You don’t earn respect by BLOOD
You don’t earn respect by how old you are
You don’t earn respect by the position you have
You don’t earn respect by how much money that you have
But you can gain respect by respecting others first
-HuRuL_AiNi-
—||—||—
Situasi:
Anda menghadiri satu kursus/seminar formal atau separa formal. Peserta sekitar 50-70 orang, cukup-cukup muat sebuah bilik seminar yang sederhana besar. Peserta terdiri dari golongan professional & golongan ‘yang sepatutnya professional juga’; berusia dari sekitar lepasan universiti hingga ke usia pakcik – pakcik punya cucu cukup team bola sepak.
Seperti biasa, anda sedar kewajipan anda untuk mensilent telefon bimbit anda serta memberi fokus kepada ceramah yang diberi walau anda datang seminar itu atas dasar terpaksa rela. Baru anda ingin kusyuk pada ceramah yang diberikan, telefon bimbit orang yang duduk di hadapan anda berbunyi di tahap boleh didengar oleh semua peserta. Orang itu menjawap telefon, bercakap dengan nada yang boleh didengar oleh orang-orang di sekitar hingga penceramah juga distract sebentar. Itu anda boleh sabar lagi.
Telefon berbunyi lagi. Orang lain pula. Selang 15 minit ada sahaja bunyi telefon berbunyi dan empunya telefon yang bodoh sangat tak tahu function silent di handphone mereka dengan selamba badak membiar saja telefon mereka begitu. Itu anda boleh tahan lagi kan.
Tapi masalah pulak bila yang duduk di belakang anda dua orang pak cik yang seronok benar bersembang di kala ceramah sedang berlansung. Dengan keadaan bilik seminar yang tidak begitu besar, kadang-kadang butir bicara mereka lebih jelas malah kadang-kadang menenggelamkan suara penceramah. Mengenang syarikat anda terpaksa membayar RM100 untuk anda seorang untuk kursus sehari itu, ditambah ada beberapa info yang bagai anda baru dengar hari itu, semestinya anda ingin fokus bukan?
Semakin hampir tengah hari, suara penceramah semakin perlahan, suara pakcik-pakcik di belakang anda semakin galak. Anda sungguh terganggu. Peserta-peserta yang duduk di baris depan anda dua tiga kali menoleh ke belakang sebagai signal terganggu. Anda sudah bertukar senyum ‘kebengangan’ dengan peserta di meja sebelah anda. Peserta yang duduk di belakang juga sudah beberapa kali berdeham, tapi pak cik-pak cik itu buat bodoh je dengan signal-signal yang diberi. Fokus sangat dengan perbincangan sendiri agaknya.
Ketika sesi soal jawap, penceramah malas pula memakai mic. Jika tidak kerana suara galak pakcik-pakcik di belakang anda, anda pasti boleh mendengar dengan baik. Dalam keadaan begini, apakah tindakan anda?
A) Sound Direct. Ingat dia seorang ke datang kursus. Kalau nak borak pergi kedai kopi la pak cik oiii….
B) Tetiba join pakcik-pakcik tu borak dengan cakap “Pak cik, saya datang kursus ni memang nak dengar pak cik cakap. Pak cik cerita lagi pak cik…cakap kuat-kuat pak cik ye…biar semua orang boleh dengar. Memang bayar RM100 nak dengar pak cik cakap je….cakap lagi pak cik…cakap…hehe” (kalau pernah tengok Nabil Lu Pikir La Sendiri episod etika kat panggung wayang, gaya macam tu la).
C) Berpaling ke belakang & tegur/minta pakcik – pakcik itu mengurangkan volume mereka dengan cara yang sopan…”Pak Cik, minta maaf, boleh tak kurangkan perlahan sikit cakap…tak dapat dengar penceramah kat depan la. Minta maaf ye pak cik.”
D) Memaki hamun dalam hati je. Orang tua macam tu mana boleh di tegur, salah pun diorang…tak boleh tegur. Kita yang dikata tak beradab nanti. Kita juga yang salah nanti. Diorang sentiasa betul walau hakikatnya mengganggu banyak orang. Kena jaga air muka & ego diorang, walau diorang tak fikir pun pasal peserta lain yang terganggu.
E) Anda pun bawa orang yang duduk sebelah anda berborak kuat-kuat jugak.
F) Terus istifar bebanyak tahan sabar walau dalam hati dah rasa burn je RM100, tenaga & masa datang kursus.
G) Terus berdiri tukar tempat duduk walau anda sedar tindakan anda mengganggu perhatian/distract seluruh isi bilik seminar.
H) Terus tidur je atau keluar dari bilik seminar itu. Boring dengar pakcik pakcik tu bersembang tak henti.
Honestly, Anda akan buat bagaimana?
Anda rasa saya akan buat yang mana?
—||—||—







semua di atas akan dibuat
pandai kan xuen
proses try and eroor akan berlaku
tengoklah mana satu yang berguna..
xuen adyla’s last blog post..Ceria Bak Pelangi
[Reply]
biar la kena tegur blk asal dorg tau yg sy nak dgr penceramah dan bukannya dorg.
