GO Detective: The Case of Itaewon Homicide

case_of_iteawon_homicide

Filem terbaru Jang Guen Suk berdasarkan kisah benar pembunuhan yang berlaku 12 tahun lampau iaitu sekitar tahun 1997. Al-kisah seorang lelaki mati dibunuh dengan tikaman pisau di tandas sebuah kedai burger. Dua suspek utama Alex dan Pearson, dua rakan yang saling mengenali dan berada di tempat kejadian sewaktu pembunuhan berlaku. Pada awalnya Pearson merupakan suspek utama tapi kemudiannya Alex pula dituduh dan kebetulan bukti bagai tidak menyebelahi Alex.

Mari kita telusuri bukti-bukti yang dikemukakan melalui drama ni. Perlu diingatkan, pada awal filem ini sudah dinyatakan beberapa fakta diubahsuai untuk kesan dramatik filem, jadinya bukti dan tekaan yang dikemukan ini adalah mengenai filem ini sahaja dan bukannya kisah sebenar yang berlaku.

Warning: Jangan baca sebelum tengok filem ni jika nak hayati filem ni nanti….this will full of spoiler

Bukti yang menyatakan Alex pembunuh:

~ Mangsa tiada kesan pertahanan yang menunjukkan pembunuh punya fizikal yang lebih tinggi dari mangsa.

iteawonhomicide1

~ Kedudukan Alex di dalam tandas. Pearson tidak mungkin dapat menghampiri mangsa jika benar Alex membasuh tangan ketika itu. Ini membuktikan Alex menipu dalam kenyataannya.

iteawonhomicide9

~ Ujian mengesan penipu dimana Pearson menjawap dengan selamba, tetapi Alex (AJ) memberi kesan perbezaan ketika menjawap soalan

iteawonhomicide2

~ Testimoni “We did it…”

iteawonhomicide13

iteawonhomicide14

Gembiranya ko mengaku membunuh?

iteawonhomicide15

Bukti/klu yang menyatakan Pearson pembunuh:

~ Mengingati berapa kali menikam mangsa, kedudukan tikaman

iteawonhomicide10

semangnye ko nak membunuh....dah dah, pergi balik jadi ANJell

semangnye ko nak membunuh....dah dah, pergi balik jadi ANJell

~ Salah tolak mangsa ke arah bertentangan ketika lawatan tempat kejadian

iteawonhomicide12

Tafsiran aku terhadap apa yang sebenarnya berlaku (might be wrong…hehehe):

iteawonhomicide3

Joong-Pil memasuki tandas sekitar jam 10 malam sambil diperhatikan oleh Alex dan Pearson, setelah kawan-kawan mereka keluar merokok setelah bosan dengan perbincangan pasal pisau.

iteawonhomicide4

Saksi pertama menemui mangsa tidak lama kemudian, ketika ini Alex & Pearson tiada lagi di meja mereka. Melihat keadaan lelaki ini, teman wanita Joong-Pil pergi ke tandas dan menemui mangsa.

iteawonhomicide5

keadaan mangsa ketika ditemui

Jadi siapakah pembunuh? Di akhir cerita ini, kedua-duanya lepas bebas kerana hanya Alex yang dihukum bersalah pada awalnya manakala Pearson pula hanya dipenjara setahun lebih kerana membawa senjata berbahaya di tempat awam dan menjadi alat pembunuhan. Kemudian Alex dibebaskan setelah perbicaraan mahkamah supreme kerana kekurangan bukti.

Siapkah pembunuh? Alex atau Pearson? Yang pastinya keduanya mengaku di hadapan hakim salah seorang mereka adalah pembunuh!

iteawonhomicide6Intuisi aku menyatakan orang yang bertanggungjawap menikam mangsa ialah Pearson. Dia yang secara tepat tahu kedudukan dan bilangan tikaman pada mangsa, tetapi salah mengenai arah tolakan mangsa seperti yang dia akui. Bukti lain ialah jika benar darah yang ada pada baju Pearson adalah kerana mangsa jatuh kepadanya, tidak mungkin akan ada kesan darah jatuh pada sinki.

Tapi bagaimana pula dengan bukti yang menyatakan pembunuh lebih tinggi dari mangsa (which refer to Alex)? Salah satu keraguan ketika perbicaraan ialah kedudukan mangsa sebelum dibunuh, kebarangkalian mangsa merendahkan diri ketika kencing membenarkan teori bahawa Pearson juga mampu menjadi orang yang bertanggungjawap menikam mangsa.

nasib baik peguam dua-dua lelaki, kalau peguam perempuan cemner nak bidas point ni?hahaha

nasib baik peguam dua-dua lelaki, kalau peguam perempuan cemner nak bidas point ni?hahaha

iteawonhomicide7Tetapi ini tidak bermakna Alex tidak bersalah. Alex bersubahat atas jenayah ini. Dia ‘enjoy’ melihat pembunuhan ini dan tidak merasa bersalah dengan apa yang berlaku. Dia juga berkebarangkalian memulakan provokasi kepada Pearson agar mencuba bermain dengan pisau baru itu. Ini bertepatan dengan testimoni kawan mereka yang melihat Alex berjalan di hadapan Pearson, serta pengakuan Alex pada kawannya~ “we did it…”.

