Salam penuh kesejahteraan buat semua…
Dulu, waktu zaman sekolah menengah, selalu fikir macam mana agaknya aku kalau dah berumur 24 tahun? Berjayakah menjadi manusia? Mampukah berdiri atas kaki sendiri? Masihkah berjaya mengekal akhlak, moral dan prinsip diri. Never know how our life would lead us, and suddenly we realize where we are and amazed with what we become.
Kalau dulu, tak tahu pun apa tu engineer. Kalau dulu, teringin sangat nak independence, nak belajar bawa kereta, nak ambik lesen kereta, nak kumpul duit banyak-banyak sebab taknak selamanya hidup bergantung pada orang lain. Hidup tak sentiasa indah kan, dan kenangan bagaimana rasa kepayahan hidup akan sentiasa di-ingat sampai bila-bila. Subhanallah, Maha Suci Allah yang mendidik dengan sungguh halus. Bermula dari tingkatan tiga lagi sudah menanggung sendiri belanja beli buku-buku untuk sekolah, terima kasih untuk yang memberi duit raya sejak waktu itu. Dan bermula dari tingkatan empat, mula membayar sendiri semua yuran sekolah, belanja beli buku serta yuran kelas tuisyen dengan duit hadiah penghargaan kecemerlangan PMR serta duit biasiswa.
Tapi aku yang naif ini merasa marah dengan arwah bapa, di kala budak-budak lain tak perlu risau dengan segala keperluan, aku mengeluh atas ‘sikap lepas tangan’ tentang belanja pendidikanku. Waktu itu dengki betul bila tengok rakan-rakan kelas tuisyen, balik sekolah dijemput tepat pada masa, tengah hari sempat balik ke rumah mandi dan makan tengah hari dengan selesa; sedangkan aku perlu berjalan kaki beberapa kilometer ke tempat tuisyen sendiri, dan kebiasaannya masih memakai baju seragam sekolah hingga lewat petang atau malam bergantung kepada masa tuiyen. Belum lagi tika beberapa bulan sebelum SPM, aku kena pula membantu keluarga di kedai makan setiap malam di kala rakan-rakan sekelasku sibuk mentelaah pelajaran.
Life never been easy. Everyone has our own hard time, isn’t it? Aku yang dulu pernah teringin sangat lari dari rumah, hahaha, nasib aku masih waras. Aku yang dulu serta merta matikan cita-cita menjadi kaunselor bila berdepan dengan penyakit mak. Aku yang dulu duduk peperiksaan SPM dengan mind setting tahun depan aku repeat balik semua paper hingga keputusan SPM mengecewakan dan mengejutkan keluarga; dan waktu itu aku masih salahkan mereka kerana meletakkan aku ditahap motivasi yang begitu rendah.
Tapi hidup juga satu keajaiban bukan. Entah macam mana aku boleh diterima masuk matrikulasi. Kemudian atas nasihat kawan-kawan, aku pilih Civil Engineering sebagai salah satu pilihan kemasukkan universiti. Dan perjalanan itu bagai sungguh mudah, Maha Suci Allah yang mempermudahkan segala urusan. Dan akhirnya memurahkan rezeki padaku.
Dan sungguh, sepanjang pejalanan hidup ni jadi kalam pembelajaran erti hidup kan. Kepayahan yang buat kita faham erti syukur, erti berusaha dengan keringat sendiri, erti berdikari, dan erti menjadi kuat dalam menghadapi cabaran hidup. Alhamdulillah, syukur pada segala limpah rahmat dan kasih sayangnya.
Hidup ini, pentas untuk kita menjadi hamba dan Khalifah, kan? Masihkah aku sama seperti dulu? Dan bagaimana untuk tahun-tahun seterusnya? Memang, pasti takkan mampu mengikut jejak Sultan Muhammad Al-Fateh yang menguasai Konstantinopel di usia 21 tahun, apatah lagi mencontohi Ibnu Sina yang menguasai ilmu perubatan, falsafah, hafazan Al-Quran dan pelbagai lagi cabang ilmu di usia 16 tahun. Subhanallah.
