Category “JAPAN DRAMA”

Bond by Shoting Star

Wednesday, 4 March, 2009

Macam lama je aku tak update blog ni…hehe…sebenarnya aku sibuk sikit kat pejabat. Tapi sibuk yang bagi kepuasan…hehe…apapun, hari ni aku nak share sikit pasal satu drama ni, untuk kawan-kawan yang sama minat asian drama macam aku ni. Drama yang aku maksudkan ialah Ryuusei No Kizuna a.k.a Bond By Shoting Star. Kalau tak silap aku, drama ni ada bertemakan misteri. Kisah tiga beradik yang ibubapanya mati dibunuh, so lepas 14 tahun, diorang tekad nak cari sendiri pembunuh tu.

Ryusei_no_Kizuna

Pelakon utama dia Ninomiya Kazunari, penyanyi kumpulan Arashi & pelakon utama drama Yamada Taro; Nishikido Ryo yang jadi hero drama 1 Litre of Tear & Attention Please; & juga Toda Erika yang jadi pelakon utama Liar Game. Selain tu ada juga Kaname Jun, pelakon Himitsu no Hanazono & Tantei Gakuen Q.

ep1_3

thumbs20090304223222 episode 1

ep2

episode 2

Setakat yang aku tengok iaitu awal episod 2, drama ni agak best la. Episod 1, ada bahagian yang lucu sangat tapi ada juga bahgian yang sedih sangat. Sapa nak tengok, tengok la.

Oh ya, kepada pemberi2 tag kat aku, aku hutang dulu ya…nanti-nanti aku buat. 5 tag yang nak kena buat….hahaha…memang la aku ni VVIP penjawap tag Serius sibuk sikit kebelakangan ni, tapi sempat juga tangok drama, update blog & explore blog orang lain….hehe. Apapun, have a nice day everyone :)

Kisarazu Cat’s Eye World Series

Saturday, 28 February, 2009

Drama ni merupakan drama jepun paling lucu & relex untuk ditengok pernah saya lihat. Jalan cerita dia mudah, kisah belia2 muda menjalani hidup semaksima mungkin. Drama siri & Kisarazu Nippon Siries memang melucukan, tapi untuk World Series ini bagi aku ada bahagian yang menyedihkan…tapi puas hati tengok….hehehe. Neway, ni screen shot bagi episod World Series: kizarasu world

kizarasu world2

UPDATE @ 270809:

I think i just ter’delete’ komen yang tanya where did i download this movie (sebab that comment masuk spam box & instead of click aprrove, i click delete…duhhh). Anyway, i download this from AsianDVDClub. Tapi skarang torrent yang tinggal mcm xde sub (lain dari yg i download), but just check this out: Kisarazu. I will update again if i found other link.

p/s: AsianDVDClub required registration…good luck with that :grin:

Nak Jadi Hacker?

Thursday, 26 February, 2009

Mengikut kamus Oxford University Press, Hacker ialah manusia yang mengunakan komputer untuk mendapat akses tidak sah untuk sesuatu data (use a computer to gain unauthorized access to data). Pernahkah anda bercita-cita untuk menjadi seorang hacker?

Jika anda bercita-cita ingin menjadi seorang hacker, saya sarankan anda menonton Bloody Monday & berfikir 333.5 kali sebelum meneruskan cita cita anda. Kerna, dari sini anda akan dapat lihat bahawa menjadi seorang hacker tidak semudah menukar kod html templete blog anda.

Jika anda memang seorang hacker, anda juga perlu menonton drama ini kerna disini mempamerkan risiko menjadi seorang hacker. Bagi anda ditangkap & dipenjara kerana jenayah ‘hacking’ mungkin tiada apa. Namun bagaimana jika anda menjadi target kumpulan terrorist, memaksa anda membantu mereka memecah masuk sistem keselamatan tempat-tempat tertentu. Anda tiada pilihan kerana salah seorang (atau mungkin satu-satunya) ahli keluarga anda atau orang kesayangan anda di dalam tahanan mereka. Dan melihat ahli keluarga anda itu telah diikat bersama bom yang telah diaktifkan, anda tiada pilihan kecuali mengikut kenhendak kumpulan terorist itu. Kemudian, hasil dari usaha ‘murni’ anda menyelamatkan seorang orang kesayangan anda, seluruh penduduk di negara anda terdedah kepada virus pembunuh yang tersebar melalui udara & mampu melenyapkan seluruh bandar dalam satu malam.

Mahukah anda masih menjadi seorang hacker?

Maaf jika artikel aku ini menakutkan anda. Aku menulis ini ilham dari menonton drama Bloody Monday, sebuah drama Jepun mengisahkan seorang hacker yang genius terjebak dalam komplot pengganas yang mahu menghapuskan Tokyo melalui virus Bloody Monday.

