Small Changes, Lots of Effort
2 minggu yang lalu, dikala aku berasa bosan, tiba-tiba timbul idea untukku menukar layout blog ini. Ya, memang layout violet itu cantik…penuh berbunga-bunga…mendamaikan mata yang melihat. Namun, ada kalanya ia nampak begitu kelam. Ditambah entri aku kebelakangan ini bersifat kelam (rant, complain)…maka aku berhasrat menukar layout ini kepada warna yang agak cerah.![]()
preview layout asal ||ifah-violet|| sebelum diedit aku…dalam kenangan
Aku membuka undian kepada pembaca untuk melihat pandangan warna yang disukai. 50% memilih soft-purple, dan 16.7% untuk pink, hijau & kekalkan tema. Terima kasih para pengundi. Namun melihat undian itu, tiba-tiba aku terfikir, bagaimana yang dimaksudkan sof-purple…haha, aku ini memang ‘buta warna pecahan’. Ini istilah yang aku cipta setelah aku gagal membeza antara aqua blue & navy blue; antara kuning langsat & kuning telur; antara merah & maroon (serius aku hanya dapat mengenal maroon dalam 3-4 tahun ini); antara hijau muda & hijau pucuk pisang. Jadi bila pilihan menyatakan soft purple…aku jadi ketawa sendiri…violet pun aku tak tahu beza dengan purple (atau adakah sama?), inikan pula soft-purple…hahaha….juga ketawa pada diri yang memandai meletak pilihan tanpa berfikir…;)
Jadi, ahad lepas aku memulakan pencarian templete2 yang baru (kebetulan juga kerana kebosanan). Dalam fikiranku, asalkan ianya comel & nampak cerah sudah cukup baik. Maka bertemulah aku dengan templete ‘Couple in Black’ ini yang sebenarnya bertemakan Valentine. Terima kasih SkinCorner.com. Ya, ia bertemakan valentine, tetapi aku memilihnya kerana latarbelakangnya yang cerah. Dan seawal melihat layout ini, aku sudah berkira untuk menukar gambar kartun itu kepada gambar lain. Ya, gambar kartun itu comel, tapi aku tak mahu disalah anggap sebagai menggalak pembaca blog ini berpacaran
Kiri: preview layout yang disedia oleh SkinCorner
Kanan: rupa layout asal yang diaplikasi pada blog eksperimen aku
Maka bermulalah projek eksperimen untuk menghasilkan templete yang kena pada citarasaku.
Latar belakang (background) tema ini dipecah kepada 4 bahagian iaitu header, main-menu, outer wrapper & footer. Dan jika aku ingin membesarkan column bahagian post & side bar, aku kena menukar keempat-empat bahagian ini & perlu memastikan ianya selari. Dengan skill photoshop yang tak sebarapa, aku memulakan eksperimen menghasilkan tema mengikut citarasaku (& juga tertakluk kepada apa yang aku dapat ubah…huhu)
mengedit imej header & main menu
mengedit gambar
hasil akhir imej
Nasib baik kod html layout ini agak mudah difahami. Selepas menyedia gambar latar belakang, perubahan lain yang aku dilakukan ialah:
1) mengubah lebar column bahagian post & sidebar
2) mengatur setting navigation bar supaya ianya nampak (aku x tahu kenapa orang lain tak suka nav bar ni nampak pada blog diorang)
3) menambah divider pada bahagian bawah post (kadang-kadang yang ini tak nampak sangat)
4) menambah background untuk tajuk post (titlebar)
5)mengedit saiz font pada setting html supaya ia besar sedikit
6) meletakkan semula widget-widget yang hilang disebabkan perubahan layout. Untuk ini, aku terlebih dahulu menyimpan setting semua widget ke Notepad.
7) menyedia imej header
mengatur setting html supaya text pada titlebar & sidebar tidak bertindih dengan imej love pada title bar
9) Menukar warna latar belakang dari putih ke sedikit pink (bermakna aku menukar semula imej main menu, outer wrapper & footer. Kemudian mengupload semula gambar & kemudian menukar setting gambar pada setting html blog )
Agaknya aku sudah boleh meletakkan ‘mengedit’ layout blog sebagai hobi terbaruku…haha. Ya, sebulan menggunakan tema violet, sudah menukar baru. Entah tema baru ini akan bertahan brapa lama?
Bagaimanakah layout ini di screen monitor komputer anda? Adakah sama seperti gambar diatas? Aku risau juga kalau-kalau rupanya menjadi pelik pada screen yang menggunkan resolusi yang berbeza. Aku menggunakan 1280x800px & ia memberikan hasil yang begitu cantik seperti gambar atas. Aku mencuba menukar resolusi komputer aku kepada 1024x768px & 800x600px. Hasilnya, ia nampak terlalu besar. Haha, barulah aku ingat kenapa column blog selalu kecil
.
Apapun, aku mengalu-alukan komen & cadangan kamu semua. Oh ya, playlist di atas aku biarkan berwarna purple…khas buat appy yang mahu sangat aku menggunakan warna purple
. Selain itu, mungkin anda akan sedikit lambat bila membuka page ini. Ini adalah kerana ia menggunakan paling kurang 6 fail imej yang di’upload’ pada laman web hosting yang lain.
Nampak seperti sedikit sahaja perubahan bukan. Tapi proses penukaran yang nampak sikit sebenarnya memerlukan usaha yang begitu banyak. Aku tabik spring pada blogger2 yang punya layout blog yang cantik
Tapi, aku terfikir sendiri, suka sangat aku buang masa pada perkara yang nampak tidak berfaedah, tetapi cukup memberi kepuasan pada diriku…:(
CNBLUE
SS501
T-MAX
SUPER JUNIOR

Wednesday, 25 February, 2009 at 18:10
nice..
alkisahnya, ana pernah install program adobe photoshop, tetapi oleh kerana xtau menggunakan, maka x sampai 1 hari, ana remove. hehehe…
apakah??? hehe
[Reply]
Wednesday, 25 February, 2009 at 20:53
hahaha…to be true, adobe photoshop adalah antara software yang paling susah saya nak pakai…ekeke…mcm kawan saya cakap, he like art more than science, yet science is easier coz its just fact, but art need talent
[Reply]