Meteor Garden, Hana Yori Dango & Boys Over Flower
Annyeong Haseyo.
Sejak Boys Over Flower ditayangkan di 8TV pada 16 Disember lalu, ada pertanda menunjukkan drama ini bakal mendapat perhatian di kalangan rakyat Malaysia. Versi Korea bagi drama Meteor Garden dan Hana Yori Dango ini memang sudah menjadi fenomena sewaktu tayangannya di Korea sekitar Januari hingga Mac tahun ini; dan tayangan semula di channel 303 KBS World sekitar Februari lalu.
(NOTE: this will be a long review….please scroll down to the bottom of this page if you just interested with download link and OST)
Bagi yang kurang mengenali drama ini, ada baiknya aku buat mukadimah dulu, hehehe. Drama ini asalnya dari sebuah manga Japan bertajuk Hana Yori Dango (english literally translate as Boys over flower). Secara asas kisah mengenai Makino, gadis dari keluarga sederhana memasuki sebuah sekolah elit yang didominasi oleh empat pelajar yang dikenali sebagai F4. Makino yang secara tidak sengaja menimbulkan kemarahan ketua F4, Domyouji. F4 mengumumkan permusuhan kepada Makino dengan lebel tag merah, menjadikan Makino sebagai mangsa buli di sekolah tersebut. Namun tidak seperti mangsa-mangsa lain, Makino terus bertahan malah hingga satu ketika dia sendiri menendang Domyouji dan menempek tag merah tanda ‘Declaration of War‘ terhadap Domyouji. Bermula dari situ, Makino mula mendapat perhatian dari ahli-ahli F4, sehingga akhirnya mereka menjadi kawan baik Makino yang sentiasa membantu dan melindunginya.
Hana Yori Dango buat pertama kali muncul dalam bentuk live action melalui filem Hana Yori Dango yang ditayangkan pada 1995. Dilakonkan oleh Yuki Uchida sebagai Makino Tsukushi; Shosuke Tanihara sebagai Doumyouji Tsukasa dan Naohito Fujiki sebagai Hanazawa Rui. Satu perkara menarik; pelakon Oguri Shun, peminat setia Yuki Uchida pernah menyatakan dia secara kebetulan memasuki bidang lakonan apabila memasuki sekolah lakonan yang sama dengan Yuki Uchida pada tahun 90-an dulu dengan harapan untuk berjumpa Yuki Uchida. Menariknya, selepas 10 tahun filem ini; Oguri Shun pula melakonkan watak Hanazawa Rui, Makino first love dalam siri drama Hana Yori Dango. Ke MatsuJun yang sengaja arrange benda ni…hehehehe.
Bermula September 1996 hingga Ogos 1997, siri anime pula diterbitkan. Pada tahun 1997 juga anime movie juga diterbitkan, namun jalan ceritanya berlainan dengan plot asal manga.
Hana Yori Dango mula mendapat perhatian di seluruh Asia dengan terbitnya drama siri Taiwan, Meteor Garden pada tahun 2001. Sambutan yang luar biasa diterima di Filipina dengan tayangan pertama mendapat top rating 73% dan kekal hingga kini menjadi highest top rating drama di Filipina. Atas permintaan penonton, drama ini ditayangkan sebanyak enam kali di Filipina dan tiga kali di Taiwan untuk siri pertama ini saja. Dengan kejayaan Meteor Garden, dua sequel dihasilkan iaitu Meteor Rain dan Meteor Garden II.
Meteor Rain merupakan mini-siri 4 episod yang memfokuskan sejarah atau kisah disebalik Dao Ming Si, Xi Men and Mei Zuo. Terdapat beberapa trivia mengenai mini-siri ini seperti kekeliruan sama ada siri episod Dao Ming Si mengambil masa sebelum atau selepas Meteor Garden I; kerana watak Dao Ming Si di awal Meteor Garden I lebih ganas berbanding episod mini-siri. Selain itu, Hua Ze Lei tidak mempunyai episod tersendiri dalam mini-siri ini kerana sibuk dengan pengambaran filem lain.
Meteor Garden II pula ditayang pada 2002, mengisahkan Dao Ming Si yang hilang ingatan selepas kemalangan di Spain dan usaha Shan Cai mencari Dao Ming Si. Menarik mengenai drama ini kerana asalnya mahu ditamatkan dengan Hua Ze Lei bersama Shan Cai, manakala Dao Ming Si bersama Ye Sha; namun kerana protes para penonton, akhirnya beberapa plot ditukar dan bersatu la Shan Cai dan Dao Ming Si (hahaha…x boleh blah betul).
