Queen Seon Duk
62 episod…tamat juga akhirnya. Queen Seon Duk, memang layak dinobat Drama of the Year. Mari aku kongsikan apa yang menarik dalam drama ini (Spoiler Alert!):
1) Tangan yang menghayun buaian mampu mengoncang dunia…
Mishil, lambang kekuasaan wanita di mana dia digeruni dan punya pengaruh tersendiri. Sewaktu zaman pemerintahan King JinHeung (di dalam drama ni), dia sendiri gagah berani menghunus pedang menyelamatkan maharaja. Bijaksana yang bermanfaat di sisi maharaja ketika zaman pemerintahan King JinHeung, namun menjadi berbahaya selepas era King JinHeung. Kerana itu King JinHeung memerintahkan Mishil dibunuh tatkala baginda hampir menghembus nafas terakhir.
Mishil mengingkari perintah itu, malah dia sendiri cuba membunuh maharaja. Selepas kemangkatan Maharaja, Mishil mengangkat putera kedua, Putera Geumnyun sebagai King Jinji, dengan syarat dia bakal diambil menjadi permaisuri negara. Namun, pabila King Jinji mengkhianati perjanjian, Mishil bertindak memaksa King Jinji turun tahta dan seterusnya mengangkat cucu King JinHeaung, Putera Baekjeong menjadi King JinPyeong (ayah Deokman/Queen Seon Duk). Kerana itulah, Mishil digeruni. Kekuasaannya melebihi Maharaja, malah dia pemerintah de facto di sebalik Maharaja yang duduk di singgahsana.
Mishil, lambang wanita bercita-cita besar. Dia berjaya membuatkan lelaki tunduk kepadanya. Yang paling menarik, dia secara terbuka berhubungan dengan beberapa lelaki hingga punya beberapa anak dari lelaki berbeza. Part ni la yang aku rasa macam tak percaya je ngan dia ni…selamba je ada suami banyak….boleh pulak jadi kroni seluruh clan dia…
Terkejut tengok dia ada anak dari lain-lain suami….sila usha wiki dia ni, nampaknya sudah ditambah banyak fakta baru: Mishil mengikut catatan sejarah ada 7 suami & 8 anak dari lain-lain suami
(tak pasti la fakta ni tepat ke tidak…tapi pastinya dia memang bukan wanita sebarangan). Dan yang pastinya watak Prince Hyeongjong tak wujud dalam catatan sejarah sebagai anak Mishil, tapi Bidam sebagai Sangdeadeung ada dicatat dalam sejarah.
Tu baru Lady Mishil, belum aku cerita pasal Deokman lagi. Tapi lupa la apa aku nak cerita ni (aigoo…apa punya rebiu la ni…miahaha).
Okay-okay, watak Deokman pula sebagai puteri yang dibesarkan di luar istana tanpa mengetahui identiti sendiri (ni dalam drama je, sejarah sebenar Princess Deokman memang membesar di istana rasanya). Dari saat dia lahir, sentiasa ada cubaan membunuhnya. Terlibat dengan peperangan. Kematian dan pembunuhan sering muncul di depan mata. Kerana itu, dia membesar sebagai seorang yang berani hingga sanggup menentang Mishil dan akhirnya mendapatkan tahta Shilla.
2) Pendidikan seharian dalam pembentukan pemimpin
Seperti yang diceritakan di atas, Deokman membesar di luar istana, lebih tepat di pusat perdagangan antarabangsa (kalau tak silap di Laluan Sutera) di tengah padang pasir. Kehidupan padang pasir membuatkan dia memahami perubahan alam dan pertunjuk bintang-bintang. Sebagai pusat perdagangan, dia belajar pelbagai kebudayaan, bahasa dan teknologi luar. Ini membolehkan Deokman menjadi seorang yang bijak, mengatasi orang-orang sezaman.
Kemudian, apabila dia pergi ke Gyerim/Shilla, dia memasuki tentera pula dan tinggal berhampiran istana. Ini membolehkan dia belajar mengenai kehidupan istana, politik, perihal perang, sejarah negara dan pelbagai lagi secara tidak lansung. Dia secara tidak lansung juga telah menonjolkan ciri-ciri kepimpinan sejak di usia muda.
Waktu ini, aku terfikir garapan penulis skrip secara tepat menunjukkan bagaimana seorang pemerintah negara lahir atau terdidik untuk menjadi seorang pemimpin. Watak Deokman bukanlah seperti Peter Parker yang digigit labah-labah mutasi dan sekelip mata menjadi superhero. Tapi watak Deokman terlatih secara tidak lansung sejak kecil lagi untuk menjadi pemimpin. Ini juga mengingatkan aku mengenai Sirah Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad yang terdidik secara tidak lansung sejak kecil sebelum menjadi pemimpin umat.
