
Antara e-book terawal yang dibukukan...dan antara novel awal yang membawa kisah cinta dalam lingkungan syariat
Back in 2005, long before i even started my own blog, aku cuma kenal blog-blog bercorak e-novel dan penulisan ilmiah dan Islamik. Masa itu, rasanya belum banyak blog berunsur personal. Hanya blog personal yang menulis pandangan secara ilmiah. Blog berunsur liputan hiburan seperti blog Waiem-unnie dan Budiey sudah wujud serasanya, namun belum aku kenali waktu itu…hehehe.
Ya, waktu itu memang lebih banyak blog-blog e-novel yang aku kenal. Yang pertama ku kenali dan kuikuti ialah blog Rynsa yang terkenal dengan Relevankah aku di hatimu? (RADHA). Rynsa antara penulis e-novel terawal yang dibukukan penulisannya. Kalau tak silap e-novel Noor Suraya sudah lebih awal dibukukan, namun waktu itu aku masih kurang mengenali penulisan kak Noor Suraya. Dari rynsa, ku kenali HLOVATE. Dan sekitar 2006/2007, sudah ku baca juga penulisan Nizam Zakaria dan cerpen-cerpen di laman web lama Faisal Tehrani.
Kini, penulisan e-novel bagaikan sudah tenggelam. Mungkin aku sendiri sudah mula kurang meneroka. Namun, sedar tak sedar banyak sebenarnya penulis-penulis e-novel yang menulis dengan sungguh menarik dan berkualiti. Dan kerana ianya bukan penerbitan rasmi, maka penulis lebih bebas mencurah kretiviti dalam penulisan mereka.