Aku baru lihat sampai episod 2. Menarik bagi orang-orang yang suka genre begini. Ni screenshot dari episod 2:

bloody monday ep2 Sekali lagi aku nak tanya, anda masih mahu jadi hacker? Kalau masih mahu, aku bagi satu kuiz. Gambar di bawah menunjukkan dialog antara beberapa orang yang berbincang mengenai masalah teknikal bekenaan komputer.

hack

Fahamkah anda? Jika anda tidak faham, sebaiknya anda cuba mencari cita-cita baru yang lain. Jika anda faham, tidak bermakna anda mampu menjadi hacker kerana perbincangan ini tidak berkaitan dengan programming…hahaha…

Jika anda tidak berpuas hati pada entri aku ini sila la komen…(ketawa jahat)…:D

Liar Game

Saturday, 14 February, 2009

Liar Game – a game created in order to prove that human cannot be trusted, to prove that human will betray others in order to survive & to prove human will lie in order to satisfied own greed…

Ni sebenarnya sebuah drama jepun yang aku baru habis tengok tadi (tahu ni drama lama…ehe). Sebetulnya, aku dah tengok ep1-10 minggu lepas (atau minggu sebelumnya, aku pun dah lupa)…tapi sebab video ep11 ada problem, aku download balik …& baru ada kesempatan tengok tadi…

Drama ini penuh konspirasi, penuh penipuan… dalam keterpaksaan watak2 perlu memanipulasi demi menyelamatkan diri… dalam tidak sedar, terjerat dalam tipu daya…. permainan psikologi… semuanya akan buat orang yang bodoh lurus bendul akan kalah…akan hancur….

ya, ini semua cuma sebuah ‘game’…game yang mereka sertai tanpa sedar… & bila mereka ingin patah balik, tiada jalan buat mereka….

Yup, dalam kemelut kekeliruan yang berlaku di dunia ini, menonton drama seperti ini adalah lebih baik… kerana sekurang-kurangnya kita faham atau ada jawapan pada konspirasi atau penipuan yang berlaku.

Berbalik pada drama ini..sedikit kata-kata yang diambil dari drama ini:

“human are willing to betray others in order to survive
therefore, what’s wrong with deceiving other from the start or living faithfully for your desires?
that’s being “human”
stepping over others
and pushing others into despair”
:
“sadness, rage and hate
all negetive emotions are the opposite of desire
if you can’t get rid of your desire
human aren’t able to trust in others”

ada 1 bahagian di dalam drama ini buatkan aku geram….

watak perempuan dalam drama ini seorang yang bodoh lurus bendul…. selalu ditipu, tetapi tetap redha & percaya kepada orang lain… prinsipnya, tiada orang yang benar-benar jahat.. atau dengan kata lain, dalam diri setiap manusia, tetap ada kebaikan…

ya, ini perkara yang baik… malah amat bagus… hanya jika kita dikelompok atau circle yang sama baik… atau sekurang-kurangnya kelompok atau masyarakat yang takkan menipu atau khianat padanya….

Namun, realiti tidak sebaik itu…. dengan kepercayaan penuh yang manusia akan berubah kepada kebaikan sekelip mata, dia ditipu lagi… malah makin teruk membuatkan orang lain merasa akibatnya… walau akhirnya, mereka semua terselamat (biasa la, cerita mesti la happy ending)…. tapi perkara ini tetap mengganggu fikiranku….

bagaimana kita ya? bagaimana kalau kita di tempat dia?

memang kita suka kebaikkan…. semua orang ingin pengakhiran yang baik kepada semua orang… biarpun tiada keuntungan, tetapi tiada siapa yang rugi atau menderita kemudiannya…

namun, berdepan dengan manusia penipu… mungkin kita boleh memaafkan mereka atau menerima dalam ‘circle’ kita.. namun untuk memberi sepenuh kepercayaan, dapatkah kita?

drama ini membawa ideologi bahawa jika terdapat seorang insan boleh memberi kepercayaan penuh kepada insan lain, ia mungkin menyelamatkannya… menyelamatkan dari segi memberi harapan bahawa terdapat insan suci (lebih tepat innocent) yang boleh dipercayai dan mempercayai… ideologi yang sama dibawa dalam drama Tantei Gakuen Q (tetiba aku teringat dengan drama ni)…

Berbeza dengan Tantei Gakuen Q yang mana orang yang ‘perlu’ dipercayai ialah sahabat baik sendiri… dalam drama ini, mereka berdepan dengan manusia yang dari mula hingga akhir asyik menipu, mengkhianat mereka… & bila perempuan ini memberi kepercayaan.. seperti sangkaanku, dia ditipu lagi…

Urm, itu aku…aku memang susah nak percayakan orang… aku tak tahu ia perkara baik atau buruk… tapi kehidupan mengajar aku untuk berhati-hati… kerana bukan semua manusia baik… baikkah jika begini?

Nota: aku tak jumpa gamba yang best drama ni…yang aku jumpa macam buruk betul rupanya…nanti la kalau aku jumpa, aku letak gambar :)

Ciplak…

Sunday, 8 February, 2009
Do you still remember a Korean Movie called 200 pounds beauty? A movie about a girl that undergone plastic surgery after people keep on teasing her as she is a very fat. Then, when she already become a beautiful lady, people curse her as they cannot accept the fact she change her look.One of my favaroute movie. Also one that will make us cry so much watching it. I found some video clip on you tube…watch this:



Actually, pagi tadi aku tertengok satu cerita Indon kat channel Aruna (Astro) yang bertajuk Cinta 117kg…aku tengok description crita tu yang diprovide Astro pun aku dah tau diorang buat crita ni based on 200 Pounds Beauty. Sebenarnya bukan first time aku jumpa perkara ni. Dulu pun ada satu siri indon yang ditayang kat TV2 kalau x silap yang tiru drama Heaven’s Coin…(aku lupa nama siri Indon tu sebab tengok 1st episode je…). Malah aku pernah baca production 1 Litre of Tear ada menyaman produksi Indon kerana membuat siri yang sama (versi Indon) tanpa izin…

Yang menariknya, kebanyakkan cerita Indon yang diminati ramai di Malaysia seperti Wulan, Intan, etc…sebenarnya diadaptasi dari drama korea/Jepun tanpa izin. Perlu aku terangkan di sini, jika anda mendengar versi berlainan bagi sesebuah cerita, seperti versi Filipina, Taiwan, Korea & Jepun…ia adalah sah kerana telah mendapat kebenaran untuk re-make….tapi kalau dari indonesia, diaorang ikut suka diorang je buat….

