Keikhlasan di alam cyber

Salam penuh kesejahteraan buat semua.

Macam pelik je tajuk entri ni. hoho. Semakin lama aku bergelumang di dunia cyber terutama di daerah blog dan wilayah twitter, semakin banyak ragam digimon2 (digital monster, betul rr) yang aku tengok kat dunia cyber ni.hoho. (Nota: entri ini berbentuk santai, jadi pengunaan bahasa agak longgar)

1) Keikhlasan di twitter

Ramai rakan blogger kini menyertai twitter. Ada yang mempergunakan twitter untuk mempromosi blog atau entri terbaru, ada juga yang memberi update terkini seperti laporan cuaca atau aktiviti yang sedang dilakukan. Ada yang menjadikannya port untuk bersembang. Dan tak kurang juga yang menjadikan twitter sebagai tempat mengiklan.

Namun bila berbicara mengenai twitter di blog rakan-rakan, aku merasa agak pelik membaca komen seperti ini:

Dia tak follow aku, aku pun tak follow dia juga.

Ari tu aku dapat tau kawan aku ni unfollow aku, aku pun unfollow balik. Buang karan je follow orang yang unfollow kita.

Get my point? Serius mahu je aku tanya diorang ni, bagi korang twitter ni untuk apa? Mengumpul follower?

Aku? Twitter memang medium untuk aku memberi update terkini yang aku ingin kongsikan dengan dunia setelah status update aku di Facebook mendapat kritikan tidak best. Aku punya status update, suka hati aku la nak update apa & seberapa kerap pun. Ciss. Ok, back to topic, aku biasanya cuma follow blogger2 yang aku dah selalu jenguk blog2 diorang. Sekarang ni, makin ramai yang follow twitter aku, tapi aku tak follow balik selagi diorang tak pernah bertegur sapa dengan aku atau respon pada tweet aku. Korang sendiri pernah tengok kan kesan Friendster korang yang bila suka-suki je tambah kengkawan, end up korang dah tak kenal dah siapa kengkawan dalam Friendster korang. Dan bila Friendster gagal dalam menjadi medium komunikasi, ia ditinggal begitu saja. Aku tak mau Facebook & Twitter aku jadi begitu. Dan aku juga tak teragak-agak untuk unfollow blogger yang hanya bagi iklan & promo blog je memanjang.

2) Keikhlasan dalam menulis entry

Kadang-kadang aku hairan bila lihat ada blogger yang sanggup menulis perkara berunsur 18SX atau menulis kisah selebriti yang mereka sungguh anti demi menarik trafik ke blog mereka. Yup, mungkin kamu berjaya menarik trafik, tapi dalam jangka masa panjang, blog seperti itu akan suram sendiri. Atau bagi entri tersebut, mungkin ramai yang datang menjengah, tetapi akan sedikit yang benar-benar membaca. Dan jika ditahap ini, apakah nilai blog itu lagi? Pendapat atau idea sebenar blog begitu takkan mendapat perhatian pembaca lagi. Itu pendapat aku.

Kawan aku selalu sebut, perkara yang disampaikan dari hati akan sampai ke hati. Begitu juga dalam menulis entri blog. Dan seorang sahabat yang lain juga selalu berkata, dalam apa yang kamu buat, nawaitu (niat) itu akan menentukan apa yang kamu akan dapat. Sebagai contoh jika kamu berniat belajar demi untuk mendapat kerja yang baik nanti, mungkin kamu berjaya mendapat pekerjaan yang baik, tetapi ilmu itu tidak lekat padamu. Fikir-fikirkanlah.

3) Keikhlasan dalam memberi komen

Setiap blogger pastinya mahukan entri yang ditulis dibaca oleh pelawat blog mereka dan mengharap juga pembaca-pembaca meninggalkan komen. Namun terdapat juga blogger yang datang melawat sesuatu blog itu dengan tujuan untuk mendapat kunjungan balas. Menjadi follower (untuk blogspot kebiasaannya) atau meninggal pesan “Salam Ziarah”  di shoutbox merupakan salah satu teknik mendapat kunjungan balas. Tetapi menjadi pengkomen atau pengkomen tetap biasanya memberi kebarangkalian lebih tinggi mendapat kunjungan balas.

Tapi kadang-kadang kecewa juga bila komen yang diberikan nampak seperti tidak membaca pun entri tu pun, atau paling baik…hanya membaca perenggan pertama & perenggan terakhir saja. Korang kadang-kadang pasti ada perasaan demikian juga kan bila baca komen di blog sendiri atau di blog rakan-rakan.

Aku kini juga semakin malas meninggalkan komen. Lebih suka jadi silent reader. Itu tak bermakna aku tak baca entri di blog yang aku jengah. Cuma jika tiada perkara yang ingin dikomen, apa ertinya memberi komen kan? Aku juga tidak suka spam bahagian komen di blog aku sendiri. Bagi aku, apa yang ingin aku sampaikan sudah aku tulis di dalam entri, jadi bagi entri-entri terutama entri berat seperti PSSMI & Tika Detik Hujan itu Turun, aku tidak suka menambah lagi apa-apa di bahagian komen. Aku cukup menghormati komen-komen yang ditinggalkan di blog ini, tapi jika tiada apa-apa untuk direspon, aku akan biarkan saja.

4) Keikhlasan dalam backlink/exchange link

Menjadi budaya bagi sesebuah blog untuk punya senarai blog di blog mereka. Penguna yang mengguna medium blogspot terutamanya, mudah update mengenai entri terbaru blog rakan-rakan mereka melalui bloglist ini. Aku dulu juga suka menyenaraikan blog-blog yang aku jengah dalam bloglist aku. Tapi lawak pula bila ada yang menawar “jom exchange link, i link urs already“…**pause 20 saat**…jadi soalannya, adakah anda melinkkan blog tertentu semata-mata supaya mendapat backlink semula? Begitu juga menjadi follower (bagi blog blogspot). “I already follow you, follow me back okay“. …**pause 20 saat lagi**…

I means, we shouldn’t forced anyone to backlinked  or follow their blog, right? The very same case applied to twitter.

Off topic jap: Sebut pasal jadi follower blog, pernah sekali dulu aku follow satu blog ni, owner dia bangga sungguh aku follow blog dia. Asyik dia tanya siapa aku, apa dia ingat aku follow blog dia yang tak brapa nak best tu sebab aku minat dia ke? Wake up, newbie!!!

Ni cuma sebahagian yang aku perhatikan. Pasti korang pernah rasakan perkara yang sama kan? Hohoho.

p/s: Maaf untuk ketidaksopanan bahasa. Aku ‘ikhlas’ menulis ni….(hohoho, blh blah).


Related Posts with Thumbnails
  • 50 Comments

  • Your email is never shared.
    Required fields are marked *