Blog kadang kala boleh jadi sungguh pelik…

keyword: hurul aini sayang yunho???? arghhh...tak boleh blah

keyword: hurul aini sayang yunho???? arghhh...tak boleh blah

:shock: :shock: :shock::shock: :shock:

Tadi sesaja je gatal cek alexa rank…padahal tahu rank ntah berapa juta ntah. Pastu godek-godek…bila tengok bahagian keyword, aku speechless betul jadinya. Skarang ni speechless sampai tak tau nak taip apa dah. Hahahahaha….lawak gila weiii.

:lol: :lol: :lol:

Sepanjang aku pantau keyword yang masuk blog ni melalui nuffnang statistic; wass-up plugin dengan google analytic statistic; rasa-rasa tak pernah lagi aku jumpa keyword ni. Hypothesis aku menyatakan keyword ni secara random je kot. Entah la, aku pun tak tahu. Yang lawaknya keyword ‘hlovate’ yang menjadi top keyword kat nuff stats dengan google analytic stats takde pulak. Aigoo…hahahaha.

Satu lagi perkara aneh yang berlaku semalam; buat pertama kali blog ni mencecah unique visitor 600 (berdasarkan nuffnang):

nuffnang-stat

Dulu selalu je dengar topo; Kak Jie dengan blogger-blogger otai lain cakap avarage unique visit setiap hari sekitar 600. Hohoho….cemni rupanya. Semalam macam pelik juga bila tengok masa-masa tertentu sampai 29 orang sedang online di blog ni (berdasarkan statistik kat footer). Kemudian, check nuffnang, macam tak percaya pada jam-jam tertentu unique visitor sampai seratus lebih. Buat tak endah je, sampai la malam semalam sekitar jam 10 aku terkejut tengok unique visitor dah melebihi 500, dua kali ganda dari biasa.

*tetiba ada mood menulis, meh aku tulis pepanjang k*

Rahsia? Sebenarnya, rekod semalam tu boleh anggap sebagai ‘one-day-glory’. Aku pun bukannya reti dengan skill SEO ni, cukup aku pasang plug-in All in SEO (yang tidak digunapakai untuk entri semalam) dan tambah tag yang berkaitan pada post tersebut. Macam yang korang tengok kat atas ni pun, avarage unique visitor blog ni pun sekitar 150 je.

Tapi, selama setahun aku aktif berblog ni; banyak juga ilmu pasal trafik blog yang aku pelajari. So, alang-alang aku tulis post pasal ni; apa kata aku share sekali ilmu ni dengan korang. Rasanya yang dah lama berblog pun pastinya dah tahu tips-tips ni semua:

Tips meningkatkan trafik blog:

  1. Rajin-rajin la blogwalking; baca dan tinggalkan komen di blog-blog yang anda singgah. Paling kurang pun tinggalkan jejak di shoutbox / tagboard blog tersebut; InsyaAllah sehari dua nanti paling kurang pun owner blog tersebut akan singgah juga blog korang.
  2. Jadi pembaca / pengkomen tetap di blog-blog yang anda suka baca. Bagi blog yang anda sekadar singgah tapi tak baca, elakkan mengomen sebab bukannya owner blog tu tak tahu anda mengomen sekadar atas angin je (hahaha, apa punya tips la ni…hahaha).
  3. Manfaatkan medium mempromosi blog seperti Facebook; Twitter; Negaraku; Geng Blogger dan yang lain-lain. Update link anda di Facebook dan twitter setiap kali ada entri terbaru; tapi cukuplah mengupdate sekali sahaja per entri, kalau kerap sangat akan buat orang lain rasa annoying (hingga Hide update anda di Facebook atau unfollow tweet anda….its your own risk).
  4. Jika anda punya masa lapang yang banyak setiap hari, apa kata sertai forum-forum tempatan yang ada seperti ILuvIslam, FriendKorner dan lain-lain. Aktifkan diri anda di forum, ia boleh menjadi medan membina networking. Bina perbincangan yang berkualiti, atau lontarkan idea-idea yang berisi dan elakkan menyepam thread tersebut; selain membina kredibiliti anda, ia juga membantu menjaga kredibiliti forum tersebut. Pastikan juga anda meletakkan banner blog anda pada signature forum anda, dari sini anda boleh mendapat trafik ke blog anda.
  5. Sertai contests yang dianjurkan blogger tempatan. Melalui pengalaman aku sendiri dulu, dengan menyertai pertandingan-pertandingan anjuran blogger tempatan la aku banyak mengenali blogger-blogger lain; secara tak lansung menambah trafik ke blog di samping menambahkan backlink ke blog (sebab biasanya penganjur pertandingan akan letak link jawapan anda atau link blog anda di blog mereka…hohoho).
  6. Yang paling penting sekali, update blog anda dengan konsisten dan dengan isi yang berkualiti. Sebelum publish, tanya diri anda adakah anda berpuas hati dengan hasil tulisan anda? Adakah ia sudah cukup baik, punya isi yang relavan untuk membuatkan pembaca sanggup membaca secara keseluruhan?