Bermula dari drama ini, F4 menjadi popular sekelip mata di seluruh Asia Timur. Kini, F4 sudah menukar nama kepada JVKV kerana isu hakcipta. Para pelakon Meteor Garden:
- Barbie Xu as Shan Cai (Makino in Japanese version)
- Jerry Yan as Dao Ming Si (Domyoji in Japanese version)
- Vic Zhou as Hua Ze Lei (Hanazawa Rui in Japanese version)
- Ken Zhu as Xi Men (Nishikado Sojiro in Japanese version)
- Van Ness Wu as Mei Zuo (Mimasaka Akira in Japanese version)
Pada tahun 2005, akhirnya Hana Yori Dango Japan drama version diterbitkan oleh TBS. Hana Yori Dango Returns pula diterbitkan pada tahun 2007, dengan plot permulaan selepas Domyouji bertemu semula dengan Makino selepas setahun terputus hubungan. Siri Japan ini ditamatkan dengan filem Hana Yori Dango Finals yang ditayangkan pada 2008. Para pelakon Hana Yori Dango:
- Inoue Mao as Makino Tsukushi
- Matsumoto Jun as Domyoji Tsukasa
- Oguri Shun as Hanazawa Rui
- Matsuda Shota as Nishikado Sojiro
- Abe Tsuyoshi as Mimasaka Akira
Tahun 2009, versi Korea: Kgotboda Namja atau lebih dikenali sebagai Boys Over Flower atau Boys Before Flower diterbitkan. Seperti yang dinyatakan di-atas, drama ini juga mendapat sambutan luar biasa seperti siri Meteor Garden dan Hana Yori Dango; dan membolehkan para pelakonnya menjadi superstar sekelip mata. Para pelakon Boys Over Flower:
- Koo Hye Sun as Geum Jan Di (Makino in Japanese version)
- Lee Min Ho as Goo Joon Pyo (Domyoji in Japanese version)
- Kim Hyun Joong as Yoon Ji Hoo (Hanazawa Rui in Japanese version)
- Kim Bum as So Yi Jung (Nishikado Sojiro in Japanese version)
- Kim Joon as Song Woo Bin (Mimasaka Akira in Japanese version)
Pada tahun 2008 juga, versi China (mainland), Liu Xing Yu diterbitkan, namun kerana tidak berjaya mendapat lesen untuk penerbitan, jalan cerita drama ini diubah; namun masih mengekalkan kisah gadis biasa memasuki sekolah elit dan akhirnya berkawan dengan empat pelajar lelaki paling kaya di sekolah itu. Drama ini dikatakan bukan adaptasi Hana Yori Dango.
Fuhhh, panjang sungguh mukadimah
. Okay, back to the main point (Spoiler Alert!):
1) Antara Meteor Garden, Hana Yori Dango & Boys Over Flower
Sebenarnyakan, aku sendiri merasakan kejayaan drama-drama ini agak di-over exaggerated. Dengan jalan cerita tipikal hate-turn-love love story, tapi dijayakan dengan formula gadis biasa mengecap fantasi memasuki dunia bagaikan puteri disamping 4 prince charming.
Meteor Garden, pada pendapat aku berjaya mendapat perhatian atas formula di atas ini; di samping pada sekitar penayangan drama ini, belum ada drama-drama yang berciri fantasi ini. Jalan ceritanya sendiri agak draggy, bayangkan siri pertama Meteor Garden sebanyak 20 episod bersamaan siri pertama 9 episod Hana Yori Dango. Namun, apa yang bagus mengenai drama ini ialah keempat-empat ahli F4 mendapat role atau didedahkan secara sama rata.
Hana Yori Dango pula punya skrip yang paling mantap antara ketiga-tiga drama ini. Contoh yang paling mudah ialah ketika mana Domyouji bertindak memutus hubungan dengan Makino di siri kedua, dia punya alasan yang kuat untuk mengikut arahan ibunya (kerana ada pekerja yang bunuh diri). Berbeza dengan Gu Jun Pyo di episod 12 Boys Over Flower, dia tanpa sebab yang kukuh hanya menurut sahaja kehendak ibunya.
Namun, jika dibanding antara Hana Yori Dango dan Boys Over Flower, sudah pastinya ikatan kimia (hahaha, i mean chemistry) antara JanDi dan JunPyo lebih terserlah berbanding Domyouji dan Makino. I can understand why JanDi start to love GuJunPyo so much, yet Domyouji and DaoMingSi seem not deserve it that much eyh...hahaha.
Namun, secara keseluruhan untuk Boys Over Flower (Kgotboda Namja), sungguhpun sudah ada dua siri drama terdahulu; namun drama siri ini punya skrip yang paling kucar-kacir (perghhh, statement kamikaze betul….). Mungkin faktor skrip selalu ditukar untuk mengikut hasrat penonton seperti mahukan banyak scene JiHoo sunbea; namun dari sini bermula banyak kelemahan. Banyak scene yang tidak perlu tetapi dimasukkan, sebagai contoh JanDi, JiHoo, YiJung dan WooBin bermain sorok-sorok pakai topeng di Macau (lol…wtf!!!). Kemudian pulak, disebabkan role WooBin bagaikan untuk cukup syarat, tiba-tiba ada satu episod yang berfokus kepadanya (tapi still buat aku terpinga-pinga..again wtf!!!). Tapi satu yang paling aku tak boleh lupa part Jandi tak dengar apa yang JunPyo cakap waktu kapal terbang lalu dengan bising tu, ingatkan ada kesinambungan..tapi macam tu je. Agaknya JunPyo nak cakap dia dah ada bini 2 kat Malaysia kot….sengaja guna masa kapal terbang nak lalu baru bagitahu Jandi…hahaha.
