Dragon Ball Evolution…not a Dragon Ball at all…
Salam pada semua.
Aku baru berkesempatan menonton filem Evolution (tak nak panggil Dragon Ball Evolution) malam semalam. Sebelum itu, nak survey, siapa juga yang dah tengok? Sungguh aku tak sangka ia menjadi filem seteruk itu. Ingatkan hanya penukaran jalan cerita, maka aku cuba menonton dengan mind setting ia bukan dragon ball. Tapi sungguh aku tak dapat lari dari mengutuk ke’beza’an antara filem ini & komik asal.
Straight to the point, ni antara sebab-sebab kenapa aku tak suka filem ini:
- Aku tak dapat terima hakikat filem ni, semua berlaku pada masa yang singkat sekitar umur Goku 18 tahun. Umum mengetahui, Gohan (datuk Goku) lama dah dah meninggal dunia. Dan mula jumpa Bulma, Master Roshi, Yamcha & Cici waktu dia umur sekitar 12 tahun. It’s a TOTAL different in the movie.
- Goku berpewatakan remaja Amerika tipikal. Pergi ke kolej la siap aksi gaduh2 ngan budak kolej lain. Bersikap sempoi & reti pergi parti sedang Goku yang sebenar cuma tahu makan & berlawan je. Paling tak boleh terima yang dia ni gatal nak bercinta ngan Cici sedang Goku yang sebenar tak reti pasal cinta2 ni, kawen ngan Cici pun sebab ingat kawen tu makanan, tapi dalam filem ini Goku sungguh la bukan Goku…ciss, sungguh aku tak boleh terima.
- Filem ini sungguh kebaratan walau mereka berusaha membawa ciri Asia. Sungguh tak feel. Entah kenapa ia sungguh gagal sedang filem The Forbidden Kingdom contohnya masih berjaya membawa ciri Asia dalam filem Amerika.
- Apa kes time nak lawan ngan Pikor, Goku sempat lagi nak pakai baju seragam warna kuning tu….ciss
- Mereka memilih lagu tema dinyanyikan oleh Ayumi Hamazaki, tapi lagu tu macam tak kena je dengan filem sebab cuma di’bunyi’kan pada end-credit je (kalau ada dimain sewaktu filem pun aku x perasan…cemner boleh jadi lagu tema macam ni?)
- Efek-efek khas juga kurang mantap, paling koman buat la seperti filem Transformer, tidaklah aku sakit hati tengok. Macam efek murahan je aku tengok.
- Ending dia tunjuk Pikor (tengah demam pulak tu…memang tak boleh blah Pikor sakit cemtu…). Memang la kalau komik anak Pikor hidup lepas tu, tapi mengikut cara filem ini, seakan-akan mereka ingin membuat sequal untuk filem ini….oh…noooo…andeyyy, nehi, iie’…
Sebab inilah aku tak suka kalau orang barat mengada nak buat filem based on anime/manga Asia. Death Note is far more better than this. Maka dengan itu aku mencadangkan agar filem ini dirombak semula, kalau tak nak shooting balik pun, buat alih suara je:
- Nama rasmi baru bagi filem ini ialah Evolution (jangan mengada nak pakai Dragon Ball).

- Nama watak-watak di dalam filem ini perlu ditukar seperti berikut atau cadangan lain yang lebih kreatif: Goku -> Garry; Bulma -> Emma; Yamcha -> Yazid (tetiba nama melayu…haha); Master Roshi -> Master Roland (Master Roslan boleh gak)
- Bola Naga digelar Bola Jiwa bagi bahasa melayu, atau Orange Ball / Shining Ball / Star Ball bagi sebutan inggeris (ape-ape je yang ko nak asal bukan Dragon Ball).
Siapa lagi ada idea untuk selamatkan jati diri Dragon Ball ini?Mari kita sama-sama bantah filem ini seperti yang topo pernah buat, supaya pengarah & penerbit dia cancel plan nak buat sequal….ciss3. Aku dengar diorang nak buat trilogy untuk filem ni, oh…batalkan saja niatmu itu…
Tahukah kamu Dragon Ball Evolution bukan live-action pertama bagi Dragon Ball. Pada tahun 1989, produksi dari Taiwan telah diterbitkan Dragon Ball: The Magic Begin. Walaubagaimanapun, filem ini tidak mendapat kebenaran dari Akira Toriyama untuk dibuat adaptasi berdasarkan Dragon Ball. Maka dengan itu, produksi The Magic Begin terpaksa menukar nama watak-watak yang terlibat, sebagai contoh Goku –> Monkey Boy, Bulma –>SeeToe. Yang menariknya bagi filem ini, adaptasi terhadap Dragon Ball lebih terserlah bagi watak-watak yang dimainkan. Memetik dari Nothing In Particular Review:
If I were going to compare Dragon Ball: The Magic Begins with DragonBall Evolution, I would go for the Chinese version, minus the special effects, I think Dragon Ball: The Magic Begins is a lot better than that of the DragonBall Evolution. The Chinese version got better style and fighting stunts, which the Hollywood version could never compete with.
