Salam. 3 hari aku offline & takde update, jatuh merundum traffic aku…haha.

99-counter goingup

Takpe la, abaikan. haha. Berbalik pada topik aku kali ni. Aii, macam bunyi orang tengah frust je kan. Apa pula kaitan dengan misteri kehilangan [???] aku 3 hari ni? Kan 3 hari lepas bunyi menghilang bagai orang nak kawen atau nak g bertunang? Alih-alih balik dengan entri frust begini…hehe

Sebenarnya 2, 3 hari lepas aku bukannya pergi bertunang, scuba driving apatah lagi sibuk kawen. Entri ini juga bukan pasal kisah aku putus cinta kerana aku belum lagi ahli kelab blogger jiwang [jangan marah ye, just take the term]. Tapi aku pergi ke sebuah bangkel penulisan yang diadakan bersama dengan mesyuarat agung sebuah persatuan yang aku sertai selama ini [jauhnya dari teori korang]. Inilah salah satu perubahan yang berlaku pada hidupku kini. Alhamdulillah, pagi tadi aku telah dibebaskan dari amanah yang aku pikul selama hampir 5 tahun ini. Secara jelas, ia amanah yang diberi selama kira-kira setahun, tapi asyik di-renew beberapa sesi ini.

Terus terang, aku bukan insan yang layak yang untuk digelar seorang pemimpin. Banyak sangat kurangnya aku. Aku bukan seorang yang baik pun. Kasar, pentingkan diri & slalu macam orang tak tau adab je.  Namun, mengenangkan perlunya sedikit bakti dari diri aku ini, aku gagahkan jua usaha membantu gerak kerja. Sebetulnya, aku hanya okay bahagian pengurusan. Maka aku all-out mana yang termampu.

faizafaraghtaDalam tempoh lima tahun ini, banyak yang telah aku lalui. Boleh kata, sebahagian besar agenda hidupku diisi dengan melaksanakan amanah yang diberi ini disamping tugasku sebagai pelajar. Banyak yang aku pelajari. Mengenal sahabat-sahabat yang sentiasa menyokong tiap usaha & menegur setiap khilaf. Susah senang bersama-sama jawatankuasa program berusaha menyempurnakan program. Sama-sama sampey tak cukup tidur sepanjang program. Sama-sama bergelak ketawa bergurau entah apa. Sama-sama menangis bila berpisah di akhir program atau ketika muhasabah diri. Sama-sama tensen & berbincang bila timbul masalah.

Sungguh, aku akan rindu akan saat-saat itu. Namun upaya diri tak mampu lagi melangkah menerus juang. Keperluan lain mendesak untuk aku berhenti takat ini. Banyaknya keterbatasan mencacatkan usaha & melumpuh gerak. Kerdilnya aku sebagai insan yang tak punya upaya.

Memang sepanjang tempoh ini aku banyak menangis mengenang beban dan tekanan yang dipikul. Banyaknya ujian & dugaan. Berbelah bagi hati antara menentu keutamaan & keperluan. Teruji benar kesabaran & kesungguhan. Silap aku juga, aku kalah pada nafsu diri. Mahu senang saja, sedang kepayahan sentiasa menanti. Asyik diikutkan kata hati & emosi.

Namun, keindahan yang dikecapi di sebalik kepayahan tak terucap dek perkataan. Agaknya begitu rasanya orang bercinta, susah sengsara sanggup ditempuhi kerana ada bahagia di situ.

Ya, kenangan lima tahun ini akan kekal selamanya. Ukhwah ini juga akan kekal dengan izin-Nya. Dan aku, di akhir tempoh perkhidmatan, gagal memberikan yang terbaik. Malah, mungkin sebenarnya aku sendiri yang lari dari berdepan dengan realiti. Terdera aku dengan kegagalan aku menyempurnakan amanah ini. Ya Allah, ampuni dosaku. Sahabat-sahabatku, maafkan aku. Aku bukan yang terbaik & takkan mampu beri yang terbaik pada kalian.

