Lucu atau menyampah….

AMARAN: BACA DENGAN RISIKO SENDIRI. KESOPANAN BAHASA & KESTABILAN EMOSI TIDAK DIJAMIN.

SELASA – PAGI YANG MEMBENGGANGKAN

Pagi itu aku ditugaskan untuk menyemak correspondence atau surat-surat keluar masuk dalam fail untuk tujuan Internal Audit ISO. Tugas yang sepatutnya menjadi tanggungjawap si QMR [Quality Management Representative] syarikat kami, tapi disebabkan aku ni tak banyak kerja, jadi aku menjadi pembantu tidak rasminya. Bagi aku, tiada masalah membantu tugas rakan sekerja yang lain. Tapi, akan menjadi membengangkan bila mana di kala aku sibuk menyiapkan kerja-kerja yang diminta, aku nampak dia sedang enjoy menonton video di YouTube. Memang rasa sakit hati waktu itu, tapi aku sabarkan diri…kononnya dia just take a break (walaupun aku sedia maklum itu memang salah satu hobinya di pejabat).

Moral of the story: Jangan bagi kerja dengan rakan sepejabat kalau pada waktu itu anda hanya relex2 tengok YouTube atau yang sewaktu dengannya.

Lepas itu, berlaku hal lain pula. Perkara yang sering berlaku sebenarnya, tapi aku sabarkan diri saja. Di pejabat kami, tugas menjawap telifon adalah tugas Setiausaha. Tapi ada masanya, dia juga tengah menjawap panggilan lain & perlu pekerja yang lain menjawap telifon yang bising satu pejabat itu. Pagi itu, aku tak tahu ke mana si setiausaha itu pergi, washroom mungkin. Jadi bila telifon masuk, aku jawap & aku perlu sambungkan kepada rakan sebelah mejaku. Di masa yang sama, telifon bimbit aku berbunyi. Aku tak tahu siapa yang menelifon, tapi yang pasti aku kena jawap segera sebab bunyi henponku agak kuat. Aku tanyakan si rakan di meja sebelah apa nombor sambungannya, dia bagi muka blur & tak jawap2. Waktu itu, aku sudah jawap telifon bimbitku, si Clerk-of-Work untuk salah satu projek kami menelifon, memberitahu & meminta aku maklumkan pada Project Engineer yang dia masih di Bintulu. Kemudian dia menyambung cakap perihal dia masih belum mendapat gaji dari previous employer dan memang tengah pokai. Aku hanya meng-ia-kan & berjanji akan maklumkan pada project engineer nanti. Berkenaan dengan telifon yang pertama tadi, ia terputus sebab aku tak tekan butang untuk sambungkan ke telifon sebelah. Aku tak tahu siapa yang telifon & pemanggil itu pun tak panggil balik lagi.

Moral of the story:

1) Kenapa la orang suka sangat telifon rakan sekerja pasal kerja guna telifon bimbit. Tau aku 8 jam sehari di pejabat saja, telifon saja ke pejabat. Sekurang-kurangnya, jika aku tengah sibuk, si penjawap akan beritahu aku sibuk.

2) Ayat ini mungkin kejam, tapi hakikatnya, tiada keperluan untuk kau ceritakan pada rakan sekerja yang tak berapa rapat dengan kamu perihal kamu tengah pokai. Mungkin tiada apa pada situasi biasa, tapi sungguh aku malas nak dengar ketika aku tengah sibuk bekerja.

3) Sama seperti point pertama, aku juga hairan kenapa orang suka menelifon kawan sendiri guna telifon pejabat. Tau la boleh menjimatkan kredit kamu, tapi patut hormat penggunaan telifon pejabat. Tambah lagi jika kamu si penjawap telifon rasmi di pejabat, khidmat kamu lebih diperlukan untuk menjawap pangilan telifon yang masuk, bukan membiar rakan lain menjawap di kala kamu sibuk bersembang dengan rakan.

4) Kadang-kadang aku bengang juga bila si penjawap telifon rasmi pejabat kami memberi tindak balas yang begitu lambat pada panggilan telifon. Itu tugas kamu, jadi tolonglah lebih responsif.

