Category “MANGA”

Dragon Quest: Dai no Daibouken

Monday, 23 March, 2009

Sejak aku buat entri pasal si kill-vearn, ramai juga rakan blogger yang tanya komik apakah itu. Maka disini aku buat entri ala-ala preview untuk komik ni. Komik ni nama Malaysia dia Misteri Naga, nama omputih & Japan dia Dragon Quest: Dai no Daibouken.

dquest dquest2

Ikut kata encik Wikipedia,  manga asal ni adalah based on siri permainan video Dragon Guest. Mula-mula si penulis manga ni iaitu En. Riku Sanjo & illustrator dia Koji Inada cuma nak buat 2 episod pendek je iaitu “Derupa!Iruiru.” Tapi sebab gempaknya sambutan tehadap komik ni, maka diaorang pun keluarkan lagi 3 bab (chapter) sambungan iaitu “Dai Bakuhatsu!!” (Dai Explodes!!) yang kemudiannya disambung lagi jadi siri yang lebih panjang iaitu Dai no Daibouken (Dai’s Great Adventure).

Manga ni dikeluarkan di jepun dari tahun 1989 – 1996. Kat Malaysia, kalau x silap keluar dalam tahun 1998-2001, sama masa dengan komik dragon ball. Kalau x silap, permainan video untuk siri ni iaitu Dragon Quest a.k.a Dragon Warrior amat femes sekali, tapi aku x penah jumpa & main pun takat ni..hehe.

Sinopsis Dragon Quest: Dai no Daibouken

Cerita ni bermula dengan kisah Dai, seorang remaja yang tinggal di sebuah pulau yang dipenuhi dengan makhluk ghaib [Nota: makhluk ghaib ni boleh kata x sama dengan makhluk ghaib dunia kita ni…hehe, yang ni lebih kepada makhluk fantasi la]. Waktu tu dunia aman damai, tapi kalau ikut sejarah diorang, 20 tahun sebelum tu pernah berlaku huru-hara disebabkan oleh Raja Raksasa Hadlar yang nak menakluk bumi, tetapi nasib baik diselamatkan oleh sekumpulan wirawan.

Creatures15831510

Jadi al-kisahnya, si Dai ni pun bercita-cita nak jadi wirawan sebab dia percaya tu kerja yang best. Episod “Derupa!Iruiru” merupakan langkah pertama si Dai ni nak jadi wirawan di mana buat pertama kalinya dia pergi meninggalkan pulau tempat tinggal dia untuk selamatkan Gome, bestfriend makhuk ghaibnya yang diculik oleh wirawan palsu yang datang ke pulau itu. Tapi waktu ni, Dai masih lagi budak mentah yang tak reti-reti apa-apa ilmu ghaib apatah lagi seni berlawan. Tapi nasib baik dia berjaya juga selamatkan Gome dengan bantuan makhluk-makhluk ghaib. Dai diberi anugerah wirawan sebab secara x sengaja membongkar konspirasi wirawan palsu ni, tapi lepas tu dia balik semula ke pulau Delmurin & teruskan hidup seperti biasa tapi penuh semangat nak latih diri untuk jadi seorang wirawan sebenar.

Tak lama lepas tu, Raja Raksasa Hadlar dikatakan hidup balik. Dunia mula nak huru-hara. Masa ni, datang pula Mahaguru Wirawan Avan ke pulau itu untuk melatih Dai untuk menjadi wirawan. Dai sempat berlatih dengan Avan selama 5 hari sebab pada hari kelima latihan, tetiba Hadlar datang ke pulau Delmurin untuk berlawan dengan Avan, sebab Avan rupanya wirawan yang pernah kalahkan Hadlar 15 tahun sebelum tu.  Lawan punya lawan, at last Avan terpaksa guna teknik bunuh diri untuk kalahkan Hadlar. Tapi sayangnya, Hadlar masih hidup, namun Avan dipercayai meninggal dunia.

Gallery_Colours08b2965

Mula dari situ, Dai & Pop [abang seperguruan Dai] mula mengembara demi mengalahkan Raja Raksasa. Dalam pada masa itu, Dai & Pop berkenalan dengan Maam & Hyunckel iaitu anak-anak murid Avan juga. Dalam pengembaraan itu, macam-macam musuh yang mereka temui…makin lama makin mencabar. Tapi dalam masa yang sama, masing-masing tingkatkan kekuatan diri & semangat menentang kejahatan. Dai juga mula mengetahui asal-usul dirinya, & rahsia di sebalik kuasa luar biasa yang dia miliki.

dq4 64d7e5282c

Manga & Anime

Nak tau cerita penuh ni, korang boleh baca kat onemanga.com. Memang x rugi baca bagi peminat-peminat manga & anime. Boleh juga download kat rapidshare, tapi kalau x silap aku…tu guna bahasa ori dia a.k.a bahasa jepun…hehehe

