QUEEN OF HOUSEWIVES

HurulAini | KOREAN DRAMA | November, 16 2009 | 9 Comments

Annyeong shimika yorobun…

castqoh

Yeah, akhirnya khatam sudah satu lagi drama korea yang hampir berkulat di dalam hard disc aku…hohoho. Drama 20 episod ni menjangkaui expectation aku sebab it is a very good drama, dari segi jalan cerita, perwatakan…memang best la. Drama ni memang pelakon-pelakon di kalangan ahjuma dengan ahjussi, berkisar tentang kehidupan keluarga perkerja-pekerja di sebuah syarikat ternama iaitu Queen Food Company dengan tema ‘di belakang kejayaan seorang lelaki, adanya wanita sebagai pemangkin’.

QUEENOFHOUSEWIVES

Al kisah bermula dari zaman sekolah lagi. Chun Ji Ae [ Kim Nam Joo ] merupakan ‘ratu’ a.k.a top girl kat sekolah, manakala Yang Bong Soon [Lee Hye Young] si betty la fea yang asyik mengikut kata si Ji Ae. Tapi disebabkan beberapa faktor, akhirnya Bong Soon putus kawan dengan Ji Ae dan berdendam kesumat dengan Ji Ae.

QUEENOFHOUSEWIVES2

Tapi takdir dan masa depan sungguh tak dijangka (owh, ayat sungguh dramatik…haha). Betty La Fea kini bukan saja wanita cantik, tapi juga isteri Vice Director Queen Food. Ji Ae pula merupakan surirumah biasa yang mana suaminya sudah menganggur 7 tahun…aigoo, cemner ko hidup ada suami cemni? Nak dijadikan cerita pulak, budaya korporat kat sini, isteri memainkan peranan untuk memastikan kedudukan suami di pejabat. Membodek isteri director, mengikut segala kerja-kerja entah apa untuk para atasan serta memberi hadiah untuk ambik hati isteri boss merupakan budaya di situ (baik ko simpan duit untuk keluarga dan keperluan sendiri dowh).

Ohn Dal Soo [Oh Ji Ho], suami Ji Ae merupakan seorang yang genius dan berbakat sebenarnya, tapi sungguh lurus bendul, dan bermasalah nak menyesuaikan diri dengan komuniti kerja. Ye la, kalau asyik nak membodek orang atasan, ikut arahan itu ini je….aku pun tak sanggup dowh. Kebetulan Dal Soo apply kerja kat Queen Food ni, dan seperti biasa, untuk dapat kerja, connection dan recommendation kena ada. Jadinya, mula la Ji Ae menyusun strategi berkenal-kenalan dengan isteri-isteri orang atasan. Tapi nasib malang bila dapat tahu, salah seorang yang bakal menentukan siapa diterima kerja ialah suami Bong Soon.

qoh1

Maka bermula la al-kisah pahit manis kehidupan mereka-mereka ni. Bong Soon berdendam kesumat dengan Ji Ae kerana suaminya sebenarnya bekas kekasih Ji Ae dan masih berperasaan dengan Ji Ae. Maka, Bong Soon ni memang la tak ngam ngan Ji Ae dan suka je nak menyusahkan Ji Ae.

Dipendekkan cerita, Dal Soo dapat juga la masuk menjadi trainee kat syarikat ni. Tapi turn-of-event tak berhenti disitu saja. Kebetulan isteri presiden syarikat merupakan junior Dal Soo, dan entah macam mana Dal Soo mula ada affair dengan isteri junior dia ni.

qoh2

Yang menariknya pulak, Ji Ae secara kebetulan berkenalan dengan presiden syarikat tu…tapi dia tak tahu si Tea Bong ni presiden syarikat. Owh, sungguh complicated.

qoh3

Jadi bagaimanakah kesudahannya? Owh, korang tengok la sendiri…best weh drama ni…hehehe. Tak kering gusi aku gelak ngan watak-watak dioarang, ada je lawak bodoh ngan expresi muka tak boleh blah diorang bagi…hehehe. Cumanya, aku sebenarnya harap ending dia lain, tapi not bad la…aku faham apa writer nak sampaikan (spoiler ~~> serius weh aku nak dong chan ni ngan ahjuma ni…tolong la buat season 2 ke biar diorang dua bersama…very good chemistry what…huhu).