Ini senarai yang aku jumpa di KorEa faNatiC siTe

1. Benci Bilang Cinta ~~> Goong/Princess Hours – Korea
2. Benci Jadi Cinta ~~> My Girl – Korea
3. Impian Cinderella ~~> Prince Who Turns Into Frogs – Taiwan
4. Cowok Impian ~~> It Started With A Kiss – Taiwan
5. Putri Kembar ~~> 100 % Senorita/Twins – Taiwan
6. Dua Hati Satu Cinta ~~> Qin Shen Shen Yu Meng Meng – Taiwan
7. Sumpeh Gue Sayang Loe ~~> Smile Pasta – Taiwan
8. Kau Masih Kekasihku ~~> At The Dolphin Bay – Taiwan
9. Pangeran Penggoda ~~> Devil Beside You – Taiwan
10. Rahasia Pelangi ~~> Love Apart A Movement – Taiwan
11. Dua Hati ~~> Snow Angel – Taiwan
12. Berani Tampil Beda ~~> Magicians of Love/Ai Qing Mo Fa Shi – Taiwan
13. Benar-benar Cinta ~~> Devil Beside You – Taiwan
14. Bukan Diriku ~~> Anything For You – Jepang
15. Pengantin Remaja ~~> My Little Bride – Korea
16. Bintang ~~> Huan Zhu Ge Ge – Taiwan
17. Pacarku Besar Sekali ~~> My Name is Kim Dam Soon – Korea
18. Cincin ~~> Beautiful Days – Korea
19. Liontin ~~> Glass Shoes – Korea
20. Wulan ~~> Term of Endearment
21. Intan ~~> Be Strong Geum Soon – Korea
22. I Love You, Boss! ~~> Bright Girl’s Succsess Story – Korea
23. Buku Harian Nayla ~~> Ichi Rittoru No Namida/1 Litre of Tears – Jepang
24. Cinta Remaja ~~> My Sassy Girl Choon Hyang – Korea
25. Darling ~~> My Name is Kim Sam Soon – Korea
26. Penyihir Cinta ~~> Magician of Love
27. Sissy, Putri Duyung ~~> Aquamarine
28. Gue Sihir Lu ~~> Throbbing Tonight
29. Selamat Jalan Natasya ~~> Taiyou No Uta
30. 2 Hati ~~> Snow Angel
31. Janji Jaya ~~> My Name is Kim Sam Soon
32. Katakan Kau Mencintaiku ~~> Sad Love Song – Korea
33. Kawin Muda ~~> My Little Bride
34. Siapa Takut Jatuh Cinta ~~> Meteor Garden
35. Baby Doll ~~> Love Storm
36. Demi Cinta ~~> Endless Love – Korea
37. Jangan Pisahkan Kami ~~> Endless Love – Korea
38. Cinta Sejati ~~> Stairway To Heaven – Korea
39. Atas Nama Cinta ~~> Stairway To Heaven – Korea
40. Pasangan Heboh ~~> Fantasy Couple – Korea
41. Pura-Pura Kawin ~~> Full House – Korea
42. Cinta Fitri ~~> Pure Love of 19 – Korea
43. Cewekku Jutek ~~> My Sassy Girl – Korea
44. Kakak Iparku 17 Tahun ~~> My sister in law is 19 – Korea
45. Jodoh Romantis ~~> Romance
46. Pelangi di Matamu 1 ~~> Hoshi No Kinka – Jepang
47. Pelangi di Matamu 2 ~~> Kamisama Mou Sukoshi Dake – Jepang
48. Opera SMU ~~> Great Teacher Naomi – Jepang
49. Ciuman Pertama ~~> Itazura Na Kiss – Jepang

50. Pacarin Gue Kalo Berani = my tutor friend

[Note: Copy paste tanpa edit... Jepang = Jepun, spelling Indon :) ]

Urm, perasan tak ada sampai 2 movie/drama yang diadaptasi dari satu-satu cerita…huhu…for me, nothing to comment…its not something that we can do anything….but, i would like to clarify here that i prefer the original version….even i dont really bother if Philipines do a re-make version…the original always batter (exception for Hana Yuri Dango..its original, but people call it re-make coz Meteor Garden come out first)

urm…tetiba rasa nak tengok balik 200 pound beauty…paling suka makna lagu byul tu…oh ya, tadi bahagian yang aku tengok kat cinta 117kg adalah bahagian ketika perempuan tu pergi audition (sama dengan video pertama yang aku post ni)…yang lucunya….dalam versi indon ni, waktu peserta lain nyanyi, takde iringan lagu…bila perempuan ni nyanyi tetiba pula ada muzik….huahuahua…..

berbalik pasal drama ni….aku suka sangat tema dia….tak kisah bagaimana kita, kita tak dapat nak puaskan hati semua orang. Orang sukar nak terima siapa diri kita sebenar. Dan, bila kita cuba ubah diri kita…pun orang tak nak terima….

