Jejak Kasih Friendster…
Salam penuh kesejahteraan buat semua.
Macam pelik je tajuk kali ni…haha. Sebenarnya semalam (3:46pm 29 Jun..hoho), aku baru je menjenguk dan mengubahsuai sedikit Friendster Profile aku. Dah lama dah aku tak jenguk Friendster, banyak dah perubahan. Aku jenguk pun sebab nak tukar profile kat situ jadi profile HuRuL_AiNi, sekaligus menjadikan ia sebagai medium mempromosikan blog aku ni…hihihi. Ye la…dah la takde orang bagi komen/testimonial, profile view pun takde…huhu. Alang-alang, baik aku edit profile situ dan pergunakan untuk promo blog ni…hihi.
Aku pun memang dah lama guna identiti samaran kat friendster yang hanya classmates dan kengkawan rapat je yang tahu tu aku…..lagi berapa ratus ntah “kawan” dalam list Friendster aku tu….rasanya bukan diorang je yang tak kenal aku, aku pun tak kenal diorang…haha. Sekarang ni, kengkawan aku pun banyak dah kurang aktif kat Friendster, semua beralih arah ke Facebook <–ni aku juga la yang promo habis-habisan dengan diorang dulu…haha.
Memula sekali, aku pergi edit bahagian blog Friendster aku. Konon nak buat final post kat situ. Kesian blog tu….lama giler aku tinggalkan. Last dulu aku buat entri kat Friendster bertarikh 19 May 2007. Lebih dua tahun dah. Yang buat aku suprise, blog Friendster menggunakan platform wordpress. Aku tak tahu diorang baru guna atau memang sejak azali lagi guna wordpress. Hoho. Jadinya, aku rasa kalau ada pengguna blogspot nak berjinak dengan wordpress, mungkin blog friendster boleh menjadi salah satu alternatif atau medan latihan. Tambahan lagi templete yang disediakan agak menarik juga. Sampai aku pun terfikir nak jadikan blog friendster tu sebagai another private blog. Tapi fikir-fikir malas la pulak…hihi. Cukup la blog ni.
Blog Friendster yang lama tu, bila aku baca balik memang nostalgik la…hehe. Sebabnya kat situ aku tulis as if aku tulis diari…hihi, siap pakai bahasa Sarawak lagi. Lagipun masa tu mana reti nak promo blog, jadi aku tulis dengan ingatan tulus ikhlas takde orang akan baca…hihi. And reading that, terasa macam banyak je perubahan diri ni. Me-now & Me-two-years-ago macam banyak sangat berubah. Dulu hidup penuh dengan aktiviti dengan kawan-kawan. Sekarang, pergi kerja, balik kerja. Tu je memanjang.
Lepas tu aku usha jugak la profile page kengkawan aku. Lawa-lawa….rasa macam syahdu pulak. Kat Friendster ni la aku memula main ngan CSS. Dulu rasa canggih je reti tukar background page, reti customize text colour semua…hihi. Sekarang ni, page twitter aku tu pun tak tukar-tukar lagi, apa daaa. Malah, page Friendster aku tu pun CSS dia tak menjadi, tapi aku abaikan je la…hoho.
Satu yang best pasal friendster ni, macam-macam kita boleh letak kat page kita. Nak letak slide show ke, video ke, games ke, lagu ke, playlist ke….letak la ikut kamu. Makin banyak makin mantap la page tu…takde nye orang nak komplain. Tapi bila berblog, kalau pasang lagu ke (tambah lagi kalau autoplay) atau letak widget-widget yang melambatkan loading blog, mula la keluar suara-suara sumbang suruh buang semua (cehh, macam aku sendiri tak pernah komplain…hihihi).
Orang selalu cakap blog kita hak kita. Buat la ikut suka. Be yourself is better than just following what others says. Apa yang aku nak cakap? Lu pikir la sendiri.
