Fitnah
Rooftop Rant (Hlovate)
Mengenali Hlovate bersama HuRuL_AiNi
Salam penuh kesejahteraan kepada semua.
Bunyi tajuk tu macam tiru gaya topo je…haha, tapi abaikan saja. Back to topic, do you know who is Hlovate?
Baru-baru ini ketika aku menjenguk forum ILuvIslam, ada satu thread yang membincangkan mengenai penulis Hlovate ini. Aku mendapati, bagi yang mengenali Hlovate akan amat mengenali & miminatinya. Tapi bagi yang tidak kenal, memang takkan ada idea siapakah dia. Secara logik fikir aku, aku dapat kenalpasti kenapa ini berlaku. Bagi yang mengenali dia, memang akan minat pada hasil penulisannya kerana ianya sememangnya teramat best. Bagi yang tak kenal pulak, kerana dia ini sungguh low profile….hik3.
Kumpul Setem VS Kumpul Buku

Dengan ini lengkaplah koleksi buku-buku tulisan hlovate dalam koleksi aku. Yang ni kisah budak-budak sekolah, diceritakan dengan gaya bahasa yang selamba, tapi kisah penuh gila-gila.
Kawan-kawanku pernah bercerita yang novel ni best…jadi aku cuba beli….tapi aku tak tahu, inikah buku yang mereka maksudkan. Depan buku tu tulis Aku tidak mahu menjadi sebahagian daripada
mereka yang hanya berpuas hati dengan kesederhanaan. Aku ingin menjadikan
hidup aku lebih dari itu.
harap bukan sekadar plain mushy-mushy love story…huhu
Aku juga hampir tergoda untuk membeli
1) Buku-buku Faisal Tehrani…ada lagi 4 buah yang aku jumpa semalam belum pernah aku baca…
2) Kamus & buku belajar bahasa jepun [aku kuatkan diri dengan menyatakan manfaatkan free online course...duh]
3) Ketika Cinta Bertasbih Episode 2 – Habiburahman El’shirazy [aku dah baca episode 1...best...nanti-nantilah aku beli kot...]
4) Urgu Karmila – Ramlee Awang Murshid [duh tini, habiskan dulu buku Hijab Sang Pencinta...]
Sebenarnyakan, ada beberapa lagi novel yang aku dah lama beli, tapi tak baca-baca lagi…ya, aku suka kumpul buku, tapi banyak lagi yang aku tak tengok. Macam tu juga dengan drama-drama korea & jepun, biasanya aku hanya tahan tengok drama jepun sebab ia 9-11 episod saja….entah kenapa aku suka tengok longgokkan cd-cd aku tu….duss, kenapa aku punya hobi yang pelik?
Harap aku akan baca apa yang aku beli ni…
Jadi, misi untuk 5 bulan akan datang –> jangan pergi MPH & Popular lagi…
oh ya, hypothesis aku yang menyatakan komik Penyiasat Remaja Sekolah Detektif Q tak ada dijual di MPH & Popular disahkan benar…puas aku cari di MPH & Popular Bloulevard semalam…memang takda…[agaknya kalau ada, mungkin aku terus beli juga...]