UPDATE ON 7:37PM ON 8TH FEB 09:

Petang tadi ada ulangan rancangan cinta 117kg kat Aruna. Memandangkan aku tengok sikit je pagi tadi & takde crita best juga nak ditengok (ditambah faktor aku kena jaga Aidel sekejap, so xleh nah ngadap laptop utk membuat aktiviti aku sendiri…) jadi aku tengok la juga crita tu….

Seriously, teruk…x real. Aku mula tengok time diorang gaduh lepas lelaki tu dapat tahu dia Viola, then ada part si Viola cuba pecahkan poster, etc…duh, pathetic..couldn’t they do it better? And, the ending….duh, x sedih & mengecewakan sungguh.

Dan dengan itu, saya mendownload 200 Pounds Beauty dari mysoju.com & menonton movie itu sekarang demi untuk menghapuskan imej2 yang menyesakkan memori otakku…:(

Edit as of 29 March 2010: I closed the comments section for a while due to spam attack

After Watching Innocent Love…

Sunday, 1 February, 2009
When I watch from episode 4-7 previous night, all that i can think is this drama should be name as “Holding Back The Tears”, “Every Episode of Tears” or something along that line. :) Seriously, my eyes filled with tears the whole time i watch it. But i still love to watch it.
But i can say, it not all the time sad like 1 litre of tears…its also has some happy & sweet moment, even at the last episode where Junya meet Kiyoka, i find it some kind of funny…haha, lol….
i planned to write a lot of thing here, but somehow my head cannot think of anything right now (well, it almost 2 in the morning…huh)
Eventhough its a sad drama, it has happy ending (obviously). Seeing them be strong make me wanna be strong to. Seeing them finding their happy life, i want to find one too. Afterall, crying with all my heart once in a while is good too, somehow seem like ‘things’ that burden me for a while now flow away together with my tears…hehe
Okay, stop crapping…my rate for this drama might be 8/10….

Innocent Love

Thursday, 29 January, 2009
Note: This may contain spoiler
—————-
Ia bukan sekadar kisah cinta. Bagiku, ia kisah kehidupan yang sedih. Kisah mengenai seorang gadis, Akiyama Konan yang kehilangan kedua ibubapanya dalam satu kebakaran. Dia diselamatkan abangnya, tetapi kemudian, abangnya dipenjara atas tuduhan membunuh ibubapa mereka.
Kerana peristiwa itu, hidup Konan berubah. Malah setelah 7 tahun, dia bagaikan dihukum atas dosa yang tidak dia lakukan. Dia dipecat sebaik saja majikanya tahu dia adik kepada seorang ‘pembunuh’. Dia diperalat, menjadi mangsa dituduh mencuri oleh teman sekerja sendiri.
Namun langit tidak sentiasa mendung, dia bertemu dengan Junya yang memberi sinar dalam hidupnya. Malangnya, Junya masih mengharap pada tunangnya yang bernafas atas bantuan mesin.
Atas nama persahabatan, kawan-kawan Junya cuba ‘membunuh’ Kiyoka, tunang Junya.Ini kisah kehidupan yang mungkin jarang kita temui, tapi tidak mustahil berlaku. Ia tidak menyedihkan bilamana pelakon-pelakonnya menagis menyesali perbuatan diri…tapi amat menyakitkan bila mana si adik berkata kepada abangnya ‘Ini semua salah kamu hidupku begini’….

Sebahagian kata-kata menarik dari drama ini:

Did you know, brother. Out in the universe, there are hundred millions of stars dying each day, fading out. But it is said that everyday almost the same number of new stars is born again. Everytime I look up to the night sky, I look for the smallest star of all, the one sparkling far away from the other ones. Even this star is giving its best to sparkle brightly, telling us that it exists. Asking us not to forget about it.”“Onii-chan. Why do people lie?
Bacause they want to please someone?
Or because they want to involve someone in their own misery?
Telling myself that i am happy only by looking at him,
i…was lying to myself”
Note: i’m only watch up to episode 3 to date. I will update more after i’m finish watching.
To download via torrent:
RAW at d-addicts
English Sub by [Querbeet]

Menjelajah Dunia Lain

Sunday, 18 January, 2009
Semalam aku letak ‘Menjelajah Dunia Lain’ sebagai status dalam Facebook aku. Respon yang aku dapat:
L – macam dalam cerita Narnia ke?
R – alam mimpi atau alam rumahtangga?

hahahaha, Facebook ni memang la macam-macam jenis respon yang kita akan dapat. Tambah lagi kalau kawan-kawan kita jenis yang rajin memberi respon. Makin happening kalau kengkawan kita sedikit gila-gila & mula ‘mengenjen’…ahaha…

Tapi, yang aku maksudkan sebagai menjelajah dunia baru sebenarnya adalah habit aku yang suka sangat tengok siri drama. Kenapa aku suka sangat tengok drama & movie ek, terutamanya drama jepun?

