Jan 312010
 
mi_kolok

Assalamualaikum semua….

Sempena menyambut kedatangan Wartawan Rasmi Majalah GO, Cik xxRuccixx a.k.a Kimchi ke Bumi Kenyalang yang indah ini (arghh, sudah la tu…haha), aku buat sikit (aku agak akan panjang berjela) entri pengenalan perlancongan di bandar Kuching ni k….dengan masa yang singkat (3 hari je kan)…harapnya entri ni boleh bantu korang rancang mana nak pergi bila dah sampai sini nanti serta diharapnya takde la sesat….hohoho.

Arriving ~> Kuching International Airport

Pertama sekali mesti la jejak kaki di Lapangan Terbang kan (tetiba terimagin scene You’re Beuatiful….HongKi…minta aiskrim). Dari KIA ke hotel ko (pusat bandar Kuching), aku rasa sama ada guna taxi atau guna perkhidmatan van 360 Express, ada promosi RM5.99 per person. Kaunter tiket taxi tak jauh dari  Balai Ketibaan, rasanya perkhidmatan van ni juga tanya di sana kot (ke kena tempah awal?).

What’s in?

Terdiri dari tiga tingkat, yang mana Balai Ketibaan (Arriving Hall) terletak di tingkat bawah (Ground Floor) manakala Balai Berlepas (Departure Hall) terletak di tingkat dua. Selain bilik pengurusan dan terminal, terdapat juga kawasan perniagaan serta restoran di sini.

Di tingkat bawah, terdapat restoran McDonald, kedai makan (tak sure nama) lain, kedai-kedai ntahapa-apa. Perlu dimaklumkan, tiada perkhidmatan wifi di McD ini.

Di tingkat dua, terdapat Starbucks, KFC, kedai-kedai lain dan surau di hadapan KFC. Di Starbucks ada wifi (motif dua perenggan ni cuma nak bagitau mana wifi dan mana tempat makan…LOL).

Sila usha laman etawau ni untuk gambar-gambar sekitar Kuching International Airport.

Pusat Bandar Kuching

Biar aku bagi pengenalan kawasan sekitar hotel ni ye, terutama tempat makan.

Where’s to eat?

tempat wajib bergambar bagi pelancong….

Kalau ikut pelan di atas, terdapat Secret Recipe tak jauh dari 360Xpress. Kawasan sekitar 360Xpress aku kurang familiar, kalau tak silap ada satu tempat makan baru, Planet Sambal…kalau korang terjumpa boleh la cuba. Antara nadi perniagaan dan pusat membeli-belah di kawasan sini ialah sekitar CAT Statue tu, agaknya 15 minit berjalan dari 360Xpress kot, bergantung kepada halaju kaki anda.

Top Sport Food Court ~ Pusat makanan laut terkenal kat Kuching. Tak pasti siang buka ke tak. Sini ada banyak gerai…sila la usha jika berkenan.

Tun Jugah Shopping Complex ~ Dekat sini ada Food Gallery di tingkat tiga (ke tingkat dua?), bersebelahan Popular Book Store. Ada banyak pilihan makanan. Rasanya Mi Sapi (a.k.a Mi Kolok Halal) dan laksa Sarawak ada dijual di sini. Ada juga western food dan sushi. Okay-okay la.

Sarawak Plaza ~ paling terkenal dengan Hartz Chicken Buffet, hanya RM 17± seorang. Ada juga KFC sini. Yang lain aku tak pasti, lepas diorang renovate dulu macam dah berkurang tempat makan sini.

Pizza Hut ~ jalan sikit arah kiri dari Sarawak Plaza akan jumpa Pizza Hut.

Mc Donald ~ di antara Patung Kucing dengan Tun Jugah, ada McD

Parkson/Riverside ~ berdepan dengan Tun Jugah. Ada KFC dan tempat makan yang banyak juga di sini. Bowling & Cinema pun ada, tapi aku tak rasa korang naik flight memahal nak pergi main bowling sini pulak kan….haha.

My Kampung ~ terletak kat Waterfront, banyak pilihan makanan, tapi aku rasa macam mahal je sini (ceh, padahal baru sekali pergi makan situ), tapi banyak jenis makanan ada sini.