Tips mesra carian google:

  • Search Engine Optimization atau SEO merupakan skil yang paling berkesan untuk membolehkan entri anda sentiasa diindex di engin carian. Aku kongsikan beberapa ilmu yang sempat aku pelajari, kerana aku sendiri kurang mahir ilmu ini:
  1. Gunapakai tag atau titlefont pada sub-topik dalam entri anda; contoh seperti sub topik ‘tips mesra carian google ni’; aku mengguna H2 font, urm…kerana ia lebih mesra google berbanding jika sekadar di bold sahaja.
  2. Letakkan tag yang bersesuaian untuk setiap entri anda; sebagai contoh jika anda menulis tentang drama You’re Beautiful; anda boleh meletak tag Jang Guen Suk; Hwang Tea Kyung; Download dan yang sewaktu dengannya yang mampu menarik trafik dari Google.
  3. Namakan imej yang anda letak di blog dengan nama yang boleh menjadi keyword di Google; sebagai contoh gambar pertama di atas dilebel sebagai ‘alexa_keyword’; tak tahu la sangkut tak di carian google.
  4. Pastikan anda menggunakan sistem permalink yang mesra google; iaitu permalink yang mengandungi ‘post-name’. Elakkan menggunakan permalink sebagai contoh: namablog.com/p?=23
  5. pengguna wordpress; sila pasang plugin All-in-one SEO atau plugin SEO yang lain….
  • Pelbagaikan keyword atau topik, anda takkan pernah tahu apa yang orang ingin cari di internet.
  • Tulis dengan kadar konsisten; tapi jangan sampai membebankan anda. Blog yang punya update paling terkini biasanya tersenarai dengan lebih mudah berbanding entri yang lebih lama (ni bergantung kepada faktor juga; jika entri yang lama tu punya trafik yang tinggi, maka ia akan tersenarai lebih kedepan).

Tips menjadi blogger berkredibiliti:

Ada apa dengan blogger otai? Ada apa dengan blogger professional? Aku hingga sekarang belum menjumpai definasi tepat blogger otai dan blogger professional. Dan bagi aku sendiri, menjadi blogger yang berkredibiliti lebih baik, kerana dari situ pembaca yang merujuk dari blog anda akan punya keyakinan pada hasil tulisan anda. Apa yang penting, blog anda akan menjadi pusat rujukan para pembaca.