1. Aku jadi lupa sekejap dengan hidup aku sendiri….lupa dengan masalah aku…lupa dengan apa yang ingin aku lupakan. Dan kemudian aku sepenuhnya merasakan diriku didunia yang aku tengok itu….tapi itu hanya berlaku kalau cerita itu benar-benar best….hahaha

2. People said you learn about life from other’s experience. Seperti baca buku atau dengar pengalaman orang lain, aku banyak belajar pasal kehidupan melalui drama-drama yang aku tengok. Terutama sekali untuk faham sesuatu perkara dari perspektif yang berlainan. Dan kadang-kadang itu buatkan aku jadi bersyukur balik yang aku hidup seperti mana aku sekarang ni.

Contoh yang mudah, cerita 1 Litre of Tear…drama berdasarkan kisah benar mengenai seorang gadis yang menghidap penyakit kerosakan saraf otak yang secara perlahan mengambil keupayaan dirinya. Aku terfikir, bagaimana kalau aku ditempat gadis itu…sanggup ke aku berhadapan masyarakat yang memandang aku dengan pandangan yang semacam. Bagaimana aku berhadapan dengan ahli keluarga aku jika ada kawan-kawan mereka mengeji aku. Sanggupkah aku berhenti sekolah kerana kawan-kawanku merasakan aku melambatkan mereka? [bahagian yang paling sedih bagi aku dalam drama ini]…dan sebagai seorang yang aktif & menjadi harapan sekolah, tiba-tiba segalanya hilang…mampukah aku hadapinya?
Contoh lain, drama God, give me more time…kisah seorang gadis yang dijangkiti HIV selepas pertama kali menjual diri…dan seperti 1 Litre of Tear, aku kagumi ketabahan & kekuatan gadis itu meneruskan hidupnya.

3. Kebanyakan drama jepun memang beri aku inspirasi dan semangat lepas tengok. Sebagai contoh, drama Aim for Ace buktikan pada aku, kalau aku nak apa-apa, ia takkan datang macam tu je…semuanya perlukan usaha. Dan orang mahir dalam sesuatu perkara atau bidang kerana mereka bagi sepenuh tumpuan dan usaha dalam apa yang mereka nak capai. Kadang-kadang sampai tak masuk akal usaha yang mereka lakukan.

4. (sambungan dari point no 3) Satu sikap orang jepun yang aku suka, diaorang betul-betul komited, dedikasi & profesional dalam kerja mereka. Lepas tengok cerita Attention Please (versi Melayu = Awan Dania), baru aku sedar kerjaya Pramugari tidak semudah yang kita sangka. Mereka bukan sekadar tukang demo arahan keselamatan & lepas tu jalan-jalan beri/jual minuman kat penumpang. Bila tengok Attention Please, kita akan lihat nak jadi pramugari kena belajar macam-macam. Malah nak tunduk hormat pun badan kena dibengkokkan pada sudut yang betul bergantung pada situasi. (Rasanya Awan Dania tak tunjuk bahagian ni…ehehe)

5. (sambungan dari piont no 3&1) Selepas tengok sesuatu drama yang exciting, aku rasa refresh balik…semangat aku naik…& aku look forward untuk jadikan hidup aku menarik macam tu jugak…

6. Beberapa minggu lepas, aku berbincang dengan kawan-kawanku apa berlaku kalau jantung berhenti berfungsi. Aku bagaikan budak medic pulak menceritakan bahawa otak akan mati selepas 4 minit jantung berhenti berfungsi. Dan hanya beberapa cara untuk gerakkan jantung balik iaitu heart massage (biasa dalam pembedahan, doktor bedah akan bedah, pegang jantung pesakit & mula urut jantung tu guna tangan supaya ia mula bergerak balik) & guna mesin kejutan. Well, macam mana aku boleh tau semua ni? Aku bukan student medic, & aku hanya baca info-info penyakit hanya jika aku sendiri yang tengah sakit. Urm, yang part jantung berfungsi ni aku belajar dari drama Iryu @ Medical Dragon. Banyak lagi ilmu yang aku belajar sebenarnya, tak dapat aku nak senaraikan semuanya…ehehe

7. Aku makin minat nak belajar bahasa Jepun sekarang ni. Dan kini aku betul-betul dalam proses belajar bahasa Jepun. Sebenarnya dari kecil lagi aku dah suka nak belajar bahasa-bahasa asing. Dan aku kagum sangat kalau tengok orang boleh bercakap 2,3 bahasa….

Dan atas sebab-sebab di atas….aku jadi tak boleh berhenti tengok drama Jepun…hahaha. Hinggakan ketika orang lain sibuk menyenaraikan azam dan target tahun baru, aku pula menyenaraikan drama-drama yang aku nak tengok tahun 2009 ni (betul. ini la yang aku buat pada cuti new year lepas, cari & senarai cerita best yang aku nak tengok).

Dan ini lah senarai dunia-dunia yang aku ingin terokai tahun ini:

1) Ikebukuro West Gate Park + SP

Status: completed, drama ni aku tengok time cuti tahun baru. Best. Kisah misteri+life+remaja. Ada sedikit macam Akibahara@DEEP. Pelakon utamanya ialah pelakon utama My Boss My Hero…ehehe

2) Zettai Kareshi

Status: Completed. Drama best pasal robot yang fungsi utamanya adalah menjadi boyfriend yang ideal.

3) Tantei Gakuen Q SP

Status: Completed. Sebenarnya ni aku baru jumpa & takde dalam list yang aku buat time new year. Tapi sebab aku dah habis tengok, jadi aku senaraikan juga. Tantei Gakuen Q = Sekolah Detektif Q. Mungkin ada yang dah pernah baca komik ni. Ianya lebih best dari Detektif Conan & Kindaichi kerana kes-kes dalam Conan & Kindaichi akan kita rate sebagai biasa setelah tengok Tantei Gakuen Q.

