Kenapa Korang Bercinta?
Salam penuh kesejahteraan untuk semua.
Aku memulakan entri di blog baru dengan entri jiwang? Tidak, sebenarnya & setulusnya aku ingin bertanya kepada rakan-rakan pembaca yang sedang bercinta, yang telah berkahwin atau yang masih single, kenapa anda bercinta (atau kenapa masih single)?
Aku? Sejujurnya aku memang tak pernah in relationship dengan sesiapa (aku bukan nak promo diri, harap maklum). Cinta monyet juga tidak pernah. Faktornya, mungkin kerana dulu di sekolah, semuanya perempuan. Aku juga jenis yang kurang sosial. Aku juga jenis yang tidak mudah percayakan lelaki in term of relationship, dan bercinta memain bukan pilihan aku. Aku juga bukan perempuan cantik yang akan menjadi pilihan buaya-buaya darat untuk dingorat. Bila masuk ke alam universiti, aku disibukkan dengan study & program-program kemasyarakatan. Dan di tahap ini, aku sudah menetapkan, cinta hanya jika diyakini bermatlamat (untuk perkahwinan).
Namun aku sudah banyak melihat pasang surut pasangan-pasangan bercinta. Semakin lama, semakin aku disedarkan, hidup ini bukan lagi fairy tale yang mana satu hari nanti akan ada putera idaman berkuda putih datang melamar & hidup menjadi happily ever after. Maka kerana itu aku bertanya, kenapa korang bercinta? Contoh-contoh yang aku berikan ini bukan berniat untuk mengaibkan sesiapa, sekadar perkongsian pengalaman untuk dijadikan panduan.

Aku punya seorang sahabat baik. Perempuan cantik, biasanya akan membuat lelaki memandang lebih sekali kearahnya. Punya keyakinan tinggi, mudah didekati. Jika orang tidak mengenalinya, mungkin akan melebel dia perempuan sosial walau hakikatnya tidak. Dia sering jatuh cinta, & sering putus cinta. Sentiasa ada lelaki cuba menekel dia, & bila terasa keserasian, diterima cinta. Sahabatku ini, mungkin nampak seperti banyak kawan lelaki, tapi dalam percintaan, diserah seluruh hati pada buah hati kesayangan. Namun, yang aku musykil, kebanyakkan lelaki yang bersamanya takkan bertahan lama, tidak lama selapas itu, pasti mereka buat hal. Sewaktu nak mengorat bukan main perhatian diberi, tapi bila dah dapat, sebulan dua ok la…lepas tu, perhatian entah kemana, belum lagi yang skandal dengan girl lain. Drama air mata sentiasa berulang, namun sahabatku ini tidak serik bercinta. Ingin ku tanyakan padanya, kenapa masih mahu terus mencuba cinta, tapi kutahu, gerak hati sukar dilawan.
Ada lagi seorang sahabatku. Perempuan berpewatakan sopan, tapi bergaya. Punya ramai peminat. Sudah bercinta dengan seorang kenalan kami juga sejak 5 tahun lalu, lelaki yang baik. Tetapi kawanku ini, ada masanya ada TIGA (3) teman lelaki dalam satu-satu masa. Bagaimana dia uruskan, aku juga tidak tahu. Hatinya sudah ditetap si lelaki baik itu insyaAllah jodoh pilihan. Namun dalam masa yang sama hati remaja ingin mencuba & meneroka. Aku faham perasaan itu, kerna jika tidak dipagar iman & prinsip, mungkin aku juga seperti dia (ya, kadang-kadang aku boleh jadi sungguh gila-gila). Kini dia ada dua teman lelaki, pastinya yang kedua itu tidak sama dengan orang-orang sewaktu dia pasang tiga dulu. Menurut kamu, cintakah itu?