Alang-alang cakap pasal blog ni, cuma nak beritahu sikit…kalau korang perasan banner yang kat sidebar kelip-kelip muka yunho dan micky tu…korang terima je dengan redha k…haha. Asalnya, aritu aku menang lagi ads spot kat blog topo, dia minta banner saiz 250×50. Sebab aku takde banner saiz tu, aku try je la buat banner bawah ni:
Aku pilih gambar tu jadi background sebab macam lawa je muka micky dalam pic entry birthday dia. Waktu buat banner tu aku tawakal je harap topo terima banner muka jambu ni…hihi. Ingat nak buat animasi dengan text dia, tapi tak reti. Ye la, takat baca sekali tutorial kat blog AzmanIshak dan first time try guna Tool Animation tu mana la nak menjadi. Lepas aku bagi banner muka lawa tu, Topo offer pulak dia buat banner dengan animasi. Lawa dia buat (ayat bodek). Sayang pulak aku tak bagi sekali gambar Lee JunKi, Lee Dong Wook, Ki Dong ngan Hero Jeajung sekali, kalau tak kan meriah jadinya banner aku tu. Haha. So sesiapa nak tambah banner aku ni kat blog korang sila la ye, jangan segan-segan…hihi. Blog MUZZAFARSALLEH.COM pun dah letak banner tu, korang bila lagi? hehe.
Last but not least, aku ingin mewar-warkan kembali KEMPEN MENGHANTAR TRACKBACK. Mari sesama kita sertai kempen ni, berguna untuk korang jugak. Mana tahu hasil dari menghantar trackback bebanyak ni boleh menaikkan google page rank dan Alexa Rank korang. Boleh baca detail kat SINI.
Berbalik kepada Friendster…bagi aku tu dah tinggal sejarah dah. Facebook pun aku malas nak layan. Sekarang gelombang blog…hehe. Kalau korang tak pakai lagi Friendster atau MySpace korang, pergunakanlah ia untuk promo blog korang…hihihi.
Soredewa, Ja Ne~~



CNBLUE
SS501
T-MAX
SUPER JUNIOR

Tuesday, 30 June, 2009 at 12:51
huhu…aku nak promo kat friendster dengan facebook segan la plak…ramai kawan tahu nanti heheh…anyway aku suka banner animation..membuatkan aku nak letak banner ko kat blog aku..lagipun blog nie aku rajin baca….kita perlulah support each other…penat dow buat karangan kalau orang tak bacca hehe..
.-= pear´s last blog ..Apa itu editing? =-.
[Reply]
HurulAini Reply:
June 30th, 2009 at 2:47 pm
urm….sebab tu aku edit profile kat FS baru promo blog…hihihi…
kat FB mmg aku x promo kecuali ngan classmate aku…hihi
[Reply]
Tuesday, 30 June, 2009 at 13:22
aku bukak frenster pong sebab ader join group maktab kat sana..kalau x, x masuk dah..erm..
.-= ashie´s last blog ..papaku pulang dari kota =-.
[Reply]
Tuesday, 30 June, 2009 at 13:48
ambe x pernah guna friendster.
[Reply]
Tuesday, 30 June, 2009 at 14:12
rajin kamu edit2 frenster ko.. ermm.. ko edit profil aku bole tak?? ehehe
.-= Jard´s last blog ..Gile a’ah… =-.
[Reply]
HurulAini Reply:
June 30th, 2009 at 2:45 pm
hehehe…..edit info je….CSS dibiar je….
edit profile?siyes ke? boleh insyaAllah…tapi masa weekend baru free sikit…..hehe
[Reply]
Tuesday, 30 June, 2009 at 14:32
huhu.. dulu friendster sangat menjadi kegilaan aku.. tp skrng, nk login pun malas.. knp ntah aku pun tak tahu.. maybe sbb kawan2 pun x aktif kot. yer la, kalau kita je yg rajin hantar komen @ testimoni tp x berbalas, mcm syok sendiri pula kan.. sbb tu lah aku dah malas nk hantar komen bagai. huhu..
.-= azizwan(dot)com´s last blog ..Aku rajin baca blog kau, tapi kan.. =-.
