Salam.
Minggu lepas tiba-tiba terasa nak ikut kontest Denaihati bertajuk ‘Hidup Seorang Blogger’. Pertandingan untuk menguji skill SEO. Nak katakan aku ni otai SEO, siyes aku paling tak reti pasal SEO. Cukup syarat aku pasang plugin All-in-one SEO. Jadinya ingin jugak aku bereksperimentasi cukupkah tahap optimasi enjin carian plugin ini berbanding ilmu-ilmu SEO yang digunapakai oleh para blogger lain.
Lain dari itu, sebenarnya tajuk kontest ni sendiri sangat menarik perhatian aku untuk aku berkongsi rasa dan cerita. Kisah blogger tegar yang kini sudah suam-suam kuku. Pastinya korang bosan untuk baca. Agaknya aku ni sudah semakin tua untuk asyik mengulang cerita sama. Tapi bukankah itu asas seorang blogger? Berkongsi rasa dan cerita.
Jika ingin bercerita mengenai ‘hidup seorang blogger‘, boleh aku simpulkan kepada fasa-fasa berikut:
1 – Baby Newbie, teruja meneroka alam maya
Biasanya newbie-newbie blogger adalah orang perseorangan yang mempunyai masa lapang yang banyak. Eleh…tak payah nak tipu la, kalau korang tak free, bilanya korang dapat nak buat entry, nak setup blog, nak cari layout dan mencuba widget ntah apa-apa?
Waktu ni seronok, jakun sungguh nak memahami fungsi-fungsi dalam membina blog. Dan fasa ini juga fasa yang paling bermanfaat, kerana kita semua belajar benda baru.
Dan waktu ini, bagai bayi…kita tiada kerisauan, cuba saja semua yang dijumpai. Hias saja blog dengan background layout yang berat, pasang saja banner kelip-kelip berderetan, pasang saja aplikasi flash yang tiada sangat gunanya selain memanjang masa loading blog, pasang saja lagu autoplay berdentam dentum, tulis saja sembareno dengan saiz dan warna font berbeza-beza setiap baris. Itu indahnya zaman baby newbie si blogger.
2 – Budak sekolah rendah, taat menuntut ilmu dan rajin mencari kawan
Dunia blog mula meluas pabila singgahnya pembaca ke blog dan meninggalkan respon terhadap tulisan kita. Teruja kita bila ada yang membaca tulisan kita. Kunjungan balas dibuat, terbina ukhwah baru. Biasanya pembaca-pembaca awal ini yang akan diingat sampai bila-bila.
Dalam fasa ini, kita mula bertemu cikgu-cikgu yang mula menegur dan memberi tunjuk ajar. Diberitahu loading blog lambat, terus kita berusaha membaiki. Dikatanya lagu autoplay itu membuat orang sakit jantung. Buang. Dikatanya aplikasi flash melambatkan loading. Buang. Dikatanya banner berkelip-kelip itu menyakitkan mata. Buang. Disuruh berpindah dari blogspot ke wordpress. Ikut. Taatnya (baca: lurus bendul sungguh) blogger di fasa ini. Dikala ini juga cara penulisan mula diberi perhatian.
3 – Blogger akil baligh, ku ingin perhatian dan populariti
Biasa la, bila masuk zaman akil baligh, semua mula gedik untuk mencari perhatian dan populariti. Waktu ini, kalau komen satu dua ditafsirnya sebagai entri tidak laku. Bagai dara sunti yang belum punya keyakinan diri, mula risau apa silapnya entri dan blog?
Bermula juga fasa menaik saham sendiri, mencari traffik ke blog. Kalau di zaman sekolah rendah menziarah blog kerana benar ingin membaca perkhabaran rakan, kini ziarah blog hanya untuk menempek ‘Salam ziarah’ @ ‘blogwalking’ di shoutbox dan menempek ‘Nice entry’ di bahagian komen. Matlamat hanya satu, dapatkan semula sebanyak mana komen di blog walaupun 70% adalah spam dan chatting.