Kebarangkalian kedua ialah, Alex turut membantu mengawal mangsa ketika pembunuhan yang membuatkan mangsa totally defenseless. Yang pastinya Alex menipu yang dia membasuh tangan ketika Pearson menikam mangsa; buktinya pegawai polis tidak dapat menghampiri kedudukan pembunuh jika Alex membasuh tangan.

Dan kerana inilah di hujung cerita kita boleh nampak peguam Alex memberi ekspresi keraguan terhadap Alex. Dan waktu itu juga Alex bercerita kepada teman wanitanya yang peristiwa itu “fun”.

Apapun, kedua-duanya lepas bebas selepas setahun. Kedua-dua bagai tidak mengambil iktibar pada apa yang berlaku, malah pembunuhan yang berlaku bagai lansung tidak memberi kesan kepada mereka. Sambung dari apa yang Waiem-unnie kata; undang-undang dunia ni boleh la ko lepas, undang-undang Tuhan mana ko nak lari? Tak payah tunggu akhirat, kat dunia ni pun Tuhan boleh bayar cash…arasso?

Kekurangan sistem kehakiman & keadilan:

Satu isu yang dibawa oleh filem ini ialah kelemahan sistem kehakiman & perundangan itu sendiri. Pertama-tama sekali aku paling musykil kenapa setelah keesokan harinya baru pegawai polis datang ke tempat kejadian. Yang paling tak boleh blah, restoran itu masih dibenar untuk beroperasi seperti biasa, malah dengan mudah mencuci tempat kejadian. Pihak polis sepatutnya punya kuasa untuk mengambil alih premis untuk tujuan siasatan dan secara logiknya orang awam tidak sepatutnya dibenarkan masuk ke tempat kejadian. Di mana kuasa pihak berkuasa?

Selamba je muka padahal baru je ada kes bunuh kat situ!!!

Selamba je muka padahal baru je ada kes bunuh kat situ!!!

Tapi yang peliknya, sewaktu crime scene investigation, boleh pulak restoran ni ditutup kepada awam:

otteke???

otteke???

Yang keduanya, Prosecutor Park membawa watak seorang pegawai penyiasat yang menghukum tanpa bukti yang cukup sahih. Dia percaya yang Alex ialah pembunuh, maka dia kurang teliti pada fakta lain. Kerana itu, dia hanya mendakwa Alex, dan bukannya kedua-dua Alex dan Pearson.

Yang lawaknya, selepas penyiasatan di tempat kejadian, serasanya masing-masing mula percaya Pearson ialah pembunuh, tetapi mengapa akhirnya hakim tetap menghukum Alex? Tidakkah boleh jika hakim mengarahkan dakwaan semua kepada Pearson dan memulakan lagi penyiasatan?

Mungkin ada yang hairan selepas Alex dibebaskan, tiada dakwaan dibuat ke atas Pearson. Kalau di Jepun, sistem perundangan mereka membenarkan pegawai penyiasat melakukan siasatan dan bertanggungjawap membawa pesalah ke muka pengadilan/mahkamah. Jika pendakwa tidak mahu mendakwa, makanya pesalah tidak akan dikenakan apa-apa tindakan (mungkin melainkan ada bukti kukuh lain baru dikemukakan). Aku rasa berdasarkan filem ini, sistem yang sama digunapakai.

Tapi, kerana kes-kes begini la, wujudnya senario yang ada pada awal filem Death Note; penjenayah terlepas kerana kekurangan bukti walau sudah dimaklumi dia memang penjenayah.

Apapun, I hope this will clear Shee-chan queries towards the story line. Aku memang la suka filem macam ni, dan bukannya tengok kerana Jang Guen Suk semata-mata…okay-okay, ngaku la first time baca promo ribiu dulu sebab JGS…hahaha. Tapi kan, dalam filem ni, aku tertarik pulak ngan dua budak omputih ni, comel je…hahaha:

yang ni micheal ke jake?konpius pulak dengan nama...

yang ni micheal ke jake?konpius pulak dengan nama...

**drools**

**drools**

So, apa pulak pendapat korang? Yang aku tulis sini cuma hypothesis aku je…hehehe. Waiem-unnie & Shee-chan have made their reviews as well, check it out. Apapun, hari ni aku siap ulang dua kali filem ni demi nak mendalami klu-klu yang ada, sungguh tak boleh blah. hahaha.

p/s: Baru ingat aku tak post lagi pasal trip pergi KL hari tu…ada lagi ke yang nak baca?hahaha. Entry Othros no Inu pun tak post lagi, punya la lama simpan kat draf…hahahaha.

Note tambahan: Ye kengkawan, ambe skarang busy ngan Real Life. Project belum betul2 sattle, boss dah kata next week full swing ke projek baru. Kebarangkalian esok (Sunday) ambe kena habiskan edit drawing….duh. Tapi biasa kat rumah ni akan end up nengok drama je hujungnya…hahahaha.

Soredewa, Ja Ne~

UPDATE: DOWNLOAD HERE ~ AsianENT

Related Posts with Thumbnails
  • 7 Comments

  • Your email is never shared.
    Required fields are marked *