In Dragonball Evolution, Goku were able to turn into a gorilla or something, they could’ve at least starred King Kong for that part, to be able to emphasize the great monster from Planet Vegeta. Damn, another disappointment! Are they serious about its budget? At least on the Chinese version Master Roshi as Turtle Man is acting like the character we love on the anime and manga series, the perverted turtle-like martial arts master. In Dragonball Evolution I couldn’t recognized which one is which on the anime and manga series. If they were renamed like the characters on the Chinese version, I’d probably get lost somewhere and mistaken it as another stupid piece.
Aku belum lagi tengok The Magic Begin ni. Masih tengah download…huhu. Kalau korang nak tengok filem The Magic Begin ni, boleh dapat torrent file dia kat sini (English Dub). Evolution pulak aku download kat Kreativ.Net.

CNBLUE
SS501
T-MAX
SUPER JUNIOR

Sunday, 24 May, 2009 at 13:08
huhu. yup. xley diterima akal cite evolution ni. adoi. frust gle. bazir tket wayang je. usha ni. smart gle lawan.
http://www.youtube.com/watch?v=SHg-NtQs-Hc
ubey’s last blog post..Mengimbau Kisah: Tragedi (2)
[Reply]
HurulAini Reply:
May 27th, 2009 at 7:27 pm
aku baru je usha link youtube yg ko bagi tu…tu baru aku boleh panggil Dragon Ball…kalau campur lagi efek tahap Transformer, LOTR atau harry potter…mesti best giler crita tu….tapi yg ni apa ekk? movie or what? hihi
[Reply]
Sunday, 24 May, 2009 at 13:34
Haha… Aku tak tengok pun citer ni… Tgk dia punya poster dah rasa nyampah… Apa tah lg trailer dia… Boleh kena tekanan darah tinggi agaknya kalau tgk filem dia sbb tension sgt… Hahaha… Aku nyampah sbb dia guna orang putih berlakon pastu moden plak tu. Setakat ni xpenah lg dgr org puji cite tu.
[Reply]
Sunday, 24 May, 2009 at 13:54
haha
lawak la, tp btul gk apa yg ko tulis
ntah pape citer ni, rugi jer sapa yg tgk wayang
mmg x berbaloi baloi
KhairiL’s’s last blog post..Jauh Tapi Dekat
[Reply]
Sunday, 24 May, 2009 at 14:19
shafiedotbiz’s last blog post..Sekat akses laman web tidak dikehendaki
[Reply]
HurulAini Reply:
May 27th, 2009 at 7:28 pm
hoho…sbb tu aku malas nak tengok wayang…download je….the only movie yg aku rasa worth it tengok kat wayang ialah harry potter sbb effect dia best kat wayang, tengok kat laptop kurang sikit
[Reply]
Sunday, 24 May, 2009 at 15:01
hohoho patut la ko asik menjenguk ke post aku tu je semalam.. hohohooh
topo’s last blog post..perkara yang boleh dilakukan bila blog anda down…
[Reply]
Sunday, 24 May, 2009 at 15:13
ahaa…
bagus2 anda jugak membenci filem DRAGON BOWL – EVOLUSHIT nih…
aku mmg cukup tak puas ati dgn filem nih yg konon nye aku tunggu2 betaun2…
rupanya hampeh…
paling tak padan bg aku, watak master roshi tu..ade ke letak si chow yun fat? ape la bangang nye producer die tu…chow yun fat tu mane la lawak…master roshi tu lawak..kurus kedengking, kaki blu…
[Reply]
HurulAini Reply:
May 27th, 2009 at 7:29 pm
chow yun fatt tu aku boleh tahan agi….bab goku gatal mcm tipikal american tu yg aku tak tahan…
[Reply]
Sunday, 24 May, 2009 at 16:25
ku pernah buat cite pasal
picolo demam
heee
cari r
joegrimjow’s last blog post..blog kedua
[Reply]
HurulAini Reply:
May 27th, 2009 at 7:31 pm
hoho…aku lupa mana aku baca pasal pikor demam tu…blog ko rupanya…haha…itu la yg aku tambah sini gak….haha…tak pernah2 ada dalam sejarah dragon ball pikor baring kat katil…ciss
[Reply]
Sunday, 24 May, 2009 at 17:50
AKU SKE DEATH NOTE..hehhe
ashie023’s last blog post..2 ThumBs Up!
[Reply]
HurulAini Reply:
May 27th, 2009 at 7:32 pm
hoho…aku suka jugak death note…ada entri panjang berjela mengkaji death note…hahaha
[Reply]
Sunday, 24 May, 2009 at 18:18
Saffa belum berkesempatan nak tengok..
