Code Blue
Salam penuh kesejahteraan buat semua.
Bulan lepas, ketika Power Rangers Reunion, salah satu topik perbincangan rakan-rakanku ialah Code Blue. Dua sahabat baikku bertugas sebagai jururawat dan Code Blue yang mereka bincangkan ialah keadaan kritikal di hospital. Melalui perbincangan itu, dapat kufahami bahawa Code Blue ialah istilah yang digunapakai di hospital bagi mengambarkan situasi kritikal pesakit. Tak faham sangat sebenarnya, tapi aku bukan doktor…baik jangan bagi info sukahati…hehe. Apapun menurut Wikipedia, Code Blue:
- Generally is used to indicate a patient requiring immediate resuscitation, most often as the result of a cardiac arrest. May also be used as a radio call to indicate that a patient en route to the hospital requires resuscitation. “Code Blue – Adult” or ” – Pediatric” are sometimes used to provide additional information about the patient. HASC have suggested these codes be replaced by “Code Blue” and “Code White”, respectively.
- The term “code” by itself is commonly used by medical professionals as a slang term for this type of emergency, as in “calling a code” or describing a patient as “coding”.
Waktu ni la, tetiba aku teringat dengan drama yang memang dah lama siap aku download iaitu Code Blue. Drama 11 episod dan 1 episod khas ini dibintangi oleh Yamapi [boleh baca lakonan Yamapi di bahagian komen entri pasal Hlovate...haha], Aragaki Yui [pelakon Dragon Zakura, My Boss My Hero & Papa to Musume no Nanokakan...sumpah, sku tak cam dia...haha], Toda Erika [pelakon Ryuusei No Kizuna, Liar Game] dan lelain yang aku tak kenal pun.
Drama perubatan ini mengisahkan empat interns doktor yang bertugas di unit kecemasan sebuah hospital yang menjalankan projek ‘Doktor Heli’. Di setiap episod, salah seorang atau lebih akan ditugaskan menjadi flight doctor. Pada mulanya, masing-masing bersemangat untuk menyertai misi doktor Heli. Namun, semakin lama, mereka semakin disedarkan dengan tanggungjawap dan tekanan menjadi seorang doktor.
Bagi aku, drama ini sama hebatnya dengan Team Medical Dragon. Bezanya, Team Medical Dragon memberikan perincian teknikal yang lebih manakala Code Blue banyak bermain dengan emosi dan tekanan seorang doktor. Drama ni bagi yang dah pernah tengok Team Medical Dragon akan terasa kurangnya dari segi teknikal, sebagai contoh bila tiba-tiba perlu membuat pembedahan, tiada anesthesiologist yang bertugas memastikan anesthesia telah diberikan & berkesan kepada pesakit. Selain dari itu, ada satu scene aku perasan patung digunakan sebagai pesakit yang terpaksa diberi bantuan pemulihan jantung (yang doktor tekan dada supaya jantung kembali berfungsi) & ada satu scene darah pada tag nama nampak sangat macam sos (mungkin sebab sos tu kat plastik, tu yang jadi jelas). Namun kalau nak banding dengan Ampang Medical atau drama medic apa ntah tajuk yang Awal Asaari berlakon tu, memang jauh ketinggalan la drama medic Malaysia. Dan seperti yang aku katakan, melalui drama ini, memang dapat dirasai tekanan & emosi seorang doktor.
Dari drama ni, terdapat beberapa point yang aku fikirkan:
- Ingat lagi kes doktor-doktor Malaysia yang dikatakan ambil mudah mengenai pesakit-pesakit? Dari drama ni, kita boleh nampak bukan mudah menjadi seorang doktor. Tambah lagi kalau di Malaysia ni kurang sangat tenaga kerja dan ada kalanya kekangan teknologi yang membataskan usaha. Aku percaya, setiap doktor juga ingin berusaha sebaik mungkin, maka tuduhan yang digembar-gemburkan beberapa minggu lepas sepatutnya tidak wujud.
- Kadang-kadang kita kurang bersyukur dengan apa yang ada. Kadang-kadang menyalahkan pihak tertentu bila berlaku kesilapan, tanpa berfikir apa keutamaan atau faktor yang mendorong sesuatu tindakan diambil ketika waktu kritikal.
- Sukarnya menjadi seorang yang tenang ketika keaadaan tegang. Sukarnya menjadi penuh profesional ketika bekerja. Dan sukarnya mengetepikan emosi dan perasaan simpati ketika keputusan kejam perlu diambil.
Kalau tak faham apa yang aku maksudkan, baik korang usha sendiri drama ni. Apapun, kat sini aku sertakan screenshot bagi setiap episod (boleh klik pada imej untuk paparan lebih jelas):
Code Blue Torrent Download: D-addict
Direct Download: Lovesongforums (required membership), SP Episode (mediafire link in the forum)
HAKCIPTA: HURULAINI.NET
3 JUN 2009
PERHATIAN:
Aku terpaksa mengaktifkan plugin math di bahagian komen di mana korang terpaksa memberi hasil tambah pada soalan yang diberikan. Ini disebabkan masalah spam yang melampau, dimana lebih 800 spam masuk ke bahagian komen dalam tempoh kira-kira 20 jam. (Yang 5000 lebih tu terus ditangkap oleh Akismet selepas plugin math dipasang….bayangkan kalau x pasang, tak larat aku nak delete sume 5000 lebih tu…aigooo). Jadi harap memahami….anyway, enjoy reading & commenting.