Masuk ke dalam cahaya (Abdullah Hussain)
seingat saya….saya membaca buku ini ketika tingkatan 4….buku yg amat menarik…mungkin novel berunsur Islam pertama yg saya baca sepanjang hayat saya rasanya…dan kemudian, saya tercari-cari untuk membaca buku ini kembali…tetapi x ketemu…
ketika bertugas sebagai guru ganti…saya ketemu kembali buku ini di perpustakaan sekolah itu….hati saya melonjak gembira…selepas meminta izin salah seorang guru sekolah, saya meminjam buku ini….namun malangnya, kerana kesibukan berkerja…saya tidak berkesempatan membaca buku ini semula…sepanjang di bwh jagaan saya, buku ini terletak baik di atas meja….hanya sesekali saya cuba membaca, membelek beberapa muka…kemudian perlu berhenti semula….kini timbul kekesalan kerna mungkin juga takkan bertemu lagi dgn buku ini…
seingat saya, buku ini mengisahkan seorang pemuda yang telah tersimpang jauh dari ajaran Islam…kemudian membawa diri, keluar meninggalkan rumah…di dalam perjalanan, dia singgah di sebuah kampung..tertarik dgn cara hidup masyarakat kampung itu, dia akhirnya menetap di situ…
tidak lama kemudian, dia dan penduduk kampung mula berdepan dgn cabaran..dan cabaran memuncak bila Raja Ifrit sendiri datang ke kampung tersebut untuk membawa kemungkaran…
yang menarik di dalam buku ini adalah terdapat beberapa unsur mistik/misteri yang ditonjolkan…seperti kampung ini tidak akan dapat dikesan oleh orang luar, seperti kampung ini ghaib dari dunia luar…namun inilah yg menjaga kesucian kampung ini selama ini…
buku ini juga menonjolkan beberapa budaya masyarakat Islam yang sudah jarang atau mmg tidak diamalkan lagi….salah satunya, ketika menyambut sesuatu majlis/kenduri (perkahwinan), tiada persiapan yg dibuat hinggalah sehari sebelum majlis…sehari sebelum majlis, seluruh warga kampung sama-sama bergotong royong menjayakan majlis…malah mereka juga membawa bahan makanan sendiri untuk dimasak dan dikongsi bersama…tiada pembaziran dan tiada bebanan bagi penganjur majlis….
yang lainya, hehehe,bacalah sendiri
Siri Detektif Indigo: Ikan fugu, lukisan & jimson [Faisal Tehrani]
Kisah remaja yang mempunyai kebolehan luar biasa, memanfaatkan keupayaan mereka untuk membantu menyelesaikan beberapa kes polis. Chen-chung, Faruq, Isumu, Ruzbihan, Mihrimah Maryam dan Rabiah Zaitun merupakan pelajar Maktab Rendah Indigo, maktab yang menghimpunkan remaja-remaja indigo, untuk melatih dan meningkatkan keupayaan IQ dan deria keenam. Berlandaskan iman dan taqwa kepada Allah, mereka berupaya menyelesaikan kes pembunuhan di Sungai Congkak, kes kecurian catan di dewan pameran Dubai dan kes penderaan warga emas hartawan.
For me, buku ni best sebab …. sebab ia intelektual kot. Buku ini banyak memaparkan beberapa fakta menarik, di samping menekankan ciri kehidupan remaja Islam. Dari buku ni, pembaca dapat belajar ilmu-ilmu forensik dan teknologi yang digunakan dalam menganalisa bahan bukti. Idea mengenai kumpulan remaja pintar memang menarik minat pembaca, terutama saya sendiri.
Salah satu keupayaan yang menarik bagi saya ialah kebolehan telepati. Rasanya mungkin ramai yang menyatakan kebolehan telepati merupakan dongengan semata-mata. Tapi kalau tak silap, hamba-hamba Allah yang kuat hubungan dengan Allah, insyaAllah mampu memiliki kebolehan luar biasa yang tidak mampu dicapai oleh deria biasa. Salah satunya, telepati. Tapi mungkin tiada kajian khas mengenainya (atau mungkin ada, tapi saya yang masih belum mengetahui, ehehe)…menyebabkan perkara seperti ini kurang mendapat perhatian atau kurang dipercayai oleh orang ramai. Mungkin fakta ini salah, dan kalau salah, saya harap dibetulkan.
Urm, berbalik kpd buku ni, I only can say that it is a good book. Ehehe…adios
Anti-thesis
Dalam buku ni, satu benda yang buat saya pelik adalah sifat atau perilaku beberapa watak dalam buku ini. Well, logik la penulis buku ni nak warnakan wataknya macam mana pun kan…what I say here is just my opinion…
1st of all, selalu je watak-watak sampingan yang terlibat dengan kes akan memandang rendah kebolehan remaja-remaja ini pada awal penyiasatan…mcm typical je…tapi logic la sebab remaja-remaja ni memang muda lagi, tapi dah mampu jalankan soal siasat ke atas suspek, jalankan ujian makmal, serta jalankan bedah siasat atas mangsa…agaknya berapa umur diaorang….ehehe, kena cek buku yang 1st: Detektif Indigo. Dan logic jugak la kalau orang meragui remaja-remaja belasan tahun yang menyoal siasat mereka.