Baroq (aku tak tau betul tak eja) ~ Terletak di seberang sungai Sarawak, boleh guna perahu penambang dari Waterfront untuk ke sini. Siang rasanya buka kot, tapi waktu malam memang meriah. Ada banyak gerai makan di sini, jadinya memang banyak jenis makanan.

laksa sarawak…my favorite of all time

mi sapi….atau lebih terkenal sebagai mi kolok…only in Sarawak

Cadangan Perjalanan

Day 1

apa daa…its Sungai Sarawak laa…bukan Sungai Santubong…LOL

Memandangkan korang sampai Kuching dalam tengah hari, aku cadang hari pertama ni korang jalan-jalan la dulu kawasan kat atas tu. Lepas makan kat mana-mana, pergi la jalan-jalan kat Waterfront. Aku cadang korang pergi jalan dulu sepanjang Waterfront ni, lepas tu jenjalan kat kedai-kedai kraftangan (ada banyak across road dari Waterfront, along Main Bazzar), usha Pua Kumbu ke…beli sumpit ke…hehehe. Kawasan perniagaan ni buka sampai jam 5 atau 6 petang kalau tak silap.

Korang boleh jalan terus hingga Old Court House (area Jalan Barrack), kawasan sini ada banyak bangunan zaman kolonial seperti Old Court House, Pejabat Pos Besar (makluman: berhadapan Pejabat Pos ada projek pembinaan sedang berlansung). Dari Old Court House, bersambung terus dengan Lebuh India, kawasan membeli-belah yang masih lagi fames di kalangan penduduk Kuching.

Kalau korang rajin, boleh jalan terus ke Padang Merdeka, lepak-lepak ambil gambar…hahaha. Ada tiga muzium kat kawasan sini. Muzium Sarawak agak best untuk menjadi latar belakang sesi bergambar…hahaha. Ada satu lagi muzium, muzium Cina di Waterfront. Sebelah Muzium Sarawak, ada pulak tugu pahlawan (kawasan sini bersambung terus dengan Reservoir Park kalau tak silap). Ada taman mini buaya kalau tak silap kat sini.

For info, office aku area sini je…hehe.

Jauh pulak aku suruh korang berjalan…hahaha. Dan macam tak percaya banyak juga tempat jalan-jalan kat Kuching ni…haha. Asalnya aku ingat hari pertama korang usha kawasan Waterfront, lepas tu pergi seberang Sungai Sarawak, ada Fort Margarita, Dewan Undangan Negeri (mercu tanda terbaru Sarawak) dan Astana (Kediaman TYT). Dari Astana, korang boleh terus ke Baroq untuk makan malam.

Day 2

Untuk masa yang agak terbatas, the best place I can recommend ialah Taman Budaya Sarawak. Terletak di kaki gunung Santubong, lebih kurang 35km atau sejam dari pusat bandar. Di sini la kawasan kalau nak kenal asal-usul kebudayaan Sarawak dalam masa setengah hari. Menempatkan rumah-rumah skala sebenar yang diisi warisan kebudayaan beberapa suku kaum utama di Sarawak. Terdapat juga persembahan kebudayaan pada masa-masa tertentu, jadinya samaada korang tengok persembahan dulu atau jalan-jalan tawaf pusing melawat rumah.

Untuk ke sini, mungkin korang boleh tanya pihak hotel kalau diorang ada sedia transport perlancongan ke sini. Kalau tak, sama ada guna taxi atau guna perhidmatan van (kos sekitar rm5-8 seorang per trip). Aku rasa kalau upah pemandu pelancong sehari okay jugak kot. Lepas pergi Taman Budaya ni, minta dia singgah ke Damai atau Pantai Santubong, lepak-lepak kejap ambil angin. (Arggghhhh, kimchi apasal ko datang weekday, kalau wiken kan senang aku bawa jalan-jalan….hahaha). Lepas tu boleh juga singgah Kampung Buntal, kawasan yang boleh kata terkenal untuk makanan lautnya (orang selalu kata Kuching heaven of seafood..).

