Blogger lelaki paling update pasal AF?

Salam penuh kesajahteraan buat semua.

**sila abaikan imej cukup syarat di atas**

Sebelum korang marah-marah tengok tajuk entri aku kali ni, tengok dulu screenshot yang diambil tengah hari tadi (17 Mei 2009, sekitar jam 1pm).

blog-update**korang boleh klik imej ini untuk gambaran yang lebih jelas**

Setelah lebih kurang 12 jam tamatnya konsert akhir AF 7 malam tadi, aku agak terkejut melihat bloglist aku. Bersusun entri mengenai AF dari blogger-blogger lelaki (lihat anak panah merah). Blogger-blogger perempuan di bloglist aku lansung belum ada yang update mengenai AF kecuali aku sendiri…hoho… Aku sebenarnya secara tidak sengaja membuka blog list ini tadi, hingga terlihat trend ini. Tiada niat apa-apa untuk memprovok atau apa-apa…cuma bagi aku trend ini menarik…hoho.

Masih banyak juga update mengenai Hari Guru dari blogger-blogger lain (anak panah biru). Ada juga yang update mengenai wabak H1N1 seperti blog waiem yang kebiasaannya penuh dengan info drama…hoho. Namun, tahniah buat blog Zool Liga Kampung yang menjadi satu-satunya blog setakat ini yang memberi update mengenai perlawanan antara Malaysia & China untuk Piala Sudirman.

p/s: Hari Gawai nanti, insyaAllah aku buat entri sempena Hari Gawai…..siapa nak join aku? Hohoho…

:grin: Tambahan jam 11:56pm: aku plan nak tidur awal malam ni pas habis khatam tengok 5 episod terakhir drama Boys Over Flower (Korean version) tadi…ntah macam mana boleh bangun lagi ni buat lawatan sambil belajar kat blog-blog orang. Bila gelak2 baca blog orang ni, somehow aku rasa faham kenapa aku masih keep on blogging…hehe…aku baru ingat esok ada internal audit kat company aku, tetiba je rasa mcm x prepare habis…huhu….doakan yang terbaik ye…have a great day to all

Related Posts with Thumbnails
  • 24 Comments