Rindu giler Dragon Ball nih! Rasa cam nak cari jer balik komik dragon ball ni.. nak baca semula.. huhu.. best sangat2 dargon ball nih. bukan evolution ni..
Saffa’s last blog post..Ta’aruf Programme: The First Day Of Registration
[Reply]
Sunday, 24 May, 2009 at 19:21
Aku nak tengok gak
siapa la pelakon malang yang dapat watak pendekar penyu tu…..
haha
mesti lawak….
tapi tula..xkan sm macam dalam katun
KampungBoy’s last blog post..Sayonara Getresponse, Selamat Datang Aweber
[Reply]
Sunday, 24 May, 2009 at 21:10
waahh..byk sggh x puas hati
aku ikot citer dragon ball ni..buku..kat tv…
yg mat salleh style ni x tgk la pulak..nnti nk tgk jgk laaa
[Reply]
pendekargrafix Reply:
May 29th, 2009 at 9:09 pm
layan anime lagi best. hehehe
[Reply]
Sunday, 24 May, 2009 at 21:16
org putih memang x pakar dalam genre cam ni
hero2 memang hampeh
Luffy’s last blog post..FORMULA TACKLE AWEK BAGI JEJAKA TAK HENSEM
[Reply]
Monday, 25 May, 2009 at 5:18
naseb baik aku tak ikot mmbr aku pi tgk movie ni..huhu
-WaN-’s last blog post..Travian: Game Online Untuk Mereka Yang Kebosanan …
[Reply]
Monday, 25 May, 2009 at 11:09
Skang nie dah makin banyak citer kartun dijadik FILEM……kat malaysia biler nak buat cenggitu lak…..
hazman aka species1980’s last blog post..8 BLOG KUNJUNGAN HARIAN
[Reply]
Monday, 25 May, 2009 at 11:11
Betul la ramai orang kata citer EVOULUTION nie tak best langsung….ramai yang mengeluh biler tengok citer tu….
kisahsensasi’s last blog post..Lelaki ugut rakan kembalikan GIGI PALSU
[Reply]
Monday, 25 May, 2009 at 19:14
aku xnk download cter evolution tu sbb dia mmg hampeh thp cipan..
Mohd Nasri Md. Nasir’s last blog post..Manchester United Part 1
[Reply]
HurulAini Reply:
May 27th, 2009 at 7:34 pm
tips kalau nak tengok movie ni: sila lupa ingatan sekejap…tak pun cari version dubbing bahasa entah apa yg tukar nama2 watak ikut kesesuian negara tersebut….haha
[Reply]
Tuesday, 26 May, 2009 at 13:09
ramai kata muvi nie tak besh… jadi aku tak gi tinguk ar.. hehe..
but nice review u put up here for this muvi..
Jard The Great’s last blog post..Peraduan Dpt Hadiah
[Reply]
Tuesday, 26 May, 2009 at 16:58
yang baru tak tengok lagi..
yang lama tu cam hampeh la..
ntah pape jer…
nak kata klaka tak jugak..
huh!
[Reply]
HurulAini Reply:
May 27th, 2009 at 7:36 pm
ello menteil..bestnye ko online skejap tp singgah sini gak..hihi
yg lama maksud ko the magic begin ekk…hoho…mmg kosong ckit crita tu, tp at least watak sama ngan dlm komik…hoho
[Reply]
Tuesday, 26 May, 2009 at 17:14
nampak kebaratan sangat… eii..xsuke betul..
[Reply]
Thursday, 28 May, 2009 at 22:30
hoho.. DB Evo mmg la sangat tak best.. aku menunggu dewa naga yg at least sedikit ensem namun tak kua yg ensem.. malah yg terlalu buruk WTF… kaler puteh lak tuh… takleh blah.. sakit ati dewa naga ekor pendek.. wakakaka… tapi cici comel dowh…
Kill-Vearn’s last blog post..Senarai Nama Anak Dalam Islam
[Reply]
HurulAini Reply:
May 28th, 2009 at 10:45 pm
aku x prasan sangat pasal dewa naga tu…sbb crita ni mcm lebih pada crita cinta Goku & cici je…bowink
[Reply]
Friday, 29 May, 2009 at 2:47
death note 2 dah tgok tp xphm ending die..kne tgok L change the world kot bru paham..ngee
milimilo’s last blog post..STICKY MODE – announcement # 2
[Reply]
pendekargrafix Reply:
May 29th, 2009 at 9:09 pm
ending dia lari sikit dari manga. p tak jauh sangat. still best
[Reply]
Friday, 29 May, 2009 at 21:07
aku sokong dnegan hurul. memang tak bleh blah, teruk sangat dia ubah cite, hilang mood nak tengok cite ni.
[Reply]