zmn budak2 dia kata aku kahwin dulu..padahal die skang dok berkepit dgn bf sana sini…aku ape ade??? hahahaha…

    [Reply]

    HurulAini Reply:

    :lol: haha…itu la pasal, kalau ikut aku…mmg x kisah pun kawin lambat….baru je mula kerja setahun, hutang bertimbun lagi…hidup blm stabil lg….mana nak kahwin…hahaha. kengkawan Uni pun banyak relex je…tp bila kazen mazen yg muda2 dr kita ni dh beranak pinak…haa, mula la pakcik makcik mula nak tanya turn kita bila…hahhaha

    kalau dulu aku ingat berkahwin awal lebih baik, tapi skarang aku makin rasa x ready nak kawen dowh….hahaha :shock:

    [Reply]

  2. nakamura senpai

    hurul…ambe ingat kome nak kawennnnnnnnn….hahahaha……..

    Rucci…ambe rasa umur 25thn…masa paling sesuai nak kawin ikut Rasullallah s.a.w (ceh..nak kawin ikut rasul..tapi amal ibadat tokse la pla..)…

    tapi apakan daya walaupun dah 25 still tak kawin lagi..huhuhu….biasala bila zaman bekerjaya ni memang mostly kawen lambat skit..bagi lelaki mostly 27thn or 28 thn atau lewat 20-an…mungkin orang cakap apa nak tunggu kawen je..namun kena fikir juga..apa yang korang nak bagi dekat wife korang kalau gaji setakat rm3000 je tambah2 dekat KL..memenag tak cukup thats ambe rasa kalau keja lama skit InsyaAllah bila betul2 dah stable baru bleh kawen..ni ambe tengok experience member2 ambe..namun kalau wife juga keja ok je..cuma kena ingat je lelaki yang kena tanggung zahir ..bukan batin je…so walaupun wife keja tak bleh nak amik kesempatan atas wang gaji wife..tapi kalau waife ikhlas nak bantu boleh tapi bukan yang main….huhuhu..panjang plak ye hurul..hehehehe…apapun ambe harap tahun depan bleh kut ambe kawennnnn..hehehehe

    [Reply]

    HurulAini Reply:

    :lol: kah kah kah…senpai ni…kan dah kata bukan…..hahaha

    betul, umur around 25 umur optimum nak bina keluarga…tp kena tengok keadaan sendiri jugak…mcm ambe ni baru mula kerja, kerja banyak sikit dah asyik overtime…mana nak kawen cemtu?hahaha

    And your point was absolutely right senpai…zaman skarang ni gaji rm3000 cukup2 makan je. Nak bayar ptptn la, loan kreta, bil-bil je around 400 sebulan….duit minyak, servis kereta, duit makan & beri ngan parents lagi….kalau yang sewa rumah atau beli rumah lagi la…aigoo….& kalau pulak isteri tetiba jadi fulltime housewive, siapa yang nak bayar balik dia punya loan pendidikan ngan loan kreta….
    :evil: :o :!: :shock: :cry:

    zaman cemni nak tak nak kena gak tengok bling bling cling cling….hahaha….

    tapi around me, boleh pulak ambe jumpa lelaki gaji x cukup pun makan family, tapi masih lagi pemalas….masih nak bgantung ngan parents walau sendiri dah anak dua…

    kalau yang memang dah kerja teruk tapi x cukup gak tu lain cerita…tapi yang memang tau income brapa ratus je sebulan tapi masih selamba badak bermalas-malasan ni memang bikin panas je….hahaha

    :idea: kalau yg mcm senpai cakap wife tolong bayar itu ini juga tu…bg ambe no hal la…asal si wife ikhlas bak kata senpai. Tapi dulu pernah ambe baca satu tips…walau sikit mcm mana pun gaji, sebaiknya bagi la wife sikit duit hasil si suami utk belanja personal dia, at least rm50 every month…lebih bagus lagi…hahaha…kira tips nak jaga hati dan perasaan la walau kalau nak kira yg dibayar belanja wife maybe lebih besar…hahaha

    [Reply]

  3. biaselah… hujung tahun, cuti sekolah…

    well… nantikan entry aku pada hujung Disember nanti ya?

    :idea:

    [Reply]

    HurulAini Reply:

    ehem ehem….ni yg aku x sabar ni..hehehehe

    [Reply]

  4. ooooo…ahhahha..x bleh blah sungguh..ambe hengat pong kome yg nak kawen..tu ambe kata, xpe langkah bendul dolu..kekekke..

    ini cite lane marking..kome kene buat design garis2 jalan ke ape ???…xpelah..kome bagitau nih..ambe baca slow2 dolu, baru ambe paham…cam pening je tgk line kuning ngan putih… :???:

    [Reply]

    HurulAini Reply:

    yup unnie, ambe kena prepare drawing tandakan kat plan semua garis2 nak dibuat time construction nanti, skali ngan semua signboard….
    ambe pun baru tau line kuning & line putih ni lain2 maksud…hehehehe

    [Reply]

  5. BYKNYEE KEK..MINTAK SIGEK!!

    [Reply]

    HurulAini Reply:

    :mrgreen: hahaha…berzaman dah kek ya, nek tok semua dah selamat dalam sewage system kali…hahaha….
    tok kazen mek bertunang riya wa….kmk pun x merasa kek ya…. :cry:

    neway, pa crita nek tok pok?

    [Reply]

  6. A’aah kalu tak boleh jupe…x pe next time maybe…dah dekat dah tu shah alam…hehehe

    Insya Allah dapat jodoh yang baik nanti…:)

    Cakap pasal tender…buat last minit baru best…x cukup tido semua hehehe…la ni kampeni ambe kurang participate ngn tender dah…

    Yg ambe tau double lane x leh potong…

    Dah potong? eh tiba2 iklan lain enterprem hahaha

    [Reply]

© Copyright Reserved To bE HuRuL_AiNi 2009. | Log in
Design by: Yoshz and Code by: Lovely Celebs | Website Hosting | Mizha Clan