Rehat & Permintaanku…
Salam penuh kesejahteraan buat semua.
Jam sekarang ni 1:57 pagi. Lagi 5 jam aku nak kena bersiap ke pejabat balik..haha. Tapi aku bangun lagi ni sebab sepanjang malam tadi aku tidur..haha. Bebalik kepada tujuan untuk aku menulis entri ini hanya untuk maklumkan, serasanya aku ingin rehat dari mengupdate blog ini buat beberapa hari. Sesiapa yang biasa ke blog ini pasti tahu yang aku kebiasaannya akan update setiap hari atau paling kurang satu entri dalam 2 hari. Namun, dalam rehatku ini, aku ada permintaan buat kalian. Nanti kuberitahu di akhir entri.
Sebelum itu, biar kunyatakan kenapa aku ingin rehat seketika. Aku menjangkakan bahawa minggu ini (25 – 30 mei) akan menjadi minggu yang amat sibuk di pejabat:
- Hari isnin (hari ini nanti), draftperson yang kerja part time untuk projek kami akan datang ke pejabat untuk kami sama-sama siapkan drawing-drawing yang diperlukan. Aku tidak pasti berapa hari dia akan duduk di pejabat, namun banyak juga yang kena disiapkan.
- Hari Selasa hingga Khamis, boss aku akan pergi site meeting di daerah lain. Hari khamis baru terbang balik ke Kuching. Maka secara automatik aku menjadi orang yang bertanggungjawap kat pejabat. Dengan tiada admin apa semua, serasanya aku memang akan amat sibuk. Nasib baik ada 3 orang trainee kat pejabat aku, sudah aku latih mereka untuk urus hal pejabat, huhuhu.
- Hari Selasa juga, aku berkebarangkalian perlu pergi ke site yang terletak di sempadan Sarawak-Indonesia untuk membantu & belajar dari consultant auditor kami mengenai hal-hal ISO. Pertengahan Jun nanti syarikat kami akan ada external audit lagi selepas 6 bulan dari audit pertama tahun lepas. Dan bila bercakap mengenai ISO & audit, pastinya ia kerja yang memenatkan & banyak kerja yang perlu diteliti.
Rasa macam artis pulak letak jadual aktiviti kat blog. Hoho…abaikan. Apapun, rasanya, selain berblog, aku ingin juga menyambung hobi-hobi aku yang lain yang telah lama aku tinggalkan. Sekarang aku ada puluhan novel yang aku beli sepanjang beberapa bulan ini, satu pun aku tak sempat baca lagi. Harddisk aku juga penuh dengan drama-drama jepun & korea, tak sempat2 lagi aku nak tengok…huhu. Jadi, waktu malam yang kebiasaannya aku gunakan untuk menulis entri, aku ingin buat perkara lain pula..hoho.
Serasanya aku masih selalu online, namum mungkin hanya mampu bertweet di twitter kot. Haha. Untuk menulis entri baru, aku biasanya memerlukan masa yang panjang untuk menulis sesuatu entri. Maka dalam musim kesibukan ini, ada baiknya aku berehat sebentar. Hoho. Tapi jangan risau, kerana minggu depan akan ada cuti panjang (3 hari setengah je termasuk sabtu & ahad ni) sempena hari gawai, maka aku akan berblog habis-habisan waktu itu…hoho. Aku harap cuti itu nanti, aku mampu menamatkan beberapa entri yang masih tertangguh kerana eksperimentku masih gagal. Hohoho.
Untuk memendekkan cerita, aku ada sedikit permintaan selama beberapa hari aku tidak menulis apa-apa yang baru. Aku perlukan pendapat korang mengenai blog ini dari segi teknikal & penulisan:
- Bagaimana pendapat kamu mengenai penulisan di blog ini? Apa-apa cadangan untuk penambahbaikkan? Ada tak cara penulisan aku yang korang tak suka (ye, aku sedar aku selalu tulis panjang2)?
- Dari segi topik entri, ada tak yang tak suka topik yang rojak @ bercampur-campur ini, sebab aku sedar kadang-kadang aku tulis hal umum yang serius, kadang-kadang hal hiburan, kadang-kadang hal personal. Jadi korang konfius tak dengan gaya penulisan aku?
- Dan korang sendiri suka aku tulis entri yang bagaimana: Personal life aku, muhasabah kehidupan, preview drama & buku, informasi (engineering, komputer atau lain-lain), tag @ benda merapu ntah apa? Dan yang bagaimana pula yang korang tak suka baca?