Facebook, Twitter, Web aggregator…merekalah raja dan ratu. Berusaha menonjol diri untuk menjadi yang paling popular. Bagai calon pemimpin pilihan raya, merekalah yang paling friendly, paling banyak follower dan ‘friends‘ walau hakikat takkan dibaca update rakan. Dan mereka juga menjadi raja & ratu spam, sehari…berulang kali mempromosi link yang sama.
Di fasa ini juga, lahir banyak blogger kaki kepoh, batu api kontroversi dan tentera berperang sesama blogger yang lain. Sekecil-kecil perkara dicanang pada dunia. Dan hanya dia saja yang betul. Menarik simpati dan meminta nasihat konon, padahal matlamat hanya nak menaik trafik di blog supaya dapat dijual ads spot dengan harga yang mahal.
4 – Blogger alam remaja, kecelaruan bermula, hati memberontak ingin bebas
Kala ini, bermula fasa kecelaruan pada blogger. Too many rules to follow. To many thing to take care of. Otai A cakap begitu, Otai B kata begini. Diri terasa hilang arah. Sudah mula terasa takkan mampu memenuhi permintaan semua. Tambah lagi bila dunia offline menuntut masa dan perhatian yang lebih.
Tika sudah terasa terjerut dan payah bernafas, si remaja blogger terasa mahu memberontak. Kenapa mahu mengikut gaya blogger lain? Siapa yang menetapkan peraturan? Kenapa mesti menjadi hipokrit demi memuaskan hati insan-insan yang tak pernah dikenali? Saat ini ditetapkan azam diri ‘aku berblog untuk kebebasan sendiri’. Saat ini, mula meniliti diri dan mencari gaya sendiri.
5 – Di alam dewasa, permulaan zaman gelap sebagai blogger
Bermula fasa stabil dalam berblog tika sudah punya gaya dan pendirian sendiri. Namun tidak lama ia bakal menjadi zaman kegelapan blogger. Jika hanya berblog, tiada apa lagi yang dipelajari. Semuanya sudah menjadi rutin. Timbul rasa malas untuk meng-update. Bermula fasa kegelapan bila kehidupan offline menuntut semakin banyak masa.
Tak dinafikan memang ada yang masih dapat menjaga momentum berblog. Disiplinkah? Atau si blogger masih punya banyak masa lapang sejak di awal berblog? Hahaha. Dan di kala ini, kita hanya menjadi pemerhati melihat lahirnya dan tenggelamnya para blogger sekeliling kita.
Misterinya dunia blog, setiap insan berbeza. Takkan dapat dikenal insan yang menaip, takkan dapat ditafsir apa yang sebenarnya tersirat.
Entri ini bukan untuk sesiapa. Hanya coretan rasa memberontak atas pandangan dalam diam di dunia maya. Owh lupa, entri ini untuk kontest SEO, rajin-rajinkan lah diri menghebah di twitter dan Facebook ya
^______^
hurulaini xoxo
Nota tambahan: Dasar geek yang tak boleh jauh dari internet, ku langgan celcom broadband juga untuk kegunaan seharian di pejabat…internet slow giler can increase rate for my heart failure…lol.

wah wah
dia dah post
huhu
ohmooo..ahahha..so im the baby newbie???ahha
[...] This post was mentioned on Twitter by Denaihati and Denaihati, hurulaini. hurulaini said: Baru publish entri kontest @denaihati ~ Hidup Seorang Blogger http://hurulaini.net/hidup-seorang-blogger/ ^___^ [...]
hahaha.. ape yg ko tulis ni tepat belaka! cuma, zaman masa baru ada blog dulu aku sendiri xterer sgt nk coding2 or tambah widget byk2…
tp skrg aku puas hati la ngan blog aku. simple je.. huhu…
tp mcm biase, ramai je suh bertukar ke wordpress… hati blm terbukak lg… huhu
tukar ke blog word press sekarang!!!! heheheh…. ala bukan susah pon la…… amik hosting percuma kat zymic.com ..
semoga berjaya hehe
[...] saya sekadar suka-suka. Menulis apa saja yang berlaku keliling hidup saya dalam blog cap hampagas. HIDUP SEORANG BLOGGER saya bermula di blog cap hampagas tu ok. Banyak saya belajar daripada blog hampagas tu. Dari bukan [...]