Kesimpulannya, bagi aku drama Hana Yori Dango la yang paling best dari segi skrip. Dari segi chemistry antara JanDi & JunPyo serta YiJung & GaEul; anda akan suka Boys Over Flower…okay la…suka la dua-dua….hahaha. Drama Boys Over Flower menarik dan tak draggy hingga episod 12, kemudian akan ikut scane…sekejap best, sekejap macam ntah apa je (again statement kamikaze). Tapi Boys Over Flower memang best jugak la minus part-part yang aku komplain tadi…hehehe.
2) Makino+Hanazawa Rui vs JanDi+YoonJiHoo
Satu yang aku suka dengan Hana Yori Dango ialah Makino dan Hanazawa Rui lansung tidak pernah sesama date yang betul-betul. Sepanjang siri pertama Hana Yori Dango, Hanazawa Rui tetap setia kepada kekasih hatinya; bersama Makino hanya untuk melindungi dia hingga disalah faham oleh Domyouji. Namun berbeza dengan Boys Over Flower yang mana JanDi dan Ji Hoo betul-betul date each other; menampakkan JanDi ni kurang bersungguh dengan JunPyo.
Tapi aku suka scane JanDi memutus hubungan dengan JiHoo sunbea, that scane look concrete where JanDi suddenly realize her real feeling and decide to leave her first love.
3) YiJung + GaEul
Antara yang buat aku terus lekat dengan drama ni ~ pasangan Yi Jung + Ga Eul. Serius, aku lebih tertunggu-tunggu perkembangan watak antara mereka berdua berbanding Jandi dengan Jun Pyo atau Ji Hoo. Tambahan lagi, dalam siri pertama Meteor Garden dan keseluruhan Hana Yori Dango, watak si playboy ini memang tidak bersatu dengan kawan baik heroin….huhuhu. Tapi, Boys Over Flower memberi ending yang best untuk mereka berdua ni….buatkan aku pun melompat-lompat sama <~apakah???hahaha.
![]()
Wah…panjang giler aku tulis, ni pun banyak lagi nak cerita ni, tapi sebab otak aku dah ada simptom-simptom tak betul, baik aku stop sini dulu. Apapun, as usual OST & download link untuk ketiga-tiga drama ni:
OST & Download link for Hana Yori Dango:
Video atas ni, persembahan live ARASHI pada event khas sehari sebelum filem Hana Yori Dango ditayangkan. Remix yang menggabungkan ketiga-tiga lagu tema ~ Wish, Love So Sweet, One Love.
OST Season 1:
- Theme Song: WISH by Arashi
- Insert Song: Planetarium by Otsuka Ai
OST Season 2:
- Theme Song: Love So Sweet by Arashi
- Insert Song: Flavor of Life by Utada Hikaru
Torrent Download: d-addict ~ ALL | EnglishHardSub | OST | PV
Direct Download: SilentRegrets ~ Season 1 | Season 2 | OST
Hana Yori Dango Final (Movie) Download: SilentRegrets (DirectDownload) | SarsFansub (torrent) | AsianDVDClub (torrent)
OST & Download link for Boys Over Flower (Kgotboda Namja):
My Favourite Songs from the drama (please read the subtitle, it so meaningful):
Do You Know ~ Someday:
Bacause I’m Stupid ~ SS501
Full OST Tracklist & Info: Boys Before Flowers OST, Boys Before Flowers OST 2, Boys Before Flowers OST 2.5
Torrent Download: d-addict ~ ALL | RAW-Ental | OST
Direct Download: SilentRegrets (Drama & Sub)
OST & Download link for Meteor Garden(Taiwan Version):
Direct Download: SilentRegrets ~ Meteor Garden I~ Meteor Garden II ~ Meteor Rain ~ OST
OST & Download link for Meteor Shower (China Version):
Direct Download: SilentRegrets ~ Drama & Sub ~ OST



CNBLUE
SS501
T-MAX
SUPER JUNIOR

Saturday, 26 December, 2009 at 2:58
wahh..best ah review kali ni..huhu..papepun hanadan lg best.ahaha
[Reply]
Saturday, 26 December, 2009 at 3:56
UWOAHHHHHHHHHH!!!
YES, I managed to baca the review sampai habis! That was a really great one!
Tapi kan Hurul-chaaaaaaaaaan, apsal macam ada bias review je nihhh? Too many comparisons between Hanadan & Boys Over Flowers nih? Mananya comparison ngan Meteor Garden?