TGQ ialah kisah pasal 5 orang pelajar sekolah detektif, yang amat berbakat & bijak. Selalunya diaorang akan jumpa kes bunuh dalam bilik tertutup (istilah yang diguna untuk menerangkan bahawa pembunuh takde cara nak masuk bilik pembunuhan itu, biasanya bilik yang dikunci dari dalam & takde cara nak masuk dari luar). Lepas susah-susah diaorang selesaikan kes tu, sebenarnya ada dalang lain yang bertindak sebagai consultant merancang strategi pembunuhan itu….urm, sebab tu la aku suka cerita ni…baik manga mahupun live action. Yang baru aku tengok ni adalah special episode bagi cerita ni. drama bersiri ni aku dah tengok tahun lepas. tapi aku baru tahu yang special episode ni sebenarnya dibuat lebih awal dari series.

4) Team batista No Eiko

Status: Baru tengok sampai episod 2. Kesan dari Team Medical Dragon, aku jadi minat dengan medical drama. Tapi siri ni tak sebest Team Medical Dragon. Kisah diaorang nak siasat siapa dalang yang buatkan pesakit mati waktu pembedahan dijalankan. Tapi cerita ni slow sikit…aku tak tahu bila la aku akan sambung tengok…rasa macam nak tengok terus episod last dia, tapi itu bermakna aku takkan tengok episod-episod lain lagi & ini amatlah tidak best….hahaha

5) Proposal Daisakusen

Status: Baru tengok sampai episod 3 atau 4. Berhenti tengok sebab agak boring. Aku dapat agak apa ending dia…mungkin akan sambung tengok kalau dah takde cerita lain nak ditengok. Main actor = Yamapi.

6) One Pound Gospel

Status: Baru tengok sampai episod 4. Drama yang exciting, sebab watak Kame dalam drama ni menarik sangat. Kisah peninju yang happy-go-lucky yang bermasalah berat badan jatuh cinta pada seorang nun. Tapi sebab aku dapat predict apa akan berlaku & sesetangah part macam boring, jadi aku malas nak sambung tengok. Sebenarnya aku start tengok drama ni beberapa bulan lepas dah. Semalam aku try sambung tengok. episod 4 macam best. Mungkin ini la yang akan aku habiskan tengok lepas ni…

7) Trick

Status: Drama ni dah ada 3 season. Aku baru tengok sampai episod 6 Season 1. Masih dalam proses mendownload Season 2. Cerita ni best juga. Pelakonnya Yankumi dalam Gokusen & lelaki yang jadi lawyer dalam Dragon Zakura. Penolong Guru Besar dalam cerita Gokusen juga berlakon dalam cerita ni….hehe, lucu. Kisah pasal mereka nak buktikan trick-trick yang mungkin digunkan disebalik jenayah. Ala-ala Galileo, tapi kes-kes dalam drama ni lebih kepada pesalah dia mengaku ada supernatural power, jadi susah nak buktikan diorang buat jenayah.

8. Galileo SP

Satus: Tengah Download. Kisah ahli fizik buktikan cara pembunuhan/jenayah secara saintifik. best sangat. aku tengok drama siri dia tahun lepas. ni menunggu special episode….yeah..

9) Liar Game

Status: Tengah download. Drama misteri.

10) Kizarasu Cat’s Eye

Status: Tengah download.

11) A Million Star Falling From The Sky

Status: Tengah menunggu giliran sambung download. Drama misteri.

12) Code Blue

Status: Another medical drama. tengah tunggu giliran untuk di download. Main actor = Yamapi.

13) Ryuusei no Kizuna
14) Innocent Love
15) Kekkon Dekinai Otoko
16) First Kiss
17) Fuguh Keiji
18) Itazura na kiss
19) Jigoku Shoujo (Hell Girl Live Action kalau x silap)
20) Jyoou no kyoushitsu
21) Kirakira Kenshui
22) Sailor fuku to kikanjuu
23) Waterboy Series
24) Yukan Club
13-24-> Status: menunggu giliran untuk didownload…

Baru aku sedar banyak betul yang aku senaraikan…dan banyak juga yang dah aku tengok sejak 2,3 minggu ni….mentang-mentang la dah pandai guna torrent.

Aku selalu konfius a.k.a keliru dengan pelakon-pelakon drama yang aku tengok. Aku memang ada masalah nak cam muka diorang, apatah lagi nak ingat nama sebenar diorang. Hasilnya, aku dengan konfident menyatakan pelakon wanita utama dalam Zettai Kareshi ialah pelakon utama Nodame Cantabile. Cuba tengok gambar dibawah:
Aibu Saki

Juri Ueno

Eita

Kubozuka Yosuke

Aibu Saki ialah pelakon yang memegang watak Yayoi dalam Attention Please, manakala Ueno Juri ialah pelakon utama Nodame Cantabile. Sewaktu menonton Zettai Kareshi, mati-mati aku ingat perempuan tu ialah Ueno Juri…tetapi rupanya dia adalah Aibu Saki. haha, memang la aku tak dapat nak cam orang. Tapi bila aku baca forum pasal Zettai Kareshi, rupanya bukan aku saja yang keliru…ada juga orang lain yang keliru.