Seorang lagi sahabat, cinta nya boleh ku gelar cinta penuh dugaan. Mereka berkenalan di matrikulasi. Berlainan negeri & berlainan agama. Kawanku ini roomate aku ketika aku di Tahun 1 di universiti. Menjadi cinta jarak jauh pula kerana si lelaki menyambung belajar di semenanjung kalau tidak silap aku. Mereka sering bergaduh di dalam telifon. Sering sahabatku ini menangis kerana konflik dengan teman lelaki. Si lelaki jenis panas baran, cepat marah…tapi mungkin pasangan bercinta mengelarkannya ‘marah kerana sayang’. Dan tidak dinafikan, mereka memang benar saling menyayang. Si lelaki benar mengambil berat pada kawanku ini. Namun drama air mata yang tak berkesudahan, aku juga tidak faham. Bagi pasangan bercinta, perkara kecil pun boleh jadi besar. Inikah definasi cinta kamu? Oh ya, mereka berdua kini sudah lama berpisah.
Seorang lagi kawan aku, sudah hilang dara sewaktu sebelum masuk ke tingkatan lima. Kini dia sudah punya seorang anak walau belum berkahwin. Dia juga suka meneroka cinta, tapi cintakah itu jika dilapikkan nafsu?
Kawan-kawan lelaki aku pulak, urm…kebanyakkannya boleh ku takrif sebagai buaya. Punya teman wanita, tapi masih mencari lain. Ada juga jenis yang baik, tapi tak nak pula aku panjangkan cerita.
Soalan aku bukan untuk mendapat jawapan skema ‘kerana mahukan berkahwin, bla bla bla’. Tapi aku ingin faham kenapa korang mula-mula bercinta, mula-mula ambik keputusan to make a move atau mula-mula ambil keputusan untuk terima lamaran cinta. Adakah memang secara tipikalnya, si jejaka tertarik dengan si gadis, jadi mula mengambil langkah. Kemudian, si gadis yang memang single & merasakan si jejaka not the worst person in the world, jadi cuba diterima…manalah tahu itu jodoh pilihan? Jadi kawan-kawan pembaca sekalian, sungguh aku ingin tahu, kenapa korang mula-mula bercinta?
CNBLUE
SS501
T-MAX
SUPER JUNIOR

Saturday, 2 May, 2009 at 0:06
ntah..maen2 cinte monyet jekk
[Reply]
My4xblog Reply:
May 3rd, 2009 at 4:03 am
kenapa bercinta? entahlah..tetapi aku bersyukur kerana bercinta. Kenapa? kerana cinta lah aku menemui satu jalan yang sungguh mendamaikan. bertuah aku bercinta, mendapat seorang wanita yang sungguh aku sayangi, bukan hanya itu..kerana dia aku menemui cinta sejati. kerana dia aku menemui ISLAM. Now iam a muslim. begitulah hebat nya CINTA. Layan jiwang jap..hehe..so kepada penulis cari lah cinta sejati anda.
My4xblog’s last blog post..Ringkasan
[Reply]
Saturday, 2 May, 2009 at 2:31
dulu mase skolah, bercinte dah jd trend..tp last2 x ke mane..dh masok u baru nmpk mtlamt,sbb tu bercinte kot.huhu
milimilo’s last blog post..selamat bersolat jumaat
[Reply]
Saturday, 2 May, 2009 at 3:55
salam !
hee setuju..
matlamat bercinta skrg adalah untuk future
iaitu utk perkahwinan
cewah ! tp mmg btul
it is not easy to get through with someone
good entry
[Reply]
HurulAini Reply:
May 2nd, 2009 at 11:32 am
salam…dalam sibuk preparation untuk majlis pertunangan petang ni, aku reply ni saja dulu
memang banyak orang kata bercinta untuk matlamat perkahwinan..
tapi tengok sekeliling kita terutama pasangan muda, berapa ramai yang sedang bercinta punya perancangan tetap dalam hal perkahwinan?
