Category “CONTEST”

Kontest Lirik Melayu Love Ya

Friday, 18 June, 2010

Annyeong minna san….

I become crazy again…lol. Tiba-tiba terinspirasi dari komen ‘Cinta Baby‘ yang request untuk lirik lagu SS501 dalam bahasa Melayu, saya dengan ini mengadakan satu lagi pertandingan iaitu pertandingan Lirik Lagu Melayu SS501 ‘Love Ya’.

Cara pertandingan:

1) Buat lirik penuh lagu Love Ya dalam bahasa Melayu. Terjemahan lirik perlu sepadan/bertepatan dengan makna lagu, namun masih mengekalkan kretiviti sebagai lirik lagu. Terjemahan berdasarkan lirik bahasa korea amatlah digalakkan, namun terjemahan berdasarkan lirik english juga diterima. [Lirik lagu boleh rujuk sini]

2) Post-kan di blog anda lirik lagu tersebut dengan link ke page ini. Kemudian, tinggalkan permanalink page anda di ruang komen di bawah.

- Promosi untuk kontest ini tidak diwajibkan, tapi boleh menjadi bonus.

- Lirik yang dibuat dalam bentuk video (hardsub); imej poster dan lain-lain media menarik  juga boleh dikira sebagai bonus. [Tidak WAJIB]

- Penyertaan awal juga boleh dikira sebagai bonus.

- Jika tiada blog, boleh post di tumblr, Note Facebook atau di thread GO Forum (akan dibuka mengikut pemintaan).

3) Tarikh tutup penyertaan ialah pada 18 Julai 2010. Permanalink lirik anda mesti diletakkan di ruangan komen ini sebelum jam 11.59pm 18 Julai 2010.

HADIAH:

ALBUM SS501 – DESTINATION – NORMAL EDITION

HANYA UNTUK 1 PEMENANG

(KALAU PEMENANG DAH ADA ALBUM NI, MUNGKIN BOLEH MINTA TUKAR DENGAN ALBUM LAIN YANG SETARA HARGA, mungkin tiada poster)

PENGADILAN/PEMILIHAN PEMENANG:

- KEUTAMAAN KEPADA LIRIK LAGU YANG PALING MENARIK, KREATIF, TETAPI MENGEKALKAN MAKSUD SETIAP BARIS

- JIKA TERDAPAT LIRIK YANG HAMPIR SAMA, PESERTA AWAL AKAN DIBERI KEUTAMAAN

- PEMILIHAN PEMENANG AKAN BERDASARKAN KRITIKAN/KOMEN DARI PEMBACA; DAN KEPUTUSAN AKHIR DI TENTUKAN SAYA

- Keutamaan kepada ahli GO Forum dan pengkomen sedia ada blog ini. Hadiah akan diposkan ke alamat Malaysia sahaja (Brunei, Singapore atau negara lain mengikut budi bicara)

NOTA:

- Pengumuman pemenang kemungkinan pada akhir Julai. Album akan dibeli selepas keputusan keluar, jadi hadiah akan dihantar sekitar Ogos 2010.

So spread the words people….hohoho.

Keputusan kontest ad-hoc tak boleh blah

Wednesday, 19 May, 2010

Kekekeke…..sama macam skarang ni, malam tadi mamai-mamai jam 1 pagi terbuat kontest ad-hoc.

Keputusannya pulak….aigooo, memang tak boleh blah.

Ku sangkakan lima atau kurang pemenang, cemner boleh sampai LAPAN pemenang ni? Ciss….harapkan counter, counter back-step ye…

Apapun, tahniah untuk para pemenang:
Read the rest of this entry »

Kisah aku dan dia…

Thursday, 16 April, 2009

Assalamualaikum semua…

Sebelum sesiapa membuat spekulasi, kontroversi & apa-apa fitnah bila melihat tajuk entri kali, ingin aku jelaskan entri ini dibuat demi kontest yang dianjurkan oleh En. Azman Ishak. Korang x kenal siapa Azman Ishak, usha je blog dia. Kontest ini akan tamat esok, tapi aku gagahkan diri juga untuk sertainya walaupun dia tak bagi hadiah wang tunai. Tapi aku tetap nak join jugak sebab hadiah dia memang best…barangan pewter…hehe:

firstprizesecondprize thirdprize saguhati

Read the rest of this entry »

