Menjelajah Dunia Lain
hahahaha, Facebook ni memang la macam-macam jenis respon yang kita akan dapat. Tambah lagi kalau kawan-kawan kita jenis yang rajin memberi respon. Makin happening kalau kengkawan kita sedikit gila-gila & mula ‘mengenjen’…ahaha…
Tapi, yang aku maksudkan sebagai menjelajah dunia baru sebenarnya adalah habit aku yang suka sangat tengok siri drama. Kenapa aku suka sangat tengok drama & movie ek, terutamanya drama jepun?
1. Aku jadi lupa sekejap dengan hidup aku sendiri….lupa dengan masalah aku…lupa dengan apa yang ingin aku lupakan. Dan kemudian aku sepenuhnya merasakan diriku didunia yang aku tengok itu….tapi itu hanya berlaku kalau cerita itu benar-benar best….hahaha
2. People said you learn about life from other’s experience. Seperti baca buku atau dengar pengalaman orang lain, aku banyak belajar pasal kehidupan melalui drama-drama yang aku tengok. Terutama sekali untuk faham sesuatu perkara dari perspektif yang berlainan. Dan kadang-kadang itu buatkan aku jadi bersyukur balik yang aku hidup seperti mana aku sekarang ni.
3. Kebanyakan drama jepun memang beri aku inspirasi dan semangat lepas tengok. Sebagai contoh, drama Aim for Ace buktikan pada aku, kalau aku nak apa-apa, ia takkan datang macam tu je…semuanya perlukan usaha. Dan orang mahir dalam sesuatu perkara atau bidang kerana mereka bagi sepenuh tumpuan dan usaha dalam apa yang mereka nak capai. Kadang-kadang sampai tak masuk akal usaha yang mereka lakukan.
4. (sambungan dari point no 3) Satu sikap orang jepun yang aku suka, diaorang betul-betul komited, dedikasi & profesional dalam kerja mereka. Lepas tengok cerita Attention Please (versi Melayu = Awan Dania), baru aku sedar kerjaya Pramugari tidak semudah yang kita sangka. Mereka bukan sekadar tukang demo arahan keselamatan & lepas tu jalan-jalan beri/jual minuman kat penumpang. Bila tengok Attention Please, kita akan lihat nak jadi pramugari kena belajar macam-macam. Malah nak tunduk hormat pun badan kena dibengkokkan pada sudut yang betul bergantung pada situasi. (Rasanya Awan Dania tak tunjuk bahagian ni…ehehe)
5. (sambungan dari piont no 3&1) Selepas tengok sesuatu drama yang exciting, aku rasa refresh balik…semangat aku naik…& aku look forward untuk jadikan hidup aku menarik macam tu jugak…
6. Beberapa minggu lepas, aku berbincang dengan kawan-kawanku apa berlaku kalau jantung berhenti berfungsi. Aku bagaikan budak medic pulak menceritakan bahawa otak akan mati selepas 4 minit jantung berhenti berfungsi. Dan hanya beberapa cara untuk gerakkan jantung balik iaitu heart massage (biasa dalam pembedahan, doktor bedah akan bedah, pegang jantung pesakit & mula urut jantung tu guna tangan supaya ia mula bergerak balik) & guna mesin kejutan. Well, macam mana aku boleh tau semua ni? Aku bukan student medic, & aku hanya baca info-info penyakit hanya jika aku sendiri yang tengah sakit. Urm, yang part jantung berfungsi ni aku belajar dari drama Iryu @ Medical Dragon. Banyak lagi ilmu yang aku belajar sebenarnya, tak dapat aku nak senaraikan semuanya…ehehe
7. Aku makin minat nak belajar bahasa Jepun sekarang ni. Dan kini aku betul-betul dalam proses belajar bahasa Jepun. Sebenarnya dari kecil lagi aku dah suka nak belajar bahasa-bahasa asing. Dan aku kagum sangat kalau tengok orang boleh bercakap 2,3 bahasa….
Dan atas sebab-sebab di atas….aku jadi tak boleh berhenti tengok drama Jepun…hahaha. Hinggakan ketika orang lain sibuk menyenaraikan azam dan target tahun baru, aku pula menyenaraikan drama-drama yang aku nak tengok tahun 2009 ni (betul. ini la yang aku buat pada cuti new year lepas, cari & senarai cerita best yang aku nak tengok).