Okehh…itu baru permulaaan. Ima, as someone who watch the three drama of F4 nih, ambe akan memulakan sesi komen mengomen aka new post in other one’s blog.. lol. *please forgive me*
1) Yang sepatutnya diberi credit untuk drama ini adalah Meteor Garden imo. It’s this drama that actually started people to recognise the drama-drama berepisod panjang berjela from foreign (non-English) speaking countries – dan barulah diikuti dengan penangan Winter Sonata (Korea) dan penangan Rosalinda (Spain) dan Pangako Sa Yo (Philippines). And that will include your reason for “Meteor Garden, pada pendapat aku berjaya mendapat perhatian atas formula di atas ini; di samping pada sekitar penayangan drama ini, belum ada drama-drama yang berciri fantasi ini.”
2) “drama ini juga mendapat sambutan luar biasa seperti siri Meteor Garden dan Hana Yori Dango; dan membolehkan para pelakonnya menjadi superstar sekelip mata.” <— so true!! Especially pada pemegang watak untuk Kkotboda Namja. Uihhhs.. sambutannya betul-betul di luar kawalan. While Hanadan pula popularities revolve around the established fanbase – apparently the main reason people watching it because Japan's Top Man is in it! Matsujun!
3) "secara keseluruhan untuk Boys Over Flower (Kgotboda Namja), sungguhpun sudah ada dua siri drama terdahulu; namun drama siri ini punya skrip yang paling kucar-kacir (perghhh, statement kamikaze betul….)" <— can't agree more but still I can't help it from watching them! urgh. *blame Ji Hoo sunbae!* huhuhu.
4) "Agaknya JunPyo nak cakap dia dah ada bini 2 kat Malaysia kot….sengaja guna masa kapal terbang nak lalu baru bagitahu Jandi…hahaha." <— uwoahahahahahahahahhahaha! saya sungguh suka ini statement!! hahahahahahahahahahahaha
5) And- yes, yes, yes to GaEul Kupru!!!!!! wooohooooo~~~ Go! Go! GaEul Kupru!!!
6) Sebenarnya kaaan.. I also pernah buat review macam nih.. tapi tak se-gah ni.. because I made my mind to re-review it after I watch HanaDan sekali lagi. Because only that drama yang ambe watch sekali je.. yang dua drama yang lain tu, I managed to watch it more than once. Esp. Meteor Garden! hehehehe sebab watching HanaDan sekali je because ada JDrama yang lain menuntut perhatian.. huhu.
Last but not least,
7) Omedettou Hurul-chan for making such a great review!! The italicised part sungguh x leh blah betul! Ahahahahaha!!! Esp. "sebagai contoh JanDi, JiHoo, YiJung dan WooBin bermain sorok-sorok pakai topeng di Macau (lol…wtf!!!)." ahahahaha betuuull! that should worth the "wtf" moments!! ahahahaha! :p
UWOAHHHHH! I love this possttttt!!!!! Thaaankk youuu Hurul-chan for making my morning!!!
[Reply]
ashie Reply:
December 26th, 2009 at 8:27 am
panjang nye…kejutnye baca…sabo jelah
[Reply]
ashie Reply:
December 26th, 2009 at 8:40 am
4) “Agaknya JunPyo nak cakap dia dah ada bini 2 kat Malaysia kot….sengaja guna masa kapal terbang nak lalu baru bagitahu Jandi…hahaha.” <— uwoahahahahahahahahhahaha! saya sungguh suka ini statement!! hahahahahahahahahahahaha
ahhh..statement amat puas ati..klako nye..betul3 shee…keke
[Reply]
HurulAini Reply:
December 26th, 2009 at 11:12 am
aku pun bakal mengomen panjang di post sendiri yang sedia panjang….hahaha…apakah? neway:
1) ooo…cemtu alkisahnya….memang around that time kurang deh drama cenggini…or maybe kurang exposure kot…..hohoho…yup, need to agree with you….credit still belongs to MG…hehehe
2) HYD i can say the only drama yg outstanding due to its own drama strength, people don’t really overate this drama, yet it was good to the point the movie was box office for few weeks…..& even ditayangkan di Malaysia bak kata Waiem-unnie. Tapi for MG & BOF, mmg luar biasa la sambutan kepada para pelakon dia….hohoho
3) i watch back few scenes last night, mmg somehow BOF boleh buat kita addicted utk kita tengok sampai habis….hahaha…i think Lee Min Ho play big roles in here….somehow now i think the warm love that he embrace really make we addicted to him < ~erkkk, apakah statemnt ini….hahahaha
4) siyes weh….ambe ingat..okay, jandi x dengar, apa yg junpyo cakap tu…urmmm…maybe next time akan ada flashback yg akan tunjuk what he actually saying & it’s actually deep meaningful word for jandi…..tapi……sampai akhir pun xde…..huhuhu, ni yang suruh aku buat drama sendiri ni….hahaha
***ehem, ashie-unnie….suka la tu…..hohoho
5) GaEul-YiJung….after the drama kan fans semua sokong if both of them really date each other, its really great eyh dengan mudah dapat blessing from entire fans to date ngan artis lelaki pujaan seluruh dunia ni….hohoho….tapi sayang pulak GaEul kata x mungkin dia bebetul akan date kimbum….sian kimbum, dah la aku x pernah bagi kata putus ngan dia, si gaEul pun x dpt nak date dia….huhuhu<~arghhh, berangan lagi…..hahaha
[Reply]
lyn Reply:
January 12th, 2010 at 5:58 pm
hehehe
JI HO (BOF) make my hubby jealous!!!!!!!!!!!! he so cute,,,caring & loving..