Lepas tu minta la pemandu tu bawa pusing-pusing tengok tempat best kat Kuching. Singgah MASJA ke, Cat Muzium ke (the only cat muzium in the world). Balik petang, minta singgah makan kat Benteng Satok, kawasan gerai-gerai makan yang ada pelbagai jenis makanan juga.

Day 3

Last day sini….mungkin pergi tempat-tempat ‘Day 1′ yang tak sempat pergi. Masa agak limited, aku pun takde idea nak cadang korang pergi mana…hehehe. Any suggestion from Sarawakian friends?

Ni cadangan je la, supaya ko dapat brief idea mana nak pergi bila sampai sini…hehe. Cumanya aku cakap awal, siang aku kerja weh….malam aku free, tapi tak sure transport ada tak. Apapun, sila pilih hari apa kita kuar dinner sama k….hehehe.

Kalau bercuti lama, boleh juga pergi tengok monyet berhidung oren dan babi hutan berkeliaran bebas di Bako National Park atau menjenguk orang utan di Semenggok. Kuching not much of tourist attraction i think…hehehehe. Kalau datang hujung minggu, boleh juga pergi Pasar Minggu Satok (which something like Pasar Tamu or Pasar Khadijah ~betul ke ni?~ kat Kelantan).

Kredit Gambar dan Infomasi:
~ malaysiaairports.com
~ etawau.com
~ Facebook Group: ORANG SARAWAK SIK TINGGAL DALAM HUTAN!!! Photos
~ Cliff Chen <- read this, he share some experience visiting Kuching
More Info, please read SarawakTourism.

p/s: Hopefully entry ini turut berguna kepada sesiapa yang bercadang untuk bercuti di Kuching. Sorry, aku sendiri jarang keluar jalan-jalan, jadi aku sendiri agak suprise berjaya menghasilkan entri ni…hahaha.

Share on Tumblr

  29 Responses to “Jom jalan-jalan di Kuching….”

  1. hohoh aku hanya nampak taugeh je dalam laksa sarawak tu..
    mi sapi tu nampak macam best :oops:

  2. wah…besh gak..tp kalo nak gi srwk, nak makan kek lapis die byk2..hehe

  3. huhu.. terbaik ar.. memang leh jadi pemandu pelancong ko nie…
    :?:

  4. whoaahhhhhh
    honto ni arigato gozaimasu!!! :x :razz: :oops:
    thank you for this entry…really helps me a lot…
    kena baca lagi entri ko ni untuk planning perjalanan aku nanti..(naseb baik akak aku bawak laptop..huhu) :idea:

    aku kene datang weekdays sebab weekdays je tiket murah dan taknak sesak2 manusia.. :cry:
    FYI tarikh aku pergi ni jer yg paling murah hargenye…hohoho..
    biaselah, bukan aku yg keluar duit…aku cume klik2 booking flight dgn hotel je..hohoho :lol: :lol:

    aku xtaula 3 hari 2 malam ni cukup ke tak masa aku nak jalan2 kat kuching… :???:
    kalau Kang Hodong, Lee Seunggi and the gang boleh bercuti 2days and 1night, xkan aku xleh..hohohoho
    (ni apehal plak nak bagi contoh variety show korea nih?) :arrow: :arrow: :?:

    sesi ‘fan-meeting’ nanti kita pikir kemudian.. :lol: :lol: :lol: sama ada isnin atau selasa malam lah kan..

    *aku rase cam nak print je entri ko nih, buat tour guiding..hahah

    honto ni arigato gozaimashita!!!!

    **sambung packing lg..LOL

  5. kenapa aku pegi kuching ari tu..aku x test laksa sarawak???aigooo..wae wae??kenapa ko baru sekarang mahu menjeleskan aku..(dan budak rucci tu pun ala ala menjeleskan orang..aishhhh…hepppp aku mahu bercuti)

  6. laksa sarawak.. yum yum!!

  7. sedap2…
    kat semenanjung xde ke mee tuh?
    yummie (: :|

  8. [...] This post was mentioned on Twitter by hurulaini, hurulaini. hurulaini said: New Blog Update: Jom jalan-jalan di Kuching ~ http://gengblogger.com/read/21403 specially made for @rucci87 :) [...]