Aku, Contests & Award

Monday, 6 April, 2009

Sekarang ni, salah satu trend di dunia blog ialah contest atau pertandingan. Ada macam-macam pertandingan yang dianjurkan blogger-blogger di luar sana, & hadiahnya not bad [ye la, sapa nak bagi duit free dengan buat keja simple sangat kan]. Kali ni aku nak share crita2 pasal contest2 ni, mana tau korang nak join juga :)

Pertandingan pertama yang aku sertai di dunia blog ni ialah contest Duit Free dari Jaws, & alhamdulillah aku dipilih memenangi duit Free RM30 pada minggu ketiga pertandingan hanya dengan menjawap beberapa soalan mudah berbentuk common sense. Pertandingan ini masih berlansung, korang juga boleh sertai di sini.


Pertandingan kedua yang aku sertai ialah Contest Teka Nilai Duit anjuran azizwan. Yang ni aku tak menang, hehe…tapi takpe, redha je…aku join just for fun…kalau menang rezeki la kan. Tapi seronok juga sertai, tak rugi apa pun. hehe. Cuma penat mengira guna rumus kebarangkalian, statistik & fizik je untuk teka…haha. Takde la…anak sapa la tekan kalkulator untuk teka nilai duit tu ye…

Pertandingan ketiga, pertandingan Rate, Comment & Win anjuran Jaws juga. Contest ni masih on going, so sesiapa nak join boleh usha kat sini. Kerja kita simple je, tengok memana video yang ada kat sana, pastu bagi komen bernas korang dalam bahasa inggeris. Broken english a.k.a bahasa inggeris tunggang langgang korang diterima, yang penting idea & relevansi dalam memberi komen. Ada banyak video best-best telah diletak kat sini [kalau nak recommend video pun boleh], tapi yang tak best nye tak banyak lagi yang sertai. Jadi aku galakkan korang join contest ni…bertambah juga saingan aku untuk contest ni, baru syok bagi komen…hehe. ye la, nanti kalau aku menang contest ni lagi korang kata aku ada scandal ngan Jaws pulak…huhu.

Pertandingan keempat yang aku sertai ialah pertandingan Idea Contest anjuran Jaws. Alhamdulillah, sekali lagi aku menang, tempat pertama pula tu…ehehe…gumbira-gumbira…Asal-asal Jaws minta peserta buat entri pasal idea-idea yang best untuk dibuat contest dengan beberapa syarat tambahan, tapi atas permintaan ramai, dia mudahkan contest ni dengan hanya minta peserta tinggalkan idea di bahagian komen blog dia itu la orang kita, yang senang pun di minta mudah lagi…hehe. Duit RM 30 dah selamat aku terima & aku look forward untuk contest2 lain di masa depan.

Pertandingan kelima yang aku sertai ialah pertandingan menulis entri bertemakan ‘buntu’ yang didedikasi kepada JRY sempena birthday dia. Korang boleh baca entri aku tu kat sini. Pertandingan ni pun masih on-going, korang pun sertai la ye. hehe. & doa-doa la aku menang yang ni gak…ehehe.

Ada banyak lagi pertandingan yang dilancarkan oleh blogger-blogger lain seperti Cabaran Video ‘Bang’, Program Sebarkan & Menang, iPod Shuffle bersama Mohd Ismail(dot)net & SubscribeMeContest, tapi aku tak sampai seru lagi nak join…hehe. Takat ni, aku join mana yang simple je…ekeke. Dan mungkin juga sebab hadiah dia fixed & aku sebagai mata duitan lebih suka hadiah berbentuk cash…hehe.