Dan ini lah senarai dunia-dunia yang aku ingin terokai tahun ini:
Status: completed, drama ni aku tengok time cuti tahun baru. Best. Kisah misteri+life+remaja. Ada sedikit macam Akibahara@DEEP. Pelakon utamanya ialah pelakon utama My Boss My Hero…ehehe
Status: Completed. Drama best pasal robot yang fungsi utamanya adalah menjadi boyfriend yang ideal.
Status: Completed. Sebenarnya ni aku baru jumpa & takde dalam list yang aku buat time new year. Tapi sebab aku dah habis tengok, jadi aku senaraikan juga. Tantei Gakuen Q = Sekolah Detektif Q. Mungkin ada yang dah pernah baca komik ni. Ianya lebih best dari Detektif Conan & Kindaichi kerana kes-kes dalam Conan & Kindaichi akan kita rate sebagai biasa setelah tengok Tantei Gakuen Q.
4) Team batista No Eiko
Status: Baru tengok sampai episod 2. Kesan dari Team Medical Dragon, aku jadi minat dengan medical drama. Tapi siri ni tak sebest Team Medical Dragon. Kisah diaorang nak siasat siapa dalang yang buatkan pesakit mati waktu pembedahan dijalankan. Tapi cerita ni slow sikit…aku tak tahu bila la aku akan sambung tengok…rasa macam nak tengok terus episod last dia, tapi itu bermakna aku takkan tengok episod-episod lain lagi & ini amatlah tidak best….hahaha
Status: Baru tengok sampai episod 3 atau 4. Berhenti tengok sebab agak boring. Aku dapat agak apa ending dia…mungkin akan sambung tengok kalau dah takde cerita lain nak ditengok. Main actor = Yamapi.
Status: Baru tengok sampai episod 4. Drama yang exciting, sebab watak Kame dalam drama ni menarik sangat. Kisah peninju yang happy-go-lucky yang bermasalah berat badan jatuh cinta pada seorang nun. Tapi sebab aku dapat predict apa akan berlaku & sesetangah part macam boring, jadi aku malas nak sambung tengok. Sebenarnya aku start tengok drama ni beberapa bulan lepas dah. Semalam aku try sambung tengok. episod 4 macam best. Mungkin ini la yang akan aku habiskan tengok lepas ni…
Status: Drama ni dah ada 3 season. Aku baru tengok sampai episod 6 Season 1. Masih dalam proses mendownload Season 2. Cerita ni best juga. Pelakonnya Yankumi dalam Gokusen & lelaki yang jadi lawyer dalam Dragon Zakura. Penolong Guru Besar dalam cerita Gokusen juga berlakon dalam cerita ni….hehe, lucu. Kisah pasal mereka nak buktikan trick-trick yang mungkin digunkan disebalik jenayah. Ala-ala Galileo, tapi kes-kes dalam drama ni lebih kepada pesalah dia mengaku ada supernatural power, jadi susah nak buktikan diorang buat jenayah.
Satus: Tengah Download. Kisah ahli fizik buktikan cara pembunuhan/jenayah secara saintifik. best sangat. aku tengok drama siri dia tahun lepas. ni menunggu special episode….yeah..
Status: Tengah download. Drama misteri.
Status: Tengah download.
Status: Tengah menunggu giliran sambung download. Drama misteri.
Status: Another medical drama. tengah tunggu giliran untuk di download. Main actor = Yamapi.
Baru aku sedar banyak betul yang aku senaraikan…dan banyak juga yang dah aku tengok sejak 2,3 minggu ni….mentang-mentang la dah pandai guna torrent.
Aibu Saki
Juri Ueno
Eita
Kubozuka Yosuke
Aibu Saki ialah pelakon yang memegang watak Yayoi dalam Attention Please, manakala Ueno Juri ialah pelakon utama Nodame Cantabile. Sewaktu menonton Zettai Kareshi, mati-mati aku ingat perempuan tu ialah Ueno Juri…tetapi rupanya dia adalah Aibu Saki. haha, memang la aku tak dapat nak cam orang. Tapi bila aku baca forum pasal Zettai Kareshi, rupanya bukan aku saja yang keliru…ada juga orang lain yang keliru.