emmmm..next in malaysian version???
vote Beego/Iqram dinzly as Ji Ho
Zed zaidi/fizo as Min ho
Norkhiriah as Jan Di
(absolutely excellent!!)
[Reply]
HurulAini Reply:
January 12th, 2010 at 6:08 pm
hello lyn…hohoho…ji ho & jun pyo ialah model lelaki penyayang….hahaha….tell ur husband to learned from the series…hahaha
yg china punya x dpt lesen sbb lesen re-make hanya boleh keluar selepas 2011…hohoho…..****puh kanan puhh kiri, please la jangan ada malaysian version…..tak sanggup ambe tengok….this great drama bukan calang2 nak buat suka-suki…..kekeke, sungguh bias…..x kisah la dia nak letak dafi ke, awal ashari ke, aaron aziz ke syarifah (adik leeya tu siapa nama?lupa plak), dynaz ke….huhuhu…i dont think we can make as big as them…hohoho….bias amat
[Reply]
Saturday, 26 December, 2009 at 4:53
eh, betul aa cakap shee, ada skit bias dalam review ko..huhu..xperlaa layan kan aje..
drama meteor garden mmg buat aku betul2 melekat dgn industri hiburan Taiwan, penangan drama ni memang kuat betul, aku siap beli vcd set season 1 & 2 lagi…
but then, when BOF kluar…aku memang compare gila2 dua drama ni…BOF ni jiwang nye lebih, byk main perasaan…MG plak aku rase jalan kisah percintaan nya agak kebudak-budakan..
MG pernah kluar kat tv M’sia ni 2 kali kalau tak silap…yg season 2 ada keluar kat astro…not really sure lah..
aku tgk BOF dulu baru tengok HYD, pdhal dah lama tau HYD tu dah keluar cume tak sempat nak tgk aje..
aku suka scene heroine tumbuk/terajang/flying kick hero nye…hahaha xleh blah btul..
scene tu dalam MG bagi tak cukup kuat, sebab masa ShanCai tumbuk Dao MingSi tu dia hanya berganjak dr kedudukan asal dia cume sket dan muka terkejut yg mcm takde perasaan…(mungkin juga krn Jerry Yan 1st time berlakon, kaku sket)
Tapi dalam BOF, JunPyo siap jatuh tergolek dokk muke cam tercengang2 dan blur je lepas kene terajang dgn Jandi..
dalam HYD plak si Domyouji muke menten cover malu lepas kene terajang dek Makino..
Tapi untuk watak MeiZuo/Akira/WooBin masih juga dianak tirikan….
cuma dalam MG dalam season 2 barulah ditunjukkan cerita tentang MeiZuo akhirnya bercinta dgn awek main Celo..(suka scene awek tu main lagu doraemon..hihihi)…
dalam HYD plak, cerita pasal Akira ni memang takleh blah dgn adik kembar dia yg syok kat dia..pastu mak dia perangai cam budak2…aigooo….Jepun kalau buat crite kelakar memang x masuk akal, tp kelakar betul…
WooBin plak lg laa mcm xde langsung pasal die, ade pun sikit…scene die termenung kat kereta dgn scene masa dia dgn Yi Jeong yg kononnye die malu dgn diri dia kalau nak dibandingkan dgn F3 yang lain…sebab die tu cam ala2 Mafia laa….(xper WooBin maseh dihatiku, mafia pun mafia la..hahahah)
Meteor Rain aku tak brp sure, aku try tgk drama ni…tp 1st episod je dah too draggy..serious bosan!