Sudah dua kali aku menang, tapi hadiah kemenangan aku diterima melalui transfer antara bank akaun secara online. Nasib baik sejak dua menjak ni aku menerima beberapa buah award dari beberapa rakan blogger, malah award ceromony tu pun ala-ala grammy award…tak caya? tengok video ni…

kah kah kah…caya la korang…

sebenarnya, ni Tag dari Cik Siti yang mana award ni mesti diterima ala-ala grammy award…hehe. Neway, Thanks Cik Siti :)

awarspz1

Ni pula award dari Cik Yana…thanks :)

badge

Ni pula award bersyarat dari along arman:

award fyfah

Award bersyarat? Yup, syaratnya kena tulis serba sedikit pasal pemberi award ni. Okay, yang bagi award ni cik Along Arman. Blog dia lebih kepada tip-tip atau tutorial teknikal mengenai blog & yang sewaktu dengannya, jadi aku tak dapat nak cerita hikayat dia panjang berjela la k…hehe…

Haha…gumbira-gumbira. Panjang dah aku merapu ni, kepada kengkawan jom kita ramai2 join contest2 yang ada k…hehe

p/s: aku pun rasa nak anjurkan contest juga…hehehe…mengada betul minah ni…hehe

Busy Versus Buntu

Saturday, 4 April, 2009

Aku teramat busy skarang. Aku tak rasa aku sudah sampai ke tahap buntu, tapi jika aku tidak mengambil langkah awal, maka aku percaya aku ke-busy-an ini akan jadi kebuntuan nanti. Ada baiknya aku menganalisa ke-busy-an ini, semoga aku tidak buntu nanti.

HYPOTHESIS: ANALISA KE-BUSY-AN VERSUS KEBUNTUAN

1) We just receive/start two new design projects, where both are urgent. Yet, i’m still unable to start both of the projects since i’m still stuck in completing the remedial proposal for columns that not achieving the required design concrete strength. Aiii, takut betul…sudah la aku satu-satunya design engineer di office. I’m not that good in design, i’m not sure what is pad footing & i’m not even sure if i can do the design for it. I think i need to finds more reference. Worst still, i’m afraid  that I won’t be able to do the civil design….aiyakkk… structure is okay, yet civil is quite challenging. I just hope I can do my best, dan tak jadi buntu at the end of the day. [non-engineering students, jangan buntu baca ni ye]

2) Aku tak dapat nak install AutoCAD kat laptop ni….aritu dapat je aku install. Kenapa la gatal sangat tangan uninstall ari tu….tau la software tu berat, tapi kalau compare antara 800MB++ untuk AutoCAD dan 130GB++ file video (drama & movie) di laptop ini…apa la sangat AutoCAD tu. Adeii, ini memberi kebuntuan padaku, kerna aku perlukan AutoCAD untuk columns remedial proposal yang aku plan nak hantar ngan project engineer pagi esok…huhu


3) Hari isnin depan aku kena pindah ke pejabat baru. Aiyakk…ni yang aku malas ni, sudah la aku sibuk nak siapkan 2 projek baru tu…nak pindah lagi satu hal. Sebenarnya aku sayang nak tinggalkan pejabat sekarang ni sebab pejabat sekarang ni ada banyak makanan….hahaha…alasan yang tak boleh nak blah. haha. Okay la, alasan skema, banyak sangat barang aku kat office tu, buku rujukan berlambak-lambak, penuh laci…belum lagi barang-barang lain…tapi yang paling tak best, aku rasa masa aku patut dimanfaatkan untuk siapkan kerja, bukan pindah office (dan bukan juga menulis entri penuh kebuntuan ini)…oh tidak…aku buntu dalam memilih keutamaan.

4) Sejak aku ada Daniyal a.k.a Viva Hitam aku tu, aku juga secara tidak lansung menjadi supir tidak rasmi mak aku. Ada je agenda dia nak ke sana ke sini. Dan aku juga la tukang hantar dia. Hujung minggu ni mak aku dah book untuk hantar dia pergi kenduri [aku sungguh la malas nak pergi kenduri]. Tadi dia juga nak book untuk malam esok, tapi aku sudah ada rancangan lain….aiyak buntu betul…banyak je agenda aku ni.

5) Printer aku tak boleh pakai. Weekend ni ada PC Fair, aku tak tau just nak try beli ink baru atau beli je printer baru yang kecik & mudah di guna. Ini aku betul-betul buntu. Korang tolong bagi aku pendapat.

