Posts Tagged ‘DRAGON QUEST’

Dragon Quest: Dai no Daibouken

HurulAini | ANIME / MANGA | March, 23 2009 | 22 Comments

Sejak aku buat entri pasal si kill-vearn, ramai juga rakan blogger yang tanya komik apakah itu. Maka disini aku buat entri ala-ala preview untuk komik ni. Komik ni nama Malaysia dia Misteri Naga, nama omputih & Japan dia Dragon Quest: Dai no Daibouken.

dquest dquest2

Ikut kata encik Wikipedia,  manga asal ni adalah based on siri permainan video Dragon Guest. Mula-mula si penulis manga ni iaitu En. Riku Sanjo & illustrator dia Koji Inada cuma nak buat 2 episod pendek je iaitu “Derupa!Iruiru.” Tapi sebab gempaknya sambutan tehadap komik ni, maka diaorang pun keluarkan lagi 3 bab (chapter) sambungan iaitu “Dai Bakuhatsu!!” (Dai Explodes!!) yang kemudiannya disambung lagi jadi siri yang lebih panjang iaitu Dai no Daibouken (Dai’s Great Adventure).

Manga ni dikeluarkan di jepun dari tahun 1989 – 1996. Kat Malaysia, kalau x silap keluar dalam tahun 1998-2001, sama masa dengan komik dragon ball. Kalau x silap, permainan video untuk siri ni iaitu Dragon Quest a.k.a Dragon Warrior amat femes sekali, tapi aku x penah jumpa & main pun takat ni..hehe.

Sinopsis Dragon Quest: Dai no Daibouken

Cerita ni bermula dengan kisah Dai, seorang remaja yang tinggal di sebuah pulau yang dipenuhi dengan makhluk ghaib [Nota: makhluk ghaib ni boleh kata x sama dengan makhluk ghaib dunia kita ni…hehe, yang ni lebih kepada makhluk fantasi la]. Waktu tu dunia aman damai, tapi kalau ikut sejarah diorang, 20 tahun sebelum tu pernah berlaku huru-hara disebabkan oleh Raja Raksasa Hadlar yang nak menakluk bumi, tetapi nasib baik diselamatkan oleh sekumpulan wirawan.

Creatures15831510

Jadi al-kisahnya, si Dai ni pun bercita-cita nak jadi wirawan sebab dia percaya tu kerja yang best. Episod “Derupa!Iruiru” merupakan langkah pertama si Dai ni nak jadi wirawan di mana buat pertama kalinya dia pergi meninggalkan pulau tempat tinggal dia untuk selamatkan Gome, bestfriend makhuk ghaibnya yang diculik oleh wirawan palsu yang datang ke pulau itu. Tapi waktu ni, Dai masih lagi budak mentah yang tak reti-reti apa-apa ilmu ghaib apatah lagi seni berlawan. Tapi nasib baik dia berjaya juga selamatkan Gome dengan bantuan makhluk-makhluk ghaib. Dai diberi anugerah wirawan sebab secara x sengaja membongkar konspirasi wirawan palsu ni, tapi lepas tu dia balik semula ke pulau Delmurin & teruskan hidup seperti biasa tapi penuh semangat nak latih diri untuk jadi seorang wirawan sebenar.

Tak lama lepas tu, Raja Raksasa Hadlar dikatakan hidup balik. Dunia mula nak huru-hara. Masa ni, datang pula Mahaguru Wirawan Avan ke pulau itu untuk melatih Dai untuk menjadi wirawan. Dai sempat berlatih dengan Avan selama 5 hari sebab pada hari kelima latihan, tetiba Hadlar datang ke pulau Delmurin untuk berlawan dengan Avan, sebab Avan rupanya wirawan yang pernah kalahkan Hadlar 15 tahun sebelum tu.  Lawan punya lawan, at last Avan terpaksa guna teknik bunuh diri untuk kalahkan Hadlar. Tapi sayangnya, Hadlar masih hidup, namun Avan dipercayai meninggal dunia.

Gallery_Colours08b2965

Mula dari situ, Dai & Pop [abang seperguruan Dai] mula mengembara demi mengalahkan Raja Raksasa. Dalam pada masa itu, Dai & Pop berkenalan dengan Maam & Hyunckel iaitu anak-anak murid Avan juga. Dalam pengembaraan itu, macam-macam musuh yang mereka temui…makin lama makin mencabar. Tapi dalam masa yang sama, masing-masing tingkatkan kekuatan diri & semangat menentang kejahatan. Dai juga mula mengetahui asal-usul dirinya, & rahsia di sebalik kuasa luar biasa yang dia miliki.

dq4 64d7e5282c

Manga & Anime

Nak tau cerita penuh ni, korang boleh baca kat onemanga.com. Memang x rugi baca bagi peminat-peminat manga & anime. Boleh juga download kat rapidshare, tapi kalau x silap aku…tu guna bahasa ori dia a.k.a bahasa jepun…hehehe

Gallery_Colours10b dai

Untuk anime pula, takat ni aku cuma jumpa 3 episod pertama saja yang ada subtitle english:

ep1 – http://www.megaupload.com/?d=HX4L1RLZ

ep2 – http://www.megaupload.com/?d=723K7K5Y

ep3 – http://www.megaupload.com/?d=82K4U7VB

ep4 – http://www.megaupload.com/?d=9L3KBIO0 [french subs]

ep5 – http://www.megaupload.com/?d=G8TJL2WD [french subs]

Anime ni ada juga kat youtube, tapi aku x pasti complete ke tak…& tak pasti ada english subtitle x

Kalau sesiapa tahu mana nak dapat the rest of the anime tolong inform aku k [boleh tulis kat ruangan komen]

misteri-naga

Kredit untuk:

- HsbSitez.com untuk anime link

- Vinspire@kokorobox.net, empunya set komik di atas [gambar di jumpa di forum lowyat, x sangka banyak juga kipas susah mati komik ni]

- p-g-e-4-6.blogspot.com, untuk gambar watak2 [boleh klik kat image untuk culik yang image resolusi besar kat page tu]

- Wikipedia & beberapa site lain yang bagi info & gambar-gambar kat atas :)

Kipas-susah-mati

Ni soalan khas aku kepada kipas-kipas-susah-mati komik ni: Apakah scene yang paling korang suka dalam komik ni @ apa yang buat korang suka sangat ngan komik ni? Hehe :)

Kisah si Kill-Vearn

HurulAini | BLOG & COMPUTER | March, 21 2009 | 11 Comments

Bagi meraikan seorang rakan blogger aku yang dah berpindah rumah ke hosting baru…aku dengan baik hatinya buat entri ni…ehehehe [baik dah ni, apa lagi…klik la nuffnang aku tu…hehe]

Pada kengkawan yang slalu jenguk web Syah @ Merah&hitaM @ pge46 [banyaknye nick ko], semalam syah dah tukar ke domain baru sekaligus menambah nickname dia satu lagi iaitu kill-vearn. Aku sebagai kipas-susah-mati komik ni memang rasa cembest jugak la…hehehe..Neway, syah boleh dilawati di url: http://killvearn.com/blog

Untuk syah, ni hadiah utk ko:

09 (1) hahahaha, jangan marah ye syah….hehehe. Apapun, omedeto guzaimasu.

Kredit pic: www.onemanga.com

© Copyright Reserved To bE HuRuL_AiNi 2009. | Log in
Design by: Yoshz and Code by: Lovely Celebs | Website Hosting | Mizha Clan