Banyaknya untuk suka-suka semata-mata…jika benar untuk berkahwin, kenapa tidak berkahwin terus…jika menunggu setangah tahun atau setahun untuk buat persiapan perkahwinan, itu boleh difahami & sudah nampak arah tuju perhubungan…
tapi ramai yang bercinta hingga 4, 5 tahun…akhirnya bila bosan putus ditengah jalan…untuk golongan2 yang belum ada perancangan kahwin yg serius, aku ingin tanya kembali…kenapa kamu bercinta? (soalan ini utk semua, bukan cik nabilah saja….hehe)
[Reply]
Ryehana Reply:
May 2nd, 2009 at 10:02 pm
Putus bukan sebab bosan…
tapi dah xde jodoh… huhuhu
Ryehana’s last blog post..The choice is in your hand
[Reply]
nabilah hana Reply:
May 3rd, 2009 at 10:23 am
hi aini
salam
haa…itu la persolannya..
sebab itu la sy pun memilih untuk tidak menjerumuskan diri
hehe
ye la..terpulang pada individu
nabilah hana’s last blog post..Berakhirnya Final Exam =)
Saturday, 2 May, 2009 at 4:12
ok seriously aku kagum gile dengan entry ni.. bukan hanya sebab isinya tapi sebab gaya bahasa + cara ko tulis.. hohoho biasanya aku takkan baca entry panjang2 macam ni.. tapi entry ni buat macam aku tgah baca novel beb.. hohoh serious superb.. dengan perkataan penuhnya.. dengan gaya bahasa lengkap.. tambah lagi ditulis dengan penuh bahasa melaunya.. kalau ada perkataan english siap Italic.. serius memang aku kagum beb.. hohohoho
ok komen pasal entry plak.. hohhoho aku pon tak pernah in relationship dengan sesiapa.. hohoh belum jumpa lg sesiapa yg berkenan di hati..
[Reply]
HuRuL_AiNi Reply:
May 2nd, 2009 at 10:58 pm
hohoho…TQ topo for compliment…ko caya x kalau aku cakap kadang2 aku ambik masa lebih 5 jam utk tulis satu entri…hohoho….tapi kan, aku memang skema bila menulis, kesan assignmt & thesis dulu kot..hoho…tu yg ambik masa tu…hoho
ekk, ko pun single agi…blh ngorat ni…hoho (siyesly just kidding…)
HuRuL_AiNi’s last blog post..DEACTIVATED
[Reply]
nabilah hana Reply:
May 3rd, 2009 at 10:24 am
no wonder it takes 5 hours
mmg berkualiti beb!!
nabilah hana’s last blog post..Berakhirnya Final Exam =)
[Reply]
Saturday, 2 May, 2009 at 4:19
aku bukanlah buaya
aku hnya nak kaya
muahahaha…
tiru iklan bukan along…nk tolong…hahaha
takde kaitan…jgn kategorikan ini sebagai spam ok…
ak ikhlas bg komen nih…
ha3
zelo55’s last blog post..Download Lagu Tomok, Rindu (Ku) Terhenti – Juara One In A Million 3 (OIAM)
[Reply]
Saturday, 2 May, 2009 at 7:54
Wanita di jadikan drp tulang rusuk kiri lelaki,
bukan dari kepala untuk dijunjungi,
bukan dr kaki untuk dipijaki
tp dijadikan dr rusuk yg dekat di hati
untuk dilindungi dan disayangi
Setiap lelaki yang berjaya akan ada seorang wanita yang berjaya dibelakangnya
“Seorang wanita yang penuh barakah dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya murah, mudah menikahinya, dan akhlaknya baik. Sebaliknya, wanita yang celaka adalah yang mahal maharnya, sulit menikahinya, dan buruk akhlaknya”
So, sini aku bagi satu pandangan ikhlas lelaki
Kami sulit menahan pandangan mata kami
ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yand ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.
Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.
Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalia
Kami tahu kami insan lemah
bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.
Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.
Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.
“LAlu apa yang telah aku lakukan selama ini..YA Rabb, ampunilah daku.
Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,
untuk iman yang tak dipelihara,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,
Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikan silih berganti
menemani kami siang dan malam
agar iman kami dapat dijaga…
Maka atas hujah2 di atas, maka sebab itulah aku bercinta
Semua yg di atas itu adalah benar .. aku dh buktikan aku bleh bercinta slps kahwin dan menjaga hubungan kami sblm kahwin ke tahap yg paling minimum …
Cinta itu anugerah dan bukannya nafsu semata2!
hydir’s last blog post..Agak-agak bila kita boleh kapel?