Sewaktu tengok Ikebakuro West Gate Park, aku juga salah bila ingat watak King dilakonkan oleh Eita (Mine Ryutaro dalam Nodame Cantabile), tapi rupanya dia sebenarnya Kubozuka Yosuke (Kikuchi dalam GTO & Asami Akio in Long Love Latter). Tapi tak boleh nak salahkan aku juga, muka diaorang hampir sama…huhu…

Bila aku baca balik apa yang aku tulis ni…macam tak percaya je ni aku…hahaha. But, whatever it is…this is part of my life now…downloading & watching drama series…Aku juga baru dapat tahu dah ada Korean Version bagi cerita Hana Yuri Dango & Meteor Garden –> Boys Over Flower…agaknya ni pun salah satu dunia yang aku nak teroka tahun ni…Selain itu, aku juga mungkin nak tengok drama Ghost Whisperer, Lost & Prison Break Season 4. Aku dah ada season 4 GW & Season 3 Lost, tapi rasanya nak cari dulu season yg awal2 before tengok ni….

Banyak kan drama yang aku nak tengok. kalau sesiapa nak recommand mana-mana cerita best, dozo dozo….ehehe

Till next post, ja na…

Absolute Boyfriend a.k.a Zettai Kareshi

Wednesday, 7 January, 2009
i know this is not type of entry that i should post here…but then, i always feel wanna share whatever great drama i’ve been watch to other people….so here it is…
i know about this drama from some j-drama forum where most fans vote it the best/funniest/saddest/…& all the …est….haha…so, i start download it & i watch the first 5 episode of this drama last night…

the first 20 minutes watching it…i already know this drama is great…haha…tambah lagi, bila tengok ‘Namba Sempai’ from Hana-Kimi is one of the main role….haha, then realizing the main actress is the lead-role for Nodame Cantabile & another main role played by the tall guy from Gokusen 2…..hahaha….

lucky girl selected to be test subject
my robot boyfriend
my boss-that i don like-turn-someone special
okay la, i tell a bit about this drama (well, i haven’t watch it till the end anyway)…drama ni mengisahkan ada satu robot yang khas untuk menjadi ideal boyfriend diuji ke atas seorang subjek..
urm…..that the idea….so, yg lain macam biasa la…haha…..i dunno how to explain….but most of the time it was funny, hilarious & exciting to watch…hehe
so just have a look from some of the pic of this drama k…..
my ideal boyfriend comes in the plastic :)
this is how i get my ideal boyfriend
identifying…..who is that person?

oh…match…she is my girlfriend…
maintance process..
do you like my robot?
my robot boyfriend anatomy….

sedap eh….

DEATH NOTE: BILA TAKDIR DI TANGAN MANUSIA

Friday, 26 December, 2008
NOTE: I WROTE THIS ABOUT A YEAR AGO…NOT SURE WHY I DIDNT POST IT AT THAT TIME…ANYWAY, IGNORE MY ‘SKEMA’NESS….ENJOY READING
_______ _________________ _______________ _________
THESIS
Death Note merupakan kisah yang menceritakan fenomena bilamana manusia diberi kuasa untuk mengawal kematian orang lain. Saya berkesempatan menonton dua filem pertama Death Note, yang digarap dari manga asal kisah ini. Kisahnya cukup menarik. Bermula apabila Raito menerima buku ‘Death Note’ yang berupaya membunuh orang hanya dengan menulis nama mangsa dalam buku tersebut. Raito, seorang pelajar undang-undang yang tidak berpuashati terhadap sistem undang-undang yang melepaskan penjenayah-penjenayah kerana kekurangan bukti, mengambil keputusan menengakkan keadilan dengan cara tersendiri. Atas nama keadilan, Raito mula membunuh penjenayah-penjenayah yang masih bebas.

Sungguhpun orang ramai bergembira atas kehadiran penyelamat dunia ini, namun pihak polis menganggap perbuatan Kira(nama gelaran pengguna Death Note) sebagai satu jenayah bunuh. Satu pasukan khas yang diketuai L atau Ryuuzaki berusaha menyelongkar misteri Kira. L yang genius dapat mengesan kemungkinan Raito adalah Kira. Namun Raito juga seorang yang genius, dapat menutup segala kemungkinan yang dia adalah Kira.