Dengar katenye juga ade MG versi Filipina..xtau drama nye dah jadi ke belum…
[Reply]
HurulAini Reply:
December 26th, 2009 at 11:27 am
sebenarnyakan….aku rasa aku x tengok lagi Meteor Rain ngan MG2
yup, BOF ni lebih jiwang….malah GuJunPyo x seganas seperti yang sepatutnya….kalau ikut manga, Domyouji ni akan bersifat ganas bila x bersama Makino….tp si junpyo ni jenis cool je….hohoho…even Domyouji HYD pun dh x ganas sangat, tp Dao Ming Si mmg ganas kalau x silap aku….hohoho
baru aku ingat, part aku suku dlm HYD….Domyouji dengan selamba je dengan tatabahasa tunggang langgang dia….hahahaha
kekeke….yup best je tengok heroin terajang hero…hohoho; pastu x semena2 hero terus suka ngan heroin tu plak….aigoo….hahaha
pasal MeiZuo/Akira/WooBin; tu la yg aku cakap sbb WooBin mcm cukup syarat je, pastu tetiba ada episod dia termenung ntah apa tu….sabar je aku dengan dia…..Akira pulak, walaupun personal life dia kurang menonjol, tapi kebanyakkan masa dia akan terlibat utk tolong Makino, pastu dia date ngan bos makino tu yg x blh blah….hahahaha…& aku suka part dia tunjuk rumah & adik2 dia…best weh rumah dia….hahaha
tp utk MeiZou, yg ni aku puas ati sikit, sbb dr awal lg dh tunjuk sikit2 (walaupun sikit je) pasal dia punya life as pewaris mafia…hahaha…kira okay la tu…& from time to time role dia nampak bila dia selalu tolong shan cai….
tu la kesimpulan, kalau skrip BOF buat dengan teliti….mesti mantap giler weh, pelakon dah superb dah….hohoho
[Reply]
rucci87 Reply:
December 26th, 2009 at 11:45 am
Meteor Rain yg aku maksudkan tu yg China version, bukan 4 episod mini series Taiwan tu…(iskk..aku dah confused tajuk sebenarnye…yg China version tu Meteor Shower ke? hahahaahh
)
kalau drama nk ikut bulat2 mcm dalam komik aku rasa cam tak realistik kot, of course the pengarah & penerbit nak tuka sikit2 mungkin nak ikut kesesuain real life manusia…even2 kalau kite tgk pon kadang2 dalam drama tu mcm tak logik aje…hahah
yg aku igt dalam MG Dao MingSi xtau bezakan size dgn sense…hahaha sense jd size, size jadi sense..ape daaa…
one more thing..dalam byk2 versi ni…aku suke adik makino…hahahaha, kalo compare dgn adik jandi aku suke adik makino lagi, gile cam innocent je adik dia…adik jandi ni cam gadget freak sket
[Reply]
Saturday, 26 December, 2009 at 8:38
ntara JanDi dan JunPyo lebih terserlah berbanding Domyouji dan Makino. I can understand why JanDi start to love GuJunPyo so much, yet Domyouji and DaoMingSi seem not deserve it that much eyh..
sebab kimia amat kuat…
agagga..kenapa ada jugak dalam ini belog…kenapa?kenapa buat ati ambe resah nih..
wae hurul wae??kekkeke<-start dah drama bangang dier ni..
siyes..ambe x penah tgk meteor garden..
org slalu cakap, meteor lagi best dari BOF..tp ambe tetap xnak tgk..sebab kalu tgk, takut hati ambe beralih arah ke MG..karang minho merajuk plak…aiyayaya..(SHUT UP ASHIE!)
Antara yang buat aku terus lekat dengan drama ni ~ pasangan Yi Jung + Ga Eul.
ye..sama jugak aku pun camtu..selain sebab nk tgk lee minho..couple nih amat cute untuk ditonton…
ambe ske Arashi -one love..so sweet..
[Reply]
HurulAini Reply:
December 26th, 2009 at 11:32 am
ambe rasa unnie tengok HYD & BOF cukup la…..BOF banyak hampir sama dengan MG…hohoho….MG tu siri pertama je dah 20, dh la 1 episod sejam….hohoho….
yup unnie, ambe suka jugak lagu2 ARASHI tu….mula2 buat donno je….tp bila dh selalu dengar suka pulak….video atas tu pun ambe yg upload….hehehe
[Reply]
Saturday, 26 December, 2009 at 9:31
suka glew tgk boys over flower..
masih ada dlm simpanan aku neyh..huhu
[Reply]
Saturday, 26 December, 2009 at 9:38
lagi ske tengok HYD, berbanding yg len coz stick true to manga plot. sy fan manga HYD dulu sblm tengok drama. x kesah la nak kutuk laki layan drama jiwang janji cite best.
[Reply]
HurulAini Reply:
December 26th, 2009 at 11:35 am
kekeke…skarang ni biasa je lelaki layan drama….heeheehee
owh, HYD lebih stick to manga ekk….ingatkan MG lebih sama dgn manga sbb some scane BOF mmg follow MG….hohoho
& yup, aku pun lebih suka HYD secara keseluruhan
[Reply]
Saturday, 26 December, 2009 at 10:25
oh, ade tambahan sket..
