Setahun bersama Youtube…

Tahukah kamu tuan punya blog ini punya akaun Youtube yang didaftar dibawah nama Ijuin85?

Sebenarnya tadi kebetulan je jenguk profile YouTube aku lepas sakan melayan variety show Champange – Ideal Girl World Cup; mula-mula tengok episod bersama SNSD, lepas tu layan pulak episod bersama Jang Guen Suk….best, sila la usha.

Berbalik kepada YouTube, kebetulan hari ini genap setahun aku mendaftarkan akaun aku ni. Sudah 7 video yang aku upload, kesemuanya di-upload dengan tujuan sebagai bahan sokongan entri-entri yang terdapat di blog ini.

Teppei as Ijuin in Team Medical Dragon

Aku pun lupa apa sebabnya aku mula mendaftar dulu. Yang pastinya, masa tu aku agak kecewa kerana tidak dapat mendaftar mengunakan ID ‘hurulaini’…hohoho. Untuk yang tak tahu, Ijuin sebenarnya nama watak didalam Team Medical Dragon a.k.a Iryu, dan watak Ijuin ni dilakonkan oleh Teppei…love him his character so much.

Dari 7 video yang aku upload, ada 3 yang mendapat perhatian pengguna Youtube:

1. Detroit Metal City Trailer [English & Chinese Sub]

  • Added on 28 October 2009
  • 6,987 views
  • 16 comments
  • Rating: 4.5 star (25 rating)
  • Di-upload untuk entri: Detroit Metal City [2008]

2.  Hana Yori Dango Proposal Scene [Eng Sub]

  • Added on 5 August 2009
  • 6,285 views
  • 18 comments
  • Rating: 5 stars (34 rating)
  • Di-upload untuk entri: Lamaran Romatik Untukku

3. Hana Yori Dango Special Remix [Eng Sub]

  • Added 2 August 2009
  • 1,512 views
  • 3 comments
  • Rating: 5 stars (11 rating)
  • Di-upload kerana aku suka sangat show ni (tak ingat ada ke aku guna mana-mana dalam blog ni…hehehe), tapi serius this is my favourite…but why only 1512 views?

*banyak kekasih gelap dalam Arashi ni…hihihi*

Manakala yang empat lagi berciri agak personal, jadi tak hairan view sikit je…hehehe:

Kesuluruhan data statistik Youtube sehingga entri ini ditulis:

  • Channel View: 346
  • Total Upload View: 14,571
  • Subscribers: 6
  • Friends: 12

Motif entri ni???? hahaha…..saja je nak simpan rekod. Apapun sesiapa yang ada akaun YouTube tu sila la add aku as friend k….nak jadi Subscribers pun boleh…hehehe. Don’t worry, add kawan di YouTube takde nye invitation atau request untuk aplikasi lain macam yang ada kat FB…hahaha. Apakejadahnya aku mempromo YouTube pulak!!!??

Tapi kan, sesiapa yang ada akaun Facebook, aku mengalu-alukan juga korang sertai Fanpage Hurulaini.net. Tiada kipas percuma selepas menyertai, tapi kalau nak juga nanti la aku cari aplikasi gift – kipas….hahahaha (otak dah mula sengal di tengah malam….). Saja je promo sini kejap sebab widget yang kat sidebar dulu aku dah buang sebab lambat sangat nak load…hohoho.

Oh ya…hampir lupa nak cerita, perasan tak lately makin banyak video-video yang telah dibuang dari YouTube….banyak juga user yang kena suspend, contoh Nulsaranghea (rasanya dia ada akaun lain dah sekarang ni)….tapi sayangnya sebab video yang dia buat kebanyakkan fan-made….pun kena buang juga. Lagi satu yang aku perasan, video TVXQ banyak juga dah hilang (sebab pagi semalam aku kemaskinikan list favorite..remove unavailable video from favorite list)…sayang betul, padahal sesetengah tu fancam dan fanvid…huhuhu.

Yang lawaknya, video yang aku upload ke Blogger dulu (untuk entri Iryu Teaser) masih lagi berfungsi walau aku dah bawa entri pindah sini…hohoho. Rasanya video asal tu pun dah dibuang dari YouTube kot…huhuhu. Atas sebab ni la, entri lepas aku buat screencaps instead of uploading the video..hohoho….ntah berapa lama la boleh bertahan di YouTube. Petang semalam gak, aku perasan banyak video yang aku guna untuk entri lepas-lepas dah kena buang…huhuhu…satu hal lagi nak update-kan balik entri lama (to ensure that it will always be relevant).

Kalau ada masa, banyak je idea aku nak buat fan-made video ni…tapi disebabkan masa yang terbatas (nak update blog pun payah…haha), jadinya berkubur di ruang otak je la…hahaha. Tapi, walau tak guna ID hurulaini, sayang juga aku dengan akaun ni…ada gak kaitan with Teppei a.k.a Ijuin….hahaha.

Soredewa, happy one year anniversary with Youtube (rasanya aku sorang je buat bendalah cemni…hahaha)….

And Last but not least…..is this a new song????

♥ Tohoshinki- With All My Heart  ♥

Waaaa….. i love this song…its beautiful…..

Ja Ne~

Related Posts with Thumbnails
  • 10 Comments