Fitnah
Salam penuh kesejahteraan buat semua.
Petang tadi mula membaca buku Ketika Cinta Bertasbih Buku 2 dek terpengaruh ngan preview buku 1 yang dibuat oleh Waiem-unnie. (plastik pembalut buku itu baru petang tadi dibuka setelah beberapa bulan dibeli…aigoo). Baru mula baca, aku tertarik dengan sedikit perbincangan berkaitan fitnah yang ditulis dalam buku ni:
Pagi itu Kiai Lutfi membaca dan menghurai hadis yang berbunyi, Laa yadhulul jannata qataatun! Semua pelajar sama ada lelaki mahupun perempuan, mendengar dengan penuh perhatian bahkan terasa ingin tahu. Kiai Lutfi pun menjelaskan makna dan maksud hadis pendek itu.
“Anak-anakku yang aku sayangi semua, hadis pendek ini muttafaq ‘alaih itu maknanya, diriwayat oleh Imam Bukhari dan Muslim. Jelas, sahihnya. Tidak diragukan. Erti hadis ini ialah: Tidak akan masuk syurga orang yang suka memfitnah.
Imam Shan’ani menjelaskan, perkataan ‘qattat’ itu dengan huruf ‘qaf’, huruf ‘ta‘ dan sesudah huruf ‘alif‘ sekali lagi huruf ‘ta‘ yang bererti tukang fitnah. Ada ulama yang berkata, ada perbezaan antara ‘qat-tat‘ dengan ‘nammaam’.
Nammaam ialah orang yang mencari berita untuk menyampaikan kepada orang lain (untuk menyebarkan fitnah). Manakala ‘qattaat‘ adalah orang yang hanya mendengar berita yang dia tidak mengetahui dengan pasti sama ada benar atau tidaknya sesuatu berita itu. Kemudian dia pun menceritakan apa yang dia dengar tadi (kepada orang lain untuk memfitnah).
Hakikat fitnah itu, pemindahan pembicaraan orang kepada orang lain untuk merosakkan hubungan di antara mereka itu.
Anak-anakku, ingatlah baik-baik hadis ini. Hayati dan sematkan di dalam sanubari! Jangan sekali-kali kamu menjadi tukang fitnah, sama ada qattat mahupun nammam. Sebabnya, tukang fitnah itu telah diharamkan oleh Rasulullah SAW daripada masuk syurga. Tukang fitnah itu adalah antara seburuk-buruk makhluk Allah di atas muka bumi ini. Al-Hafiz al-Munziri mengatakan, umat Islam sudah sepakat bahawa fitnah itu diharamkan dan fitnah itu merupakan salah dosa besar!”
Habiburrahman El Shirazy, Ketika Cinta Bertasbih Episod 2, m.s. 9-10.
Bila baca ni, tetiba tersedar…sebagai blogger kita mudah terdedah untuk jadi tukang fitnah. Nauzubillah min zalik, hobi akhirnya menjurus kepada diharamkan syurga!! Kalau kehidupan seharian apatah lagi…
Fikir-fikirkan…renung-renungkan…
![]()
Nota: DVD Gourmet tu officemate bagi pinjam…best kata dia. Dan best jugak ada officemate sama interest ni, selalu kami dua bertukar-tukar koleksi drama…haha. Tapi dia lebih minat korean drama, ambe more on japan drama..hihihi. Nasib baik bulan puasa, syaitan semua kena ikat, berjaya jugak ambe pilih buku Ketika Cinta Bertasbih instead of drama korea & jepun yang penuh dalam 500GB portable hard disc ambe.
Nota 2: Dalam buku, ada 2 kali quote, tapi ambe tak dapat buat double qoute sini..kena tukar css nanti baru dapat kot. Dan yang bold tu, ambe bold sendiri…dalam buku takde bold.

CNBLUE
SS501
T-MAX
SUPER JUNIOR

Sunday, 30 August, 2009 at 2:31
nasib baik blog aku personal, x de nk fitnah2 org ni, sbb setiap entri dan komen yg aku nk tulis pikir 2-3 kali sebelum tulis
kalu blog pasal hiburan peratusan tu tinggi sbb sumber/cerita yg dapat tu belum tentu sahih
[Reply]
Sunday, 30 August, 2009 at 6:56
wah ada gourmet…ambe pon x habis tgk gourmet…nnti kita tengok sesama hehehe…kem salam drama korea kat ofis mate tu ye…hihihi
jom baca KCB 2 plak…
[Reply]
Sunday, 30 August, 2009 at 8:23
ambe pong belog personal je,,..kalu ader pong, ambe mengata, kat artis jelah…tupun manyak artis korealah…ahahhaa
[Reply]
Sunday, 30 August, 2009 at 10:46
oh, mudah sangat nak terjebak kan.. err..
[Reply]
Sunday, 30 August, 2009 at 16:53
blog ambe merapu meraban pasal diri ambe yg hina dina ni jer..
Novel ni ambe belum baca..
[Reply]
Wednesday, 2 September, 2009 at 15:06
pernah baca lam buku solusi. kerana 1 klik kita boleh ke neraka. klik tu termasuklah sebar fitnah, gosip, propaganda, menghasut, bukak web lucah dsb…
terpikir pulak, kalu kita wat entry gosip artis contohnya, pastu masuk duit ads dari entry tu, halal ke tak eh?
[Reply]
Wednesday, 2 September, 2009 at 17:00
Aku selalu terpikir mcm tu… Menyebarkan gosip yg belum tentu betul atau tidak pastinya fitnah. Dan sekiranya betul kan tidak baik kita memburuk2kan orang lain… Kalau dapat hasil dari penulisan tu kan bahaya… Pastu kita makan dari hasil penulisan tu pulak… Hmmm ntah la…
[Reply]
Wednesday, 2 September, 2009 at 17:58
nanti aku nanye usazah nengok. gulp*
[Reply]