[Reply]
HuRuL_AiNi Reply:
May 2nd, 2009 at 11:07 pm
subhanallah, speechless kejap bila baca….
true, perempuan ni juga yg buat lelaki lemah iman…huhu,,,,insyaAllah kan kujadikan sbg panduan…thanks for sharing
HuRuL_AiNi’s last blog post..DEACTIVATED
[Reply]
topo Reply:
May 2nd, 2009 at 11:37 pm
……………………………………….
seriusly aku pon speechless gak beb.. gile kagum aku baca ni.. thanks bro.. hohoho
[Reply]
nabilah hana Reply:
May 3rd, 2009 at 10:29 am
subhanallah…
[Reply]
hydir Reply:
May 3rd, 2009 at 12:09 pm
sekadar berkongsi ilmu
moga kita semua sedar dan ambil peranan masing2
hydir’s last blog post..Agak-agak bila kita boleh kapel?
[Reply]
uknoWana Reply:
May 4th, 2010 at 11:16 am
lmbt respon… kta2 2 btol… tapi CINTA 2 mestila halal.. klo takat do kapel2 xyah la do amek tnggungjwb yg bkn hak kta… ntah2 kt mak bapak pon blom tentu taat tetiba nk taat kt ‘person’ yg xder hubungan pon..
Saturday, 2 May, 2009 at 8:37
Salam kasih sayang buat kitak Tinie….mudahan dalam rahmat Allah..perkongsian yang baik..
Cinta fitrah manusia…Adam pun merasa sunyi di syurga apatah lagi kita insan biasa. Tapi, kepada siapakah yang paling haq untuk kita sandarkan cinta kita? Apakah cinta kita pada manusia mengatasi cinta pada Yang Maha Pencinta, Allah s.w.t? Jika cinta kita disandarkan kepada dan kerana-Nya, pasti sedaya nya takkan dituruti kehendak hawa nafsu yang mengajak menjauhi Tuhan dan pasti akan kita berjuang sehebatnya untuk mencapai Cinta Yang Agung itu….
Ya Allah, kurniakanlah kami cinta-Mu, kurniakanlah kami cinta orang-orang yang mencintai-Mu, kurniakanlah kami cinta yang mendekatkan kami pada cinta-Mu, da jadikanlah cinta-Mu yang paling kami dambakan dari segalanya. Ya Allah, jadikanlah apa yang Kau kurniakan pada kami dari apa yang kami cintai sebagai kekuatan untuk kami mencintai-Mu. Dan jadikanlah apa-apa yang Kau ambil daripada kami, padahal ia amat kami cintai, sebagai ruang untuk cinta-Mu dalam diriku….Amin…
Suluh Hati’s last blog post..Taubat Seorang Hamba
[Reply]
HuRuL_AiNi Reply:
May 2nd, 2009 at 11:09 pm
salam penuh kesejahteraan & penuh kasih sayang kembali utk ktk kak aisah
lama x baca doa tok…ehehe
HuRuL_AiNi’s last blog post..Kenapa Korang Bercinta?
[Reply]
Saturday, 2 May, 2009 at 9:33
salam hurul aini:)
like the entry.
simple as this,remaja bercinta sbb seolh2 mereka dah terbiasa dgn quote “nk kawen kene bercinta dulu.utk kenal hati budi psgn bla bla”…seolah2 klu xbercinta,xkawenla jwbnya.
Hebat betul pengaruh barat ni ye?sedgkan dlm Quran xde pn kite disuruh bercinta dulu pastu baru kawen..xphm…
ade 2,klu kite x bercinta,kite dianggap xlaku dan xikut trend
[Reply]
hydir Reply:
May 2nd, 2009 at 11:24 am
hoho .. ituler pengaruh pendidikan sekular dan juga dasar langit terbuka kepada pemikiran kita
pembaratan jatidiri sedang pesat melanda kita
x semestinya yg ikut trend itu betul ..
jika kita hendakkan dunia dan akhirat perlu kepada ilmu!
hydir’s last blog post..Agak-agak bila kita boleh kapel?
[Reply]
Saturday, 2 May, 2009 at 10:47
ini pandangan seorg budak baru kluar sekolah. jd amaran; mgkn tak begitu matang. hehehe.
