GO Award: 2009 MBC Drama Award – Queens Rules

Annyeong haseyo.

Asal-asal malas nak update pasal award ni, tapi disebabkan kegilaan tak terbendung terhadap drama Queen Seon Duk yang menang banyak dalam anugerah ni, jadi kita layan je la….hehehe. Untuk makluman, anugerah ni khas untuk drama-drama yang disiarkan oleh stesen MBC sahaja. KBS dengan SBS punya award malam ni (31 Disember). Seperti yang dilaporkan oleh DramaBeans, anugerah kali ini didominasi oleh dua drama yang bertajuk Queen iaitu Queen Seon Suk dan Queen of Housewives. Dan aku tak boleh nafikan, kedua-dua drama ni memang outstanding dan memang layak menerima penganugerahan ini:

WINNERS LIST

Daesang (Grand Prize): Go Hyun-jung (Queen Seon-deok)

Lady Marshil, dilakonkan oleh Go Hyun Jung, kakak kepada Go Hu Rul; sedang dalam permohonan nak masuk kelab GO….ye la tu…hahaha. Lakonan dia memang marvelous la, sampai satu tahap aku tetiba suka nak screenshot muka dia masa tengah tengok Queen Seon Duk. Yang paling best sekali, mana nak dapat watak jahat, tapi dia dikagumi….hohoho.

Drama of the Year: Queen Seon-deok

Top Excellence, Actress: Kim Nam-joo (Queen of Housewives), Lee Yo-won (Queen Seon-deok)

Kim Nam Joo sebagai Chun Ji Ae. Watak dia memang boleh tahan bagus. Paling suka ikatan kimia dia dengan Yoon Sang-hyun.

Lee Yoo Won, walaupun mula-mula macam tak suka bila watak Deokman bertukar dari Nam Ji-hyun kepada dia, tapi lama-lama okay la jugak….hehehe. Lakonan dia mantap jugak, memang layak menang best actress.

Top Excellence, Actor: Uhm Tae-woong (Queen Seon-deok), Yoon Sang-hyun (Queen of Housewives)

Uhm Tae-woong; aku tak pandang sangat dia sebab mula-mula dia muncul pun dah terasa kecewa hero tak berapa nak hensem (hahaha, tak boleh blah), tapi lakonan dia not bad la, cuma lepas Bidam-Rang muncul, watak dia sekali lagi di-overshadow…hohoho.

Yoon Sang-hyun; first time tengok dia dalam My Fair Lady rasa macam biasa je. Tapi bila tengok dia dalam QoH, terus cair ni…miahahaha. Watak dia memang best, paling suka ikatan kimia dengan heroin….hohoho.

Excellence Award, Actress: Lee Hye-young (Queen of Housewives), Go Na-eun (Assorted Gems)

Excellence Award, Actor: Kim Nam-gil (Queen Seon-deok), Choi Chul-ho (Queen of Housewives)

♥Bidam-Rang♥…..chukaheiii….hohoho, ke-bias-an melampau. Watak dia mula muncul sekitar episod 21 (yang pose ‘I will kill all of you’ kat shoutmix aku tu…hehe); dan bermula sebagai watak yang boleh kata bad guy. Tapi ntah knapa watak ini jugak yang berjaya mencuri hatiku…..hohoho. Pengaruhnya dalam drama ini lebih kuat dari hero…tapi nak buat macam mana, penulis skrip pun tak sangka watak dia mendapat sambutan yang begitu menggalakkan…hohoho.

Choi Chul-ho juga membawa watak yang begitu menarik dalam Queen of Housewives….suka sangat watak dia yang sekejap serius lurus bendul; sekejap lawak bodoh….hahaha.

New Actor: Yoo Seung-ho (Queen Seon-deok), Lee Seung-hyo (Queen Seon-deok)

Yoo Seung-ho; pose dia kat award malam semalam mengingatkan aku dengan Trunks Dragon Ball, rambut kot….kalau Korea nak buat Dragon ball boleh panggil dia ni….hahaha. Watak dia dalam Queen Seon Duk memang mantap, sebab mula-mula aku tak dapat nak baca apa dia punya watak..tak tahu dia ni betul-betul bodoh atau pura-pura je & tak tahu kalau dia tu betul-betul berdendam atau cuma strategi….hohoho...very good eyh….Aku tengok rekod dia kat wiki not bad walau masih muda. Tak lama lagi dia bawak role yang dibawa Yamapi untuk drama terbaru God of Study, re-make of Dragon Zakura.

♥Alcheon-Rang♥, pahlawan Shilla pertama yang menawan hati Go Hu Rul, dengan gaya dashing pahlawan berbaju hitam berambut panjang menghunus pedang mencari lawan…kekekeke….tapi tak lama sebelum pencuri hati kelas pertama, Bidam-Rang muncul….ngeh3. Masa merajuk ngan Bidam-rang bila dia buat hal jadi jahat skejap, Alcheon Rang pengubat luka lara…hahahaha…tak boleh blah punya drama dalam Majlis Anugerah GO ni….hehehe

Best Couple Award: Kim Nam-gil, Lee Yo-won (Queen Seon-deok)

Sebagai mana Gu Jun Pyo menjadi lelaki idaman malaya; sebegitulah Bidam-rang menjadi pujaan hati ambe. Sungguhpun ikatan kimia Ji Ae + Tea Joon nampak lebih serasi, namun hatiku tetap pada Bidam-Rang….otteke? Ottokajo?

