Mengenali Hlovate bersama HuRuL_AiNi

hlovate

Salam penuh kesejahteraan kepada semua.

Bunyi tajuk tu macam tiru gaya topo je…haha, tapi abaikan saja. Back to topic, do you know who is Hlovate?

Baru-baru ini ketika aku menjenguk forum ILuvIslam, ada satu thread yang membincangkan mengenai penulis Hlovate ini. Aku mendapati, bagi yang mengenali Hlovate akan amat mengenali & miminatinya. Tapi bagi yang tidak kenal, memang takkan ada idea siapakah dia. Secara logik fikir aku, aku dapat kenalpasti kenapa ini berlaku. Bagi yang mengenali dia, memang akan minat pada hasil penulisannya kerana ianya sememangnya teramat best. Bagi yang tak kenal pulak, kerana dia ini sungguh low profile….hik3.

Hlovate sebenarnya seorang penulis yang mula menulis di alam blog. Blog pertamanya http://hlovate.blogdrive.com dibina sekitar Januari 2005. Aku mula mengenali blog hlovate melalui blog Rnysa. Rnysa juga seorang penulis online yang pada ketika itu baru menerbitkan novel Relevankah Aku Dihatimu. Novel yang amat best juga…hohoho. Berbalik pada hlovate, rasanya aku mula menjengah blog beliau sekitar penghujung 2005 kot. Seperti yang aku pernah tulis dulu, aku mengenali dunia blog dengan menbaca blog-blog e-novel. Hahaha. Waktu tu, hlovate baru tamat tulis e-novel GT_i dan Versus. Aku ingat lagi, masa tu aku surfing pakai dail-up je, so bila dapat online…aku save semua page blog dia…haha…pastu baru baca tengah-tengah malam…hohoho.

E-novel pertamnya, GT_i Trilogy ~ GreatTroubleMaker_i; GreatTroubleMaker[i'm a senior] & GreatTroubleMaker[i'm outta Teens]~. Kisah kehidupan budak-budak sekolah asrama. I’m outta Teens pulak kesinambungan selepas watak-watak tamat zaman belajar, hingga masing-masing masuk ke alam perkahwinan. A very refresh story i can say. Dengan humor & lawak yang boleh buat kita gelak sakan; dan persoalan hidup yang buat kita fikir panjang. Bagi aku, yang menarik bagi novel ini adalah penceritaan yang selamba. Kini, novel ini telah dibukukan pada Januari 2008 dengan tajuk Aa+Bb. Bagi, Aa+Bb ni lebih kepada kisah I’m outta teen’s dengan flashback kepada kisah-kisah sewaktu mereka di sekolah. GT_i & I’m a Senior pula dibukukan pada Julai 2008 dengan tajuk [Tunas].

E-novel kedua Hlovate ialah Versus. Belum ada versi cetak. Honestly, antara semua karya hlovate, aku paling suka yang ini. Kisah remaja alam street yang berubah untuk hidup cara Islam. Kisah cinta yang berlandaskan Islam jugak, ada sedikit tarik tali…tapi aku tetap suka jugak…hahaha. Kesinambungan dari Versus, dihasilkan juga Ked’s Story, kisah abang kepada heroin Versus…hohoho.

E-cerpen Schubert’s Serenade, not a love story. Lebih kepada kisah adik beradik lain mak lain bapa…hohoho. Yang menariknya, it’s not a happily ever after type of story. Seriously nangis gila babeng baca cerpen ni. Versi cetaknya dimuatkan dalam kompilasi 3 cerpen : Gurindam Jiwa (April 2007). Ada pernambahan dalam versi cetak, yet still not a love story…hihi. Apapun novel ni berjaya membuat aku mengenali muzik klasik & buku-buku novel Inggeris.

5 Tahun 5 Bulan, plain jane’s diary type of novel bagi hlovate. Novelnya yang pertama dibukukan sekitar Februari 2006. Ia kisah remaja yang belajar erti dewasa. Kisah cinta yang dipagar syariat.

Rooftop Rant, aku cuma telah tamat baca versi online lama dulu. Bukunya yang baru diterbit Februari 2009 telah kubeli, namun tak sempat lagi untukku baca. Namun aku suka juga jalan ceritanya yang lain dari yang lain. Heroinnya remaja yang datang dari keluarga yang telah porak poranda, maka selalu ingin nak bunuh diri. Kenal pada sahabat yang menjadi kawan penyelamat. Mereka terpisah kemudian. Sewaktu terpisah ini, mereka sama-sama berubah jadi yang lebih baik. Endingnya, aku tak tahu sebab versi online tak tamat…haha.

Anthem, e-novel yang tak tamat lagi. Kisah mengenai remaja yang membesar di luar negara, terpaksa berpindah belajar ke Malaysia balik. Mengalami kejutan budaya. Sering dikutuk dari belakang oleh orang-orang yang hanya tahu mengutuk, tapi tak pernah nak suluh cara kehidupan yang sepatutnya. Bila baca buku ni buat kita fikir hakikat yang selalu kita buat, treat people bad when we have negetive first impression for them. Didn’t give the chances to people to understand & learn before change, yet expecting people to behave according to the ‘standard’ way of life regardless what kind of life they had before…hoho.

Cerpen lain tulisan hlovate ialah A Moment dan Biru. Waiting for more, but i guess it will all be out as printed version. Kesimpulannya, novel-novel dia menarik kerana jalan cerita yang fresh & kreatif; penulisan yang selamba & rilex. Ayat-ayat bombastik & ilmu-ilmu yang payah nak tahu kalau bukan minat kita..haha. Dan yang paling best, penerapan cara hidup Islam bagi seorang yang biasa-biasa. Berbeza dengan watak Fahri dalam Ayat-Ayat Cinta yang begitu perfect hingga sukar menjadi ikutan, tetapi watak-watak yang dihidupkan hlovate adalah insan-insan biasa yang menerap cara hidup Islam secara sederhana.

Mengenai penulis itu sendiri. Dia teramat low profile. Dia pernah tulis:

jujur-sejujurnya, kalau baca material kat sini, ignore je la me as the writer.my status,location,education,background history,abaikan aje,k.for all you know I might be in Guatemala doing phD in nuclear science,and am 35 yrs old. .atau mungkin je seorang budak tepi jalan yang nomad[bak kata aie], travel around the world,tak study,tader kerje,dan ader speciality dalam field buat air soya.

the blog is for my story to come to life,not for my life to become a story.

Korang boleh usha blog-blog hlovate kat ~Hlovate’s Cerita~, ~Hlovate’s Hikayat~, ~Hlovatulis~, ~Hlovatalk~ & ~Hlovaterror~.

p/s: bila tengok gambar entri ni baru sedar dah kumpul semua buku dia…hohoho

p/s lagi: Aku banyak kumpul buku Hlovate, Ramlee Awang Murshid, Faisal Tehrani & Habiburahman…siapa lagi penulis novel yang best ekk?

Related Posts with Thumbnails
  • 89 Comments

  • Your email is never shared.
    Required fields are marked *