*prasan yg ramai lah prempuan dan lelaki mula ‘bercinta’ lepas tu baru mengenali pasangan. pd saye, kan lebih baik kalau dah kenal lame2 baru ‘make a move’ ? tp diorg tu semua masih dgn pasangan masing2 jd tak boleh la nak ckp. manakala saye pula masih single [gelak sinis]
*kenape saye single eh?
1. saye memilih dan nak lelaki yg sekufu [bak kate org]
2. saye tak suke org yg saye tak rapat dgn tibe2 ajak bercinta
3. saye egois dan sukar untuk terima lelaki dgn cepat. hehe.
cik siti penguin’s last blog post..My fate, my future.
[Reply]
HuRuL_AiNi Reply:
May 2nd, 2009 at 11:12 pm
girl….u r still so young my dear…
i recommend to keep on being single & focus with ur study…ehehehe
HuRuL_AiNi’s last blog post..Kenapa Korang Bercinta?
[Reply]
Saturday, 2 May, 2009 at 12:44
dulu aku nak bercinta…
tapi sekarang aku nak bercinta selepas kawen…
aku nak realistik…
bercinta tanpa perkahwinan… ia idealistik… banyak janji2 dan kadang2 tak mampu nak capai
Luffy’s last blog post..MASUK UNIVERSITI… FASA BARU… CERITA BARU
[Reply]
Saturday, 2 May, 2009 at 12:48
hmmm…
saja suka2….
hhahaaaaaa
mie’s last blog post..:: south shields hospital ::
[Reply]
Saturday, 2 May, 2009 at 21:54
kenapa bercinta??
haih.. ssh soalan ni. kdg2 xplan pun utk bercinta, tetiba je ia hadir. Aku pernah bercinta 2x dgn serius. yg 1st love selama 2 thn lbh. yang kedua bertahan 4 thn. Tapi semuanya tak bertahan.
Kali ini, aku dh jumpa seseorang yang ada apa yang aku idam-idamkan dan aku suka dia. sayang dia. cinta tu belum kot. (cos definisi cinta bg aku adalah sanggup bersusah senang bersama-sama serta saling percaya-mempercayai… dan aku belum smpai tahap tu lg. haha)
tapi sebab ade future plan utk bersama, i think lepas kahwin boleh bercinta dgn setulusnya. hehehe…
So… knp aku bercinta?
sbb alam percintaan itu indah… the closest we can get to magic is by being in love. that’s why ada je yang tak serik2 bercinta walaupn pernah terluka.
[Reply]
HuRuL_AiNi Reply:
May 2nd, 2009 at 11:23 pm
salam ryehana…
thanks for your honest sharing…urm, the closest we get to magic is love…yup, that true…
but do we conduct or manage it by the way Islam guide us to?
aku selalu fikir, org x btahan lama kapel sebab cara bercinta tu x mendapat redha Allah, jadi bila2 masa je Allah tarik balik nikmat cinta tu….aku cakap secara general, bukan merujuk pada kisah ko…apapun aku doa ko bertemu jodoh cepat…kalau betul ngan abg navy hang, jgn tunggu lama2 k (pandai je nasihat, ari ni je ntah brapa byk sedara mara tanya aku bila lagi…hohoho)
HuRuL_AiNi’s last blog post..Kenapa Korang Bercinta?
[Reply]
Ryehana Reply:
May 3rd, 2009 at 9:33 pm
yup. that’s right. totally agree.
semua berlaku ada hikmahnye.
with time, with Allah’s hidaya, moga2 new love could lead to a happy ending.
kita hanya merancang, Allah yg menentukan.
Ryehana’s last blog post..Childish game utk mengukur rasa sayang
[Reply]
AidaNadia Reply:
May 3rd, 2009 at 11:24 am
Allah’s love is the true and infinite magic!
[Reply]
Sunday, 3 May, 2009 at 14:04
Salam..
