Masuk ke dalam cahaya (Abdullah Hussain)

seingat saya….saya membaca buku ini ketika tingkatan 4….buku yg amat menarik…mungkin novel berunsur Islam pertama yg saya baca sepanjang hayat saya rasanya…dan kemudian, saya tercari-cari untuk membaca buku ini kembali…tetapi x ketemu…

ketika bertugas sebagai guru ganti…saya ketemu kembali buku ini di perpustakaan sekolah itu….hati saya melonjak gembira…selepas meminta izin salah seorang guru sekolah, saya meminjam buku ini….namun malangnya, kerana kesibukan berkerja…saya tidak berkesempatan membaca buku ini semula…sepanjang di bwh jagaan saya, buku ini terletak baik di atas meja….hanya sesekali saya cuba membaca, membelek beberapa muka…kemudian perlu berhenti semula….kini timbul kekesalan kerna mungkin juga takkan bertemu lagi dgn buku ini…

seingat saya, buku ini mengisahkan seorang pemuda yang telah tersimpang jauh dari ajaran Islam…kemudian membawa diri, keluar meninggalkan rumah…di dalam perjalanan, dia singgah di sebuah kampung..tertarik dgn cara hidup masyarakat kampung itu, dia akhirnya menetap di situ…

tidak lama kemudian, dia dan penduduk kampung mula berdepan dgn cabaran..dan cabaran memuncak bila Raja Ifrit sendiri datang ke kampung tersebut untuk membawa kemungkaran…

yang menarik di dalam buku ini adalah terdapat beberapa unsur mistik/misteri yang ditonjolkan…seperti kampung ini tidak akan dapat dikesan oleh orang luar, seperti kampung ini ghaib dari dunia luar…namun inilah yg menjaga kesucian kampung ini selama ini…

buku ini juga menonjolkan beberapa budaya masyarakat Islam yang sudah jarang atau mmg tidak diamalkan lagi….salah satunya, ketika menyambut sesuatu majlis/kenduri (perkahwinan), tiada persiapan yg dibuat hinggalah sehari sebelum majlis…sehari sebelum majlis, seluruh warga kampung sama-sama bergotong royong menjayakan majlis…malah mereka juga membawa bahan makanan sendiri untuk dimasak dan dikongsi bersama…tiada pembaziran dan tiada bebanan bagi penganjur majlis….

yang lainya, hehehe,bacalah sendiri

Related Posts with Thumbnails
  • 5 Comments