Sakurai Sho + Horikita Maki = Tokujou Kabachi!!

Ohaiyo guzaimasu minna-san

tokujo kabachi

Berita terkini dari Jepun:

she so pretty isn't it?

she so pretty isn't it?

Setelah Atashinchi no Danshi yang ambe tak tengok lagi sebab subtitle tak habis keluar lagi; dan Nakushita Kioku, filem lakonan bersama my sweet liver fruit Yuya Tegoshi bersama bespren ambe, Kenichi Matsuyama yang bakal keluar March tahun depan, kini cik Horikita Maki akan muncul dengan drama baru bertajuk Tokujou Kabachi.

Kali ini, Maki-chan akan digandingkan dengan buah hati pengerang jantungku, Sakurai Sho of ARASHI. Drama ini dijadualkan bermula 17 Januari 2010 ini agak menarik perhatian peminat kerana gandingan kali pertama SxM, buat ambe tak senang duduk je (owh Sho-chan, jangan curang padaku:cry: ….sorry sorry sorry, wartawan terEMO pulak).

Berbalik kepada drama ni, diinspirasikan dari manga dengan judul yang sama, mengisahkan Tamura Katsuhiro (Sakurai Sho) yang baru memulakan kerjaya di bidang undang-undang. Sungguhpun, dalam berkerja dalam bidang law, namun dia rasa menyampah sebab banyak je benda tak betul berlaku sekeliling dia. Dengan kuasa bulan akan menghukummu semangat keadilan, dia berusaha membantu pihak yang lemah mengunakan undang-undang.

Berlainan pula dengan Sumiyoshi Misuzu (Horikita Maki), bekas budak jenayah sekolah yang kini berkerja di bahagian admin pejabat kehakiman. Kerana sifat yang berlawanan dengan Tamura, jadi diorang berdua ni memula asyik je bergaduh. Tapi, nama pun drama..lama-lama wujud kimia antara mereka.

Apa yang berlaku akhirnya? Kita nantikan saja drama ni keluar ye…kalau nak juga tau terus, pergi la cari manga ni memana, baca la puas-puas

:lol:

sakurai sho2Untuk yang tak berapa nak kenal ngan Sho-chan, dia ni dulu pernah berlakon dalam Yamada Taro Monogatari, drama yang sungguh tak boleh blah, lakonan bersama Nino-chan of ARASHI juga. Selain itu Sho-chan turut pernah berlakon dalam drama jepun paling relex, lawak dan santai nak ditengok iaitu Kisarazu Cat’s Eye sebagai Bambi. Sakurai Sho merupakan ahli ARASHI yang mempunyai tahap pendidikan yang paling tinggi setelah bergraduasi dari Fakulti Ekonomi, Universiti Keio dan menjadi inspirasi kepada ahli Johnny’s yang lebih muda untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, terutama kepada kumpulan NEWS **ehemakirashockehem**. Cumanya kan…aku macam tak percaya je dia ni dah 27 tahun…hohoho **nak g cek umur nino la lepas ni..hehe**

BERITA TAMBAHAN:

- SHINee’s Onew masih lagi diarah berehat kerana masih ada sedikit demam-demam. Doakan dongseng kita ni cepat sembuh dari swine flu yang makin banyak menyerang celebriti.

- On the other hand, Lee Seung Gi hero Shining Inheritence dikhabarkan telah sembuh sepenuhnya dari swine flu…

- Kontroversi terlepas mengutuk di rancangan Chit Chat with Beautiful Ladies untuk episod yang disiarkan 9 November lalu bakal membawa penamatan untuk siri yang ambe baru nak mula follow ni. Harapnya rancangan ini diteruskan…aigooo, kalau nak cakap benda baik je bukan real la namanya tu…huhuhu…tapi mistake panel tu jugak main suka hati cakap je…huhuhu

- Last but not least, Avex Entertainment Japan mengesahkan aktiviti TVXQ di Jepun akan terus berjalan seperti biasa. Malah single terbaru, BREAK Out bakal menemui peminat pada New Year nanti…yeah, berita yang ambe nantikan….so happy

:razz:

TAMBAH LAGI NEWS:

Video rakaman Xiah Junsu dikerembuni peminat kat Shanghai Airport. Gila banyak orang…ambe tak pernah sangka real life akan ada celebrity yang dikejar peminat macam ni (fikir lagi 300 kali before nak kawen ngan Yunho <~~owh, boleh blah…hahaha).

Seredewa, sekian berita dari Go Hu Rul, melaporkan dari Akibahara Japan (kononnya…) untuk berita GO, kembali ke angkasapuri di Waiemville

;-)

p/s: apasal aku punya laporan berita tak macam berita ni? Sungguh tak boleh blah…

Credit to nomanymore@livejournal for pictures.

Related Posts with Thumbnails
  • 16 Comments

  • Your email is never shared.
    Required fields are marked *