Mencari jiwa merdeka…

Salam penuh kesejahteraan buat semua.

perjalanan

Jam 12.43 am, 31 Ogos 2009. Hari ni pertama kali aku sambut kemeriahan merdeka, tapi masih lagi dari dunia kecilku, sendirian di meja belajar meng-spam menghantar tweet #merdeka di twitter.

Dari dulu hingga sekarang, bagi aku hari kemerdekaan hanya sekadar sambutan. Tambahan lagi aku sebagai orang Sarawak, hakikat negeriku cuma merdeka bila menyertai Malaysia pada 16 September 1963 membuatkan bagiku tarikh 16 September lebih ada maknanya.

Malam ini, sambil memantau trending topic twitter, aku juga sibuk menyusun bil-bil utiliti rumah ke dalam sebuah fail. Kalau dulu aku gelak arwah ayah bila dia suka kumpul bil-bil lama….haha, sekarang aku pulak yang lebih advance, siap diletak di dalam fail. Bila kita dah mula kena bertanggungjawap dengan hal ehwal rumah, urm…donno how to sambung this….hahaha.

Tapi kan…sungguh pun sekarang aku sudah ada sumber kewangan sendiri, namun dipenghujung usia 23 tahun, aku sudah berhutang kira-kira RM 83 ribu….Ya, ribu…sure takde orang nak pinang aku tahu aku hutang banyak ni. (Sebelum korang terkejut beruk, hutang tu termasuk PTPTN, kereta & personal loan untuk renovation rumah). Begini ke merdeka seorang rakyat Malaysia? Dan aku rasa bukan aku je kan yang ada hutang banyak macam ni, majoriti pelajar Malaysia yang terpedaya dengan bantuan tak ikhlas PTPTN kini punya hutang puluhan ribu.

Dan bila pengangkutan awam tak boleh diharap, nak tak nak terpaksa juga mengambil kereta juga. Macam kes aku, perkhidmatan bas ke kewasan rumah aku telah dihentikan sejak Mei 2009 yang lalu. Merdeka rasanya bila punya pengankutan sendiri, kita berupaya berdiri atas kaki sendiri. Namun kecewa bila jalan raya tak mampu menanggung kapasiti traffik. Beginikah negara kita yang sudah merdeka selama 52 tahun? Kenapa kita tak mampu untuk maju seperti Jepun yang 64 tahun lepas merupakan padang jarak padang terkukur selepas dibom?

Di mana kurangnya kita? Mentaliti? Sikap? Malas? Topik ni jika dibancang lanjut juga tiada makna….aku tidak rasa mentaliti kita untuk maju boleh berubah begitu sahaja.

Tapi aku teringin juga, bila mana pergi berbelanja di supermarket atau singgah makan di gerai, disapa mesra penuh hormat dan adab oleh pekerja supermarket atau gerai; bukan muka masam mencuka atau penuh kepenatan gadis kaunter.

Dan aku teringin juga, bila ada kes bangunan runtuh lagi contohnya, para blogger membincangkan secara rasional, bernas dan secara teknikal serta disokong dengan fakta-fakta yang sahih; bukan mencipta dan menyebar kontroversi  dan spekulasi tak berasas.

Dan aku teringin juga, 20-30 tahun nanti, Malaysia sudah ada sistem pengangkutan awam yang maju. Seperti Jepun, dihubung oleh keretapi laju di semua bandar-bandar (tak salah kan mencontohi kemajuan negara lain). Kerana bila pengankutan awam baik, maka mungkin lepasan graduan pada masa itu kurang hutangnya….kurang rm40 ribu dari dibazir membeli kereta.

Agaknya 10 tahun lagi bagaimanakah Malaysia? Sebelum itu, wawasan 2020 akan tercapaikah?

googlemerdeka

Google’s Doodle sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-52

Selamat Ulang Tahun Kebebasan dari penjajahan politik dari kuasa luar, Malaysia

Di pagi ini…aku masih mencari erti merdeka, masih mencari jiwa merdeka

Jam 2.27 pagi. I rest my case :roll:


Related Posts with Thumbnails
  • 10 Comments