Cukupkah yang telah aku capai hari ini? Wakaranai…..wakarimasen. Usia cuma pertambahan hari semakin dekat pada hari perjanjian berjumpa dengan-Nya. Usia menjadi titik muhasabah diri, adakah baik hari ini berbanding semalam, dan adakah lebih baik esok berbanding hari ini.
p/s: teringin nak makan kek birthday, last merasa kek birthday sendiri lima tahun lepas kot….kek birthday yang ke-empat kot sepanjang 23 tahun ni….hahaha….maybe siang nanti kalau family tak pakai kereta aku, pergi makan kek kat secret recipe kot…..hahaha, sadis je xde yang nak celebrate birthday aku….hahaha


jjang jjang jjang..hepi behday to u…semoga happy di hari lahir mu ini..wish u all the best!
aish..ambe pong rasa cam nak makang kek je 2 3 ari nih..kekeke…
hehehehe…kamsahanmida unnie….
dpt x makan kek ni….ke asyik makan tapai je…hehehe
TQ…harapnya kekal murah rezeki….amin
happy befday tini.. hehehe.. aku tataw besday ko tapi pas topo tweet baru taw..moga hepi slalu dan panjang umo.. ada masa ketemu lagi ok.. nape la befday ko tak smlm? kalo tak dapat aku mkn kek kat airport.. hehehe…
kekeke….patutnya knapa ko x balik 27, klu x boleh makan mcD ke kepsi sesama celebrate bday aku kat airport….hehehe
Salam and ohayo Hurul-chan…
OTANJYOUBI OMEDETTOU Hurul-chan!!! Semoga sentiasa dalam lindungan Allah selalu.. dan dipanjangkan umur serta diberikan kesihatan fizikal, mental dan rohani yang berpanjangan..and may Allah bless you always with love, success and happiness.. esp. setelah payah jerih yang you hadapi selama ini.. kita berada di fasa yang sama.. dan you are at its best sudah boleh untuk menarik nafas lega.. alhamdulillah. And I do hope, semoga panjang umur agar kita boleh berjumpa.. and as we angan-angan to travel together.. weeheee~
Have a BLAST! You want to eat cake? Okeh.. nanti ambe makankan ye…huhu..
Much Love,
Shee
salam shee-chan,
thanks for your doa….yup, alhamdulillah, sekarang dah makin mudah hidup, at least financially x bergantung ngan sapa-sapa lagi, walau cukup2 makan je….hehehe
pasal travel tu….hehehe, insyaAllah…kumpul ka-ching dulu ne~
huhuhu, you eat cake on my behalf, ye la ambe redho je la….huhu
xde rrr…kidding…hehehe
weh! happy birthday!! dalam kesibukan bekerja dan urusan hari2, nak menjenguk blog2 kwn2 pn limited sgt rsnye…
moga murah rezeki smpai bila-bila…
dari engineer tak jadi,
Ryehana
heheh
TQ, yup sama la….aku pun makin jarang blogwalk…kalau ko x update entri baru kat twitter mmg la payah nak jenguk….hehe
ko pun sama gak, semoga murah rezeki jugak….hehehe, ko engineer x jadi pun, asyik bawak kreta2 besar je best gak….haha, apapun, bersyukur la ngan apa yang ada….& alhamdulillah, dah dipermudahkan urusan, dah berkerja & mula berdiri atas kaki sendiri…okay la tu kan….hehehe
Tiap org ada jalan kehidupan tersendiri, dan dari situlah kita boleh mengandun menjadi sempadan utk kita sendiri….