Pada filem pertama, Raito membunuh agen FBI yang mengawasinya, tunang agen FBI tersebut serta kekasihnya sendiri. Dengan kematian kekasihnya, Raito berjaya menyelamatkan dirinya dari terus menjadi suspek serta meraih simpati pasukan penyiasatan dan diterima bertugas dalam pasukan penyiasatan untuk memburu Kira. Namun, L tetap mensyaki Raito walaupun dia sendiri yang bersetuju Raito dimasukkan dalam pasukan penyiasatan.
Pada filem kedua, Death Note-The Last Name, Raito berusaha untuk membuktikan dirinya bukan Kira. Dalam filem ini juga, telah wujud Kira Kedua apabila Misa menerima Death Note. Misa yang menukarkan separuh hayatnya untuk menggunakan ‘Shinigami Eye’ (Mata Dewa Kematian), berupaya melihat nama sebenar seseorang dengan hanya melihat muka orang tersebut. Misa yang menganggap Kira sebagai tuhannya kerana Kira telah membunuh penjenayah yang membunuh keluarganya, mengganggap dirinya pembantu Kira. Walaupun L dapat mengesan Misa adalah Kira Kedua, namun dia tidak dapat membuktikannya. Misa ditahan dalam tahanan L. Kemudian, Raito menawar diri untuk ditahan untuk membuktikan dirinya dan Misa bukan Kira. Selepas beberapa hari ditahan, Misa dan Raito melepaskan ‘ownership’ atas Death Note dan hilang ingatan mengenai Death Note. Ini merupakan strategi Raito dan akhirnya Raito dan Misa menguasi kembali Death Note selepas memerangkap Kira yang ketiga.
L masih percaya bahawa Misa dan Raito adalah Kira. L akhirnya menulis dirinya sendiri akan mati selepas 23 hari didalam Death Note untuk meyakinkan Yagami (ayah Raito yang bertugas dalam pasukan penyiasatan Kira) untuk cuba memerangkap Raito untuk membuktikan dia adalah Kira. Akhirnya Raito dibunuh oleh Ryuk, shinigami (dewa maut) yang mula-mula memberi Death Note pada Raito.
Sungguhpun saya masih tidak berpeluang menonton filem ketiga dan terakhir Death Note: Change The World, namun berkisar pada dua filem pertama, saya ingin berkongsi idea dan perspektif saya mengenai jalan cerita filem ini.

Raito/Light

Ryuuzaki @ L

Misa

Death Note Rules
ANTI-THESIS
Unsur utama dalam filem ini adalah buku Death Note yang boleh membunuh sesiapa sahaja dengan menulis nama mangsa, dikuasai oleh manusia. Di sini kita boleh lihat kesan apabila takdir hidup manusia diserah kepada manusia.
Pada mulanya pengguna akan merasakan dirinya menegakkan keadilan. Namun akhirnya, semua pengguna akan menggunakan Death Note untuk membunuh sesiapa sahaja yang mengetahui identiti Kira atau membunuh demi membuktikan diri bukan Kira. Dalam filem ini, Raito membunuh agen FBI yang mengawasinya; tunang agen FBI (yang mati dibunuh Raito); kekasihnya sendiri; dan Takada Kiyomi (Kira Ketiga). Pada akhir filem kedua, dia sanggup menulis nama ayahnya dalam Death Note demi menyelamatkan dirinya sendiri. Misa pula membunuh sesiapa sahaja yang menentang Kira, manakala Takada Kiyomi membunuh pembaca berita yang dibencinya, polis trafik yang menahannya serta ingin membunuh lelaki yang ingin mendedahkan identitinya sebagai Kira.

Dari pola ini kita dapat lihat apabila manusia diberi kuasa, mereka akan berusaha untuk mengekalkannya. Nafsu mula menguasai diri dan penggunaan Death Note bukan lagi demi keadilan, tetapi untuk melindungi diri. Setiap hari, ramai penjenayah sengaja dibunuh demi untuk menyukarkan siasatan mengesan Kira. Sesiapa yang dibenci juga terus dibunuh tanpa pertimbangan.
Selain itu, kita boleh lihat perubahan sikap pada pemilik Death Note yang mana mereka menjadi lebih kejam dan hilang perikemanusiaan. Perubahan ketara nampak pada Takada yang asalnya seorang yang sopan dan konservatif, tetapi bertukar menjadi lebih terbuka dari segi pemakaian selepas menggunakan Death Note.

SYNTHESIS
Shirigami & Raito

Filem ini menggunakan asas Shirigami (Dewa Maut) mencabut nyawa manusia dengan menulis nama pada Death Note. Apabila buku Death Note diserah pada manusia, manusia tersebut berupaya menjalankan tugas Shirigami serta berkuasa mengawal (mempercepatkan) kematian manusia. Sesiapa yang menyentuh buku Death Note juga mampu melihat dan berinteraksi dengan Shirigami.
Disini, perlu ditekankan konsep kepercayaan ini bertentangan dengan ajaran Islam. Memang wujudnya Malaikat Maut yang bertugas mencabut nyawa manusia, namun sebagai manusia kita tidak akan mampu melihat dengan bebas Malaikat Maut tanpa izin Allah s.w.t., apatah lagi mempunyai kuasa mengawal takdir hidup orang lain.
Namun, dari filem ini, jelas menampakkan implikasi apabila manusia mempunyai kuasa mengawal takdir. Walaupun bermula atas nama kebenaran, namun manusia tidak mampu lari dari nafsu untuk menggunakan kuasa yang ada untuk kepentingan diri.
Dalam Al-Quran, Surah Al-Isra’ ayat 85:
‘Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: “Roh itu termasuk urusan Tuhan-Ku,” dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit sahaja.’
Nah, inilah hikmahnya Allah merahsiakan sesetangah perkara dari manusia, kerana musibahnya lebih besar dari kebaikan. Wallahualam.
Trivia
1) Ryutaro @ L is a very unique character….
have you seen anyone answering phone that way?
the food is good….??????????
hiding his face from Misa…in a funny way…
2) I just find out that Ken’inchi Matsuyama also star in Gokusen as Kenichi Mouri (cannot remember which one is that…hehe); NANA as Shin (also cannot remember) & in 1 Litre of Tears as Kawamoto Senpai (i thinks Aya 1st BF)…really didnt realise that….hahaha
3) i still have NOT watch Death Note: Change The World!!!!!