Petang itu, aku diberi tugas lain juga, iaitu menghubungi calon-calon Clerk-of-Work untuk urusan temuduga bagi projek kami yang baru bermula. Ada 3 calon yang perlu aku hubungi. Percubaan pertama, ketiga-tiga tidak dapat aku hubungi. Dua daripadanya kerana tidak menjawap, manakala yang seorang lagi tidak meletakkan no telifonnya di dalam resume beliau. Pada tahap ini, aku dah tak dapat benggang lagi. Maka aku putuskan situasi itu sebagai lucu, malas aku nak marah pada benda-benda tak guna ni. Aku cuba cari lagi no telifon salah seorang calon itu (kita namakan dia Si A), setiap helaian resume & sijil aku telitikan. Tiada. Di resume-nya ada dinyatakan hobinya & segala macam lagi data, tapi masih aku tak ketemu no telifonnya. Selepas setengah jam, aku cuba lagi call 2 lagi calon, yang seorang dapat dihubungi (bagi dia nama Si B), tetapi meminta temuduga ditangguh ke April kerana masih berada di Miri sepanjang Mac. Yang seorang lagi masih juga tidak dapat dihubungi walau ada 3 no yang dia bagi (panggil dia Si C). Bila aku maklumkan pada project engineer memerangkap boss aku mengenai hal ini, dia menyuruh aku menalifon syarikat tempat si A bekerja untuk minta nombor telifon dia. Mengenai Si B yang minta temuduga diadakan pada April, boss aku katakan Si B ni ada sedikit menipu, demand meminta gaji RM 5 ribu lebih sebulan untuk jawatan Clerk of Work!!! Abaikan saja dia & cuba hubungi si A & si C lagi.

Moral of the story:

1) Jangan lupa untuk letak no telifon anda dalam resume anda jika anda memohon kerja. Jika anda hanya sekadar mencuba nasib, baik anda jangan pohon. Satu lagi, sebenarnya tiada keperluan untuk anda letak minat surfing internet & sport di dalam resume anda, terutama jika anda lupa meletak no contact anda. Yang di tengok dalam resume hanya pengalaman & tahap pendidikan anda termasuk kursus-kursus berkaitan yang pernah anda ikuti.

2) Jangan cuba menipu atau demand bila letak expected salary dalam resume anda. Walau anda sudah ada pengalaman berbelas tahun bekerja, tapi meminta RM 5 ribu untuk jawatan Clerk-of-Work memang nyata tidak logik & hanya membuatkan anda ditolak diri senarai yang akan ditemuduga. Bila memohon untuk sesuatu kerja, kena tahu range gaji yang sesuai dengan pengalaman & kelayakan anda. Jangan ingat majikan tak tahu standard gaji sedia ada :D

3) Kenapa la bagi no telifon yang tak dapat dihubungi dalam resume anda? Tahu nak minta kerja, pastikan ada nombor yang boleh dihubungi.

RABU – CUTI YANG PENUH AGENDA ADHOC

Pagi, seperti dirancang, aku pergi ke litar belajar memandu. Latihan seperti biasa. Dua kali pusing laluan luar untuk mantapkan lagi skil mengawal stereng & skil nak membelok kat  simpang. Habis latihan, aku try call dealer kereta aku, tanya progress pembelian kereta & loan sume. Dia kata kalau boleh sign agreement minggu ni, jadi aku bagitau dia aku cuti dua hari ni kalau nak ke bank. Dia cakap, nanti dia kontek balik.

Aku kemudian pergi area Satok. Memula, aku pergi bank Islam sebab dah lama aku berhajat nak buka investment account. Kat Bank tu, aku borak la ngan pegawai sana tanya pasal investment account ni semua. Dia promo aku buka unit trust, tapi aku tak brapa familiar ngan benda ni. Lagipun kawan aku penah cakap, time2 ekonomi x menentu ni baik jangan invest memana dulu. Pegawai tu pula kata time gini harga unit trust murah, so baik ambil. Ehehe, aku pun tak tau mana betul. Jadi aku minta dia terang pasal 3-3 investment ni = unit trust, fixed deposit & investment saving account. Last-last aku buka investment saving account. Fikir aku, at least ada akaun khas untuk aku simpan sikit2 setiap bulan & dalam masa sama bagi sikit profit kat aku.