Sewaktu tengok Ikebakuro West Gate Park, aku juga salah bila ingat watak King dilakonkan oleh Eita (Mine Ryutaro dalam Nodame Cantabile), tapi rupanya dia sebenarnya Kubozuka Yosuke (Kikuchi dalam GTO & Asami Akio in Long Love Latter). Tapi tak boleh nak salahkan aku juga, muka diaorang hampir sama…huhu…
Bila aku baca balik apa yang aku tulis ni…macam tak percaya je ni aku…hahaha. But, whatever it is…this is part of my life now…downloading & watching drama series…Aku juga baru dapat tahu dah ada Korean Version bagi cerita Hana Yuri Dango & Meteor Garden –> Boys Over Flower…agaknya ni pun salah satu dunia yang aku nak teroka tahun ni…Selain itu, aku juga mungkin nak tengok drama Ghost Whisperer, Lost & Prison Break Season 4. Aku dah ada season 4 GW & Season 3 Lost, tapi rasanya nak cari dulu season yg awal2 before tengok ni….
Banyak kan drama yang aku nak tengok. kalau sesiapa nak recommand mana-mana cerita best, dozo dozo….ehehe
Till next post, ja na…










Waaah…suka akak baca yr blog….mmg menepati citarasa akak yg sukakan drama2 Jepun ni…..kita serupa lah…..I did watch Korean drama tetapi Japanese drama tetap menjadi pojaan hatiku…..
Recommend le citer yt best2 lagi ye…senang akak nk donlod nti….btw, have u watch Utahime? susahnyer nk carik Eng sub for that drama….dh lama tak tgk Tomoya Nagase belakon…windu plak…hihihi….kalau u ada jumpa yg ada Eng sub…jgn lupe roger2 ye….hihihi….
[Reply]
kak rozie…
thanks for dropping by…
ehehe…akhirnya ada juga gang j-drama fans…ehehe…yup, layan juga korean drama tp japan drama juga yg best…ehehe
yang saya list down ni mostly my fav…yg saya blm tgk, based on sinopsis mcm best…ehehe
insyaAllah, kalau ada yang best mmg saya akan letakkan dlm post, xpun maybe dlm chatbox…informing what drama im currently watching…
Utahime…urm, 1st time dengar ni…later on i cari info…ehehe
[Reply]
kak rozie, i check kat d-addict, they already have complete english sub for Utahime. this is the link for the subs:
http://www.d-addicts.com/forum/viewtopic_54276.htm
tapi yang ni softsub la…
[Reply]
Hihihih….thanks dear….amacam akak carik tak jumpa tp U carik terus dapat? Hhihiih….skrg akak dlm misi downloading….hihhihi…..I’ll let U know how’s the result by next week insyaallah…tu pun klu pc ni tak buat hal….hihih…..
FYI, akak mmg mempunyai collections japanese dorama yg agak byk…..sampai mama bising….till this day….hihiih…..
Kalau tgh senang2 tu, u can email me at rozie_sharon@yahoo.com…
Thanks again dear….
[Reply]
hehe, cari je kat d-addict, sana blh kata almost complete…ehehe
hehe, kakak byk j-drama collection ye…urm…best nye…saya ni harap dwld je la…ehehe
neway, akak punya fav j-drama apa?
saya, stakat ni paling suka team medical dragon…ehehe
[Reply]
hmm…
seems like u nih addict to japanese drama….
hehehe…well…kalau nk ikut my view….jdrama mmg pelbagai…sgt variety storyline…
hmm…
compare to korean yg mostly sgt similar to each other…
well…keep going…jdrama mmg cool…
[Reply]
HurulAini Reply:
November 11th, 2009 at 9:38 am
hehehehe…
boleh la kata addict, bila dah xde benda lain nak buat…..tengok drama je la…hehehe….
yup yup yup….tu keistimewaan japan drama, storyline dia lain2, lebih ringkas & padat….so x boring tengok….kengkadang banyak info baru dibelajar jugak…hehehe
korean drama jalan cerita lebih kurang je…mostly pasal cinta bersegi-segi, kesusahan/masalah hidup, kehidupan keluarga…hehehe, tp emotionally can make us attacth to the drama….hehehe
[Reply]