Dalam kehidupan seharian kita ni kan, takkan seorang anak membesar tanpa perhatian dan pendidikan sewajarnya, kemudian tiba-tiba membesar menjadi anak yang baik, soleh(ah) dan menjadi manusia berguna. Semuanya hasil didikan ibubapa dan persekitaran secara lansung atau tidak lansung, bermula sejak lahir lagi.
3) Drama berdasarkan sejarah
Seperti yang aku ceritakan pada entri sebelum ini, drama ini dihasilkan berdasarkan catatan sejarah. Mengungkap signifikan pemerintah perempuan pertama yang bakal membawa gelombang penyatuan 3 negara menjadi satu ~> Korea (kalau takde diorang ni, takde la TVXQ, takde la Jang Guen Suk, takde la Lee Min Ho, takde nye Kang Ji Hwan…)
Kegilaan menonton drama ini membuatkan aku asyik me-wiki maklumat susur galur pemerintah Silla serta sejarah penyatuan The three Kingdom of Han. Kisah keturunan Gaya, lagenda pengunaan layang-layang untuk mengantikan bintang dan sejarah pembinaan balai cerap…semuanya merupakan sebahagian dari catatan sejarah.
Kim YuShin, panglima perang yang berjasa dalam menawan Beakja ketika pemerintahan King Muyeol, dan merupakan driving force dalam penyatuan Korea. Beliau masih menjadi lagecy hingga ke hari ini.
Bidam (berdasarkan wiki Korea yang difahami melalui Google Translate), merupakan SangDeadung (pangkat kedua tertinggi di Shilla selepas Maharaja) di zaman pemerintahan Queen Seon Duk yang kemudian memberontak menggulingkan kerajaan.
Alcheon, dicatatkan sebagai SangDeaDung yang berkhidmat di bawah pemerintahan Queen Seon Duk, Queen Jindeok dan King Muyeol. Di juga dicalonkan sebagai pewaris tahta Shilla selepas kematian Queen Jindeok, namun ditentang oleh Kim Yushin, malah dia sendiri dikatakan menarik diri dan menyokong pencalonan Putera Kim Chunchu diangkat menjadi King Muyeol.
Kim Chunchu, Bojong, Hajong, Seolwon, Se Jong, Misaeng Rang, Princess Cheonmyeong, Sadaham ~> kesemuanya nama-nama yang pernah tercatat dalam sejarah kegemilangan Shilla.
Cuma satu yang kurang dalam drama ini ialah watak Queen JinDeok tidak diwujudkan dalam drama ini dan perjalanan drama seolah-olah pewaris tahta selepas Queen Seon Duk ialah Putera Chunchu. Tapi faham la kan, kalau nak buat jalan cerita yang dramatik, mana dapat 100% ikut sejarah. (Alang-alang ko tak ikut sejarah, apasal tak tukar sekali ending…huhuhu).
4) Bukannya cinta biasa…
Kenapa aku cakap bukan cinta biasa…..sebab tak sama dengan cerita cinta biasa (spoiler~> semua pun cinta tak kesampaian duh…huhu)
Cerita cinta pertama antara Deokman dan Yushin. Bunga-bunga cinta dah nampak dah di kala Deokman masih lagi menjadi pelatih tentera, yakni ketika dia masih menyamar menjadi lelaki. Apakah yang berlaku? Adakah babak Jaremy (You’re Beautiful) dan Nakatsu (Hana-Kimi) berulang di sini? Andwye…nehii…. apa ko ingat diorang tengah macho-macho tengah perang tetiba keluar imaginasi berbunga-bunga bila tengok Deokman. nehii…never. Mula-mula aku excited juga cemner kalau rahsia Deokman sebenarnya perempuan terbongkar…apa respon Yushin….miahahaa…apa yang berlaku…korang tengok la sendiri.