- Dari segi teknikal, pertama sekali bagi korang mudah/cepat tak nak load @ buka blog ini? Ada yang menyatakan lambat loading terutama bahagian komen. Aku juga baru meletak semula iklan nuffnang di bahagian footer blog ini, jika ada merasa ia teramat melambatkan loading blog ini, nanti aku buang semula.
- Dari segi layout blog ni macam mana pulak? Ada apa-apa yang korang nak cadang perlu tukar? Dari segi widget yang dipasang di blog ini, ada apa-apa yang dicadang untuk ditambah atau dibuang?
- Dari segi kekerapan aku mengupdate blog, nak aku maintain satu entri dalam sehari-dua hari, atau mahu aku banyakkan lagi entri, atau mahu jarakkan lagi update?
Aku menerima semua komen anda dengan terbuka. Nak kutuk aku pun, sila la…aku redha…sob3. Korang boleh ambik masa untuk bagi pendapat korang. Terpulang nak bagi pendapat atau tidak, aku redha je. Hohoho. Apapun, aku teramat terharu kepada korang-korang semua yang masih sudi singgah & tinggalkan komen di blog yang tak seberapa ni. hihi. Dan sejujurnya, aku kini cuma mampu melawat blog-blog blogger yang meningglkan komen di entri aku, yang meninggalkan jejak kat shoutbox aku atau yang maklumkan/bagi link kat twitter. Nak jengah satu-satu blog yang ada kat blog list aku, memang aku tak mampu buat masa sekarang.
Apapun…have a happy & productive week, my friends![]()
2.59 a.m, 25 Mei 2009
- HuRuL_AiNi-

CNBLUE
SS501
T-MAX
SUPER JUNIOR

Monday, 25 May, 2009 at 3:45
hehe
tulis je pape pun
ku akan bace
campo2 lagi beshhh
-elok la berehat, ku xley berehat wlpon nak exam, kekeke-
[Reply]
Monday, 25 May, 2009 at 7:46
Tu arrrrr..ko tulih je pape pun…aku layan je…..hahahaha….untuk menambah perencah ajinamoto kat blog ko rasa tak sesuaila..ko tambah perencah adabi dah la…mengarut je aku ni…hehehehe….rasa lebih teruja kalau entri diselitkan dengan gambar, lagu, clip video and apa2 je la yang sewaktu dengan je…ni akan memeriahkan belog ko dan orang pun bertambah excited nak jengok…apa2 pun all da best ye
[Reply]
HurulAini Reply:
May 27th, 2009 at 7:06 pm
hoho…ok…tapi dulu aku terfikir kalau letak video ada pulak org x dpt nak tengok…hoho…tengok kesesuaian la…..
[Reply]
Monday, 25 May, 2009 at 14:12
tulis je ape pon,yg penting dlm bahasa melayu atau inggeris…hehehe
-WaN-’s last blog post..Travian: Game Online Untuk Mereka Yang Kebosanan …
[Reply]
HurulAini Reply:
May 27th, 2009 at 7:07 pm
xde nye entri guna bahasa sarawak sini….
tapi baru je nak guna bahasa jepun…
[Reply]
Monday, 25 May, 2009 at 14:59
yg penting kak hurul tulis
kalau x xuen ngamuk buat tantrum demand update
ahhaahha
coz i b missing every one of u like seriously
xuen adyla’s last blog post..Si Tua Lagi Uzur
[Reply]
Monday, 25 May, 2009 at 15:58
hohhoho… bz yer Miss Boss
aku pun dah lama x layan korea n jepun
ko tulis jer yang ko rasa senang nak wat
aku suka katun2 ni… camana nak letak?