Cinta ya indah, nya mampu buat org lupa ttg sekelilingnya, tp aku bukanla ibarat plain jane yg lalu mengabaikan segalanya kerna terlibat dgn cinta..yup, i fail then i wake up again..aku sentiasa berik peluan ngan dirik ku pun, untuk hatiku..ne tauk insyaAllah bila masa itu tba aku akn bertemu jua ngan jodoh yg tlh dtetapkan d luh mahfuz ya utk aku..(“,)
Mun takut d kecewa jgn coba berani bermain cinta, bla dah kenak ya belajala dr pengalaman, sampe skrg aku sik pernah putus asa bila tba bab cinta, buat apa menutup pintu hati untuk sesuatu yg sik menghargai siapa kt..tp yala lazimnya manusia..Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yg lain akan terbuka, tetapi lazimnya aku akan memandang pintu yg telah tertutup itu terlalu lama, hinggakan aku tidak nampak pintu yg telah dibukakan utk aku, dan InsyaAllah pintu yg dibuka itu, akan menjd pintu rumah dan pintu syurgaku..
Tp aku asa bertuah coz walaupun berapa kali gagal bercinta, benda ya mengajar aku untuk menjadi lebih bersedia..ada part aku akan nangis sungguh2, then keesokkan harinya aku rasa hidup ku aman bahagia..past is past..sesekali perlu wak menoleh ke blkg, sbb benda yg d blkg ya mengajar dan mendorong aku untuk terus maju ke dpn..
Thanks for my very sweet fren yg sentiasa ada untuk aku dlm susah ataupun sng..kaulah kwnku d dunia dah akhirat..aku cinta kamu!
[Reply]
Sunday, 3 May, 2009 at 14:58
seronok dowh…bercinta…
armin’s last blog post..Ak nk menghiburkan hati ku jap…
[Reply]
cik siti penguin Reply:
May 3rd, 2009 at 4:06 pm
jwpn yg plg sempoi. haha.
cik siti penguin’s last blog post..Rolling!
[Reply]
Sunday, 3 May, 2009 at 21:58
kenape??..jimz bgtau dari segi sains pulak ye..benefit2nye ialah:
1.pakar buat survey,pasangan yg bercinta selalu kurg jumpe doktor..melainkan saje cari pasal buat2 sakit.
2.kurang mengalami “Depression”..sbb kebykan org yg selalu single cepat depress..
3.”Lower Blood Pressure”…statistic menunjukkan si”single” lebih ramai mengalami tekanan darah rendah berbanding manusia yg belajar bercinta dgn sihat dari peringkat awal..
4.”Less Anxiety”…Anxiety tu macam nervousness, perasaan takut n risau..penting utk kurgkan perasaan ni dalam otak..sebab ia boleh merosakkan otak kalau berlebih sgt..
5.”Natural Pain Control”..maksudnye,semangat utk menahan sakit,cthnye sakit belakang or sakit kepala lebih kuat..statistik menunjukkan si”single” lebih kerap mengadu ke doktor, berbanding “couple2 sihat”..sebab kawalan minda mereka “couple” lebih senang menerima respon positif dari give up..
6.Stress Management..mereka senang manage terutama dari segi emotionally and financially,sebab semangat perkongsian mudah tercetus pada sesebuah2 couple yg “sihat” amat tinggi..
7.immunity..pakar mendpt tahu,sistem immunity mereka pun akan tinggi,akibat dari hormon2 postif..peluang utk mendapat demam & selsema kurang!
8.faster healing!!..research membuktikan,luka pade org yg bercinte lebih cepat sembuh dua kali ganda cepat dari si”single”..
9.Panjang Umur…dari segi sains..dari thn 90′an – ke sekarangstatistik buat kiraan 58% dari jumlah org yg mati sebab tua,adalah dari group single atau duda/janda..
10..paling best..WEALTHIER LIFE..MORE LOVE+MORE HEALTHY+MORE HEPI =MORE MONEY!!!
“there’s a great woman,behind a great man!”..
ini semua jika anda bercinta dgn sihat ye..care utk bercinta dgn sihat ialah..HORMAT cinta..kalau ia datang..kaji dari segi long term n short term..buat pen”gred”an..kerna cinta itu terlalu “subjective”..huhu..
jimz’s last blog post....besame mucho..