Gallery_Colours10b dai

Untuk anime pula, takat ni aku cuma jumpa 3 episod pertama saja yang ada subtitle english:

ep1 – http://www.megaupload.com/?d=HX4L1RLZ

ep2 – http://www.megaupload.com/?d=723K7K5Y

ep3 – http://www.megaupload.com/?d=82K4U7VB

ep4 – http://www.megaupload.com/?d=9L3KBIO0 [french subs]

ep5 – http://www.megaupload.com/?d=G8TJL2WD [french subs]

Anime ni ada juga kat youtube, tapi aku x pasti complete ke tak…& tak pasti ada english subtitle x

Kalau sesiapa tahu mana nak dapat the rest of the anime tolong inform aku k [boleh tulis kat ruangan komen]

misteri-naga

Kredit untuk:

- HsbSitez.com untuk anime link

- Vinspire@kokorobox.net, empunya set komik di atas [gambar di jumpa di forum lowyat, x sangka banyak juga kipas susah mati komik ni]

- p-g-e-4-6.blogspot.com, untuk gambar watak2 [boleh klik kat image untuk culik yang image resolusi besar kat page tu]

- Wikipedia & beberapa site lain yang bagi info & gambar-gambar kat atas :)

Kipas-susah-mati

Ni soalan khas aku kepada kipas-kipas-susah-mati komik ni: Apakah scene yang paling korang suka dalam komik ni @ apa yang buat korang suka sangat ngan komik ni? Hehe :)

Plain Jane Diary…

Sunday, 25 January, 2009

Aku rasa aku sudah gila…

Aku rasa aku sudah gila. Ya, aku betul-betul fikir begitu. Ini hypothesis terbaru aku [wah, aku sudah ada favourite word baru = hypothesis]. Dan sebelum aku menerangkan teori hypothesis aku ini, aku ingin bertanya: ada sesiapa pernah baca komik ini?
PENYIASAT REMAJA SEKOLAH DETEKTIF Q
Komik ini telah lama berada di pasaran. Volume ke-4 komik ini dikeluarkan pada Oktober 2003 (waktu aku masih sibuk dengan SPM) dan Volume ke-21 (gamba atas) dikeluarkan pada Oktober 2006. Aku tak tahu sekarang sudah dikeluarkan sampai volume berapa. Mungkin juga siri ini sudah tamat kerana volume ke-21 sama kisah dengan penghujung episod siri drama Tantei Gakuen Q (live action bagi komik ini). Yang sedihnya, aku sudah lama mencari komik-komik ini. Yang aku ingat, aku pernah membaca beberapa volume pertama komik ini. Kemudian aku tidak ketemu lagi komik ini. Malah, semalam…ketika aku bertanya dengan penjual komik di pasar minggu Satok, penjual komik itu sendiri tidak tahu kewujudan komik ini.
Jadi, apa kaitan komik ini dengan hypothesis aku ini? Sila lihat gambar di bawah…

Inilah buku yang aku beli semalam (4 yang di atas masih berbalut plastik..hehe). Ya, aku berjaya menemui 6 jilid komik ini dan aku terus membelinya. Gila bukan?…
Tahukah bagaimana aku menemui komik-komik ini? Selepas penjual komik di pasar minggu Satok dengan konfiden menyatakan mereka tidak ada komik-komik ini, aku cuba melihat-lihat dalam kotak-kotak kepunyaan penjual komik itu. Kebetulan mereka baru mahu menyusun komik-komik mereka (a.k.a baru mula berjual). Dan aku kemudian bukan setakat melihat-lihat, dengan selambanya aku menggorek isi kotak-kotak itu. Dan akhirnya aku jumpa 6 jilid ini di kalangan komik kindaichi dan detektif conan (ya, mereka penjual komik yang mempunyai koleksi paling banyak setakat ini yang aku tahu, mungkin MPH ada banyak juga, tapi belum sempat lagi meronda ke sana, dan mungkin kedai-kedai di area Kenyalang ada banyak komik juga, tapi aku percaya mesti kebanyakkannya menggunakan tulisan cina).
Yang membuatkan aku fikir aku sudah gila ialah, setiap satu komik ini berharga RM6 satu (harga asalnya ialah rm4.50, dulu masa aku sekolah menengah komik dragon ball etc hanya berharga rm3). Jadi 6 jilid bererti RM36. Lucunya, jilid-jilid ini tidak bersambung…komik yang aku beli semalam ialah jilid 4, 8, 9, 16, 18 dan 21. Tapi aku nekad juga beli. duh, sungguh la aku sudah gila.
Aku dapat nickname baru…
My cute 2-years old Aidel just learn to recognise words. He stay in our house currently & he suppose to call me Usu (mak su at other part of Msia maybe). Tapi sekarang dengan bestnya dia panggil aku tu-tu…duh, anyone, don’t call me that okay…

Seeding List

I just added list of my torrent currently seed & list of torrent that i can help to re-seed if anyone interested. For anyone whom not familiar with torrent stuff, some tracker required downloader to keep certain share ratio, means that if you want to download more, you also need to upload what you have. Read my torrent entry for more info (Torrent Siri 1, Torrent Siri 2).