  1. Tulis perkara yang anda fahami, yang anda benar-benar tahu. Jika anda sekadar ingin membuka sesuatu isu dengan harapan mendapat tunjuk ajar dari pembaca; tulis dengan terang yang anda kurang memahami isu tersebut dan pinta buah fikiran dari pembaca. Jangan sekadar menulis hanya kerana anda tiba-tiba terlintas fikiran untuk menulis tentang isu tersebut tanpa ada isi mengenai perkara itu.
  2. Elakkan menulis kontroversi atau spekulasi semata-mata. Aku ingat lagi dulu di masa para blogger sibuk nak update pasal stadium yang runtuh di Terengganu; kebanyakkannya menulis tanpa ada ilmu tentang kejuruteraan; menulis berdasarkan spekulasi dan pendapat kurang berasas; dan spekulasi-spekulasi tersebut pula menjadi kepercayaan kepada pembaca (serius, aku tak tau la nak gelak kaw-kaw ke nak marah bila baca entri macam tu….)
  3. Pastikan fakta yang anda kemukakan sahih; berasas atau paling kurang punya sumber rujukan yang diyakini. Jika ia sekadar spekulasi; nyatakan yang ianya spekulasi dan tulis pandangan anda mengenai spekulasi tersebut.
  4. Jangan menulis dengan harapan supaya mendapat komen yang banyak. Jangan menulis sekadar ingin menambah atau menarik trafik ke blog. Tapi tulis la apa yang anda ingin tulis, each and every individual has their own charm….and thats what make people keep on reading your blog.
  5. Jika anda ingin menulis tips atau panduan di blog; sebaiknya jangan tulis alang-alang atau sekadar intro provokasi. Adalah lebih baik jika sesuatu topik itu dihimpun dalam satu entri sahaja (biarlah panjang, baru boleh dikatakan sumber maklumat) atau jika ingin dipecah-pecahkan kepada beberapa bahagian; sila tulis dengan sistematik.
  6. Gunapakai tajuk yang tepat; mungkin akan mengurangkan pelawat blog anda; tetapi sekurang-kurangnya menjamin kredibiliti blog anda. Jangan buat entri “Panduan….” jika apa yang anda tulis sekadar pengalaman beberapa minit untuk urusan tertentu. Jika anda mahu juga ia dilebel dengan ayat rujukan; sila gunapakai perkataan tips; sekurang-kurangnya pelawat tidak sakit hati membuka blog anda tetapi tiada panduan seperti yang diharapkan.
  7. Kreditkan jika sebahagian dari entri anda berasal dari entri blog lain. Kadangkala menggunakan gambar dari sesebuah blog boleh menjadi isu; apatah lagi jika anda meletak sebahagian atau keseluruhan entri blogger lain di entri anda tanpa kredit. Hargai tulisan orang lain; barulah orang lain menghargai tulisan anda.

Tahu…tapi kenapa tak buat?

Tips-tips di atas ni; jika benar-benar diaplikasi secara konsisten; InsyaAllah mampu menarik unique trafik paling kurang sekitar 200-300 sehari. Dan kemudian, trafik akan konsisten naik bergantung pada tempoh umur blog anda. Dah tu kenapa blog ni sendiri rendah trafik?

Hohoho; jadi blogger yang tinggi trafikknya atau menjadi blogger popular juga punya disadvantage. Kalau anda ingin menulis secara bebas tanpa pengaruh luar; anda akan pilih untuk menyepikan diri dari komuniti blogger secara umum.

Jika ingin hasil tulisan kita benar-benar dibaca; menulis sesuatu yang boleh menjadi sumber rujukan dan berharap pada pembaca yang terjumpa entri tertentu secara tak sengaja melalui carian google adalah lebih baik.

Aku suka tulis panjang-panjang; tapi tak semestinya orang akan baca apa yang aku tulis…takpe redha je.

Dapat traffik turun naik juga kadang-kala buat kita rasa tak best; terutama orang yang psiko dengan nombor macam aku ni….lebih baik konsisten 100 orang sehari dari sekejap beratus-ratus, the next day berpuluh-puluh je. Ni pun aku dah risau, apa je la yang aku merapu dibaca lebih 100 orang setiap hari….aigoo.

Apapun, semakin lama anda di dunia blogging; anda akan dapat rentak anda sendiri. Buat apa yang mampu dibuat, dan jangan terbeban dengan adanya blog.

Akhir kata; harapnya tips-tips kat atas ni mampu membantu rakan-rakan blogger yang ingin benar-benar serius berblog.

stats-600

:grin: Soredewa; Ja Ne~

Related Posts with Thumbnails
  • 34 Comments

  • Your email is never shared.
    Required fields are marked *