aku dulu memang gile die hard fan MG jugak..bace gak komiknye..walaupun tak abis bace…walaupun aku pernah kate xkan ade drama yg lagi baik dr MG…
but then, when I watched BOF….bwahahaahahahahah BOF is the best version ever!! sumpah tak tipu!! MG ketinggalan di belakang..(sorry jerry yan, kekasih lama ku…ku beralih arah kepada KimJoon walaupun dia bukan watak JunPyo/Dao MingSi/Domyouji..miahahahah)
aku gilekan BOF tak segilekan MG siottt…hohoho
[Reply]
HurulAini Reply:
December 26th, 2009 at 11:40 am
sekarang ni aku nobatkan You’re Beautiful sebagai best drama utk drama-drama genre berangan cenggini….hehehhee
aku rasa dulu aku lebih suka ngan marmalade boy, sebab aku minat giler ngan Ken….hahaahaa
(point ni aku lupa nak masuk kat atas sbb entri dh panjang sgt….hahaha)
& ntah knapa aku asyik suka ngan watak playboy dlm siri2 ni ~> Ken, sejiro, kim bum…..
[Reply]
rucci87 Reply:
December 26th, 2009 at 11:49 am
You’re Beautiful tu memang genre berangan tahap melampau…hahaah tapi aku pun suke gak, sebab drama tu buat aku lebih gile dr BOF…hohoho…
ko suke Ken ek? tgk aaa latest drama die Momo Love tuh…
(suke watak playboy dalam drama takpe…..jangan “………………………..”(isi tempat kosong))
[Reply]
ashie Reply:
December 26th, 2009 at 6:14 pm
jangan amik dier ke ape???
Saturday, 26 December, 2009 at 18:25
saye suke tige2 version!
tapi paling fav BOF leeeee
[Reply]
Monday, 28 December, 2009 at 2:30
dua2 pun aq layan~
weh,compare r citer hana kimi Jepun dgn Taiwan!
[Reply]
Monday, 28 December, 2009 at 2:47
saya pling ska hanadan sbb ada MATSUJUN..
n bru semgu lpas khatamkan MG1 n MG2.. ok la..
cuma bila tgk handset dieorg dlm siri tu, cm klaka pon ada, betapa cptnye henpon b’kembang..
but, BOF x t’capai lg nk nengok.. memula ikut jga, smpi epi brapa ntah, dh mls nk tgk..
t’henti kat masa jandi m’jual pe ntah kt tepi jln tu..
tp antara MG n hanadan, adegan hilang ingtn n ingt semula tu, hanadan lg siyok r..
MG cm ntah pe2 sket.. dia hlg ingtn sbb eksiden tp ingt smula masa berenang, cm x b’drama sgt.. huhu..
memandai je..
[Reply]
Monday, 28 December, 2009 at 7:56
warghhhhhhhhhhh panajangnyerrrrrrrrrr
………sampai tak larat nak baca hurulllllllllll..hahaha…..apapun ambe hanya sempat layan hana yori dan BBF je…meteor garden tak layan sebab time tu ambe belum terdedah akan TWdrama lagi..som ambe leh cakap tentang BBF dan Hana yori je…bagi keseluruhan..ambe still akan vote untuk Hanayori sebab jalan citernay lebih menarik dan citernya plak lebih senang nak digest….huhuhu..BBF pun orait gak( bahaya ni takut nanti di-fire–ashie hehehe..rahsia2 ni ye hurul
)..sebab ambe ske jandi yang agak kelakar dan juga lee minh ho..sebab ambe rasa diorang couple yang sesuai….namun mungkin citer korea ni nak dipanjangkan so adala adegan2 yang cam boring skitla..namun paling ambe tak besh ending macam tu je nak tahu gak jadi ke Jandi kawin dengan Min Ho..hahaha.. nak tunggu BFF special..comfirm tak wujud kan..hahaha..tapi OST dalam drama ni besh2 juga ambe paling ske One more time by Tree Bicycle ..lagu ni memang besh……hahaha..ambe tak tahula plak meteor garden besh ke tak..kena tanya tok..sebab tok layan citer ni ambe rasa
[Reply]
Monday, 28 December, 2009 at 16:00
Nanti baca, tak sempat baca skrg
Tapi ambe x leh komen banyak sebab tak tengok MG & HYD (sekerat jln tgk)
Pape pon Goo Junpyo fenomena baru dalam industri kdrama…hehehe
[Reply]
Tuesday, 29 December, 2009 at 9:50
setuju ngan hurul -skrip hanadan ambe rase memang kuat tp rase macam ambe susah nak ulang cerita nie kali kedua. mebi sebab ambe x rase sekali dalam percintaan dua manusia berchenta ni.suka si jun dalam gokusen lagi macam kool jer. biler dlm hanadan macam x sesuwai. mungkin sebab die pendek kot. ambe suka tinggi dan gagah perkasa macam jun pyo dan dao ming shi.
tp dlm bof , ambe boleh rase suka,geram , marah, dan berangan seperti ambe ni jandi .walaupun banyak merapu campo adengan yg tak penting, tp dpt rasekan kasih sayang jun pyo terhadap ambe errr salah jandi. SO suwit.
