Kisah aku dan dia…

Assalamualaikum semua…

Sebelum sesiapa membuat spekulasi, kontroversi & apa-apa fitnah bila melihat tajuk entri kali, ingin aku jelaskan entri ini dibuat demi kontest yang dianjurkan oleh En. Azman Ishak. Korang x kenal siapa Azman Ishak, usha je blog dia. Kontest ini akan tamat esok, tapi aku gagahkan diri juga untuk sertainya walaupun dia tak bagi hadiah wang tunai. Tapi aku tetap nak join jugak sebab hadiah dia memang best…barangan pewter…hehe:

firstprizesecondprize thirdprize saguhati

Tengok…kan macam best je hadiah dia kan…haha…memang la piring tu tak boleh guna time makan, keris tu cuma boleh guna untuk buat gaya pedang pantas cara Avan masa main ngan anak sedara, pen tu pulak tak sure brapa lama bertahan ink dia & keychain tu macam tak heran pun…tapi masih juga aku nak join kontest ni & nak juga nak menang salah satu hadiah tu…haha.

Okay, berbalik kepada topik…kontest ni cuma nak para peserta buat satu entri pasal tanggapan kita pada en. Azman Ishak ni la (tu yang tajuk jadi pelik semacam..haha). Dia benarkan orang nak kutuk dia ke, ampu dia, bodek dia, puji dia & apa-apa je…jadi jangan kata aku mengumpat dia pulak k..

Mengenai macam mana aku mula-mula kenal dia, aku sebenarnya tak kenal dia pun. haha. Memula dulu, aku macam selalu je dengar nama dia kat blog-blog lain, biasanya aku tengok kat bahagian komen-komen kot. Aku buat donno je. Selalu juga aku tengok nama Krueger atau Azman Ishak kat bahagian komen blog lain terutama di blog Menteil, Kill-Vearn, Dilarang Melarang, hydir & X-po, tapi time tu aku tak tahu Krueger & Azman Ishak adalah orang yang sama. haha lagi. Sekali-sekala aku ada juga jenguk blog dia, tapi sama seperti blog lain…aku baca mana yang menarik tanpa sibuk nak tahu siapa empunya blog tu. Lagipun dia dah berpunya, buat apa nak sibuk lagi. haha…kidding…

Tapi ada satu peristiwa yang buat nama Azman Ishak & Krueger terus di’key-in’ dalam memori jangka masa panjang aku. Peristiwa itu tak lain tak bukan ialah entri Menteil: Hatinya selembut tisu, entri untuk kontest ni juga. Tapi bukan entri Menteil yang buat aku ingat ngan en. Azman Ishak ni, tapi komen yang ditinggalkan oleh en. azman kat blog tu…2 kali lebih panjang dari entri menteil…haha.

Wordcount yang dibuat menteil:

entry aku = 386 patah perkataan
komen dia = 837 patah perkataan

Haha..lebih dua kali ganda tu. Dari situ la aku tergerak untuk tahu siapa la si Krueger tu. Rupanya dia la si Azman Ishak. Lepas dari peristiwa ini, aku jumpa lagi si Krueger ni bagi komen panjang-panjang kat blog orang…dalam ati aku..memang treadmark dia la bagi komen panjang-panjang, tapi aku tak hairan dah. Tapi kan, walaupun dia komen panjang-panjang, komen dia bukan kosong atau merapu ntah apa…ada isi kat komen2 dia bagi. Dan biasa la, melihat & menilai sesuatu dari perspektif yang berbeza atau menilai secara terperinci, memang akan buat kita bagi feedback yang panjang.

Aku rasa en. Azman ni tak pernah lagi datang blog aku. Tapi kalau ko datang, aku mengalu-alukan ko meninggalkan komen yang panjang di sini…hehe.  Adeii, promo blog sendiri pulak.

Satu lagi info yang menarik perhatian aku ialah rupanya diorang ni (Azman, menteil & lelain) memang dah lama berkecimpung dalam dunia blog ni. Memang blog aku ni aku mula buka tahun 2007, tapi aku tak aktifkan pun. Sehingga ke tahun lepas, aku biasanya & cuma melepakkan diri di blog yang isinya e-novel macam rnysa & hlovate…dan kerana itu, bagi aku kalau tak kreatif macam penulis-penulis novel ni, baik tak payah tulis blog. Dan masa itu aku tak tau pun kewujudan personal blog atau blog-blog amatur lain (bukan nak kata menteil, azman ishak & lelain tu amatur, tapi dulu tak tahu kewujudan blog-blog selain blog e-novel…haha).

Okay la, sebab aku pun tak kenal sangat ngan dia ni, cukup la aku tulis takat ni je. Ni pun dah panjang & masuk ke topik lain juga. haha. Aku harap entri ni cukup syarat untuk sertai contest ini. hehe. Untuk en azman, sebab aku baru-baru juga nak kenal blog ko, maka aku tak dapat nak komen bahagian future planning, blog lama & diri ko yg lain. Gomenasai. Yoroshiku onegaishimasu.

Related Posts with Thumbnails
  • 11 Comments

  • Your email is never shared.
    Required fields are marked *