Gud Luck for the contest!!! heheh aku tak masuk kontest ni sebab blog aku masih muda dan tak sesuai hihihi…
wokeh…
ni ade tips sikit untuk SEO
-keyword kenalah terbaik pilih yg jarang org guna(isikan kat ruang all in one SEO kat bawah post entry tu pastikan perkataan tak berulang)
-description yang sederhana panjang dan perkataan yang tak berulang dan mempunyai perkataan penting (punch line bagi entry tu)
- title entry mesti top dan pendek
-backlink untuk blog mestilah yang berkualiti sebaiknya daripada daripada tajuk yang berkenaan dengan entry tu…
banyak g tips SEO ni aku just bagi yang penting jer!!!
gud luck!!!
dulu aku POYO konon nak jd blogger hebat..cehh zaman tu br mula nak berbelog.. org nak ko pun nak..
as time goes by, bila dah sibuk mcm2 benda dgn study, internet yg tak menentu, life mcm2laa..sume aku ketepikan.. pastu dgn distraction yg mcm2 tu penyudahnye tgklah skang nak update blog pun malas..
aku blog sekadar suke2 je..
but seriously, aku nyampah gile org yg tgglkan jejak sekadar ‘salam ziarah’ bajet ko sopan la? ‘blogwalking’ ade aku kisah? atau meninggalkan emoticon dan ayat2 pemanis menarik ke blog dia.. cehh.. lg la aku xnak msk blog org camtu.. miahahahah…
tp part yg ko beli celcom broadband tu mmg xleh blah aa..kekekekeekek
kekeke…aku suka weh baca entry ko..lol…rajin ko kumpul2 pic pastu buat entry x boleh blah…hahaha…
biasa la, aku pun distraction…skarang semua pun terabai…kekeke
pasal tinggalkan jejak tu…kekeke…sbb tu aku dh malas nak enable chatbox lagi..nyakit ati je…hahaha
p/s: nasib baik ada celcom tu…senang sikit nak online kat opis…kekeke
gudluck!~
aku pon teringin menjadi blogger hebat? boleh ajarrrr?
sukanya aku dengan no 5 tu.. haha…
nice.. banyak fakta…
good luck..
[...] Hidup Seorang Blogger 146. Belajar-bersama-pemula.blogspot.com – Hidup Seorang Blogger47. Hurulaini.net – Hidup Seorang Blogger48. Nfahk.blogspot.com – Hidup Seorang Blogger Bahagian 149. [...]
nice entri..aku suka baca peringkat² pertumbuhan seorang blogger ni..mgkin ramai tak terfikir tentang perubahan² ni..tapi abgi aku mungkin ia sesuatu yang bermakna untuk di ceritakan pada generasi² blogger yang akan datang kelak..
Semoga Berjaya..
Kekeke… bagos2, betul la tu ape yg dituliskan. Tp zaman tuanya mane??? Belum sampaiiii ehh…:D ape pun syok membace entry nie…
zaman kegelapan…hahaha
[...] payah untuk bertanding untuk keyword hangat dalam index carian google. Mengikut pemerhatian aku, entri pertama aku dahulu tersenarai di muka ketiga carian google untuk keyword HIDUP SEORANG BLOGGER. Kira okay-okay la [...]
ah! aku rasa aku selalu berada dizaman kegelapan ..
wahh rajinnnya hurul aini blogging
anyway, nice content!
Bagus.. Nice…..