Hari ini, satu amanah telah lepas dari diriku. Namun aku tak tahu adakah aku patut lega, atau patutkah aku bersedih.

Honey, its over. Please let it go & move on. :)

Batman1-0

Related Posts with Thumbnails

15 Responses to “It’s over dear…let it go…”

  1. Kill-Vearn says:

    erk. ape yg kamo cuba sampaikan… hurm.. still wondering… apekah amanah itu? ketidakfahaman menyelubungi jiwa ni… mahap aku bukan seorang yang hebat dalam memahami isi karangan…

    [Reply]

  2. wana says:

    aku pun x phm wey.. apa amanah tue..?? kwn ke bf ke bff ke..

    [Reply]

  3. pink_butterfly says:

    ooohhh…

    mhilang g kursus rupanya…

    ingatkn pegi tawen…

    ekekeke…

    [Reply]

  4. LiLacFlA says:

    patut sunyi…

    apa2pun yg terjadi, sabarlah.. da hikmahnya tu. :)

    [Reply]

  5. HuRuL_Aini says:

    haha…ada lagi yg x faham bila baca entri aku…ekeke…
    @syah & @wana…secara mudah, amanah tu sebenarnya selama 4 tahun lebih ni aku dilantik untuk jadi salah seorang pimpinan/exco bagi sebuah persatuan pelajar kat sini :) . hari ni aku dah lepaskan jawatan & ia x di renew balik a.k.a aku x dilantik lg tahun ni…hehe…alhamdulillah…

    @pink…ehem2…tu je yg dia fikir….ekeke

    @lilacfla, thanks dear :)

    [Reply]

  6. menteil says:

    4 tahun pegang jawatan dah kira bangga la tu..
    lepas nie leh jadi PM pertama malaysia..
    amin… hehe..

    aku salah seorang ahli blogger jiwang.. harap maklum :D

    [Reply]

  7. P3tani is my nama says:

    petani langsung xfaham…
    tapi apa pun gud luck la ngan amanah yg diberi.
    :)

    [Reply]

  8. joegrimjow says:

    mmg sepatutnya lega
    welcome to the club

    [Reply]

  9. Aliff says:

    mula2 baca x paham…. tpi paham last2… ehek. pa pun patut rasa lega….

    [Reply]

  10. HuRuL_Aini says:

    @menteil, takde apa nak dibanggakan….hehe..
    p/s: ko blogger jiwang yang meng’isi’kan kejiwangan menjadi topik perbincangan…become useful to read, berbaloi dibaca :)

    @p3tani…aku pn x faham apa yg ko x faham…hehe. tapi kan, amanah tu dah diserah balik..hehe

    @joegrimjow, urm..mmg rasa ringan sikit, kurang benda nak difikir…tapi masih rasa bersalah x buat sehabis baik…hehe
    welcome to the club? ni mantan pimpinan juga ke?..hehe…curious to know ur story…ehehe

    [Reply]

  11. HuRuL_Aini says:

    @aliff, susah nak faham ke? ehehe

    [Reply]

  12. Admin says:

    not bad traffic blog nie. xpe. sure boleh naik balik. teruskan blogging. ^^

    [Reply]

  13. HuRuL_Aini says:

    @Admin
    ehe…thanks:)…enche admin pun slalu2 la dtg & bg komen k….ehehe

    [Reply]

  14. Suluh Hati says:

    Taklifan suatu amanah..memikulnya penuh susah, kerana tiada kesenangan dalam berjuang, namun benar manisnya tak tergambarkan..

    Siapa pun yang pergi, semoga teguh mencurah bakti, walau di mana berpijak kaki, syiar terus ditegaki…

    Selamat berjuang walau di mana..

    [Reply]

  15. [...] setahun lepas, jika aku offline tiga hari meninggalkan blog tanpa update (apatah lagi membuat sesi menyibuk kat [...]

Leave a Reply