Annyeong yorobun, GO News kembali bersiaran.
Sari berita utama:
- Jang Geun Suk kembali ke pawagam dengan ‘Kimi Wo Petto’ versi Korea
- Jejung bakal ber’twitter’ dalam ‘Sunaoni Narenakute’
- ‘A Tribute’ and U-Know LIVE’s Trailer
- Matsumoto Jun dengan special drama Wagaya no Rekishi
- Allkpop.com dikecam Tablo
Berita paling menggemparkan. Bagaikan tahu cik Go Hurul merindui lakonan Jang Guen Suk, Star News melaporkan bahawa Jang Geun Suk bakal menjadi teraju utama dalam filem ‘You’re my pet’ versi Korea; re-make dari drama jepun terkenal ‘Kimi Wo Petto’ lakonan Matsumoto Jun.
Terdahulu sebelum ini, Kim Hyun Joong dikatakan bakal menjadi teraju utama, tetapi ianya menjadi khabar angin sahaja hingga kini. Mungkin juga disebabkan respon negetif yang diterima dari para peminat temasuklah Go Hu Rul sendiri….hohoho…. bianhe Hyun Joong ah, sungguhpun dikau best dalam We Got Married, tapi ambe takkan setuju kalau mung nak belakon re-make Kimi wo petto ni…hohoho.
Satu yang menarik mengenai hal ini, bukankah dulu Jang Geun Suk menolak untuk berlakon dalam Boys Over Flower sebab dia tak dapat role Ji Hoo sunbea yang diberi kepada Kim Hyun Joong. Kini, Jang Geun Suk pula yang mengambil role yang asalnya ditawar kepada Kim Hyun Joong… well, the best wins…no heart feeling k….hehehe.
Bagaimanapun, masih belum ada pengumuman rasmi mengenai perkara ini dan hanya Star News sahaja yang melaporkan setakat ini…harapnya bukan rumor semata-mata…









