Mar 172010
 
Relevankah aku di hatimu

Antara e-book terawal yang dibukukan...dan antara novel awal yang membawa kisah cinta dalam lingkungan syariat

Back in 2005, long before i even started my own blog, aku cuma kenal blog-blog bercorak e-novel dan penulisan ilmiah dan Islamik. Masa itu, rasanya belum banyak blog berunsur personal. Hanya blog personal yang menulis pandangan secara ilmiah. Blog berunsur liputan hiburan seperti blog Waiem-unnie dan Budiey sudah wujud serasanya, namun belum aku kenali waktu itu…hehehe.

Ya, waktu itu memang lebih banyak blog-blog e-novel yang aku kenal. Yang pertama ku kenali dan kuikuti ialah blog Rynsa yang terkenal dengan Relevankah aku di hatimu? (RADHA). Rynsa antara penulis e-novel terawal yang dibukukan penulisannya. Kalau tak silap e-novel Noor Suraya sudah lebih awal dibukukan, namun waktu itu aku masih kurang mengenali penulisan kak Noor Suraya. Dari rynsa, ku kenali HLOVATE. Dan sekitar 2006/2007, sudah ku baca juga penulisan Nizam Zakaria dan cerpen-cerpen di laman web lama Faisal Tehrani.

Kini, penulisan e-novel bagaikan sudah tenggelam. Mungkin aku sendiri sudah mula kurang meneroka. Namun, sedar tak sedar banyak sebenarnya penulis-penulis e-novel yang menulis dengan sungguh menarik dan berkualiti. Dan kerana ianya bukan penerbitan rasmi, maka penulis lebih bebas mencurah kretiviti dalam penulisan mereka.

Dan semalam, ku temui lagi seorang penulis e-novel yang menulis novel fanfic yang agak menarik (link akan aku kongsikan nanti). Sungguhpun fanfic, namun bagiku ianya tidak ada beza jika dibanding dengan e-novel genre berlainan.

Menulis karya kreatif bukan mudah. Aku sendiri sudah mencuba. Idea sentiasa ada di otak, namun untuk diadun dalam bentuk penulisan kreatif, ia perlukan bakat. Apatah lagi untuk orang-orang seperti aku yang lebih biasa menulis secara teknikal dan ilmiah.

Dan bila mana aku berjaya menyiapkan 3 episod pendek To Dubai With Love, ia adalah pencapaian yang sudah dianggap baik untuk orang seperti aku…hehe.

Untuk menulis sebuah karya kreatif, bagiku yang paling sukar ialah membina latar belakang cerita dan memulakan pengenalan cerita. To Dubai With Love dapat dibina dengan ‘mudah’ kerana Shee-chan telah membina latar belakang ceritera dalam e-novel ‘PATS’. Dan menulis 3 episod pendek itu, cukup membuatkan aku me-wiki mengenai pepper, Dubai serta Burj-al Arab; malah menonton video youtube mengenai pemandangan di dalam Burj al-Arab serta konsert Dong Bang Shin Ki di Kuala Lumpur.

Kerana itu, aku ‘tabik spring’ dengan para penulis karya kreatif ini, tidak kisah sama ada novel biasa atau fanfic sekalipun. Dan di kesempatan ini, aku ingin menjadikan entry ini sebagai master-list untuk senarai blog-blog e-novel (baca: hanya blog yang isi-nya e-novel, e-cerpen atau fanfic) selain link-link yang telah ada di-atas. Korang juga boleh kongsikan jika ada yang menarik.

Senarai blog e-novel / e-cerpen / one-shot / fanfic:

Bila baca e-novel/fanfic Finding Mr.Glasses semalam, timbul balik rasa ingin menulis karya kreatif…hehehe.

P/S: Tak sabar tunggu Versus karya Hlovate keluar. 1 April ni terus buy online at jemariseni altogether with Pelangi, Jaja & Din, dan Tanah Andriyana…hehehe…Yes aza, i will read it…no worries….ngeh3

p/s lagi: menulis entri ni mau 3 jam…apatah lagi 1 novel…:sad:

p/s tak habis-habis: readers sekalian, ni ada hadiah untuk korang, sila klik SINI

Share on Tumblr

 

  8 Responses to “Menjejak kembali penulis blog e-novel”

  1. blog e novel dah x banyak sangat skrg ni…ada beberapa je…kalu nk download pun susah..tapi kalu yang bagi free tu,..antara cerpen dan novel x brape best(ahhaha…sanggup aku kata x best..hengat diri sendiri best sangat ah tuh..muhehe)..tulah kan kalu nk skrg kene bayo dolu…

    tp ambe skrg manyak carik cite2 yang org2 taip dalam blog..cam shee,dan member aku sorang tu, Mila…dan ske baca fanfic artis…ahhaha…

    *eh to dubai with love 3 episod erk?aku hengat 2…sori..aku taip 2 je..

    nice posting hurul.. :|

  2. penulisan kreatif bg orang sc bak langit & bumi…

    tp x mustahil sbb kita ada dr. rahmat harun hashim,medical dr. yg tulis 4 novel.

    x pandai tulis cerita,tulis puisi je

    http://i-cempaka.blogspot.com/2010/03/petua-blogging-bersama-ketika-cinta.html

  3. Hai… Wah tak sangka MetroPolis pun dalam list. Thank you! Thank you!

  4. :smile: thanks laa sesgt.. mmg crik website enovel… thanks again.. :grin:

  5. ada e-novel yang baru…best cerita dia ek.. http://www.cintabulansalib.com

  6. bez la cite finding Mr. glasses…sonok glew ku bace..
    tp an cmne dowg sume dpt wat citer cmni an..xreti cmne nk mule kan..
    kdg2 rase t’ingin tu adew…tp bksmptn nk wat karya cm downg ni..coz xreti nk mengarang..hehe..taw berangan jew…nk tulis ayat uh lemah ckit..
    coz mmg xpndy nk mengarang..zero..hehe…bahase xpower…hahaha..nway kte sonok glew bce finding Mr. glasses..bez..solute laa..!!hahaha.. ;-)

  7. i love the novel, so korean, please visit my new blog

    * http://guylord.wordpress.com/

  8. baca-baca jugak jgn lupa tanggungjawab dah……

 Leave a Reply

(required)

(required)

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>