Lepas urusan kat Bank Islam, aku pegi lunch kat MarryBrown yang baru buka cawangan kat Kuching ni. Sedap juga la. Rasa & harga lebih kurang ngan KFC. Spesel dia ada curly fries & ayam dia ada kuah = mushroom & satu lagi aku lupa. Masa aku makan, dealer kereta aku call kata pegi sign agreement petang tu. So lepas makan aku pun tunggu dia kat CIMB Bank. Dalam masa tu aku belek2 brosure yg ada kat situ. Ada satu plan investment yang macam best.

Rupanya tempat sign agreement kat cawangan yang satu lagi, dekat je la. Banyak paper yang aku kena sign. Dah la kebanyakkan tu masih borang kosong, tapi the one yang nyatakan jumlah pinjaman & faedah aku memang dah bertaip sume la…so aku x risau sangat, sign je…lagipun tu kebanyakan borang aqad rasanya.

Lepas sign agreement, aku pegi balik kat CIMB Bank yg satu lagi. Tanya pasal investment yang cambest je. Terang punya terang, akhirnya aku decide ambik juga investment plan tu, investment memerangkap simpanan selama 15 tahun, tapi dalam tempoh 10 tahun ni aku boleh suka-suki keluar masuk duit la. Tempoh tu aku pilih yg paling singkat, dia ada juga untuk 20, 25 & 30 tahun, tapi aku fikir dah tua sangat nanti ape je la nak guna duit banyak2, baik aku letak tempoh matang awal sikit. Yang paling best pasal plan ni, waktu tempoh matang nanti, faedah yg kita dapat based on harga/rate tertinggi dalam tempoh 15 tahun ni. Jadi, macam yg aku invest ni, the worst case kalau pun harga dia semakin menurun x naik2, nanti lepas 15 aku masih boleh dapat balik duit aku ikut rate time aku masuk. Itu worse case, tapi secara logik akan ada naik turun la, so mana yang maximum rate sepanjang 15 tahun ni, itu la rate yang akan aku dapat nanti :) . Waktu aku sign borang-borang tu sume, tetiba aku senyum sendiri. Banyak betul borang aku isi hari ni.

Waktu aku tengah urus proses buka akaun CIMB & investment tu, officer sorang tu tanya nak tak aku mohon kredit kad diorang. Permohonan & membership free. Kalau guna & bayar dalam tempoh masa, kita tak dikenakan apa-apa interest. Tapi aku takut pula nak ambil, tahu sendiri ni boros belanja. Tambah lagi aku dah ada Maybank Debit Card yang boleh function as Visa, jadi kredit kad bukanlah keperluan aku. hahaha. Tapi betul la kata orang, bila dah kerja ni macam-macam je offer datang.

Disebabkan pertambahan 2 kad bank itu, purse aku dah tak boleh ditutup rapat. Korang tau la apa dalam purse aku tu kan, dengan kunci dimasuk skali dalam purse, plus segala resit2 & benda ntah apa lagi. So aku decide pegi cari purse baru. Okay, aku jumpa ada satu yang comel & agak okay untuk dipakai. Harga agak mahal iaitu RM35, tapi ntah macam mana aku x fikir secara logik itu adalah mahal. Lepas aku bagi duit untuk bayar, aku dapati bahagian untuk letak kad-kad sume hampir sume x muat. Hampeh sungguh. Aku pun dengan muka toya minta untuk try purse lain….try punya try, last-last pembantu kedai tu kata dia tak boleh re-fund (sebab purse yang aku pilih lebih murah, dia x boleh bagi baki) sebab dah punch dalam machine dia & boss dia tak ada. Boleh lagi dia kata kalau nak tukar juga aku kena ambik benda lain untuk cukup RM35. Apakejadah….Aku buat muka degil x nak ambil benda lain. Tapi last-last aku mengalah juga mengenangkan prinsip ‘Customer is always right’ tidak dipraktikkan di Malaysia.

Moral of the story:

1) Jangan bayar barang yang anda ingin beli sebelum ia betul-betul teruji OK. Sebaiknya survey betul2 dulu sebelum beli apa-apa (benda yang paling malas aku buat).

