Annyeong Haseyo.
Ampun adik kakak yang join kontest Love Ya…lambat bebenor nak diumum keputusan kontest. Saja je tunggu weekend supaya boleh ambe menulis entry panjang berjela…wakaka. Sebelum mengumumkan pemenang, baik kita lihat kembali kreteria yang diambil kira dalam pemilihan pemenang. Syarat yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:
- Buat lirik penuh lagu Love Ya dalam bahasa Melayu. Terjemahan lirik perlu sepadan/bertepatan dengan makna lagu, namun masih mengekalkan kretiviti sebagai lirik lagu. Terjemahan berdasarkan lirik bahasa korea amatlah digalakkan, namun terjemahan berdasarkan lirik english juga diterima. KEUTAMAAN KEPADA LIRIK LAGU YANG PALING MENARIK, KREATIF, TETAPI MENGEKALKAN MAKSUD SETIAP BARIS
- Promosi untuk kontest ini tidak diwajibkan, tapi boleh menjadi bonus.
- Lirik yang dibuat dalam bentuk video (hardsub); imej poster dan lain-lain media menarik juga boleh dikira sebagai bonus. [Tidak WAJIB]
- JIKA TERDAPAT LIRIK YANG HAMPIR SAMA, PESERTA AWAL AKAN DIBERI KEUTAMAAN
- PEMILIHAN PEMENANG AKAN BERDASARKAN KRITIKAN/KOMEN DARI PEMBACA; DAN KEPUTUSAN AKHIR DI TENTUKAN SAYA
- Keutamaan kepada ahli GO Forum dan pengkomen sedia ada blog ini.
Pada hemat saya, semua peserta sudah menterjemah dengan baik. Berdasarkan respon pembaca, adanya media interaktif seperti video membuatkan lirik tersebut menjadi kegemaran di pandangan mata yang menilai. Namun ada juga yang menyelusuri tiap bait kata yang ditulis dan menilai dengan saksama. [Mengapakah ayat aku begitu ber-sastera...owh, nak jadi judge lirik lagu Melayu kena tunjuk skill sendiri dulu...LOL]
Selepas penapisan rapi dilakukan (nasib baik 8 peserta je), ada beberapa bahagian penting yang menjadi faktor penentu pemilihan pemenang:
- Lirik lagu yang baik perlulah mengikut rentak (beat) lagu tersebut. Kebanyakan peserta memberi terjemahan ayat yang panjang berbanding ruang masa bagi baris-baris berkaitan.
- Bahagian yang paling tricky:
Nal bikyeogatdan ni oraen sarangi janinhage kkeutnagireul
Your long term relationship, that pushed me aside, to cruelly end
Dengan semua faktor-faktor di atas, membawa saya kepada 3 peserta terakhir:
1) Nurafaz:
Secara jujur, saya paling menyukai lirik lagu yang disediakan oleh Nurafaz. Menjadi peserta kedua pertandingan, dan peserta pertama yang menyediakan video hardsub memberi bonus yang banyak untuknya. Terjemahan yang menarik, boleh menjadi puisi indah namun agak panjang untuk mengejar rentak lagu ini. Namun sayang pada lirik ‘Your long term relationship, that pushed me aside, to cruelly end’ diterjemah agak berlainan dari maksud asal lirik.
2) Naluvkpop
Lirik dikemaskan kepada bait kata yang ringkas tapi puitis, cukup pendek pada setiap baris untuk mengikut rentak lagu. Peserta kedua menyediakan video hardsub, tapi lebih terang dan jelas. Dan dibahagian yang tricky itu, diterjemah dengan baik. Additional Bonus Point: Banner Kontest di sidebar blog dan selalu meninggalkan komen di blog ini ^__^
3) Nurhajar
Ramai yang vote Nurhajar hasil suntingan video yang menarik darinya. Saya juga merasakan kredit perlu diberikan kepadanya untuk usaha yang dilakukan. Nice lyric, tapi rasanya banyak yang lari sikit dari maksud asal.
Dengan ini, saya berkeputusan yang paling berhak menerima album SS501 Destination ialah Naluvkpop.
Keputusan adalah muktamad, sebarang surat menyurat rayuan tidak akan dilayan…kekeke. Cik Naluvkapop, sila bagi Nama, Alamat dan no telefon ke email hurulaini85[at]yahoo.com untuk urusan penghantaran hadiah.
Dan untuk semua peserta, diharap boleh juga emailkan alamat ke hurulaini85[at]yahoo.com supaya dapat saya hantarkan kad raya sebagai penghargaan menyertai pertandingan ini. Kepada semua pembaca yang nak kad raya, sila juga email kepada saya ya.


