![]()
Untuk Deokman dan Bidam pulak….aigooo…nak buat cemner kalau catatan sejarah cakap Queen Seon Duk tak kawen & Bidam ialah Sangdeadeung yang menentang pemerintah perempuan (spoiler konon). Tapi serius weh….Bidam so sweet. (Simptom berangan overdose + preview penuh bias dah nampak, baik aku stop…miahahaha). Apapun, kalau korang nak tahu cemner watak asal-asal jahat ni tetiba jadi pilihan hati penonton, baik korang tengok sendiri. Apapun, sedikit imej untuk tatapan korang:
Rasanya cukup la 4 dulu….tu pun dah habis spoiler keluar, tapi rasa macam banyak je yang takkan sanggup nak tengok sebab 62 episod. Tapi serius aku cakap drama ni tak boring, malah excited giler…hehehe. Yang paling aku suka ketelitian diorang ni buat drama hingga rasa betul-betul real…ye la ingat senang ke nak buat setting zaman belum ada jalan raya ngan elektrik ni; dengan setting peperangan; setting kelar leher takde perasaan tu…
Apapun, kalau korang berminat nak download drama ni, link download semua ada di~> Korean Historical Drama
Drama ni baru-baru ini dinobat sebagai Drama of the Year dalam 2009 MBC Award. Malah hampir semua pelakon utama drama ini menerima anugerah pada malam anugerah tersebut.
p/s: Baru nak jadi girlpren Bidam tahun ni….alih-alih dia masuk PLKN pulak dah nanti..tau rrr tak prasan dia berlakon dalam My Name is Kim Sam Soon…takpe Bidam Rang, dinda setia menanti kekanda (owh…sila muntah sekarang…miahaaha)
Soredewa minna-san, Ja Ne~











CNBLUE
SS501
T-MAX
SUPER JUNIOR

Sunday, 3 January, 2010 at 2:46
62 episod weh? 1 episod berapa minit run time nih???

.. tapi bile terkene symptom berangan tu, gelak guling2 aku kat atas katil ni tau tak…
aku agak excited bace entri ko kali ni…mmg konsentret gile aa muke aku pon serious je
paling xleh blah kat ‘p/s’ tuh.. adoiiyaiii, mengilai2 aku gelak pagi2 bute ni..ahahah..
kalau org yg tak paham, maunye die pecaya BiDam masuk PLKN bukan military service…hohoho
“takpe Bidam Rang, dinda setia menanti kekanda” <—ni campuran bahasa zaman moden dan purbakala ke ape?..ahahah tunggula ko 2 taun lagi die kluo dr PLKN tuh
[Reply]
HurulAini Reply:
January 3rd, 2010 at 1:02 pm
kekekeke….aku pulak gelak2 tak ingat duni baca ko punya komen
satu episod sejam…standard korea punya cerita la….ko donlot la slow2….subtitle semua dah kuar tu…hehehehe
Bidam ni kan cerita sejarah…bahasa kena campur perbakala sikit la….miahaahahaha…boleh blah….hopefully lepas militeri servis nanti dia aktif terus berlakon….baru je nak jadi bintang besar dah disuruh masuk army…huhuhu…aku pulak yg sedih
[Reply]
xruccix Reply:
January 3rd, 2010 at 2:23 pm
ahahaha..same2 gelak la kite..
aku cam nak download, tapi oleh kerana pc aku tak cukup memory dan belum format tu yg malas, lgpon priority bagi kat drama2 lain variety shows dulu… aku x suke burn dalam cd, leceh..pakai hd sng sket…
kalau aku pos ext.hd aku kat ko amacam???? masukkan pape yg patut dalam tu, ahahahaahah
aku tgh emo skang tgk Heading to the Ground…tension betol aku.. emo2 pon baru episod 4..cehhh
..mane taknye, 1 episod belom abis tgk boleh layan Family Outing plak…bahahaha…
[Reply]
HurulAini Reply:
January 7th, 2010 at 9:44 pm
kekekeke…pos hard disk? sampul surat je la yang sampai….hahaha
drama ni 41GB…hehehe….sila la beli external hard disk 1TB….aku pun x suka burn dlm dvd lagi….cepat rosak & payah nak cari…huhuhu
huhuhu…ko dh habis tengok HTTG ke?aku still layan Atashinchi dulu…hehehe….kompom aku pun akan terlebih emo dengan drama tu nanti…hehehe
Sunday, 3 January, 2010 at 3:43
bidam tu kat kim sam soon as apa eh?
ohmo~ tasukete~~! it’s 6.45 am here! and I’m still not lseepigngg…
[Reply]
Shee Reply:
January 3rd, 2010 at 3:44 am
oh..and mana UEE?? where? where? what’s her watak here? jahat ker baik?