2) Agaknya bila la pekedai2 Malaysia ni nak naikkan standard service diorang. Aku pun ntah macam mana lupa kebiasaan kalau benda cenggini boleh je minta warranty (kalau nasib baik), tambah lagi aku x kluar lagi dari kedai tu. Yang buat aku bertoleransi sebab aku sedia maklum majikan kat Malaysia ni x percaya pekerja sendiri, maka diorang x boleh bagi re-fund apa sume balik. Tapi kan barang tu masih ada situ…AIYAKKKK…kenapa la aku x fikir time tu. Time tu aku ingat nak suruh dia call boss dia, tapi aku kesian kat dia & aku juga takut dia jadi cuak pelanggan kat Malaysia ni makin demand. Tapi betul la, sampai bila kita nak biar standard kita cenggini je yang sebenarnya menyusahkan kita sendiri. Custumer Right ditindas kat Malaysia ni. Bila aku tengok cerita jepun, hatta jadi pelayan cafe pun diorang penuh etika & memberi servis yang terbaik (dan realitinya memang begitu), kalau kat Malaysia jumpa peniaga marah-marah pun selalu…apakejadah nye….

3) Rancang apa-apa investment yang anda ingin ambil untuk memudahkan pengeluaran duit bank anda. Sekurang-kurangnya anda tak perlu tiga-empat kali pergi ATM keluarkan duit.

Balik, seperti biasa guna van sapu kerana perkhidmatan bas ke kawasan kami telah ditamatkan. Dalam van aku penat sangat, buatkan aku tertidur dari awal perjalanan sampai la ke kampung aku. Aku tersedar bila orang yang duduk sebelah aku turun. Nasib baik aku masih di kampung aku, sudah melintas rumah aku sebenarnya & driver van itu perlu reverse balik. Aku bangun dalam keadaan mamai & blur tak tahu dah sampai mana. Nasib baik aku x terlajak sampai Kampung Buntal atau Santubong, kalau tidak tak tahu la nasib aku. Dalam aku tengah blur-blur mengenal pasti arah rumah aku, seorang hamba Allah yang duduk di belakang aku memanggil2 aku & minta aku memberi respon padanya. Seronok sangat jumpa aku agaknya, hingga lupa yang aku sungguh blur untuk mengenalpasti arah rumahku, apatah lagi nak bagi respon padanya. Mungkin dia sedikit kecewa bila aku buat muka bodo je tengok dia. Dia tanya x kenal lagi padanya? Aku jawap aku ingat muka dia, tapi x ingat nama. Bila aku dapat kenal pasti arah rumah aku, baru aku tanya dia balik siapa nama dia. Ya, aku kenal dia. Jumpa beberapa kali dulu, lepas tu rasnya dah hampir setengah tahun x jumpa rasanya. Bila aku fikir sekarang, mungkin dia betul-betul kecil hati aku x ingat dia + aku x excited macam dia bila jumpa. What to do?

Moral of the story:

1) Bagitau awal-awal pada pemandu van mana destinasi anda, at least dia boleh kejutkan kalau anda tertidur.

2) Tau la excited jumpa kawan lama, tapi faham la sikit orang mamai-blur-giler perlu terlebih dahulu mengenalpasti kawasan persekitaran, jadi sila bersabar dalam menanti respon orang tersebut, tak payah nak tarik2 baju panggil 4-5 kali, buat benggang je.

KHAMIS – DEBARAN UJIAN MEMANDU

Hari ni aku ujian memandu JPJ untuk peringkat dapatkan lesen P. Aku janji dengan instructor aku datang jam 7 pagi supaya aku dapat praktis sikit. Tapi sebab abang aku lambat hantar, jam 7.30 aku datang. Sempat juga la praktis setengah jam. Jam 9 macam tu, nama calon ditampal. Aku dalam sesi kedua.

Sesi pertama mula dengan ‘On the Road’ test, manakala kami di sesi kedua mula dengan ujian bukit. Aku giliran ke 15. Aku mula rasa nerbes juga, tapi try untuk cool-kan diri. Beberapa orang sebelum aku gagal ujian bukit, kasihan juga pada mereka. Hati ku berdoa agar aku x jadi kalut waktu ujian & boleh lepas dengan baik. Dan alhamdulillah, aku lepas ujian bukit dengan baik.

