Salam penuh kesejahteraan buat semua.
BILA KO NAK BAYAR HUTANG?
Ayat itu, sama ada anda pernah tuturkan kepada orang lain (sama ada dalam hati sahaja atau cakap direct), atau orang lain tuturkan kepada anda, atau anda mendengar orang lain menuturkan kepada yang lain. Ia selalu berlaku di mana-mana. Kadangkala difahami kesukaran membayar hutang, tapi kadang-kadang sebal kerana kepercayaan yang diberi dipermainkan begitu sahaja.
Kita sebagai manusia, mudah sangat merasa kasihan kepada rakan-rakan yang berada di dalam kesusuahan. Atas dasar kepercayaan & perikemanusiaan, kita berusaha membantu sebaiknya. Bagi aku orang-orang muka tak boleh harap nak bayar hutang, memang aku tak sibuk nak tolong pun. Dibiar mereka berusaha sendiri dari bergantung pada hutang adalah lebih baik. Tapi bagi rakan-rakan yang belum lagi mempunyai pendapatan tetap (pelajar yang setiap semester menunggu pinjaman pendidikan keluar), atau punya kurang simpanan tetapi perlu sumber kewangan segera, bagi aku tak salah untuk ditolong. Aku ceritakan di sini untuk kita sama-sama muhasabah, bukan untuk menunjuk atau untuk mengaibkan yang lain.