  9. Bila ek nak pegi kuching lagi? Dulu pegi x puas jalan…:)

  10. rindunya…kuching. duduk setahun pun rasa tak puas lagi. “tempat wajib bergambar bagi pelancong….”- itu la perkara satu2nya yg saya tak buat sepjg tinggal di kuching..huhu.. T-T . dulu tempat melepak selalunya wisma saberkas. hehehe… boleh menapak dari maktab. RINDUNYA!!!!!!

  11. :cary: i pun nak gak pegi sana lagi coz haritu x sempat nak tgkap pic………………………….hu hu hu………… :|

  12. Laksa Sarawak dah buat badan aku gatal2.Haha,sebab ada belacan.Banyak pulak tu.

  13. bile la ak nk smpai sarawak..sume negeri dah pegi ni kecuali swak je..huhu

  14. aini..tq for this entry.
    adala sket idea mana nak pegi nanti sampai kuching
    tiket dah ada, book masa aasia sale arituh..
    ko ada gaya tour guide plak ek..

    salam

    • sye menyediakan perkhidmatan pemandu pelancung + transport + tour utk sesiapa yg. nak membuat lawatan ke sarawak… Nak tahu lanjut sila hubungi sy ( Mat h/p : 0198846806. atau e-mail : arisha081@hotmail.com. Terima kasih kpd Aini krn memperkenalkan sarawak. :grin:

  15. ;-) cm bes je cta ko ni kn..ak pn nk g gk la..lg 3buln je..huhu..

    nk gk ak pekene laksa sarawak..agk2 ad mcm kene sumpit x..huhu.. :lol:

    mioww..mioww..tguuu..ak dtgggggg

  16. bestnya..mesti syok kan…byk lg tempat2 menarik kita boleh lawati…ada pi pasar serikin tak? lain kali dtg la lg..nak homestay dan kereta kami boleh sediakan…info lanjut leh masuk blog saya k http://kuching-homestay.blogspot.com :)

  17. terima kasih..byk info sy dpt..igt nk pegi cuti sek bln 12 nih..

  18. Best jugak crita kamu.visit me back

  19. Sampai serawak kelmarin, cukup susah nak cari makanan muslim yang diyakini halal. Cuma makan kat mc d dan pizzahut saja. Pg tadi aku jalan kaki ke seluruh bandar survey kedai makanan islam. Ada 3 kedai yang comfident, 2 kedai di deretan Mayban dan satu lagi restoran warisan di depan Hill Shopping complex. Untuk tourist yang baru sampai info tak dak langsung untuk tempat makan yang comfident halal ni. Restoran warisan tu okey la makanan dia, ada la rasa macam masakan disemenanjung. Hang kena bagi info banyak sikit tempat makan halal. Bagila juga rate naik teksi nak pi ke satu2 tempat tu, tak la kami yang baru sampai ni kena sembelih.

    • Sebenarnya banyak tempat makanan yang halal di Kuching Sarawak terutamanya di kawasan Petra Jaya Kuching kerana di sini ramai penduduk melayu dan beragama Islam. Antara restoran yang halal dan dimiliki oleh orang melayu ialah KOPI O KORNER terletak di Jalan Satok,SIA SINEQ CAFE di Jalan Nanas,RUMAH HIJAU juga di Jalan Nanas,MAMA GRILL di Kampung Bintangor,RAJA AYAM PENYET bersebelahan KOPI O KORNER SATOK,MEDAN NIAGA SATOK(berpindah di KUBAH RIA lokasi pasar malam Satok yang baru),KUBAH RIA FOOD COURT,RAJA AYAM BAKAR di Padungan,PAPADOM di Matang Jaya,KET KITCHEN juga di Matang Jaya,SEVEN ON SEVEN di Matang Jaya,TEH TARIK CAFE tidak jauh dari Kubah Ria,MOM LAKSA di Astana,HOMEMADE GRILL BURGER juga di ASTANA dan banyak lagi..Ringan2kanlah bertanya kepada penduduk Kuching yang ada..Jangan risau org sini semua baik2 belaka..:)

 Leave a Reply

(required)

(required)

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>