Lepas ujian bukit, kami bergerak ke kawasan ujian parking & 3-point-turning dengan perasaan nerbes seperti pelajar Akademi Fantasia menunggu keputusan undian. Waktu tu, aku dah start borak-borak ngan 2-3 calon ujian lain yang merupakan pelajar-pelajar lepasan SPM. Rasanya mereka lebih nerbes kerana ada dua keputusan penting akan diketahui hari ini. Ujian parking & 3-point-turning juga aku lepasi dengan baik. Alhamdulillah.

Kemudian, kami menunggu lagi untuk ujian ‘On the Road’. Aku mendapat laluan C iaitu laluan yang boleh dikatakan paling mencabar. Lebih kurang jam 11, aku mulakan ujian on the road. Mula-mula, sebelum kereta bergerak semua persediaan okay. Cuma entah macam mana aku lupa pasang seat-belt. Nasib baik masa kakak JPJ tu tanya betul-betul ready ke, aku teringat seat-belt. Mula perjalanan semua okay je, cuma aku ni agak lambat sikit bagi signal…hampir2 nak simpang baru bagi, tapi at least aku bagi la kan. Aku maintain speed 40-50 km/hr sebab memang tu rule dia. memula jalan lurus je, so aku okay je tukar gear apa sume.

Beberapa ratus meter sebelum kawasan kritikal, ada motosikal kat depan aku. Jalan satu lane sehala. Aku x brani nak potong sebab satunya aku ni memang x mahir sangat potong-memotong ni. Kedua mata/markah akan dipotong jika gagal bagi laluan pada penunggang motosikal atau pejalan kaki. Aku tak sure adakah keadaan ini termasuk keadaan akan dipotong markah atau tidak, tapi sebab ini ujian, maka aku ambil jalan selamat follow je belakang motorsikal tu. Speed aku cuba maintain 40km/hr. Tapi ada juga waktu speed jatuh ke 30 lebih. Lepas tu, tak semena-mena kakak JPJ sebelah aku tu marah aku bawa slow sangat. Aku cakap la ngan dia ada motosikal kat depan, x berani nak potong sebab 1 lane. Pastu ntah kenapa kakak JPJ tu membebel pasal aku x potong. Dia cakap boleh je potong apa sume.

Pastu, bila sampai kat bulatan, biasanya kami dilatih untuk masuk dari lane kanan ke lane paling dalam/ketiga bulatan tu. Tapi tetiba pula kakak JPJ tu suruh aku pakai lane kiri & masuk lane tengah/kedua bulatan. Aku dah start blur ni, tapi aku ikut je. Aku x sure perlu tak masuk lane paling dalam. Aku tanya dia, tapi ntah apa respon dia, aku pun x faham. So aku bagi signal masuk lane ketiga. Bila time aku nak belok masuk lane ketiga tu, tetiba je dia pusing steering aku supaya aku maintain lane tengah. Okay, aku try ikut arahan dia dalam dia terus membebel tu. Tak lama lepas tu aku dah kena masuk ke satu simpang (keluar dari bulatan). Mungkin sebab aku cuba nak fokus pergerakan nak masuk simpang ditambah perasaan terkejut steering tetiba dikawal oleh kakak JPJ tu tadi, maka aku pun x sure aku ada x bagi signal. Tapi yang aku ingat bila dah je aku keluar bulatan tu, dia sambung bebelan dia pasal signal. Dan ketika aku masih di kawasan kritikal iaitu kawasan yang banyak simpang, dia masih membebel ntah apa. Aku cuma meng-ia-kan saja dengan harapan dia akan  berhenti bercakap. Kenyataannya, satu hapa pun x masuk otak aku masa tu, tapi waktu dia bising-bising tu, dah terlintas di fikiranku “Aku gagal dah ke?”. Tapi aku cuba lupakan kejap & teruskan memandu dengan tenang. Alhamdulillah, perjalanan balik takde masalah sangat & dari kebiasaan aku bawa maintain 40km/hr, aku drive 50km/hr sepanjang perjalanan balik.