6) Aku makin boros belanja. Ini merisaukan aku. Jangan aku buntu hujung bulan nanti sudah la. Banyak benda lagi aku nak kena bayar …PTPTN, loan Daniyal, bil-bil umah, dana bayaran balik FAMA a.k.a bagi tiap2 bulan kat mak, belanja minyak Daniyal, service Daniyal, belanja barang dapur rumah ni…aiyakk…aku rasa aku akan diselubungi kebuntuan hujung bulan nanti.

7) Hari selasa lepas, aku beli beberapa buah novel baru, sedang ada beberapa novel lama aku masih belum baca pun. Selain faktor hipothesis no 6, faktor aku tak baca-baca lagi buku-buku yang berlambak tu buat aku buntu. Aku ingin betul masa free supaya aku dapat membaca novel-novel itu dengan best. Tapi sekarang aku lebih banyak meluang masa untuk blogwalking.

8) Seperti yang aku nyatakan di hipothesis no 2, di laptop ini saja sudah aku isi dengan 130++ GB file drama-drama korea & jepun. Aku bukan saja tidak kesempatan nak tengok drama-drama tu, malah aku perlu juga masa untuk burn drama-drama tu ke DVD dengan kadar segera. Aiyak…aku buntu bila aku boleh buat semua ni. Tapi yang penting sekali, aku buntu kerana tak da masa nak tengok drama jepun yang best-best….huhuhu.

9) Aku ada banyak idea nak tulis untuk blog ni, ada banyak juga tag yang perlu aku jawap [ye cik qaseh abady, cik wana, cik shimawar, aliff…akan ku jawap tag-tag anda; & juga award dari Cik Yana, nanti-nati aku ambil k], tapi aku tak punya masa untuk fokus pada blog ini. Twitter, e-mail, FB…semuanya sudah terabai. Aku buntu, tak tahu adakah aku perlu berpuasa blog juga demi fokus pada perkara-perkara lain di atas…huhuhu. Aku rasa traffic blog ini akan jatuh merundum jika aku abaikan ia…oh tidak, aku buntu lagi. Mungkin aku perlu buat contest juga untuk maintain traffic aku di musim kebusyan aku ni…haha…buntu-buntu…perlukah aku?

10) Mengikut rancangan aku pada hujung tahun lepas, aku rancang dapatkan lesen sekitar Februari, dapat kereta awal March & mula ambil kursus bahasa Madarin di bulan March. Tapi sekarang, aku dapat lesen di bulan March, dapat kereta akhir March…tapi aku tak tahu adakah aku akan punya kesempatan mengambil kelas tambahan bahasa ketiga ini. Sedangkan kursus bahasa jepun yang aku belajar secara online juga sudah tiga bulan lebih aku abaikan. Aku balik kerja jam 6 hampir setiap hari sejak ada Daniyal ni…aku tak rasa aku mampu nak ambil kelas…huhu, aku buntu…ilmu itu sungguh satu keperluan.

11) Aku buntu kerana entri ini lansung tidak kreatif & tak mungkin akan dapat menang contest buntu anjuran Boonto. Tapi sebab aku jadi buntu lepas tulis entri ni, maka aku sertai juga pertandingan itu. Aku harap para juri tidak buntu membaca entri aku ini. [Aku harap masih boleh dapat paling kurang hadiah saguhati…huhuhu]

THESIS: SIMPTOM KEBUNTUAN

Bila disenarai dan di analisa seperti di atas, aku telah mengesan beberapa simptom kebuntuan telah meyerang aku:

1) Aku ada guna bahasa inggeris…tu tunjukkan aku tengah serius & tak dapat nak fikir bahasa baku…aii, buntu aku

2) Contest nak aku link ke blog Boonto je…yang aku link skali kepada pengetag-pengetag aku tu apasal…..

3) Ini la entri paling bengang, merapu & ntah apa yang aku pernah tulis, aku end-up jadi sungguh buntu. Tapi positive side, at least ni boleh jadi check list aku….hehe

RESOLUSI KEBUNTUAN

Sebelum aku betul-betul buntu, maka ada baiknya aku ambil tindakan berikut:

1) Pindah pejabat baru esok (sabtu) supaya isnin nanti aku boleh fokus dengan projek-projek baru itu. Aku juga mungkin perlu menapau stok makanan dari office lama ke office baru. hahaha, pasti finance manager kami kebuntuan melihat tindakan aku. haha.