[Reply]
HurulAini Reply:
May 3rd, 2009 at 10:24 pm
hahaha…this is what we call love doctor in the house….hohoho
tapi kan…tu sume hanya jika perhubungan okay kan…kalau tak okay, effectnya totally opposite….hahaha
[Reply]
MuNsYi-SaMa Reply:
May 27th, 2009 at 10:41 am
hoho..stuju2..kalau Ok boleh la ckp, cuba kalau gadoh slalu, yg pukul2 awek pon ade. Lagi depress dr yg single ade la. pastu amik jln senang, bunuh diri. Na’uzubillah.
aku rase care paling baik adalah menyerahkn cinta hanya kpd Allah. He knew whats best for you.
MuNsYi-SaMa’s last blog post..MASUM 2009 REPORT
[Reply]
Sunday, 3 May, 2009 at 23:13
sori..
tak baca lagi…
senang citer…
bila kita boleh kapel???
[Reply]
Monday, 4 May, 2009 at 8:03
aku tak pernah bercinta… minat org pernah laa… hehehe
masalah skang nih.. ramai org begitu senang melafazkan cinta.. mcm cinta itu takde nilainya… nilainya mcm sama dgn nilai baju die pakai.. boleh tukar bila dah lusuh.. huhu…
Jard’s last blog post..Ketenangan…
[Reply]
Monday, 4 May, 2009 at 11:30
Eh suka la baca entry ni. Menarik n tertarik la.
Kenapa bercinta? Mungkin sebab untuk mempunyai teman yg boleh berkongsi perasaan. Ish ntahla… Aku pun tak tau aku pernah bercinta ke x sebelum ni. Atau hanya sekadar teman tp mesra. Aku percaya cinta pas kahwin lg best dari cinta sebelum kawen. Aku ada kawan yg bercinta dgn laki 6,7 tahun tp kawin dgn laki yg br kenal 4 bulan. Tapi sekarang bahagia gak.
Adakah saya sudah lari topik? Anyway nice entry!
[Reply]
Monday, 4 May, 2009 at 12:01
Kenapa bercinta???
klau kawin lu then cinta mesti trus jmp peguam klau x ngam kan ^^p
cinta kos kira nak pilih la, selongkar baik buruk seseorg. kenal mengenali tp jgn la lebih2 nak itu nak ini pastu buat benda tak igt tuhan ngan dunia.
bercinta kira 1 temuduga dgn pasangan hidup kamu sepanjang kamu bercinta, klau dah tak berkenaan jgn la paksa, lain jadi nyer.
ikatan takkan terjadi klau kamu tak cuba betul2 mengenali satu dengan lain.
kenapa ada keinginan bercinta? kos klau nak luah kan prasan ngan kawan mmg ada beza dgn luahkan kepada pasangan anda.
Renzo’s last blog post..autoblog on blogspot.com
[Reply]
Friday, 8 May, 2009 at 1:25
kenapa bercinta? mahukan teman yg mampu menemani. kenapa bercinta? sex. kenapa bercinta? eh, eh. nabi pun bercinta apa..
[Reply]
Friday, 8 May, 2009 at 7:35
nafsu
ha ha ha
entah tapi aku suka ayat kapten..”cinta-semua rasa dalam satu”
[Reply]
Sunday, 10 May, 2009 at 20:31
memang best bercinta.
[n][4][s]’s last blog post..BIODATA PALING CELAKA AKU PENAH BACA!
[Reply]
Tuesday, 19 May, 2009 at 22:32
cinta suatu perasaan yang sememangnya wujud dalam diri setiap insan….cuma pengalaman masing2x yang berbeza….
[Reply]
Tuesday, 19 May, 2009 at 22:34
kita sebagai insan biasa pastinya mempunyai sifat mencintai dan dicintai secara semulajadi….
[Reply]
Tuesday, 19 May, 2009 at 22:39
Perasaan cinta ….bila telah wujud dalam diri akan sedikit sebanyak merencanakan tindakan kita terhadap orang yang disayangi…..hanya setelah rasa CINTA itu tercetus baru ANDA tahu akan pakej rasa itu….