2nd, budak-budak ni sometimes overconfident dan kadang-kadang bersifat agresif…tapi ada 1 bahagian yang mana mereka menginsafi sikap mereka ini dan kembali bergantung dan bertawakal kpd Allah dalam menyelesaikan kes (is this anti-thesis? Ehehe, whatever)
3rd, ada jugak unsur-unsur hati dan perasaan di kalangan pelajar-pelajar indigo ini. Pertama sekali perihal Ruqaiyyah, pengiring Mihrimah Maryam ke Dubai, yang mengingati kenangan jatuh cinta pada Syed Waisal ketika menuntut di Maktab Tinggi Remaja Indigo di Melbourne. Kedua, sikap Raja Ihya yang terlebih mesra terhadap Maryam ketika berkerjasama di Dubai, hingga Maryam perlu membahasakan diri sebagai adik untuk mengelak hatinya terusik (this is what I understand from what I read), end up ada juga unsur ‘dapat abang angkat’. Tapi dalam buku ni takde la unsur-unsur dua hubungan dua pihak…tu yang baiknya bila baca buku berunsur Islamic. Memang tak dinafikan, soal hati dan perasaan adalah lumrah manusia, dan mungkin Faisal ingin menunjukkan bahawa selain mempunyai kebolehan luar biasa yang disempadani iman & taqwa, remaja-remaja ini masih merupakan manusia biasa. Malah mereka juga tidak lari dari mengusik kawan-kawan mereka…contohnya Isumu sering dikaitkan dengan Maryam.
Synthesis
I like this book sebab idea remaja-remaja pintar berkebolehan luar biasa, dan menggunakan kebolehan dengan cara yang betul, di samping keimanan dan ketaqwaan kepada Allah dan keyakinan bahawa apa yang mereka miliki adalah pinjaman Allah s.w.t. Dalam anti-thesis, saya menyatakan kehairanan pada sikap beberapa watak. Tapi ini mungkin disebabkan anggapan saya bahawa remaja yang mempunyai kefahaman Islam yang kuat akan menjaga segala tingkah seiring dengan syarat. Tapi mungkin dalam buku ini, penulisnya bermaksud yang remaja-remaja ini masih dalam proses pembesaran…jadi unsur-unsur perhubungan dan sikap mereka tidak akan menggambarkan remaja Islam yang ‘perfect’. Dan rasanya ini salah satu pewarna bagi buku ini, yang mana remaja-remaja ini adalah seperti remaja-remaja biasa…punyai pelbagai sifat, sikap dan perangai… Buku ini mungkin terlalu menekankan ilmu intelektual yang ingin disampaikan, namun kepelbagaian watak tidaklah melampau dan masih boleh diterima. Tambahan, watak yang terlalu sempurna seperti hero novel ‘Ayat-ayat Cinta’ juga sukar untuk diterima atau lebih tepat sukar untuk dicontohi….ehehe.
Saya juga mungkin terlalu berharap bahawa kes yang mereka akan selesaikan adalah kes yang amat sukar…tapi dalam buku ini, kes-kes mereka ‘agak mudah’ bagi pembaca seperti saya yang telah terdedah dengan kes-kes yang lebih mencabar seperti yang terdapat dalam komik/anime/drama Kindaichi, Sekolah Detektif Q (Tantei Gokuen Q), Galileo dan Conan. But then, ini usaha yang bagus kerana Detektif Indigo juga ada keistimewaan sendiri. Buku ini juga releven atau tepat dengan keadaan semasa dan persekitaran dalam Malaysia. Membuatkan kita akan terfikir, satu hari nanti mungkin benar-benar remaja-remaja indigo ini wujud J.










