Mentelaah sejarah melalui drama


HuanZhuGeGeKalau dulu, di kala kita banyak disaji drama-drama Hong Kong dan China di TV tempatan…istilah ‘man son man son man man son’ (ye aku tahu aku sukahati eja…hahaha) menjadi istilah biasa bagi yang gemar mengikuti drama ala-ala sejarah Cina. Ingat lagi drama My Fair Princess @ Huán Zhū Gé Gé? Drama yang menjadi fenomena sekitar 10 tahun lepas, berkisar kepada puteri yang clumsy dan kasar, masuk dan cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan istana? Dari segi sejarah, drama itu hampir keseluruhannya fictional. Namun dari situ kita belajar kebudayaan kegemilangan dinasti China. Kita menjadi biasa dengan istilah Dinasti Han, Forbidden City dan yang sewaktu dengannya. Kita teruja dengan pakaian puteri dan raja yang hebat-hebat, kita cemburu melihat hidangan pelbagai untuk penghuni istana, dan yang tak boleh nak dielak ~ seni kungfu pedang serta skill terbang para hero…hohoho.

Kini, bila gelombang Korean kembali melanda…muncul banyak drama-drama bergenre  sejarah seperti The Kingdom of Wind,  The Book of Three Han/Jumong dan yang terkini Queen Soen Duk. Drama-drama begini biasanya berepisod panjang, Queen Seon Duk sendiri punya 62 episod membuatkan aku give-up awal-awal sebelum mendownload dulu. Namun, selepas membaca entri HafizAdam mengenai Kegilaan Drama, sama seperti dia…aku teruja dengan drama ini.

Three_Kingdoms_of_Korea_Map

The Three Kingdom of Korea

Tahukah kamu drama ini berlatar belakang pada sejarah sebenar sebelum terbentuknya Korea? Watak Queen Soen Duk, Lady Mi Shil dan Kim Yoo Shin merupakan watak yang benar-benar hidup dan memain peranan penting dalam sejarah pembentukan Korea. Three Han atau The Three Kingdom of Korea merujuk kepada Goguryeo, Baekje and Silla, negeri-negeri di semenanjung tanah Korea yang kemudiannya bersatu untuk membentuk Korea yang ada sekarang ini.

Queen Soen Duk, mengikut sejarah merupakan permaisuri (baca:wanita) pertama memerintah Silla. “Seondeok’s reign was a violent one; rebellions and fighting in the neighboring kingdom of Baekje filled her days. Yet, in her fourteen years as queen of Korea, her wit was to her advantage.“-wiki.

Misil pula, wanita berketurunan diraja yang kewujudannya masih merupakan satu kontroversi. Punya pengaruh yang kuat di istana, hingga catatan sejarah menyatakan:

Her power was proved when she persuaded Jingol nobles to expel King Jinji from his throne. And her two sons (Hajong, Bojong) also became 11th, 16th Pungweolju respectively. -wiki

Kim Yushin, General Silla yang memainkan peranan penting dalam penyatuan semenanjung Korea. Sejarahnya diterang melalui naskah Samguk Sagi, Yeoljeon 1-3, serta secara kasar dalam Samguk Yusa, vol. 1. Mula menjadi Hwarang ketika berusia 15 tahun, dan ketika di usia 34 tahun sudah diberi tanggungjawap mengetuai armada tentera Silla.

Watak-watak lain yang benar-benar pernah wujud dalam sejarah: King Jinpyeong; Kim Chun Chu; King Jinji; King Jin Heung.

Drama The  Book of Three Han pula menceritakan mengenai Ju Mong, pengasas Goguryeo sekitar 37 BC. Drama sejarah lain yang berkaitan:

  • Kingdom of the Wind ~ kisah mengenai cucu Jumong, Moo Hyul yang lahir dengan sumpahan untuk membunuh keluarganya serta menghancurkan Goguryeo
  • The Legend ~ portrays the life of the 19th king of Goguryeo, Hwanwoong, who was sent from the heavens to make the world a better place. Drama ni banyak fictional, tapi masih berlatar belakang mengenai pemerintah Goguryeo. Yang paling penting sekali, OST dia ialah lagu Thousand Years of Love song oleh TVXQ, lagu yang sangat best.
  • Ja Myung Go / The Royal Princess of Ja Myung Go ~ mengenai puteri Ja Myung dan Puteri Nak-Rang yang lahir pada hari yang sama tetapi dari berlainan ibu. Lagenda menyatakan salah seorang akan menjadi penyelamat kerajaan, manakala salah seorang bakal menghancurkan kerajaan. Komplot dibuat untuk menjadikan Ja Myung sebagai penghancur kerajaan. Namun hero mana boleh mati, jadinya puteri ni terselamat dan membesar di kalangan orang kebanyakan. Tetapi apabila dia mengetahui rahsia identitinya, dia kembali ke istana dan bermula la perubahan politik….

Bagi aku, Ja Myung Go ada sedikit persamaan dengan drama Queen Soen Duk. Dalam drama Queen Soen Duk, ceritera bermula apabila permaisuri melahirkan kembar perempuan. Lagenda menyatakan jika lahirnya puteri kembar, maka akan terputuslah sacred bone yakni takkan lahir putera untuk mewarisi tahta. Kerana pergolakan politik, Puteri Doekman (yang kemudian akan menjadi Queen Soen Duk) dibawa lari dari istana untuk dibesar sebagai rakyat biasa, sebelum kemudian mengetahui identiti diri dan mula mengambil tahta.

Sudah pastinya drama ini diubahsuai sedikit dari catatan sejarah. Namun, tetap juga ia berjaya membuatkan kita mengenali sejarah. Aku sudah menonton Queen Soen Duk hingga episod 12, sungguh menarik dan mengujakan. Bagi yang tak sanggup nak download semua episod, 2 episod khas yang merumuskan jalan cerita dari episod 1 hingga 25 ada diterbitkan untuk memudahkan peminat catch-back drama ni.

Download Queen Soen Duk:

Torrent: d-addict

Direct Download & OST: aja-aja | SilentRegrets

Subtitle: WithS2

Total episode: 62 + 2 special episod (summary of episode 1-25)


Download JuMong/The Book of Three Han:

Torrent: Not available in d-addict since it was licensed.

Direct Download:  SilentRegrets

Clubbox Download: Creidesca

Subtitle: d-addict

Total Episode: 81


Download Princess Ja Myung Go:

Torrent: d-addict

Direct Download: Aja-Aja | SilentRegrets

Subtitle:Aja-aja

Total Episod:39

Download The Legend:

Torrent: d-addict ~ 1 | 2

Direct Download & OST: Aja-Aja | SilentRegrets

Subtitle: WithS2 | d-addict

Total Episode: 24 + 2 special


Download Kingdom of the Wind:

Torrent: d-addict

Direct Download: Aja-Aja | SilentRegrets

Subtitle: WithS2

Total Episode: 36


Thousand Years of Love Song by TVXQ, The Legend OST

Queen Soen Duk Trailer:

Related Posts with Thumbnails
  • 15 Comments

  • Your email is never shared.
    Required fields are marked *