Pengguna Blogspot, sila kemaskini sistem komen anda…
Salam penuh kesejahteraan buat semua.
Entri kali ini aku dah lama ingin buat, sejak sewaktu aku masih guna blogspot lagi. Tapi disebabkan aku kebetulan pulak berpindah & menggunakan wordpress, entri ini terus terbengkalai..hehe. Lepas tu rasa malas pulak nak buat entri ni sebab eksperimen nak ubahsuai kod HTML untuk sistem komen berangkai (threaded comments) tak berjaya. Tapi, atas permintaan Mr. Chem yang bertanya pasal threaded comments, aku kongsikan sekali tips untuk pengguna blogspot untuk mengemaskinikan sistem komen mereka.
1) Antara ‘Embeded below post’ & ‘Pop-up window’
Kelebihan pop-up:
- Jika pembaca mula membuka laman blog anda di laman utama (home page), mereka tidak perlu loading/buka semula page baru untuk bagi komen
- Masa untuk buka pop-up window itu biasanya lebih singkat dari membuka keseluruhan page baru blog.
- Mudah bagi pelawat merujuk kembali entri yang ingin dikomen supaya segala point yang ingin dikongsi tidak tertinggal (bagus untuk dapat komen panjang2, haha)
- pop-up ada word pop…haha, xde la…
Langkah Backup data blog
Salam…
Atas permintaan ramai (chee…padahal sorang je tanya kat entri lepas), aku kongsikan cara-cara meng-backup data blog. Tapi betul la pelik kan….kalau blogspot semudah-mudah tutorial semua ada, wordpress ni payah benar nak jumpa blog yang bagi tutorial wordpress…bila ada problem semua main tanya je…hihi. So disini aku bagi langkah nak backup blog bagi kedua-dua platform ini: wordpress & blogspot.
Wordpress:
Perlu difahami bahawa terdapat dua jenis data pada blog wordpress iaitu Wordpress Site Files dan Blog Database. Wordpress Site File ni adalah file-file plugin, theme dan sebagainya yang memberi struktur kepada webblog kita. Database pula ialah data isi kandungan blog (entri, draf post, komen, categories, tag).