So, here im kind of promoting people to download the same torrent as mine, so that i can upload to them. And then, i can stop seeding it after achieving my upload @ ratio gaol :) . Meanwhile, if anyone need my help to re-seed any torrent on my list, you can request in my blog so that it is easier for me to know which torrent to open. The get the torrent file (.torrent), please go to tracker site. Some required registration & some may have close registration for some time.

New Layout

Yes, im changing my layout few days ago (di kala aku bengong xda keja di opis). Tapi macam biasa la, aku masih lagi tak puas hati dengan layout ni sebenarnya (semalam aku berjaga sampai jam 4 pagi sebab leka edit HTML layout ni). Antara yang aku tukar ialah saiz column dan juga widget-widget. Tapi masih lagi nampak pelik (di mata aku). Aku masih tak puas hati dengan tarikh & format2 lain, tapi html layout ni susah sikit nak edit. Kenyataanya, aku bukan pandai sangat pun bab-bab programing & html ni…duh. Tapi syukurlah aku berjaya besarkan column dia sikit..ehe. Nantilah kalau aku free & rajin, aku atur lagi…huhu…

Selamat Tahun Baru Cina

Selamat Tahun Baru Cina kepada sesiapa yang menyambut & selamat bercuti kepada sesiapa yang bercuti. [sebenarnya aku rasa x puas cuti aku sampai selasa je. sungguhpun aku xde keja nak buat kat rumah ni, masih juga aku ingin cuti panjang-panjang...huhu]

Plain Jane Diary?

Aku (dah lama) sedar yang hala tuju entri-entri aku jauh terpesong dari apa yang aku rancang sewaktu mula-mula buka blog ni dulu. [Baru aku ingat, blog ni asalnya bukan blog aku, tapi aku tersalah buka blog yang satu tu guna email address aku. Jadi selapas buka blog yang satu tu guna email yang sepatutnya, jadi la blog ni terbiar tak berpunya. Lama lepas tu baru aku decide gunakan blog ni jadi blog aku, tu pun kerana aku dah penat-penat edit layout tu cantik-cantik].

Balik pada topik aku, Plain Jane Diary…sebenarnya aku pun tak sure apa maksud dia. Aku first time tengok frasa ni kat description sebuah novel. Lepas tu, aku teka-teka maksud dia adalah kisah biasa kehidupan seorang gadis biasa…urm, aku pun tak tahu nak explain. Dan seperti yang aku nyatakan di atas, blog aku dah berubah dari Thesis.AntiThesis.SynThesis ke Plain Jane Diary…(duh, is this a failure?)…

Mengikut kamus Concise Oxford:

Hypothesis :-
a supposition or proposed explanation made on the basis of limited evidence as a starting point for further investigation.
(Philosophy) a proposition made as a basis for reasoning.

Thesis :-
a statement or theory that is put forward as a premise to be maintained or proved.
(in Hegelian philosophy) a proposition forming the first stage in the process of dialectical reasoning

AntiThesis:-

a person or thing that is the direct opposite of another.
(in Hegelian philosophy) the negation of the thesis as the second stage in the process of dialectical reasoning.

SynThesis:

the combination of components to form a connected whole. Often contrasted with analysis.
(in Hegelian philosophy) the final stage in the process of dialectical reasoning, in which a new idea resolves the conflict between thesis and antithesis.

I wonder what definations will be given by urbandictionary.com…ahaks :)

Tapi aku rasa tak kisah la sebab idea & pemahaman itu boleh datang dari pelbagai cara. Mungkin dalam aku melepaskan kemarahan atau menulis perkara yang ‘takde makna-nye’…kita boleh muhasabah & berfikir dari perspektif yang lain pula…Jadi in a way, takde la aku lari dari skop Thesis.AntiThesis.SynThesis kan (ayat nak pujuk diri)…ehehe

Nak tahu tak mana aku dapat idea nak guna Thesis.AntiThesis.Synthesis? Kenyataannya, aku dapat idea ni dari sebuah lagu korea… lagu “O”-Jung.Ban.Hap ["O"-正.反.合. ] nyanyian Dong Bang Shin Ki/TVXQ. Jung. Ban. Hap tu kalau translate ke english akan jadi Thesis.Antithesis.Synthesis. Kalau tak percaya boleh cek kat wikipedia.

Lagu ni sebenarnya “reflect the title song’s theme of degradation and corruption in society and the power of the people to avert this change.”…Tapi aku pilih lepas cek kat kamus maksud macam yang aku tulis kat atas…

Kenapa?

Kerana bagi aku, setiap perkara bermula dengan satu idea asas, sebelum kita judge atau putuskan, kita kena fikirkan antithesis-nya (or biasa orang kata fikir pro & cons dulu)…baru la lepas tu kita dpt derive synthesis-nya.

Urm…panjang juga dah aku tulis….cukup la ni…

Ja na…