Category “AFKARUL ISLAM”

Perkongsian Pembaca: Menjelang Wafatnya Rasulullah

Tuesday, 2 March, 2010

Ini perkongsian pembaca yang ditinggalkan di bahagian komen entri Mengenali Hlovate bersama Hurulaini. Jazakillahu khairon khatira ya ukthi-Durrah. Untuk menyantuni adab di bahagian komen tersebut, dan bersempena Maulidur Rasul yang baru saja berlalu…saya pindahkan perkongsian ini di post yang baru. Marilah sama-sama hayati sirah ini:

~~~~

MENJELANG WAFATNYA RASULULLAH SAW
–DETIK-DETIK AKHIR RASULULLAH SAW

Dari Ibnu Mas’ud r.a., bahwasanya dia berkata:
“Ketika ajal Rasulullah saw sudah dekat,baginda mengumpulkan kami dirumah Siti Aisyah r.a. Kemudian baginda memandang kami sambil berlinang air matanya, lalu bersabda: Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu,agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah.”

“Allah berfirman: Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerusakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa.”

Kemudian kami bertanya: “Bilakah ajal baginda ya Rasulullah?”

Baginda menjawab: “Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila.”

Kami bertanya lagi: “Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah?”

Rasulullah menjawab: “Salah seorang ahli bait.”

Kami bertanya: “Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah?”

Baginda menjawab: “Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah.”

Kami bertanya: “Siapakah yang menyolatkan baginda di antara kami?”

Kami menangis dan Rasulullah saw pun turut menangis.

Kemudian baginda bersabda: “Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letakanlah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku. Kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama menyolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tentaranya. Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang pertama solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua.”

Read the rest of this entry »

HIJRAH & Doa Akhir dan Awal Tahun…

Thursday, 17 December, 2009

Read the rest of this entry »

Menanti Di Barzakh

Sunday, 4 January, 2009
Al-Fatihah untuk Arwah Hj. Rajemi (bapa saudara) yang kembali ke Rahmatullah pada pagi ini. Semoga Allah menempatkan rohnya bersama-sama orang yang beriman. Amin
________________________________
Ku Merintih,
Aku Menangis,
Ku Meratap,
Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,
Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,
Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rimbun,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Seusai Talkin bernada Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,
Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan
Tetapi Ia Sebenar Kejadian
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan
Tetapi Ia Sebenar Kejadian
Kembali Oh Kembali,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,
Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali tak sanggup untukku mengulangi
Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan
Kini Aku Merasakan
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan
Selama Ini Diceritakan
Kini Aku Merasakan
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan
Ku Merintih,
Aku Menangis,
Ku Meratap,
Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata

Berjalan Melihat Mentafsir

Monday, 8 December, 2008

Berjalan melihat jalan yang tercengkam
Kerana dua halangan
satu keegoan
dua kesempitan
Pahit kita tempuhi bersama
Tiada pernah dipinta

Kita teruji hingga menghinakan
Kita tersimpul hingga melupakan
Hubungan yang telah lama ada

Padamkan segala api
Yang bisa membakar kita
Semaikankan benih mahmudah
Yang suburnya membawa erti

Lagu: Khairil Azrin Rafli
Lirik: Mujahid Abdul Wahab
Hakcipta Lagu & Lirik: Gurindam Cipta
Album : Berjalan Melihat Mentafsir

Jadilah Insan Setabah Beliau

Thursday, 24 January, 2008

Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

Sayidatina ‘Aisyah menceritakan “Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.”

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, “Belum ada sarapan ya Humaira?” (Humaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’).

‘Aisyah menjawab dengan agak serba salah, “Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.”
Rasulullah lantas berkata, “Jika begitu aku puasa saja hari ini.” tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, “Mengapa engkau memukul isterimu?” Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, “Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia.”
“Aku tidak bertanya alasanmu,” sahut Nabi s.a.w. “Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?”

Pernah baginda bersabda, “sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya.”

Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.

Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, “Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?”

“Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.”

“Ya Rasulullah… mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…” desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

“Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?”

Lalu baginda menjawab dengan lembut, “Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?”

“Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.”

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Mengenang peribadi yang amat halus ini, timbul persoalan dalam diri kita… adakah lagi bayangan peribadi baginda Rasulullah s.a.w. hari ini? Apa yang kedengaran sehari-hari sepertimana yang didedahkan oleh media massa, hanyalah cerita-cerita derita akibat sikap mereka-mereka yang tidak berperanan di tempatnya. Amat sukar hendak mencari seorang manusia yang sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk orang lain semata-mata kerana takutkan ALLAH, sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah.

Apakah rahsia yang menjadikan jiwa dan akhlak baginda begitu indah? Apakah yang menjadi rahsia kehalusan akhlaknya hingga sangat memikat dan menjadikan mereka yang hampir dengannya begitu tinggi kecintaan padanya. Apakah anak kunci kehebatan peribadi baginda yang bukan saja sangat bahagia kehidupannya walaupun di dalam kesusahan dan penderitaan, bahkan mampu pula membahagiakan orang lain tatkala di dalam derita. Nur Muhammad itu, yang ALLAH ciptakan semua makhluk yang lain kerananya, mempunyai kekuatan dalaman paling unggul. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.

Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan. Ketika pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, “Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?”

Jawab baginda dengan lunak, “Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.”


Tinie wrote: i forget where i 1st get this story…but i like it very much…

Bisnes dengan alam ghaib

Saturday, 29 December, 2007

Ketika Rasulullah hendak mendirikan Masjid di Madinah, baginda telah meminta kepada seorang penduduk agar memberikan tanahnya. Tukarannya ialah sebuah rumah di syurga. Tuan tanah itu yang merupakan seorang penduduk Ansar, merasa keberatan dengan tukaran tersebut tetapi bersetuju jika dibayar dengan wang. Tidak lama kemudian datang Saidina Usman bin Affan membawa 10,000 dirham dan membayar harga tanah itu.Saidina Usman menyerahkan tanah itu kepada Rasulullah dan berkata, “Ya Rasulullah, belilah tanah ini dari saya.” Lalu dibeli oleh Nabi dengan sebuah rumah untuk Saidina Usman bin Affan di dalam syurga. (Nilai wang pada masa itu, 20 dirham bersamaan dengan seekor kibasy yang baik atau 10 dirham bersamaan seekor kambing yang baik.
Bagi kebanyakkan ahli perniagaan hari ini, jual beli di atas tidak menguntungkan apa-apa malah ia satu kerugian. Namun keimanan para sahabat terhadap hari akhirat yang begitu tebal menyebabkan mereka menjual dunia untuk membeli akhirat. Adakah keimanan dan keyakinan kita pada kehidupan di akhirat sedemikian rupa? Sekali lagi kita perlu bertanya kepada hati kecil kita sendiri….
(Dipetik dari Mohammad Nidzam Abdul Kadir, 2007. Soal Jawab remeh-temeh tentang Muamalat. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn Bhd)

Lelongan pertama Rasulullah

Saturday, 29 December, 2007

Anaz bin Malik meriwayatkan bahawa seorang lelaki daripada kaum Ansar datang menghadap Rasulullah s.a.w. dan meminta sesuatu kepada baginda. Rasulullah s.a.w. bertanya,
“Adakah kamu mempunyai sesuatu di rumahmu?”

“Ada, ya Rasulullah!” jawapnya,

“Saya mempunyai sehelai kain tebal, yang sebahagian kami gunakan untuk selimut dan sebahagian kami jadikan alas tidur. Selain itu saya juga mempunyai sebuah mangkuk besar yang kami gunakan untuk minum.”

“Bawalah ke mari kedua barang itu,” sambung Rasulullah s.a.w. Lelaki itu membawa barang miliknya dan menyerahkannya kepada Rasulullah. Setelah barang diterima, Rasulullah s.a.w. segera melelongnya. Kepada para sahabat yang hadir pada saat itu, baginda menawarkan pada siapa yang mahu membeli. Salah seorang sahabat menawarkan kedua barang itu dengan harga satu dirham. Tetapi Rasulullah menawarkan lagi, barangkali ada yang sanggup membeli lebih daripada satu dirham.

“Dua atau tiga dirham?” tanya Rasulullah kepada para hadirin sampai dua kali. Inilah lelong pertama kali yang dilakukan Rasulullah.Tiba-tiba salah seorang sahabat menyahut, “Saya beli keduanya dengan harga dua dirham.” Rasulullah menyerahkan kedua barang itu kepada si pembeli dan menerima wangnya. Wang itu lalu diserahkan kepada lelaki Ansar tersebut, seraya berkata, “Belikan satu dirham untuk keperluanmu dan satu dirham lagi belikan sebilah kapak dan engkau kembali lagi ke sini.” Tidak lama kemudian orang tersebut kembali menemui Rasulullah dengan membawa sebilah kapak. Rasulullah s.a.w. melengkapi kapak itu dengan membuatkan hulunya terlebih dahulu, lantas bersabda, “Pergilah engkau cari kayu api, lalu kayu itu kamu jual di pasar, dan jangan menemui aku sampai dua bulan.”Lelaki itu taat melaksanakan perintah Rasulullah.

Setelah dua bulan berlalu dia menemui Rasulullah dan melaporkan hasil kerjanya. Lelaki itu menuturkan bahawa selama dua minggu ia berjaya mengumpulkan wang sepuluh dirham setelah sebahagian dibelikan makanan dan pakaian. Mendengar petuturan lelaki Ansar itu, Rasulullah bersabda, “Pekerjaanmu ini lebih baik bagimu daripada kamu datang sebagai pengemis, yang akan membuat cacat di wajahmu kelak pada hari kiamat.”

(Dipetik dari Mohammad Nidzam Abdul Kadir, 2007. Soal Jawab remeh-temeh tentang Muamalat. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn Bhd)