2) Aku patut explore & baca arahan install AutoCAD tu betul2 lagi sekali. Aku harap ia dapat di install lepas ni.

3) Aku patut kurangkan blogging & beri lebih fokus dengan kerja. Kawan-kawan jangan kecik ati kalau aku lambat ziarah blog korang ye atau kalau aku tak tinggal komen, masa tak mengizinkan. Segala komen di blog,  e-mail, twitter, FB, forum dan yang sewaktu dengannya juga akan lambat direspon. Harap memahami [macam bagi pengumuman je…ehehe]. Kalau korang rindu sangat [kalau la ada] nak baca entri aku, selongkar je arkib thesis aku tu…ehehe.

4) Kawal perbelanjaan. Need to think for your future…huhuhu. No more books, no facial for tomorrow, no more junk food….huhu. Dan kurangkan juga keluar ngan kengkawan…tau la dah ada Daniyal nak angkut ke sana ke sini…huhu….Amin.

~ Aku lapar, Aku mengantuk, Aku penat…harap pagi esok & masa-masa mendatang aku tidak kebuntuan lagi~

~Untuk kengkawan, jangan jadi buntu pula baca entri ini ye~

~ Kepada JRY, happy becoming birthday :) , aku nak bagi choki-choki kat kau, tapi ko jauh sangat…ko ambil gambar kek ni je k~

cake

Aku menang contest Jaws!!!

Sunday, 15 March, 2009

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam.

Surah At-Talaq (Divorce), Ayat 3:

And He provides for him from (sources) he never could imagine. And if any one puts his trust in Allah, sufficient is (Allah) for him. For Allah will surely accomplish his purpose: verily, for all things has Allah appointed a due proportion.

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendakinya). Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Rasa macam x caye je…hehe…

Pagi tadi jenguk blog Jaws nak tengok pasal contest Rate, Comments & Win yang baru dilancarkan hari ni. Jenguk punya jenguk….baca punya baca….sampai pada page yang umumkan pemenang contest DUIT FREE yang aku join seminggu-dua yang lepas…

menang-contest-Jaws

Haha…pengumuman yang sekaligus mengkantoikan nama sebenar aku (nasib baik dia tak minta gambar pasport atau salinan IC aritu…ekeke)…hehe, tapi takpe la…yang penting aku dapat duit…hehehe…duit free, sapa lagi yang nak bagi kalau bukan enche Jaws kita ni…ehehehe…

Terima kasih bebanyak

Thank You very much

Arigato Guzaimasu

Kamsahamida

Jazakillahu Khairon Katshira

untuk Enche Jaws yang telah pilih jawapan aku sebagai pemenang minggu ni…& juga pada sume yang singgah blog ni untuk ucap tahniah…ehehe

Korang kalau nak menang juga, usha je blog enche Jaws ni, ada 4 contest yang sedang berlansung sekarang ni. Pasal contest DuitFree ni pun, kalau belum join, join je la…senang je soalan dia tu (yang pastinya senang lagi dari soalan PMR). Kalau dah join, tunggu je…mana tahu minggu depan, minggu satu lagi atau tiga bulan lagi korang pula yang menang.

Selain dari tu, contest Rate, Comments & Win ni yang best bagi aku. Yang perlu kita buat cuma tengok video-video yang ada kat situ…bagi komen & rate. Kalau nasib baik, boleh la menang kot…insyaALlah. Jom sesama kita meriahkan contest video ni, mana tau rezeki aku kita menang lagi. ahaks :)

macau2

 

Ye…happy sangat, senyum x henti pagi ni

 

 

 

UPDATE: tepat jam 4.34 pm, aku selamat menerima hadiah yang dijanjikan. Nak buat entri khas pasal trima hadiah, nanti takut jadi riak pula…so, aku bagi sikit update je la…hehe, bukti contest cenggini bukannye tipu2…betul2 korang boleh dapat duit FREE….hehe…

Alhamdulillah, sama ada rm30 atau rm45k, sesungguhnya semua rezeki dari Allah jua, & kepada Allah kita kembali :)