Child Actor Award: Nam Ji-hyun (Queen Seon-deok), Lee Hyung-shik (Enjoy Life), Jeon Min-seo (Job Well Done)

Aku suka betul dengan Doekman yang masih remaja ni…hehehe. Lakonan dia memang mantap la, kalau dia nak menjerit, memang la sepuas hati dia menjerit, kalau happy, memang happy go-lucky betul. Paling best, antara banyak-banyak pelakon yang berlakon menyamar jadi lelaki, dia yang nampak memang macam lelaki…hehehe.

~~~~~

New Actress: Seo Woo (Tamra the Island), Im Joo-eun (Hon)

Popularity Award: Lee Junki (Hero), Seo Woo (Tamra the Island)

Golden Acting Award, Miniseries Category: Kim Chang-hwan, Na Young-hee (Queen of Housewives)

Golden Acting Award, Serial Drama: Kim Young-ok, Jung Hye-sun (Assorted Gems)

Golden Acting Award, Supporting Role: Ahn Gil-kang (Queen Seon-deok), Seo Young-hee (Queen Seon-deok)

Golden Acting Award, Veteran Actor: Jung Ae-ri (I Can’t Stop), Kang Nam-gil (Creating Destiny)

Lifetime Achievement Award: writer Park Jung-ran (I Love You, Don’t Cry), MBC talent director Choi Jae-ho, baseball commentator Heo Gu-yeon)

PDs’ Award: Shin Goo (Queen Seon-deok)

Family Award: Enjoy Life

Writer of the Year: Kim Young-hyun, Park Sang-hyun (Queen Seon-deok), Park Ji-eun (Queen of Housewives)

Radio, Top Excellence Award: Sohn Seok-hee (Sohn Seok-hee’s Attention Focus)
Radio, Excellence Award: Park Myung-soo (Park Myung-soo’s 2 o’clock Date),
Shin Dong (Shin Dong, Kim Shin-young’s Shimshimtapa)
Radio, Newcomer: Tae-yeon (Tae-yeon’s Good Friends)

~~~~~

- Award ni malam semalam (30 Dis) punya. Sekarang tengah layan KBS Drama Award kat channel 303….

- Esok la aku sambung tulis post pendek tengah hari tadi…miahahaha

- Credit pic as label

- Selamat Tahun Baru yorobun….tahun baru, buah hati baru boleh ke? bidam-rang…..boleh ye:oops:

Sekian, laporan penuh bias dari Go Hu Rul melaporkan dari Seoul, Korea; untuk Majalah GO (bulan Disember majalah GO macam takde update sebab semua sibuk, Januari ni adakah masih sibuk?hohoho)…

Share on Tumblr

9 comments

  1. ashie says:

    HEPI NEW YEAR 2010

    ahhhhh..dong chan..
    tulah pasal, aku sebenarnye nak tgk jugak Queen seon deok..
    tapi x sempat lagi (padahal URB dapat layan sampai abis..tipu lah sesangat bz,..ekekke)

    “Lady Marshil, dilakonkan oleh Go Hyun Jung, kakak kepada Go Hu Rul; sedang dalam permohonan nak masuk kelab GO….ye la tu…hahaha.”
    aik..ada jugak …ahahhhhaha…aduyai..ni aku rasa ko memang addicted lah ngan cite ni…mesti best ni cite ni..

    iklan jap…heheh
    “Shin Dong (Shin Dong, Kim Shin-young’s Shimshimtapa)
    Radio, Newcomer: Tae-yeon (Tae-yeon’s Good Friends)”
    CHUKA HEI!!!! :twisted:

  2. ujam says:

    thanx for the review :| dah tgk tak foxy lady?Go Hyun Jung yg berlakon.

  3. [...] ni baru-baru ini dinobat sebagai Drama of the Year dalam 2009 MBC Award. Malah hampir semua pelakon utama drama ini menerima anugerah pada malam anugerah [...]

  4. iskon2000 says:

    go hyun jung memang best. dari drama series foxy lady sampai ke ler ke HIT. 3x uang dvd pun x bosan. dalam HIT memang ketara dia pelakon yg bagus. x sempat nak cari dvd Queen seon deok lagi.. . dan paling latest nak tgk kmovie Actresses.

    KBS drama award tu mana ada subtitle sedih betul…….agak agak aje la. tq

  5. lie ciaeni says:

    razz: jam tayangnya di tambah duunK
    pemainNY keren@ banGet cIIIh imoet tau
    kaya cwo gua bgT
    blh minta no Hp pemainnYa ga?????????
    please DunK kasiH tau”"”"”"”"

  6. z mah says:

    drama ni memang yg paling best taun lepas.

  7. z mah says:

    n aku paling suka watak bidam.tapi semua pelakonnya pun best gilaa.

  8. [...] dengan kerja, bila free sibuk layan You’re Beautiful dengan Queen Seon Duk, hasilnya hanya 15 entri di bulan ini (tu pun entri last tak sanggup nak tulis [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*