Luffy’s last blog post..AKU DAN TOYOTA AVANZA: KETENANGAN
[Reply]
HurulAini Reply:
May 27th, 2009 at 7:08 pm
blogspot aku x tau la mcm mana…kalau wp senang je pasang plugin…
[Reply]
Monday, 25 May, 2009 at 18:35
ko tulis je apa yang ko rasa nak tulis..dunia penulisan tidak terhad..dan org lain tidak mampu menghalang apa yang kita nak tulis…
ngeee…aku pong biasa merapu je tulis belog aku, aku rasa nak meluah perasaan, aku bantai tulis je…
ashie023’s last blog post..Me and Cookin2
[Reply]
Monday, 25 May, 2009 at 19:17
buat contest..hehe
Mohd Nasri Md. Nasir’s last blog post..Manchester United Part 1
[Reply]
HurulAini Reply:
May 27th, 2009 at 7:08 pm
insyaAllah, tunggu masa & kesesuaian + modal…..haha
[Reply]
Monday, 25 May, 2009 at 19:20
aku x de mslh pun dgn blog ni
ko tulis jer pape pun yg ko suka
org x kesah apa yg ko tulis…jnji diri sndiri bahagia
KhairiL’s’s last blog post..Jauh Tapi Dekat
[Reply]
Monday, 25 May, 2009 at 21:05
hmmm….keep on update blog nie…..gaya penulisan santai cam skang dah best dah…..
p/s : dah lama tak lepak kat KUCHING…..lepak kat waterfront….
hazman aka species1980’s last blog post..8 BLOG KUNJUNGAN HARIAN
[Reply]
Monday, 25 May, 2009 at 21:09
sokong untuk teruskan update blog nie setiap ari……kalau takde masa make it simple pun ok jeee…..IDEA BUAT CONTEST PUN BEST GAK……
- dah lama giler tak layan NOVEL…..
kisahsensasi’s last blog post..Lelaki ugut rakan kembalikan GIGI PALSU
[Reply]
Tuesday, 26 May, 2009 at 2:51
hehe…gaya penulisan ko lagi best dari gaya penulisan blog aku
so teruskan update blog anda
Active Blogger’s last blog post..Seven Tag Game – My First Tag Game
[Reply]
Tuesday, 26 May, 2009 at 9:37
Take a rest. Rest in peace

buat je cam aku, rest sampai da x update blog
btw, drama korea n jepon pe ko lyn? aku nk download gak..
[Reply]
HurulAini Reply:
May 27th, 2009 at 7:12 pm
rest in peace?

aku layan code blue je skarang….tgh dwld cinderella man,koizora, kami no shizuku, meitantei no okite, beethoven virus, new heart….hoho…tu yg tgh dwld…yg dh siap dwld pn byk agi x tgk…haha
[Reply]
Tuesday, 26 May, 2009 at 15:04
aku rasa blog ni dh okey jer…
Ryehana’s last blog post..Tag… lame giler aku tak buat tag!
[Reply]
Wednesday, 27 May, 2009 at 10:28
sume dh ckp blog ni OK, ak pon nk ckpjgak la “blog ni dh ok”
campo2 pon xkesah,
bykkn gamba2 or video2 menarik,
kalau rase susah sbb byk keje nk update stiap hari, jgn susahkn diri,
update every 2 days pon ok. jgn lame2 sudeh.
ak minat drama jepun. pinjam cite2 bes. huhu
busy gak ek jadi artis ni..silap, jd engineer nih..huhu
jgn busy sgt smpai lupe kesihatan. tu yg penting. baru productive!
Gambatte kudasai ne~.
MuNsYi-SaMa’s last blog post..MASUM 2009 REPORT
[Reply]
HurulAini Reply:
May 27th, 2009 at 7:14 pm
kalau x OK cakap je…xde nye aku nak kecik hati…hehe…
nak pinjam….hoho, jauh sangat nak bagi…download la sendiri…ada panduan guna torrent kat blog ni & entri ‘how to download asian drama’….cari le…hoho
soredewa, domo arigato guzaimasu
[Reply]
MuNsYi-SaMa Reply:
May 29th, 2009 at 12:34 am
hoho..arigato hurul aini oneesan. Demo, boku wa isogashi desu. jikan wa nai.
hoho..mrapu sket
MuNsYi-SaMa’s last blog post..MASUM 2009 REPORT
[Reply]
Friday, 29 May, 2009 at 0:00
erm bagi aku smua dah ok… ko nak rehat, rehat aje.. takyah bg taw org.. kita berblog just isi masa lapang aje…. mcm aku lani terlalu bz jadinya…
Kill-Vearn’s last blog post..Senarai Nama Anak Dalam Islam
[Reply]
Friday, 29 May, 2009 at 2:45
yang penting blog ni cepat loading..penat jugak tgu loading blog yg berat
milimilo’s last blog post..STICKY MODE – announcement # 2
[Reply]
HurulAini Reply:
May 30th, 2009 at 2:50 pm
cepat ekk…alhamdulillah….paling takut kalau lambat, tapi payah nak cek…lain komputer lain speed….haha
[Reply]