[Reply]
HurulAini Reply:
June 30th, 2009 at 2:49 pm
[Reply]
Tuesday, 30 June, 2009 at 14:36
tok sama lah kite…
.-= wai em´s last blog ..Queen Seon Duk – Episode 3 & 4 =-.
[Reply]
Tuesday, 30 June, 2009 at 19:57
frenster aku pun dah bersawang. skang pakat gi serbu fb. ley men ghost hunters, mousehunt, barnbuddy, pet society bla bla
.-= lilacfla´s last blog ..Things to look up before going to Hogwart =-.
[Reply]
Tuesday, 30 June, 2009 at 20:31
Frenster..kadangkala jerk aku bukak, tupun x sekerap Facebook. Skrg lebih kepada Facebook sebab FB ader game2 yang menyeronokkan macam Vampire Wars, Mafia Wars, The Zoo dll beside we can find frenz…
.-= Chem5007´s last blog ..Nobody – English Version =-.
[Reply]
Tuesday, 30 June, 2009 at 21:51
huhu bila la blog aku akan di iklan disini eh?
erm friendster.. aku jarang sekali bukak… tapi facebook lagi jarang… layan mespes aje sbb ramai kenalan yg aktif… hahhaa…
.-= Kill-Vearn´s last blog ..Transformers II: Scene in Youtube =-.
[Reply]
HurulAini Reply:
June 30th, 2009 at 10:02 pm
ari tu aku cari banner ko x jumpa2…..malas nak pasang banner 125×125 dulu…macam serabut sangat sidebar tu…hehe…kalau ko x kisah aku letak banner ko kat sidebar bhgn bwh skali nanti aku letak la…hihi
[Reply]
Tuesday, 30 June, 2009 at 22:08
dulu ada gk blog kt fs, tp x penah tulis apa2
skrng ni dah terabai blog tu, fokus kat blogspot je
[Reply]
Tuesday, 30 June, 2009 at 22:49
selalu gak promot
.-= adol´s last blog ..AZAB YANG MENYAKITKAN… =-.
[Reply]
Wednesday, 1 July, 2009 at 1:11
facebook..yeah..hehe
facebook nk tau keadaan kwn..
blog leh org tau keadaan kite plak..hehe
.-= Mohd Nasri Md. Nasir´s last blog ..Ketenangan Jiwa =-.
[Reply]
PutraMalaya Reply:
July 1st, 2009 at 1:38 am
aku setuju..aku pon begitu..hohoho
.-= PutraMalaya´s last blog ..Fitnah Bermaharajalela =-.
[Reply]
Wednesday, 1 July, 2009 at 11:08
camni statistik penggunaan friendster.adakah ada org lagi gunakannya.wahai hurul aini adakah anda ketahui
.-= power rangers´s last blog ..30 Bag laptop yang kreatif =-.
[Reply]
Wednesday, 1 July, 2009 at 16:52
nk wat gak banner animation tu..cmne ek? bg link
.-= MuNsYi-SaMa´s last blog ..Michael Jackson’s brother, Jermaine Jackson [Muhammad Abdul Aziz] says.. =-.
[Reply]
Wednesday, 1 July, 2009 at 21:36
Ko buat satu profile palsu, letak gambar awek cun or seksi…then letak kod redirect ke url blog lam friendster…
then ko view and add ramai orang…sure mencanak2 traffik la…hehehe
.-= EiNS´s last blog ..Dilema kehabisan bandwith – Seminggu tanpa JomPHP =-.
[Reply]
HurulAini Reply:
July 1st, 2009 at 9:50 pm
woooo…bagus gak idea ni…hahaha….kemungkinan akan diapply…wakaka
[Reply]
Saturday, 4 July, 2009 at 22:04
salam…ade frenster gak?
agak terabai la frenster tu,sbb twitter leh combine dgn fb.Update twitter update la fb,hehehe
cik hurul_aini bergelombang blogging lak…patutla byk dpt keyword yg menarik2 kat google
.-= muhammad fakhruddin´s last blog ..Siri 3 : Umur Ummat … =-.
[Reply]