moga dipermudahkan segala urusan…
p/s – cantik theme ni, romantik je…
yup, kak jie…..hehehe….kadang2 kita hidup tanpa sedar bagaimana kehidupan kita, sedar2 tengok ntah mcm mana dah hidup kita, apapun….semoga kita semua kekal dalam keimanan & rahmat Allah, tu yg paling penting kan….insyaAllah
p/s: thanks, ambik theme ni sebab simple & lebih mudah load…..x terfikir pulak boleh jd romantik….hehe
O-tanjyobi Omedetto Hurul….semoga dipanjangkan umur….dimurahkan rezeki & dipertemukan dengan lelaki aka soulmate yg soleh….amin…….nk kirim kek jauh la pulak….takpo..dtg sini nti akak belanja kek ne….hihihi
domo arigato kak rozie….hehehe
***part soulmate soleh sungguh x boleh blah****hahaha, tp apapun….AMIN….hehe
okay, one cake to be claim if i’m visiting melaka….ngeh3
Haha…happy besday…
dah 24 tahun rupanya umo kamu…
semoga dengan umur yg bertambah nie kamu jd makin matang…
emm…moga panjang umur dan murah rezeki
TQ
huhuhu, tau la korang ni muda2 dr aku…huhu….mesti slama ni ko fikir aku baya2 korang gak…hahhaaha, prasan muda x blh blah….hehe….
insyaAllah, thanks for doa
selamat hari jadi hurul. hidup bukan hidup kalau ia tak payah kan? semoga hurul, me and kita semua berjaya menjadi ‘petani’ untuk hari ‘esok’. aminnn
~thanks lilacfla, yup….hidup ni mcm2 perencah….hehehehe….
~amin
to be hurul_aini.. anda telah mnejadi diri anda seperti sekarang.. perjalanan lalu adalah didikan untuk hari ini… hikmah tersembunyi di sebalik setiap sesuatu.. ucapan selamat hari jadi di kala kelewatan, setiap detik kita melangkah dewasa~
to be hurulaini jauh lagi, hehehe
yup, perjalanan lalu didikan utk hari ini….so true
selamat hari lahir, mehlah datang kl, nanti ambe belikan kek tp kek apollo yang kecik tu , bolehkan
.
tq kak ruha….hehehehe, kek apollo kecik pun ambe redho je….hehehehe
tp nak pergi kl tu yg jauhnya….huhu
Hepi behday adek manes. Moga apa yang dihajati akan tercapai
Aaa meh la datang kl, ambe buatkan kek cawan spesel…hehehe
kamsahanmida unnie….uwaaa…kek cawan special, tahun depan time bday ambe nak g bercuti kat kl la, boleh claim kek ni…hahaha
hurul selamat ulangtahun ke 24…tahiniah dah berjaya dalam hidup..dan syukur serta mudah-mudahan dipanjangkan usia, murah rezeki dan cepat kawenn..kekeke..soweyla lambat wish..ambe still pening2 lagi ni..hahaha..anyways…takpe biarla kesusahan tu menjadi pengajaran yang baik buat kita..malah kepayahan membawa erti yang sangat bermakna apabila kita berjaya..gambatte ne….
domo arigato senpai, insyaAllah….semoga hari ini & hari mendatang akan jd lebih baik dr hari2 yg dah berlalu
xpe senpai, ambe tau senpai baru je balik dr kampung….hehhee…selamat kembali online…hehehe
cepat kawen????yg tu yg lambat lg sanpai…..hahaha
Happy bisthday hurul.. muda lagi hurul ni rupanya..
semoga sihat dan bahagia selalu..
thanks ted|…hehhe……muda lg ke ni?huhuhu
nak kekkkkk…semua org dah suh hurul ke KL..sebab nak belanja kek…muehhee..
hahahaha unnie, kalau belanja tiket flight skali senang rrr ambe nak g sana….hahaha
salam…hidup ni penuh dengan kejutan
tahniah dengan ape yg anda dah capai selame ni
semoga perjalanan hidup anda selepas ni dipenuhi dengan warna2 keceriaan
terima kasih atas doa…insyaAllah…hidup ini indah bila dijalani dengan penuh kesyukuran kan….
Semoga thun2 ni dan tahun2 yg mendatang menjadi lebih bermakna bagi kamu…hehehe
terima kasih. InsyaAllah. Dan anda juga