Okay, sedikit pic-spam spoiler pasal scene-scene tak boleh blah:

painting

‘Shoping’ & ‘The Returned’ ~ lukisan yang bawa makna mendalam

:mrgreen:

Han-Joon-Hyuk

Han Joon Hyuk [Choi Chul Ho] ~ watak dia ni sungguh la tak boleh blah, permulaan cerita bukan main lagi berkarisma & cool, tapi jangan tertipu dowh. Aku suka betul watak dia, gelak tak ingat dunia bila dia mula buat ekspresi muka tak boleh blah…haha. Layak terima anugerah best supporting actor ni…hehe.

:arrow:

Kang-Soo-Hwan

Han Hyuk Chan [Kang Soo Han] ~ another Kang yang sungguh comel…bakalkah dia mengugat kedudukan KiDong sebagai kawaii dongseng???

Banyak yang best dalam drama ni, korang usha la sendiri. Waktu aku tengok drama ni, banyak benda yang buat aku berfikir sendiri..tapi bila dah habis drama ni, dah hilang pulak idea…hahaha. Apapun, its more about life, relationship…the value of people whom always there to support us…

Download Link

Torrent: d-addict

Subtitle (softsub): d-addict, HaruHaruSub

Direct Download: Aja-Aja,

Nota: Tadi tengok kat wiki, rating drama ni sungguh tinggi..mula dari around 8% pada episod satu, mula episod 7 dah maintain 20% je hingga last episod dapat rating hingga 31.7%… kinda anticipating drama isn’t it?

Soredewa, Ja Ne~

Related Posts with Thumbnails
If you like this Post, Let's share to the others
Digg Delicious Stumbleupon Technorati Facebook Twitter


  1. xXrucciXx

    weiii…kate tak suke spoiler…tapi mentang2 ko da tengok, ko bagi org spoiler plak ek..ape daaa…hahaahahah..
    wehh..muke dong-chan @ sang hyun tu aku tgk ade sikit muke kidong kat sini..ape kes??? hahahah :lol:

    [Reply]

    HurulAini Reply:

    spoiler yg aku bagi aku hide dowh…yg semua kat atas ni intro2 je….ngeh3…. :twisted:
    muka dong chan mcm muka kidong??? rambut diaorang hampir sama kot…curly mcm junpyo….hehe

    [Reply]

  2. :| dong chan….ehhe..
    oh ji ho…tgk muke die tingat jjangjjangmeon..ahha

    nanti aku baca plak mlm karang….pahtu komen..nak tgk kebestan citer nih dolu…

    [Reply]

    HurulAini Reply:

    ngeh3…apa pulak kaitan ngan jjangjjangmeon unnie? dia makan mi kuah kacang dlm ni pulak lawak giler….hahahha :mrgreen:

    [Reply]

  3. nakamura senpai

    jalan citer cam besh dah…cuma pelakon2 cam kureng mantap skitla…hahahaha..tapi kalau jalan citer sodap..bleh layan ni

    [Reply]

    HurulAini Reply:

    bagi ambe lakonan-lakonan diorang mantap2 belaka dowh…hehehe :|

    [Reply]

  4. Ambe hold dulu tgk cite ni sbb la ni tgh layan drama lain pakcik Han Yoon Hyuk (Partner & Hot Blood)…sana sini muka dia…x larat…hehehe

    Episode bape tah depa ada tengok wayang cite My Girlfriend is an Agent…hehehe

    Dongseng Kang Soo Han, akan skodeng comel atau tidak…kekeke

    [Reply]

    HurulAini Reply:

    ye unnie, dia ni ada kat mana2 je….semalam ambe ingat nak layan Partner, tp ep 1 mcm problm je nak buka…nanti la usha lagi…
    pastu nak tengok before & after plastic surgery, adik kANG ada dlm tu…tp nak tengok sambil lunch kebetulan intro diorang nak bedah muka ni terus ambe tutup….karang x lalu makan….hahahaha

    my girlfriend is agent tu x tengok lg…huhuhu

    [Reply]

  5. [...] anugerah kali ini didominasi oleh dua drama yang bertajuk Queen iaitu Queen Seon Suk dan Queen of Housewives. Dan aku tak boleh nafikan, kedua-dua drama ni memang outstanding dan memang layak menerima [...]

© Copyright Reserved To bE HuRuL_AiNi 2009. | Log in
Design by: Yoshz and Code by: Lovely Celebs | Website Hosting | Mizha Clan