[Reply]
HurulAini Reply:
January 3rd, 2010 at 1:15 pm
ambe pun x sure…watak kecik je kot…dlm wiki english x letak pun….ambe perasan dari wiki korea….hohoho
hehehe….ambe pun tdo lewat semalam…neway, what r u doing?
owh…UEE watak dia skejap je…jadi Mishil muda…kira watak jahat…tapi dia punya part mmg skejap je…xde dialog pun rasanya….semalam rasa macam nak juga susun gambar dia…tapi dah banyak sangat…later on maybe…best pulak buat pic ala wallpaper ni…..hehehe
[Reply]
HurulAini Reply:
March 6th, 2010 at 3:32 pm
found it already:
DRAMA
~ Queen Seon Deok 선덕여왕 (2009) as Bi-Dam (비담)
~ Several Questions That Make Us Happy 우리를 행복하게 하는 몇가지 질문 (2007)
~ When Spring Comes 꽃피는 봄이오면 (2007) as Kim Joon-Ki (김준기)
~ Lovers 연인 (2006)
~ Goodbye Solo 굿바이 솔로 (2006) – Ji-An (Ji-Ahn)
~ Be Strong, Geum Soon 굳세어라 금순아 (2005) as Geum-Soon’s husband, No Jeong-hwan (노정완)
~ My Name Is Kim Sam Soon 내 이름은 김삼순 (2005) – Cameo as doctor friend of Hee Jin (Hyun Bin’s ex-gf)
~ School 1 학교 1 (1999)
Movies
~ Eve Of Explosion 폭풍전야 aka Big Storm (2010)
~ Hand Phone 핸드폰 (2009) – Cameo as Jang Yun-Ho (장윤호)
~ Portrait Of A Beauty 미인도 (2008) as Kang-Moo (강무)
~ Modern Boy 모던 보이 (2008) as Japanese detective, Sinseuke (신스케)
~ Kang Chul Jung : Public Enemy 1-1 (강철중: 공공의 적 1-1) aka Public Enemy Returns (2008) as Moon-Soo (문수)
~ No Regret 후회하지 않아 (2006)
~ Don’t Look Back 내 청춘에게 고함 (2006)
~ Low Life 하류인생 (2004)
[Reply]
Sunday, 3 January, 2010 at 8:01
fuh..62 episod..tp kalau dh layann..tak sedar dahhh
[Reply]
HurulAini Reply:
January 3rd, 2010 at 1:18 pm
kekeke…betul3….cerita ni excited….skejap je habiskan 62 episod….
[Reply]
Sunday, 3 January, 2010 at 8:50
lagi satu aku nak tanye..
Park Ye Jin tu watak die sebagai ape plak?
[Reply]
HurulAini Reply:
January 3rd, 2010 at 1:05 pm
Park Ye Jin jadi princess Cheonmyeong, kakak Deokman, mak kepada Prince Chunchu…..ada gambar dia kat atas….tapi kecik je pakai baju pink (bias betul…miahahaha)….among watak utama separuh pertama drama ni
[Reply]
Sunday, 3 January, 2010 at 10:39
“Untuk Deokman dan Bidam pulak….aigooo…nak buat cemner kalau catatan sejarah cakap Queen Seon Duk tak kawen & Bidam ialah Sangdeadeung yang menentang pemerintah perempuan (spoiler konon). Tapi serius weh….Bidam so sweet. (Simptom berangan overdose + preview penuh bias dah nampak, baik aku stop…miahahaha). ”
HAHHA…memang tahap berangan xleh nak disangkal lagik..tp ape yang penting,,HEPI..hehe..
oo..ini ler Bidam yang korang duk cite dalam shoutbox smalam ye, sampai ignore aku nanya sape dier..sob sob..
seb bek lah aku x layan lagik cite ni..masih lam proses nak nengok tahun ni..ahaha..
cite agak menarik..ambe sebenonye nak layan satu lagik cite klasik tuh..tp ambe rasa nak layan yang ni dolu ah..
*Hurul tgk tak smalam marathon cite klasik kat KBS?waktu pagi dari jam 8-12 …ada geun suk ngan UEE..ke itu Queen Seun deok..???tajuk tulis HWANGKI..
[Reply]
HurulAini Reply:
January 3rd, 2010 at 12:56 pm
kekekeke….itu la unnie, punya la skema mula2…last2 tulis sempoi abis….miahahaha
gomenne unnie….ingat unnie dh tau kami cakap pasal Bidam ni….hehehehe. cerita ni best unnie, sila la layan….
yang hwangki tu yang waiem-unnie cakap hari tu….cerita sewaktu jang guen suk masih muda remaja….miahahaha….bukan Queen Seon Duk…ambe pun rasa nak tengok tu…tapi nanti la donlot..hehehe
[Reply]
Sunday, 3 January, 2010 at 22:37
er….bidam berlakon dlm kim sam soon sebagai ape ye????????
