KUCHING FLOOD
Isnin, 12 January 2009
Selepas beberapa hari hujan tak berhenti di bandar Kuching, aku menerima berita beberapa kawasan rendah di sekitar Kuching banjir. Isu banjir menjadi topik hangat perbualan. Alhamdulillah, rumahku tidak dimasuki air. mungkin jika hujan berterusan untuk dua hari lagi, mungkin rumahku dimasuki air juga.
Petang itu, cuaca cerah.Aku di pejabat berasa lega. Moga hari ini tidak banjir. Hari ini ‘King Tide’ = 6.2m…. lebih tinggi dari hari-hari sebelumnya. Hatiku meyakini, hari ini takkan banjir.
Ketika dalam perjalanan menuju ke stesyen bas, aku hairan melihat ada sedikit takungan air di tepi jalan berhampiran bangunan Pejabat Residen dan Daerah (berdepan Padang Merdeka). Kemudian aku lihat penutup besi parit besar (main drainage or maybe culvert) berhampiran dipenuhi air. Aku lihat dari penutup-penutup yang lain, air memenuhi parit. ‘King Tide’ desis hatiku.
Aku meneruskan perjalanan. Namun, sesampai aku di tempat biasa aku menaiki bas, jalan raya berhampiran dockyard telah dinaiki air.
Hatiku berkata, banjir juga walaupun hujan tak turun hari ini.





Kasihan aku melihat kedai-kedai yang dimasuki air. Jam baru 5.45 petang. King Tide dijangka pada jam 6.16 petang. Di dalam bas, aku dengar, pemandu bas diminta mengguna jalan lain. Jalan Haji Taha sudah dinaiki air & tak dapat dilalui. Jadi hari ini, bas menggunakan jalan berhampiran Waterfront, masuk ke jalan di hadapan Pejabat Pos dan melalui Merdeka Palace, sebelum ke Satok.
Dari dalam bas, aku dapat lihat, India Street sudah dinaiki air. Kasihan aku memikirkan kerugian pekedai-pekedai tersebut. Di pengkalan atau tebing Sungai Sarawak, air sungai sudah mencecah tebing. Subhanallah, pertama kali aku lihat Sungai Sarawak penuh hingga begini.




Di Satok, kebanyakan kawasan yang rendah dinaiki air juga. Jalan raya utama tidak dinaiki air, tapi jalan-jalan kecil dinaiki air. Gabungan air pasang dan saki baki air hujan memenuhi parit, melimpah ke kawasan rendah.



Di tebing sungai Sarawak, air melimpah hingga ke jalan raya
(gambar di ambil dari Jambatan Satok-PJ a.k.a Jambatan Gantung)
Synthesis:
Bila disebut perkataan banjir, perkataan yang akan dikaitkan ialah BENCANA, MUSIBAH atau yang semaksud dengannya. Namun, bila memerhatikan aturan tuhan, aku terfikir…ada baiknya hujan turun tidak berhenti beberapa hari sebelumnya. Kerana banjir yang berlaku tidak akan seteruk kalau hujan turun pada isnin dan selasa (highest king tide of the month; 5.5 m on friday, 5,8 m on saturday, 6.1m on sunday & 6.2m on monday & tuesday).
Aku terfikir juga, mungkin kerana kita selalu menyalahkan hujan bila berlakunya banjir. Memang hujan menjadi asbab kenapa banjir berlaku, tapi dalam tidak sedar, mungkin kita menyalahkan (atau lebih teruk menyumpah seranah) rahmat (hujan) yang Allah turunkan dari langit. Nah, tengoklah, walaupun panas sehari-hari…kalau Allah nak turunkan banjir, banjir juga jadinya. Takkan mampu kita sebagai manusia menghalang ketentuan Allah.
Dari sudut yang lain, perlunya penambahbaikan berterusan perlu dilakukan sebelum bencana berlaku. Aku rasa semua kawan-kawanku setuju jika aku katakan banjir di pusat bandar ini berlaku kerana kelemahan kawal selia sistem perparitan (drainage system monitoring, control & mantainace) di Kuching. Aku berasa lucu bila membaca akhbar, ada ‘orang besar’ pergi ke baraj (barrage) untuk mengetahui & meninjau keadaan banjir di kuching. Ya, baraj adalah salah satu langkah mengurangkan (kesan) banjir di Kuching. Tapi baraj sahaja tidak mampu menghalang banjir dari berlaku. Malah, ketika pembinaan baraj, sudah sedia maklum baraj takkan mampu menolong jika banjir besar datang. Lucunya, banyak orang bergantung & memikirkan baraj akan ‘menghilangkan’ banjir.
Sebetulnya, keseluruhan sistem perlu dilihat & dijaga. Bukan baraj sahaja, tetapi juga sistem perparitan & saliran. Ketika dalam perjalanan yang sama, aku hairan melihat parit di beberapa kawasan seperti di Samariang kering. Namun parit berhampiran MARDI dipenuhi air. Di kawasan lain pula, parit kering lagi. Aku pun tak faham kenapa ini berlaku.
Apapun, aku berharap kita semua mengambil iktibar dari peristiwa ini. Aku percaya, sesuatu berlaku pasti ada sebab & akibatnya. Dan pastinya akan ada hikmah dalam setiap yang berlaku jika kita memikirkannya. Wallahualam.
CNBLUE
SS501
T-MAX
SUPER JUNIOR

Wednesday, 14 January, 2009 at 11:22
Yo.. Tini, great synthesis. Angkat tangan dan kaki to agree with.. haha..
Good job..
How’s working life getting on?
All the best..
[Reply]
Wednesday, 14 January, 2009 at 11:44
~blushing~
~grinn~
~smile~
ehehe…tq-tq…
working life?….i’m writing this article in the office this morning; which mean i dun have much work rite now….ehehe
but then again, thresure my free time before busy time coming….ehehe
[Reply]
Wednesday, 14 January, 2009 at 16:43
dugaan dr tuhan.. pray that everything will back to normal soon. amin!
[Reply]
Sunday, 3 May, 2009 at 4:21
awak sarawakian or just berkerja di sana?
My4xblog’s last blog post..Ringkasan
[Reply]
HurulAini Reply:
May 3rd, 2009 at 8:43 pm
sarawakian…naze ka?
[Reply]
Friday, 18 June, 2010 at 15:57
[Reply]