[Reply]
Wednesday, 20 May, 2009 at 3:11
aku bercinta sbb aku manusia.. mesti ada sifat cinta… huhuhu
adol’s last blog post..PERSATUAN SLE MALAYSIA (PSLEM)…
[Reply]
Monday, 1 June, 2009 at 15:57
sebab cinte cimpanzi saye tuh jadik time budak2.
budak2 maen redah jek..hahah
skang dah besa(besar akal je laaa..huu)
dah leh piker bttol2 dlu b4 commit in any relationship.
cheers~~
fara’s last blog post..gayu guru gerai nyamai
[Reply]
Tuesday, 2 June, 2009 at 14:23
kdg2 ini ekpresi aku bile sebut pasal chenta – im sick of “chenta”
aku jugak seringkali ucapkan babai pd penggemar2 chenta yg nk singgah kat ati aku – babaian pringkat awal mmg yg terbaik
kesunyian yg aku alami tak mampu membuat aku tuk mencari chenta..
aku telalu “cold” tuk chenta
finally, adakah chenta tu satu kemestian yang mesti aku tempuhi dalam hidup??
**tak mampu nak jawab petanyaan author, tuk soalan “kenapa korang bercinta?”
dudud’s last blog post..when brain stops thinking……
[Reply]
Monday, 8 June, 2009 at 2:10
dah jodh nak wat camne… hehehehe
adol’s last blog post..TEKNOLOGI PELIK JEPUN
[Reply]
Thursday, 25 June, 2009 at 13:12
kenape bercinta? mmh, untuk merasai kepahitan apabila terluka dan kemanisan berkasih.
[Reply]
Wednesday, 24 March, 2010 at 17:25
yada yo~
that small but cute anime pic in this post of yours…err…do you watch it? or do you know that both are guys? otoko?
taihen desu yo? to handle those harsh bashing thingy…
sorry, if this has nothing to do with your post’s content…i just felt that i’ve to do something in return for your favor…
[Reply]
HurulAini Reply:
March 24th, 2010 at 5:36 pm
hahahaha….lol…what anime is that…i found that pic somewhere over the internet & think its really cute….ngeh3….didn’t even knew both of it are guys

luckily no one notice so far….miahaha….maybe i change later on….or maybe just let it be there….miahaha….
anyway, thank for informing….
neway, can you tell me the name of this anime….i kinda love to watch anime too….hehehe
[Reply]
ciel_sama Reply:
March 26th, 2010 at 10:44 am
got interested?
hmm, i can’t really remember,
but perhaps Nabari no Ou?
It was labeled soft-shonen ai/yaoi by some otakus…but to me, it doesn’t really have those mushy2 thingy btw guys…a very little hints i supposed
maybe that’s why they labeled it as soft, na~
if you really interested, i’ll just wish you “Happy Watching”
jaa na~
[Reply]
Saturday, 24 April, 2010 at 13:47
itu saja yang dapat aku katakan
dengar saja lagu Bencinta Faizal Tahir,itulah cinta bagi aku….
[Reply]
Tuesday, 4 May, 2010 at 11:24
mama kta KEJARLAH CITA2 B4 MENCARI CINTA… kwn kta CINTA ALLAH lagi mulia dr CINTA2 LAIN… bila org d sekeliling kita BERCINTA-BERGADOH kita pon rasa tempiasnya… biarpon xpenah bercinta, tp kdg2 buleh pulak jd PENASIHAT 20%
as MUSLIM & blajar pasal menda neh, i would like to say that COUPLE IS EXTREMELY HARAM OK…better you pegang BABI dr you PEGANG TANGAN bkn MUHRIM… BABI buley samak… bkn muhrim buley samak??
[Reply]
Wednesday, 19 May, 2010 at 0:03
kite berdoa,,Tuhan makbulkan pada waktu yg terbaik..walau xsegera…xpi sgt bermanfaat!!
[Reply]
Saturday, 22 May, 2010 at 20:27
hi…
kenapa bercinta….

..
takut sangat nak bercinter.. coz sy nie jenis yang susah nak control perasaan…
..
aweeen
berrr… payah nak jawab..
.. rasa bahagia bila ada yang sayang dan menyayangi
tapi kalau gaduh.. wadoooohhhh…tuhan jak yang tau… semua benda yang di buat jadi tak kena..
…..
lagi pun bagi sy cinta itu hanyalah selepas berk
[Reply]