(knp la penceramah ndak sound skit, bgtau yg org lain bkn nak dgr dorg bercerita)
Renzo’s last blog post..Fastest way to use Firefox Short key tutorial
[Reply]
uh..kenapa time seminar tak silent kan hset?teruk betullah..aku seminar gak ni, ader gaklah 2 3 yg x berapa reti majlis formal camni, dowang sibuk je nak ckp kuat2 biler time angkat tepon, yang sorang tu dahlah bunyi ringtone kuat, bleh tau plak lagu aper ‘im urs’..eh?x paham betul aku…ini kire cam x hormat majlis betul, siap penceramah td sound plak kat bdk bunyik ringtone kuat tu…erm…
bab nak menegur org tua ni, payahlah skit..kalu aku buat2 dek jelah..lam hati memang nak marah tp aper boleh buat…kang kalu sound, cam x respect kat org tua plak..
ashie023’s last blog post..mmbop bedu beda
[Reply]
bagi signal jer
tau gak diorang malu
Luffy’s last blog post..GAYAKAN RAMBUT MU
[Reply]
HurulAini Reply:
May 22nd, 2009 at 8:14 pm
diorang tak makan saman ngan signal…banyak dh bagi….haha
[Reply]
But you can gain respect by respecting others first… sangat sokong statement ni.. sekarang ni ramai yang tak reti nak respect orang lain… tapi bising2 kenapa org tak respect dia…
IsteriCun’s last blog post..Menjaga Alat Sulit: 12 Cara
[Reply]
kalo saya, saya akan ajak orang tu gi minum kat luar
pastu panggil sesapa tolong layan dia jap kat luar sampai abis program …
dapat dua2 .. dapat kenal ngan org tu n dapat ikut program …
hohoho
p/s: paling ekstrim yg aku oenah buat .. bangun tanya soalan kepada penceramah macam mana nak buat org camni… sadistik sikit ..
hydir’s last blog post..Rakan, Kerja dan Perpisahan
[Reply]
HurulAini Reply:
May 22nd, 2009 at 8:13 pm
encik hydir best la…encik hydir lelaki & dh berusia gak…org boleh respect cemtu je….
tapi kan….teringin jugak aku buat aksi sadis cemtu…hohoho…tapi aku tak rasa mentaliti org2 sekitar aku boleh terima….haha
[Reply]
This happens to me before….mula dok pandang2 diorang tp diorang buat bodo…dehem2 mmg tak jalan le…last2 akak ngan kawan bangun nak dok kt tempat lain….tu pun masih tak diam gak tp takde le tension sgt coz dh jauh dr diorang….yg buat geram….diorang plak dok pandang2 kita yg tukar tempat ni….pastu cakap belakang plak….hah!…masa tu…daku menaga le
….terus sound direct masa tgh lunch…..kt depan orang2 tu suma daku sound….hah pastu lepas lunch terus penceramah sound kt suma sila letak hp on silent mode & pada sesapa yg nk berbual or bersms sila keluar dr conference room….hah! sonang ati den..hehehe….
[Reply]
HurulAini Reply:
May 22nd, 2009 at 8:12 pm
Itu la….kalau aku tukar tempat duduk waktu tu, mmg org akan kutuk aku pulak…lgpun masa tu mmg dh nak habis dh pun…tinggal sikit je lagi…huhu
best betul kalau dpt buat mcm tu….huhu
[Reply]
Honestly, I will go with C. tegur dgn tone yg lembut. jgn tegur kuat2 takut die malu sendiri n susah terima nasihat. lain kali dia akan ulang lagi bende yg same. tegur biar bhikmah, kalau boleh tulis note passing kat diorg.kalau jenis xmakan saman, baru bual A & B. hehe
and I think, based on your tone of speaking, you will do the D. am I right?
MuNsYi-SaMa’s last blog post..Ummi Halimaton
[Reply]
HurulAini Reply:
May 22nd, 2009 at 8:07 pm
okay, to be honest… aku buat C & aku dpt respon D…diorang tak puas ati aku tegur, bg diorang aku x beradap sbb tegur diarang, hanya kerana diorang lebih tua & aku org muda….aku fikir kalau aku ni lelaki @ kalau aku ni around 30+ years old…respon diorang x mcm tu sangat kot…..diorang mmg protes la aku buat mcm tu…aku dengar diorang kutuk aku lg pas aku tegur tu….haha….tapi aku peduli apa….& waktu lunch diorang datang lagi cakap tindakan aku tu salah…aigoo…aku ye kan je…& minta maaf lg…malas nak panjangkan cerita….lps lunch pindah duduk jauh2…hahaha
biasanya kalau org yg sebaya senang sikit nak tegur….tapi untuk org yg x dpt menerima hakikat yg diri buat salah….berhikmah pun x guna….haha
[Reply]
honestly aku akan pilih B sebab jawapannya mmg best dan mmg pakcik2 tu akan mkn dalam baiknya.. hahahahaa.. aku rasa ko yg baik ati ni akan pilih G kot…
[Reply]