[Reply]
Monday, 4 January, 2010 at 13:52
giler banyak perenggan entri ni…………. mmg kepakaran dia lah entri mcm gini
[Reply]
HurulAini Reply:
January 7th, 2010 at 9:45 pm
kak jie….alang2 menulis biar dihurai selengkapnya
[Reply]
Wednesday, 6 January, 2010 at 16:34
Ok baru dapat konsentret baca hehehe
Nampaknye ambe kena habiskan jugak tengok drama ni.
Paling kagum Mishil muka tak berubah2 dari Deokman kecik sampai ke beso hahaha
“Bidam” bertambah meletop dengan drama ni. Cite Samsoon tak pasan plak dia. Sblm ni dia watak tempelan ngn 2nd hero saja. Tukar nama terus meletop. Ada ong ropanya nama Kim Nam Gil tu hehehe
[Reply]
HurulAini Reply:
January 7th, 2010 at 9:51 pm
drama ni memang hebat unnie…sila la layan…hehehe
UEE jadi mishil umur 18 tahun….masa doekman kecik mishil dah 30 cemtu…kiranya 20 tahun kemudian x byk berubah la muka kononnya….tapi pelakon mishil ni memang mantap la lakonan dia….walaupun watak jahat, ambe admire watak dia…hohoho…
yelah, bidam mmg meletop lepas drama ni…blog ni sehari dua ni asyik je orang cari info bidam & kim nam gil…hehehe….kalau baca interview dia…dia mmg la pelakon yg xnak pemes….hohoho…sayang pulak tahun ni dia dah pergi PLKN….baru je satu drama meletop…huhuhu
[Reply]
Sunday, 10 January, 2010 at 1:28
aku baru jer beli citer nie dgn iris.. tapi aku xder masa nak tgk, sbb skrg layan dua citer serentak…(tekun siot)
satu citer east of eden, dan satu lagi citer that fool…
east of eden dah ar berat citer dia, xleh layan terus menerus aku, so agak lambat ar aku nyer review… heheheh…
aku dah hbs dah tgk citer your beautiful..
so far, your beautiful tuh, 4.0 dair 5 la aku bg. agak klaka dan plakon dia smua fresh dari ladang.. huhuhu…
ape2 pon, aku nak gak tanyer ngan ko pasal drama2 yang best ko pnah tgk laa.. aku pon akan exchange info ngan ko ok? keep in touch…
[Reply]
Thursday, 21 January, 2010 at 16:38
[Reply]
Thursday, 21 January, 2010 at 20:17
tanya dong…. klw Seondeok kan emang da dlm historical na korea
klw mishil emang tokoh fakta or cuma tokoh fiktif ja?
[Reply]
HurulAini Reply:
January 22nd, 2010 at 9:11 am
iya…..nama mishil memang ada dalam rekod sejarah dong….malah bidam juga benar2 sangdeadung dalam fakta sejarah….tapi dalam sejarah mungkin bukan anaknya mishil……
sudah aku tuliskan sedikit ringkasan sejarah mereka di sini ~> Queen Seon Duk, from history perspective baca yuk
[Reply]
Sunday, 24 January, 2010 at 0:18
dlam drama ni watak bidam lebih diminati dari yushin ke?
[Reply]
Friday, 5 March, 2010 at 18:58
I luph “Mishil” ! ! !

Dukung mishil…..! ! !
Buka dech di “Twitter” Q…..
[Reply]
Monday, 28 June, 2010 at 13:10
aku dah hbs dah tgk cter nie 2-3 bulan lps, mmg best cter dier… kalo cter malay cmnie, ok gak, ini tak hbs2 datuk datin, projek berjuta2.. huu.. bosan aku…
ape2 pon, bgtau ar aku kalo ada drama best, skrg aku ngah cuti sem, ngah menelaah satu2 drama.. waawawawawa
[Reply]
Monday, 28 June, 2010 at 16:57
Aaa…citer ni best giler… aku tido kol 2-3 pg siap bleh bgn gi keje kol 6…blk keje teros sambung..nasib baik habis gak akhirnye dalam masa seminggu…kalu la dia buat 100 episod agaknya
. Asalnya aku cari citer ni psal tgh minat giler kat eumtae wong dalm lucifer “Mawang”…last2 hook-up kat kim nam gil lakk…camne ni…kena la jadik Mi-shil ada byk boypren…
Mana nak cari citer Revenge/resurrection (2005)? Aku malas nk download psal byk broken link. Anyway blog ni menarik…n informative. keep up the gud work.
P/s: tengah mereview citer2 korea best yg dah lama tyg…
[Reply]