Salam penuh kesejahteraan buat semua…
8.50 pm, 7 September 2009
Aku kat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ni sejak Maghrib tadi.
Tak…aku tak pergi mana-mana….aku kena ambik abang aku yang bakal mendarat (bunyi macam datang dari bulan…haha) jam 11 malam nanti. Mesti korang gelak kaw-kaw aku buat kerja bodoh melepak kat sini berjam-jam lamanya. Bukannya apa, jarak rumah aku ke airport ni aku agak lebih kurang 30km kot…atau jauh lagi…malas la ulang-alik & bazir petrol….jadi balik kerja tadi aku terus pergi sini. Biasanya lepas Maghrib baru aku bertolak dari office, tapi sebab hari ni kena berbuka…aku pergi sini awal lagi la..
Selain dari tu…aku memang kurang gemar drive memalam ni. Pertama sebab aku tak tahan silau lampu kereta. Kedua sebab dah malam agak bahaya drive sensorang, lepak kat airport ni okay lagi sebab security & orang ramai. Dan ketiga, bila dah malam…agak sukar jugak nak drive tambah lagi bila tak familiar sangat dengan jalan.
Balik ngan topik, ye…aku konon-konon nak buat live blogging konon (guna laptop & wifi dari Starbucks….hahahaha); ye..siapa kata live blogging cuma boleh pakai handphone? Tapi ternyata cubaan pertama aku ni mengalami kegagalan epik….hahaha
Tadi aku ingat nak ambik gambar sekitar KIA ni, tapi malangnya bateri kamera low la pulak (ye…sila gelak aku ambik pic untuk konon-konon live blogging pakai kamere biasa…bukan kamera handphone…hahaha). Okay, takpe lagi sebab gambar makanan McD tadi dah ambik…okay la. Tapi waktu lepas aku ambik laptop dari kareta baru aku ingat, aku tak bawa sekali wayar untuk sambung laptop dengan kamera…..aigooo…cemner nak upload gambar cemtu…huhu.
Jadinya, gambar kat atas tu gambar hasil google….memang kegagalan epik live blogging la.![]()
Jam 9.05 malam, keadaan kat lapangan terbang ni makin sunyi berbanding sejam lepas. Aku duduk kat Starbuck sambil minum air kotak Ducth Lady yang memang sentiasa ada dalam kereta aku (apa la duduk kat Starbuck minum air kotak bekal sendiri….tapi aku peduli apa…selagi staff sini tak halau….hahaha).
Dalam tiga empat bulan ni, memang dah jadi rutin sebulan sekali untuk aku jemput abang aku kat airport tengah-tengah malam bila dia kena pergi ke KL untuk urusan perniagaan. Dan melepak di lapangan terbang ni, aku dapat perhatikan awareness orang ramai mengenai langkah pencegahan H1N1 masih kurang. Tak banyak yang pakai mask kat airport ni, termasuk aku…haha…sebab aku lupa nak bawa mask dowh.
Jam 9.10 malam, cuma tinggal satu keluarga sedang menjamu selera di meja sebelah. KFC masih lagi dibuka….kedai-kedai lain pun masih dibuka, tapi terasa sini makin sunyi. Lagi dua jam aku nak duduk sini…urm, apa aku nak buat ni?
Jam 9.16 malam, kedai Sarakraf kat depan Starbuck ni dah tutup. Pekerja Starbuck pun dah tengah kemas-kemas meja ni, nak tutup tak lama lagi. KFC pun dah nak tutup kot. Manusia-manusia sekitar leka dengan urusan sendiri, unaware of my existence here.
![]()
Note: Ternyata blogging guna laptop juga yang best, at least aku boleh preview, edit & formatkan perkataan (terutama italik bila diperlukan) sebaik mungkin.


wahahaha x pa hurul janji isi sampai suda…
aku pun ska guna lappy lagi.
)
ish2.. kalau dah nak tutup semua, sunyi la.. dah la nak tunggu sampai kul 11..
dulu aku kena tunggu sampai lepas jam 12…lg haru…huhu
live blogging best bila ade benda best dan hot,heheheh
urm…betul3….ada jugak aku jumpa live blogging best…depends ngan apa topik yg blogger tu bawa kan
ho3 lamanya kat situ. pasti keras duduk lelema.
berhati-hati dan terus sabar menunggu. time aku komen ni dah pun nk jam 11
hehehe….nak buat cemner..sabar je la menunggu…hehe
ambe kalu live blogging, cuma ngan hset jelah…aderlah skali bawak laptop, tp cepat je abis bateri, pahtu berebut tmpt plug kat kedai makan..sebab ambe dolu penahlah live blogging kat Mydin…diorg sedia tmpt baikkkkk punyerrrr..
wah…unnie pun pernah buat live blogging…caya la unnie
ambe selalu kalau on da way..balik kampung atau outstion musti kepit dengan lap top…gi mana2 ada masa buka..takpun kepit buku bawah ketiak….orang usha ambe pelik..ambe plak usha balik buat donno…hahaha..nak buat camne budaya malaysia tak samo dengan budaya mat salleh no…tu arr budaya baik taknok ikut..kalau yang rude2 tu nak ikut plak..sorry hurul membebel plak..anyways take care of ur selfla ..bukan apa takut pencopet je kalau area2 airport ni….so better lepak dekat tempat ramai security dan orang ye..
tenkiu senpai….ye..insyaAllah ambe cuba jaga diri…hehe..
tp betul la senpai, ambe pun suka dgn budaya org jepun yg sentiasa baca buku dlm train….& org putih yg pergi melepak kat cafe atau taman utk study…kat sini pergi taman dating, pergi cafe makan je…huhuhu….bila kita nak melepak baca buku kita pulak yg rasa pelik
rumah 30km dari airport? kat kpg/taman ni sigek ya?
area petra jaya…hehehe…ktk org cne?
ingatkan meniaga kat airport tu ..heheheh
sekarang dah ramai yang guna live blogkan…boboiz bary 2 kali guna…nanti kalau tak sempat ngandap pc, bleh guna…
urm…live blogging/mobile blogging berguna bila jauh dr pc…tp aku x cuba lagi…henpon aku x best….haha
tini,duhal jauh juak airport dari rmh kita,owh..kmk relax jak..hehe..papapun klia agak kl pun 60km,nama jak KLIA..hehe
KLIA nang la jauh…haha…urm…bila tiap ari ulang alik x berasa jauh, tp apapun kmk nang malas mok ulang alik & drive malam…lepak kat airport okay juak…hehe
rilex2.. jgn tensen2
erkk….bila masa pulak aku tension??
pernah juga buat 2-3 kali live blogging tapi mcm tak cukup feel je…mcm entri tu kontot je…
dulu2 kalau tinggal blog 2-3 hari rasa rindu sgt..tapi skrg ni dah kurang…tak naklah hidup dikongkong dgn blog..hehehehe
p/s – Domestic Engineer apalah sgt nak di ‘ live’ kan…. workstation dengan seduk kuali je
yup..betul tu kak, x boleh biarkan hidup diselubungi blog…hehehe
domestik engineer boleh live masakan di dapur, xpun kenaikkan harga barang….semua benda di sekeliling ni boleh je jadi bahan blog asal rajin…hehe
Takde brg nak dilivekan..