Tamat ujian, kakak tu bagi slip keputusan. 17/20. Ertinya aku lulus. Namun lansung xda rasa happy pun. Mood aku sungguh la spoil. 3 mata yang hilang = guna isyarat lampu/tangan dengan betul; guna brek kaki dan tangan dengan betul [aku rasa sebab waktu mula-mula nak drive, brek tangan tu keras sangan sampai aku x dapat lepaskan] & menggunakan gear sesuai dengan kelajuan [huh!!!, ni la yang paling smooth aku tukar gear sepanjang perjalanan!!!!].

Moral of the story:

1) Mengikut pemahaman aku, had laju ketika ujian memandu bersama JPJ, sebaiknya dikekalkan 40km/hr & had paling maksimum ialah 50km/hr. Jadi adalah normal untuk seorang pelajar berlesen L ditambah lagi bila memandu di sebelah pegawai JPJ yang sedang menilai untuk memandu perlahan, tidak memotong dan yang sewaktu dengannya.

2) Secara psikologinya, adalah tidak baik memberi komen negetif kepada pemandu yang cuba untuk memberi sepenuh konsentrasi pada pemanduan apatah lagi yang memandu itu belum pun lulus P apatah lagi mempunyai lesen sah.

3) Secara logik & common sense nya, tiada keperluan untuk pegawai itu membebel sepanjang calon tengah memberi konsentrasi pada pemanduaan. Memang mungkin banyak salah & kurang pada pemandu amatur begini, tapi itu adalah satu common sense yang perlu di ambil kira. Mungkin dia kononnya berniat baik menegur atau memang intonasi percakapan dia memang begitu, tapi bersikap professional la di dalam kerja anda. Ada banyak cara lagi untuk menegur sperti mengatakan “Jangan slow sangat, potong je motosikal tu”; “jaga signal”; “pakai lane tengah bulatan je, jangan masuk ke lane paling dalam, senang sikit masuk simpang ke laluan C”. Ayat yang ringkas, tapi cukup untuk mengingatkan & cukup untuk memberi arahan. Apa perlunya membebel panjang di kala pelajar perlu fokus pada pemanduan.

4) Lupakah kamu Prinsip Bernoulli? Halaju tinggi, tekanan rendah! Sama juga dengan kawalan kereta. Semakin laju kita membawa kereta, semakin senang hilang kawalan stereng. Maka kerana itu, semalam waktu buat latihan, aku nekad untuk bawa maintain 40km/hr. Biar lambat asal selamat……malas aku nak komen lagi.

5) Aku tahu la kamu tu penat, panas, lapar…tapi kau ingat kau sorang je? Kami datang ke litar lebih awal dari kau tau x? Kami lansung x makan sepanjang menunggu ujian, sedangkan korang memang ada disedia makanan. Kalau kau penat menunggu pelajar memandu perlahan, maka ada baiknya kau berenti je jadi pegawai pengawas ujian. Apakejadah nye macam ni. Buku panduan bukan main kata had paling laju sewaktu ujian 50km/hr. Patut korang ni sebelum dilantik jadi pegawai pengawas ujian patut duduk dulu ujian psikologi khas. Benda yang common sense pun ko tak reti-reti lagi. Boleh lagi kau membebel sekaligus megganggu konsentrasi aku. Belum masuk tindakan mengejut kau memusing steering ikut suka kau.

Bila aku ceritakan pada sahabat baikku pasal peristiwa sewaktu on the road test, dia sendiri setuju jika dia di tempat kejadian, pastinya akan menggelabah giler & hilang fokus. Ada lagi peristiwa berlaku yang buat aku hilang mood hari ni, tapi cukup la setakat ni. Sesiapa yang tamat baca dari awal, tahniah ye. Dan aku percaya, ada sesetengahnya pasti anda juga setuju, maka berilah komen ye :) , cuma harapnya tiada komen yang makin menyakitkan hati aku.LOL

Panjang betul aku tulis. Ni baru peristiwa ringkas 3 hari, kalau tiap hari aku tulis cenggini memang boleh buat novel…hehehe:)

Related Posts with Thumbnails
  • 18 Comments

  • Your email is never shared.
    Required fields are marked *