Meteor -Best jugak tp sebab dah jatuh cinta ngan jun pyo (almaklumlah bini die yg kedua kan, tetap kate bof best. Sekian komen bias dri saye.
XOXO Mek Gossip
[Reply]
Tuesday, 29 December, 2009 at 23:36
hheehehe mcm menyebok je…..
hello sye slh seorng penonton bof,hyd&mg,bg sye ape yg ditulis oleh rkn2 diatas sume betul…
ye la setiap drama tu ade perbezaan nyer…cuma saye nak tanye ??? agk nye klu malysia wat dram camtu, rkn2 rse spe yg akn jadi jandi ngan jun pyo ………. hahaha mcm xde je……
bgs blog nie sy suke……teruskan usaha cayok!!
[Reply]
Tuesday, 29 December, 2009 at 23:42
Kudos. good review. tp xdpt nk bce sume..ape2 pon ak plg suke HYD like I mention in twit.
[Reply]
Monday, 11 January, 2010 at 20:46
Sy just tgk BOF,n jujurnya watak yg buat sy terus nk tgk BOF pd mulanya JiHoo Sunbae.Hehe.
Tp kjap je pas tu,bkenan plak ngn couple YiJung ngn GaEul,n dgn watak tu la sy bjaya abiskn cerita nih.Haha.
Xtgk pn yg lg 2 version tu.Mcm rugi pulak sbb xtau.
Btw,review yg sgt best,wlpn penat nk ngabehkn.Huhu.
Eh,dh tgk iklan Yijung sunbae ngn Gaeul?So Sweet…ehe
[Reply]
Tuesday, 12 January, 2010 at 18:02
thanks…
BOF mmg huru hara tapi mmg they all cute abis..jambunyer face Jiho tu…………tgk Jan Di btul2 in character,..huhu..
[Reply]
kumako chan Reply:
January 12th, 2010 at 9:52 pm
Jihoo sunbae time nyanyi dah x jambu dah,nmpk macho pulak.
[Reply]
Shee Reply:
February 3rd, 2010 at 9:28 am
annyeong~!
heeeheeehee.. ji hoo sunbae ye~! nyanyi x jambu ek? ahahaha! dia perasan macho sebenarnya.. tapi sebenarnya tak lah macho mana pon dia tu… please don’t bash me because of this statement. i used to be his lover <– alamak dengan lahirnya statement begini pon ambe rasa ambe will be bashed anytime soon… so *runs off* but before that, you have to agree with me! dia tu perasan je macho… mwahaha! tak seswai tul… lol. XD
[Reply]
Tuesday, 19 January, 2010 at 12:13
waaaaa..!!
aku minat gler kt hanadan!!..
minat gler kt matsujun…
aku minat la jugak kt bof..
tpie xsuke aner kt junpyo..
prefer ji hoo..
hey korg,
da tgk you’re beautiful..?..
cter tuh not badd laa.
[Reply]
HurulAini Reply:
January 19th, 2010 at 12:57 pm
owh…shin woo oppa….annyeong….wetoriya wetoriya dadadiridadadu……hehehe
yup3….cerita you’re beautiful dah khatam dah…hehehe….memng giler ngan drama tu..ngeh3….
[Reply]
Tuesday, 2 February, 2010 at 15:45
aku suggest kna laa ade malaysia punye version..kasi lelaki2 dlm mesia ni romantik sket….
Nih asik2…drama melayu watak laki curang laaa, kaki pukul laa, kaki spedo..n mcm2 kaki lg laa…tp sume negatif….so kna arr drama melayu neh wat watak laki2 penyayang..kasi depa bukak mata…n contohi sifat2 lelaki budiman mcm all the guys of BOF..huhuhuh
[Reply]
Friday, 26 February, 2010 at 11:04
Cik Kaseh rasa Hana Yori Dango lagi best
BOF pun best gak tapi banyak sgt part yg meleret2. tapi sgt suka ending BOF bila yijoung bersatu ngan kawan baik jandi tu. sbb dlm Hana Yori Dango n Meteor Garden mereka x bersatu…
tapi… ade tp lagi tuh… geram betul bila matak woobin tu seolah2 macam sekadar tempelan je… tak tunjuk pun kisah dia. tak adil betul!
sebab tu cik kaseh kate Hana Yori Dango lagi best n mantap dr segi jalan cerita.
[Reply]
Saturday, 27 February, 2010 at 1:54
saya memang tengok semua version, start dari meteor garden, zaman saya matriks dulu..memang suka giler..
[Reply]
Friday, 19 March, 2010 at 23:55
[Reply]
Friday, 26 March, 2010 at 2:31
i really like the way u rite da review..
but 4 me, i like bof more b’coz the plot is not too complicated like meteor garden n hanayoridango..
i like the ending of gaeul n yijung..
i hope there would be another drama that connected from their role in bof…
in bof, i’m more interested to the story btween yijung n gael…
so cute…hihi..
[Reply]
Tuesday, 30 March, 2010 at 12:09
[Reply]