CNBLUE
SS501
T-MAX
SUPER JUNIOR

Thursday, 4 June, 2009 at 0:04
haaaaa
rata2 bloggers yang loq kenal
memang gilekan korean/japan drama…
haisssss
loq’s last blog post..Cuti Sekolah Tiba…Nak buat ape ye?
[Reply]
Thursday, 4 June, 2009 at 0:52
Rajin giler! Siap bagi link download.. gambar semua! Fuh!
Saffa’s last blog post..The Adventure Of Siti Clumsy And Wan Kipas I
[Reply]
Thursday, 4 June, 2009 at 3:37
buang la add add tuuu
huhu
abes exam nak layan k
[Reply]
Thursday, 4 June, 2009 at 10:06
lama dah ku tak layan drama jepun neh.. huhuhu..
Jard’s last blog post..Terlepas………
[Reply]
Thursday, 4 June, 2009 at 11:10
mcm mana seorg engineer boleh tulis panjang lebar ni? kalau org bahasa memang arr berjela dia tulis..cth, ashie..kiranya hurul ni byk kelebihan arr..otak belah kanan dan belah kiri dua2 berfungsi..heheh
tok’s last blog post..Tok dan +ve Thinking
[Reply]
HurulAini Reply:
June 4th, 2009 at 11:17 am
aigoo…apa pulak kaitan engineer ngan tulis panjang….haha

tapi kan, ni kalau tolak gambar & video tu….ni kira pendek….aku selalu memang tulis panjang2….
doakan je semoga nikmat yang Allah kurniakan ni digunakan dengan sebaik mungkin…hehe
[Reply]
Thursday, 4 June, 2009 at 11:26
Kon!
woooo~ Yamapi~ i like the way you described code blue! descriptive habihs.. kalau aku yang described.. hahaha abihslahh.. penuh ngan ke-fandom-an yang menggiler.. sib baik tak pernah buat review.. hehehe.. if not mistaken lah, *jap cek dulu* eh, adalah i buat rev pi mcm bukan rev jer.
ooo…engineer rupanya Hurul ni. bestnyeeee..
I’ll leave the link here, if hurul ada rasa2 nak pi cek:
http://akira-shock.blogspot.com/2008/12/kakkoi.html
http://akira-shock.blogspot.com/2008/07/geeky-time-p.html
Shee’s last blog post..Chipsmore~ Sekejap Ada, Sekejap Tak Ada..
[Reply]
HurulAini Reply:
June 4th, 2009 at 11:46 am
kon kon….


i read it just now…cool review, plus…love the pic…haha
& i almost forget about the surgery under the truck…haha…very cool….
& also the scene at the shop with his grandma….hoho….my fav
[Reply]
Thursday, 4 June, 2009 at 16:12
kekkeke..aku x paham ni…baru je kuor soklan tambah ni,td xde..
ok ok..aku just nok kabo yamapi comel je…ahahha..code blue nye ost, ko buat ler link dier, bleh aku donlod
ashie023’s last blog post..meow meow meow
[Reply]
Thursday, 4 June, 2009 at 17:52
aku minat crite seram korea/japan jer ..
yg lain2 kureng ckit..hehe..
[Reply]
Thursday, 4 June, 2009 at 19:21
Adeh…menyusahkan btol kena add2 nombor plak…tak pasal2 kena taip balik komen…
Emm code blue crita lama dah…tapi still layan…yg best sebab yamapi, aragaki yui n minah death note tu blakon…yamapi memang cool…hhaha
EiNS’s last blog post..Tarikh pelancaran Windows 7 final dan download Vista Service Pack 2 (SP2)
[Reply]
Thursday, 4 June, 2009 at 20:44
ni lagik aku konpius..kenapa aku x baca last sekali ko nye entri?aku x perasan lak dah ader link lagu kat bwh tu..kenapa aku selalu konpius masuk belog ko…bijok ngat kot belog ni..ekkeke..aigooo..
[Reply]
HurulAini Reply:
June 4th, 2009 at 9:30 pm
hoho…sorie…susunan aku prob kot…tapi link tu link utk downlod drama…nanti aku cari OST dia, bagi link download okie…hehe
[Reply]
Sunday, 7 June, 2009 at 0:14
ada satu kdrama baru pasal doktor2 gak tajuk dia Cain & Abel.. best gak.. heh ttibe je
[Reply]
HurulAini Reply:
June 7th, 2009 at 12:20 am
owh…cain & abel pasal doktor rupanya…ingatkan pasal lawyer….huhu
esok la usha..dh ada dh drama tu, cuma tak tgk lagi…hehe
skarang tgh dwld New Heart jugak….sedangkan Dr Koto & Team Batista No Eiko yg dh lama siap dwld malas pulak nak tengok…heehee….even Voice pun malas je nak sambung tengok…hehe
[Reply]
Sunday, 7 June, 2009 at 8:09
hoho..code blue ni aritu dh amik dr kwn. pastu sbb kekangan mase, trus xsempat tgk. Hdisk xcukup, amik cite len plak, Last friends.
rse cm nk g amik balik je cite ni lpas bce sini. hehe. arigato
MuNsYi-SaMa’s last blog post..My Dear Sisters in Islam
[Reply]
Wednesday, 5 August, 2009 at 21:37
mintak dijauhkan la dapat code blue kek spital den… bkn takat code blue jer..sgala code den tak mau…lagi plak during den oncall…
[Reply]
Friday, 2 July, 2010 at 0:18
mantapppppppppppppppppppppp
caq suka
baru kali nie adac film drama yg aku suka
[Reply]